Thursday, November 17, 2022

56. TADABBUR SURAH AL WAQIAH AYAT 57- 74

 ✅️10/11/2022 

6. 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙒𝙖𝙦𝙞'𝙖𝙝 (06) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [57-62]

1. 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐢
2. 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 & 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚

Tafsir ayat
---------
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟕- {𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐝𝐚 - 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚 (𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭).}
- Allah s.w.t menegaskan bahawa Dia-lah yang mencipta kamu semua dulu dari tiada kepada ada.
- Wahai golongan yang ingkar ingatlah bahawa kamu dulu tiada, maka baiklah kamu beriman dengan hari Kiamat.
- Amat mudah bagi Allah s.w.t untuk mencipta kamu kembali buat kali kedua sebagaimana Dia telah mencipta kamu buat kali pertama dulu. Semuanya mudah bagi Allah s.w.t. Kamu yang memayahkannya.
- Firman Allah s.w.t:
¡- {Sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.} (Al-Anbiyaa' 21:104)

ii- {Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.} (Ar-Ruum 30:27)

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟖- {(𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐞𝐠𝐢𝐥?) 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐦𝐚𝐧𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 (𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦)?
- Allah detailkan tentang cerita air mani ini dalam firman-Nya:
{(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim)-
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),} (At-Taariq 86: 5-8) 

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟗- {𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚?}
- Kemudian Allah s.w. tanya lagi dengan satu pertanyaan bebrbentuk cabaran.
- Kata ulama' tadabbur: Kita melihat dengan sebab kejadian itu – yakni Allah s.w.t mahu mengingatkan kita agar jangan mudah ingkar, lihat saja kepada kejadian diri kamu sendiri!
- Puak kafir ini apabila ditanya siapa yang mencipta manusia, mereka mengaku Allah yang mencipta mereka, tetapi apabila disebut tentang bangkit semula mereka tidak percaya!
- Kita adalah manusia yang dicipta dari air mani hasil dari ibu bapa lalu Allah menghidupkan kita.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟎- {𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚) 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 (𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧;}
- Allah s.w.t juga telah menentu dan menetapkan masa dan waktu kematian setiap manusia. Kerja kita hanya membuat persiapan untuknya.
- Jadi apa yang susah sangat untuk Allah menghidupkan kembali manusia selepas kematian itu??? Apa peliknya bagi Allah yang Maha Berkuasa?
- Tidak ada manusia yang boleh terlepas dari kematian pada waktu yang telah ditetapkan baginya!
- Ulama' tafsir kata makna {Kami tetapkan} (نَحْنُ قَدَّرْنَا):
i- Kami tetapkan umur kematian seseorang itu berbeza-beza.
ii- Yakni Allah s.w.t telah tetapkan kematian ke atas setiap manusia!
- Firman Allah s.w.t:
i- {Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.} (A-li'Imraan 3:185)
ii- {Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.} (Al-A'raaf 7:34)
- Allah s.w.t juga menegasakan bahawa Dia 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧.
Kata ulama' maknanya:
i- Kami tidak lemah untuk mencipta dan menghidupkan semula manusia.
ii-  atau menjadikan manusia sebagai suatu penciptaan yang baru pada hari kebangkitan nanti.
iii- Kami juga tidak lemah untuk mengambil tindakan ke atas kamu!
Kamu Tidak akan dapat lari daripada kekuasaan dan ketetapan taqdir Allah s.w.t!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟏- {(𝐁𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 (𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧) 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮), 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐧𝐲𝐚.}
- 1. Allah s.w.t juga menyatakan bahawa Dia mampu dan berkuasa untuk menggantikan manusia yang ingkar itu dengan mencipta orang lain yang lebih baik daripada mereka.
- 2.Allah juga berkuasa mencipta apa saja bentuk kejadian kamu, yang kamu tidak tahu bagaimanana bentuk kejadiannya!
- 3. Ada beberapa pandangan ulama' tafsir tentang maksud ayat ini:
i- ada pandangan kata ada manusia yang mujrimin ditukar menjadi monyet dan lain-lain selepas kederhakaan mereka.
ii- atau di Akhirat nanti; apabila bangkit, orang mukmin wajahnya cerah manakala orang kafir dengan wajah yang hitam gelap!

6. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟐- {𝐃𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐝𝐚, 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤).}
- a. Allah s.w.t menegaskan bahawa wahai manusia; kamu sebenarnya sudah tahu bahawa Allah s.w.t yang mencipta kmau buat kali pertama sedang kamu tiada apa ketika itu! Dari lemah kamu menjadi kuat, dari lemah menjadi degil dan tidak dengar kata!
- b. Maka Allah s.w.t peringatkan manusia agar ambil peringatan dari apa yang telah Allah sebutkan ini!
Ingatlah bahawa Allah s.w.t juga berkuasa untuk  𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤

𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡
----------------
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟕- {𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐝𝐚 - 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚 (𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭).}- Allah s.w.t bertanya kepada puak kafir yang ingkar, kenapa kamu masih ingkar dan tidak percaya?
Yakni dalam ayat ini Allah s.w.t mengatakan bahawa mereka puak kafir tidak percaya.
Tetapi mengapa dalam ayat (Az-Zukhruf 43:87) ini dan ada ayat-ayat lainnya Allah s.w.t mengatakan mereka mengakui bahawa Allah s.w.t yang mencipta mereka dari asal? Bukan berhala mereka?
Firman Allah s.w.t:
{Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!" (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)?} (Az-Zukhruf 43:87)
Jawapan:
Dua ayat ini tidak bercanggah.
Kerana kata ulama':
i- mereka hanya mengakuinya dengan lidah sahaja tentang kejadian pertama;
ii- mereka mengakui dan percaya hanya penciptaan yang pertama sahaja. Tetapi menolak dan tidak percaya kepada Kebangkitan semula, hisab perngadilan dan hari pembalasan.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟖- {(𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐞𝐠𝐢𝐥?) 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐦𝐚𝐧𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 (𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦)?}- perhatikan kepada keadaan kamu sekarang ini!
Ini dalil yang kuat yang menunjukkan kepada kebangkitan hidup semula manusia.
Manusia itu diciptakan dari air mani lalu menjadi janin kemudian manusia yang sempurna.

3.  𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟎- {𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚) 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 (𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧;}– ayat ini menjadi hujjah untuk  menolak pandangan muktazilah & qadariyyah (pandangan sesat menurut ulama' kita) yang mengatakan orang yang kena bunuh adalah orang mati sebelum ajalnya!
Kerana dibunuh di tengah jalan umurmnya bukan kerana ajalnya lagi!

Kita kata itu adalah ajalnya yang ditentukan, sudah sampai tempohnya dan sebabnya adalah dibunuh! Na’uzubillahi min zalik.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟏- {(𝐁𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 (𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧) 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮), 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐧𝐲𝐚.} – Allah berkuasa untuk mencipta manusia lain yang lebih baik daripada kamu serta dalam apa bentuk yang dikehendaki-Nya.

Ulama' kata ayat ini menjadi penggalak untuk kita melakukan kebaikan dan amal soleh, kerana tukar & hidup balik itu maksudnya mati & perhimpunan di Mahsyar.

Jika tidak tahu berapa lama umur kita, panjang atau pendek, maka menjadi kewajipan kepada kita yang sudah tahu bahawa kita akan mati untuk  membuat persiapan yang rapi!
Sebagai persediaan dan bekalan untuk menghadapi hisab, pengadilan dan pembalasan dari Allah s.w.t.

*Jagalah lidah dan tangan kita pada musim yang amat banyak fitnah dan pembongkaran ini.
Kata Abi Ja’far rhm.:
Alangkah peliknya manusia yang mengingkari kebangkitan semula; sedang dia telah melihat kejadian pertama manusia;
Alangkah peliknya manusia yang mengingkari kebangkitan semula selepas mati, sedangkan setiap hari dia bangkit semula dari tidurnya sedang tidur itu dianggap sebagai mati kecil!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟐- {𝐃𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐝𝐚, 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤).}- ulama' tadabbur kata ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t yang berkuasa mencipta buat kali pertama, Dialah yang mampu dan bekuasa untuk mencipta buat kali kedua, bahkan pada logik kita manusia pun ia lebih mudah & senang!
i- Sedangkan bagi Allah semuanya adalah mudah! Nak cipta yang baru atau menghidupkan semula.

ii- ulama' juga kata ini adalah dalil atas sahnya untuk membuat kias yang lama dengan yang baru adalah sama.
Allah nak buat benda baru atau nak ulang yang balik semua adalah sama.

✅️14/11/2022
7. 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙒𝙖𝙦𝙞'𝙖𝙝 (07) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [63-74]

1. 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚
2. 𝐁𝐢𝐣𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤
    𝐀𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦
    𝐀𝐩𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐢𝐣𝐚𝐮.

Munasabah ayat:
--------------
1.  Dalam siri ini Allah s.w.t kemukakan tiga lagi dalil yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t menghidupkan semula manusia selepas dia  mati.
i- dalil pertama ayat ke-58 (siri lepas)
ii- dalil kedua- manakala untuk siri ini bermula dengan ayat 63.
iii- dalil ketiga- ayat 68
iv- dalil keempat- ayat 71.

2. Kesemua ini adalah seruan dari Allah s.w.t agar manusia berfikir, memerhatikan dalil kebangkitan semula dengan melihat kepada kejadian di sekeliling mereka sendiri.

3. Dalil yang akan disebut dalam siri ini ialah bagaimana: biji mengeluarkan pokok dan air yang diminum dan api yang keluar dari pokok yang hijau.

4. Munasabah ayat: Setelah dibawa dalil yang pertama dalam ayat 58 iaitu kejadian manusia yang berasal dari air mani yang ditanam dalam rahim manusia.

i- untuk menunjukkan bahawa kebangkitan semula itu mudah saja bagi Allah s.w.t, lihatlah bagaimana Allah s.w.t bawa bandingan yang mudah kamu lihat dan jumpainya.
Allah s.w.t bawa ayat ini dengan dalil yang kedua dengan perbandingan yang mudah dilihat dan difahami. Iaitu pokok yang kering dapat hidup dan mengeluarkan anak pokok dari biji benihnya yang telah kering.

ii- apa munasabah berpindahnya dalil dari kejadian manusia { مَّا تُمْنُونَ} dalam ayat 58 kepada dalil dengan tumbuhan { مَّا تَحْرُثُونَ} pula dalam ayat ini; Apa persamaannya?

Jawapan: Terdapat persamaan yang jelas antara manusia { مَّا تُمْنُونَ} & tumbuhan { مَّا تَحْرُثُونَ}.

Kita dan tumbuhan tumbuh keluar dari bumi sebagai firman Allah s.w.t ini:
{"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,} (Nuh 71:17)

*kita terjadi dari hasil pati yang berasal dari bumi, walaupun telah diolah menjadi air mani, makanan dan minuman!

iii- biasanya makhluk manusia akan tengok dan dapat melihat perkembangan tumbuhan ini. Maka ini menjadi dalil & tanda besar bahawa Allah s.w.t mampu untuk mencipta dan menghidupkan balik manusia.

Allah s.w.t menyeru mereka untuk melihat perkembangan dan tumbesaran pokok yang mereka tanam.
a- sebagaimana pokok perlu dicampak benihnya, iaitu ditanam ditempatnya barulah tumbuh anaknya.

b- begitu juga manusia, perlu ditanam benihnya dulu iaitu air mani yang diletakkan pada tempatnya, iaitu rahim perempuan. Barulah akan terjadi janin kemudian anak yang membesar.

*Kerana itulah perempuan disebut sebagai “ladang’ dalam satu firman Allah s.w.t.
*Inilah tiga kaitan atau munasabah antara { مَّا تُمْنُونَ} & { مَّا تَحْرُثُونَ}.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Tafsir ayat
---------
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟑- {𝐌𝐚𝐤𝐚 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐞𝐠𝐢𝐥?) 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦?}
a) Ini adalah dalil yang kedua Allah s.w.t mahu sentap puak kafir supaya celik mata buka telinga, supaya mereka berfikir. 
b) Puak kafir ditanya apakah mereka tidak lihat kepada pokok-pokok yang mereka tanam?
c) Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah s.w.t pecahkan biji-biji benih lalu keluarkan anak pokoknya?
d) Firman Allah s.w.t tentang kejadian pokok-pokok ini:
i- {Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah.
Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?} (Al-An'aam 6:95)

ii- {(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
Dan taman-taman yang menghijau subur,
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -
Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.} ('Abasa 80: 24-32)

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟒- {𝐊𝐚𝐦𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚?}
1. Sekali lagi Allah s.w.t ulang pertanyaan untuk memberi hujjah yang semakin mantap & kemas!

2. Apakah kamu yang menumbuhkan pokok-pokok itu atau Kami, Tuhan yang menumbuhkannya???

3. Munasabah ayat: Puak kafir tidak mendakwa bahawa mereka yang menumbuhkan benih-benih itu, mereka akui bahawa Allah s.w.t yang menumbuhkan benih-benih itu!

Tetapi mereka tidak akui kepada kebangkitan semula, tidak percaya bahawa Allah dapat menghidupkan orang yang mati. Yakni mereka percaya sekerat, tidak penuh!

Maka Allah s.w.t bawa pertanyaan ini sebagai hujjah ke atas mereka.

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓- {𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢, 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐧𝐜𝐮𝐫 (𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐡), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐬𝐚𝐥,}
1. Setelah jawapan ini Allah nyatakan lagi; Jika Allah mahu Dia boleh jadikan pokok itu menjadi kering lalu hancur. Lalu kamu tidak akan mendapat manfaat dari pokok-pokok itu.

2. Maka barulah kamu tahu dan menyesal, kerana tidak lagi akan mendapat hasil darinya!

3. Kata ulama' maksud perkataan (تَفَكَّهُونَ): Mereka mengeluarkan ucapan penyesalan yang menunjukkan mereka sedih & dukacita atas apa yang berlalu!

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟔- {(𝐒𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚): "𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐫𝐮𝐠𝐢𝐚𝐧.}
1. Iaitu mereka berkata: Sesungguhnya kamu telah ditimpa kerugian.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟕- {"𝐁𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐚 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥)."}
1. Iaitu menyesal akibat pokok yang mereka tanam menjadi kering, tidak tumbuh membesar dan mengeluarkan hasil sebagaimana yang dikehendaki!

2. Maka kehampaan dan kecewalah mereka!

6. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟖- {𝐒𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐭𝐮, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦?}
a) Kemudian Allah s.w.t pergi pula kepada dalil yang berikutnya, boleh Allah s.w.t menghidupkan balik dan kuasa Alllah s.w.t itu besar.
b) Iaitu berpindahnya dalil dari penciptaan tanaman kepada penciptaan air dan minuman! Ini kerana pokok-pokok itu juga manusia tidak akan dapat hidup tanpa adanya air!
c) Firman Allah s.w.t:
{Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?} (Al-Anbiyaa' 21:30)

6. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟗- {𝐊𝐚𝐦𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐰𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧), 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚?}
a) Allah tanya lagi dengan perlian untuk menguatkan dalil: Air hujan yang turun dari langit apakah kamu wahai manusia atau Tuhan yang menurunkannya? 

7. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟎- {𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢, 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫.}
a) Allah katakan juga jika Dia mahu boleh saja Dia jadikan air itu masin! Maka dimanakah akan kamu cari air yang tawar dan sedap untuk diminum?
b) Maka hendaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyediakan air yang bersih, jernih dan tawar untuk kegunaan kamu!

8. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟏- {𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐩𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢𝐠𝐞𝐬𝐞𝐤)?}
a) Ini adalah dalil yang keempat mengikut turutan dari awal.
b) Tidak kamu lihat bagaimana kamu menyalakan api dengan menggesek kayu (ٱلَّتِى تُورُونَ) daripada pokok.
c) Munasabah ayat: Allah s.w.t berpindah kepada perkara yang ketiga. Iaitu alat untuk memproses makanan dan minuman, iaitu API.
d) Pokok atau kayu itu pula sebagai alat untuk mengeluarkan api itu. Ini secara asal atau tradisionalnya. Kemudian berpindah kepada alat-alat lain.
e) Ahli tafsir kata pokok yang mengeluarkan api ini bukan semua jenis pokok. Pokok ini ada bahan api di dalam, ada jenis yang khas dan tertentu yang dikenali oleh orang zamn dahulu & mereka yang pakar.
f) Allah s.w.t bawa semua dalil ini untuk manusia berfikir kepada kebangkitan semula!

8. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟐- {𝐊𝐚𝐦𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐤𝐚𝐲𝐮𝐧𝐲𝐚, 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚?}
a) Sekali lagi Allah s.w.t tanya: Kamukah yang menumbuhkan pokok kayu itu atau Kami, Tuhan yang menumbuhkannya? Semuanya adalah kejadian dari kuasa Allah s.w.t!
b) Firman Allah s.w.t:
{"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".} (Yaa Siin 36:80)

9. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟑- {𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐞𝐭𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐲𝐮 𝐛𝐚𝐬𝐚𝐡) 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭) 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐚𝐟𝐢𝐫.}
a) Allah s.w.t yang menjadikan kayu yang basah itu dapat mengeluarkan api!
b) Ini adalah sebagai satu peringatan kepada mereka yang lalai, yang tidak percaya dan mendustakan kebenaran tentang Akhirat & bangkit semula.
c) Api juga untuk memberi kesenangan kepada para musafir juga. Banyak sekali kegunaan api ini untuk orang musafir zaman dahulu.
d) Hadis- daripada Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W  bersabda:
“Api dunia yang kamu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api nereka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulllah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Ia lebih panas 69 kali.” [HR Muslim].

10. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟒- {𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 - (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐥𝐚𝐢) - 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐣𝐢 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭-𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮).}
a) Allah s.w.t tutup episod ini dengan arahan untuk bertasbih 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐣𝐢 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫. Iaitu mensucikan-Nya daripada segala sekutu, kekurangan, kelemahan, keaiban dan kesalahan.
b) Semua ini 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 menunjukkan bahawa kamu 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭-𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮: kejadian manusia, makanan, minuman dan api yang digunakan untuk memprosesnya.

𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡
---------------
1.  𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟑- {𝐌𝐚𝐤𝐚 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐞𝐠𝐢𝐥?) 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦?}- ayat ini menjadi kewajipan kepada setiap manusia untuk buka mata telinga, lapangkan dada untuk meneliti & memerhati kepada dalil-dalil keagungan keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t.

Ini supaya manusia akan beriman dan percaya kepada janji-janji Allah s.w.t. dengan segala nikmat yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita.

Nikmat yang telah disebut ini ialah: nikmat kejadian manusia, nikmat makanan. minuman & api.

Ayat ini juga menunjukkan dalil kepada harus dan digalakkan untuk kita bercucuk tanam. Allah s.w.t mengungkit nikmat yang diberi supaya kita berfikir.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟒- {𝐊𝐚𝐦𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚?}- timbul persoalan di dalam ayat ini dikatakan Allah s.w.t itu (ٱلزَّٰرِعُونَ), iaitu yang menanam & menumbuhkan pokok.

Dalam ayat lain Allah s.w.t kata:
{(bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya (يُعْجِبُ ٱلزُّرَّاعَ).} (Al-Fat-h 48:29)

Maka persoalannya:
i- Kami (Tuhan) yang menanam pokok atau petani yang menanam pokok; nisbah kepada petani yang tanam pokok.

Jawapan:
Telah sabit dalam kitab tafsir bahawa bercucuk tanam (حرث) menabur benih, pada awalnya itu bersambung dengan menanam (زرع) menumbuhkan pokok iaitu pekerjaan petani pada akhirnya. Boleh saja disebut yang mana dulu tetapi dari segi seninya dalam bercucuk tanam, begitulah susunan yang sepatutnya.

ii- maka kenapa Allah s.w.t kata mengagumkan penanam (يُعْجِبُ ٱلزُّرَّاعَ) bukan mengagumkan (حراث)?

Jawapan:
Kerana orang yang menabur benih, pada peringkat awal (حرث) masih belum tahu samada pokok itu akan hidup atau membesar, akan mengeluarkan buah atau tidak.
Tetapi pada masa fasa yang akhir (زرع) pokok itu sudah tumbuh, dia sudah tahu dan lihat hasilnya, sudah keluar buah maka ia akan mengagumkan petani.

#Kerana itulah isteri itu dikatakan sebagai ladang/kebun (datangilah kebun tanaman kamu- فَأْتُوا۟ حَرْثَكُمْ) iaitu seperti tempat menanam fasa awal. Masih belum tahu akan berhasil atau tidak, baru nak semai benih. Kalau ada rezeki akan terhasillah janin dan akan lahirlah bayinya.

Kita boleh kata Allah s.w.t menanam pokok tetapi kita tidak kata Allah s.w.t itu sebagai penanam pokok (الزارع).
Allah s.w.t yang  Maha Berkuasa dan sifat-Nya menumbuhkan apa saja yang dikehendaki-Nya.

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟗- {𝐊𝐚𝐦𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐰𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧), 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚?} sehingga kepada ayat tentang nikmat yang berikutnya – ayat ini menjadi dalil bahawa Allah s.w.t berkuasa atas segala perkara. Allah kata jika Dia mahu boleh dijadikan air itu masin, tetapi Allah s.w.t tidak melakukannya.

*Hanya air laut saja yang dijadikan masin untuk menyimpan ikan-ikan dan pelbagai hidupan, laut juga besar dan tidak mengalir, jauh dari kehidupan manusia, juga untuk memproses & mengitar semula bangkai-bangkai serta segala bahan buangan yang mengalir masuk dari sungai ke dalamnya.

**Air sungai pula berada dalam lingkungan kehidupan kita, mengalir di celah kampung dan bandar, maka ia menjadi sumber utama kegunaan manusia, sebagai minuman dan basuhan, pastilah kena jernih dan air tawar. Ia juga mengalir dan bergerak maka proses pembersihan berlaku dengan sendiri, tidak perlu kepada air masin.
Maha Suci & Kaya Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
i- {Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu.} (As-Sajdah 32:13)

ii- {Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.} (Al-Baqarah 2:253).

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟎- {𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢, 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫.}- yakni kerana Allah s.w.t tidak jadikan air itu masin, maka hendaklah kamu bersyukur!

Timbul persoalan di kalangan ulama':
Kenapa dalam ayat tentang tanaman sebelum ini kenapa Allah s.w.t tidak sebut {𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫.}- tetapi dalam ayat tentang air ini Allah s.w.t suruh bersyukur?

Jawapannya, ini kerana:
i- Allah sebut; kamu minum kamu syukur. Manakala dalam tanaman tidak disebut kamu tanam kemudian kamu memakannya maka tidak disebut supaya kamu bersyukur.
Maka ia sesuailah dengan ayatnya kamu minum { تَشْرَبُونَ} maka kamu bersyukurlah { تَشْكُرُونَ}.

Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w: "Allah sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (HR. Muslim) 

ii- sebab kedua: dalam bab makanan atau tanaman; kamu tanam, kamu yang usaha buat itu maka kerana itu tidak disebut bersyukur. Kerana hujan itu Allah s.w.t yang turunkan, bukan kerana hasil usaha kamu, semata-mata nikmat Allah s.w.t maka wajarlah kita disuruh bersyukur!

iii- dikatakan nikmat makan tidak berhenti setakat makan sahaja. Biasanya selepas makan kita kena minum air. Maka selepas lengkap disebut nikmat makan & minum, maka disuruh bersyukur. Bukan kata selepas makan tak perlu bersyukur, tetapi selepas lengkap nikmat maka kita pun bersyukur atas semuanya.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟑- 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐞𝐭𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐲𝐮 𝐛𝐚𝐬𝐚𝐡) 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧}- ayat ini kata api datang dari pokok. Ayat dalam surah Ya Sin kata bahkan ia datang dari pokok hijau, bukan hanya pokok yang biasa.

Ayat ini menjadi dalil bahawa sebab-sebab saja tidak memberi kesan dengan sebab tabiatnya semata-mata, tidak betul pandangan sebegini.

Ini kerana:
i- ada juga pokok yang tidak mengeluarkan api.
ii- ada juga api yang tidak panas seperti api yang membakar Nabi Ibrahim a.s.

Kita mengatakan semua benda itu berlaku dengan sebab, tetapi kita tidak boleh berpegang dengan sebab semata-mata. Kita kena sandarkan; ini menjadi sebab tetapi yang memberi segalanya dengan izin Allah s.w.t

Kata ulama' tadabbur: Api ini antara nikmat yang besar yang Allah s.w.t berikan kepada kita kerana banyak sekali kegunaannya.
Juga apabila kita lihat api dunia jangan lupa kepada api di akhirat kelak yang 70 kali ganda panasanya!!!!!

6. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟒- {𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 - (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐥𝐚𝐢) - 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐣𝐢 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭-𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮).}- dari ayat ini kita lihat kepada perkataan {bismi- dengan nama - بِٱسْمِ}. Perkataan bismi ini dieja dengan dua cara yang berbeza dalam al-Quran iaitu sama ada ditulis huruf alif (بِٱسْمِ) atau tidak (بِسْمِ).

A- Dalam ayat ini ditulis huruf alif, terdapat 3 ayat lain yang ditulis begini dalam al-Quran: (بِٱسْمِ)
i- Surah al-Waqiah: ayat 74 & 96.
ii- Surah al-Haaqqah: ayat 52. 
iii- Surah al-‘Alaq: ayat 1.

Penjelasan ulama' tentang ini:
i- ayat yang mensucikan (bertasbih) Allah s.w.t ditulis alif biasanya.

ii- menunjukkan hubungan kita dengan Allah s.w.t yang begitu rapat dan berterusan.

iii- penggunaannya tidak kerap atau tidak banyak kali sebagaimana (بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) yang kita baca setiap pekerjaan.

B- Manakala yang tidak ditulis huruf alifnya (بِسْمِ) terdapat dalam beberapa ayat ini;
a- ayat pertama bagi surah al-Fatihah atau permulaannya: (بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ).
b- Surah Hud: ayat 41
c- Surah an-Namli: ayat 30

Kenapa dalam tiga ayat ini tiada alif (بِسْمِ)?

Jawapan:
i- kerana ia diawal surah bagi al-Fatihah.

ii- bertujuan untuk memberi keselamatan & segera menerima kebaikan (tunduknya Kerajaan Saba’ selepas menerima surat dari Nabi Sulaiman).

iii- menjauhi bahaya (dalam ayat itu selamat dari gelombang lautan).

iv- manakala sebab bagi lain-lain tempat ialah: kerana kerap pengunaannya seperti dalam Bismillah pada awal setiap surah sebagai permulaan surah: (بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ).

Serta sebagai bacaan kita bagi memulakan setiap pekerjaan kerana Allah s.w.t.

Bagi para asatizah untuk bacaan lanjut boleh lihat sebuah kitab yang cantik ini:
“عنوان الدليل من مرسوم خط التنزيل”
Susunan:
أبو العباس أحمد بن محمد بن عثمان الأزدي المعروف بابن البناء المراكشي

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀

✅️8. 

No comments:

Post a Comment