✅️Sabtu 10 R.Thani 1444H = 05/11/2022 Tafsir Surah Al-Waqi'ah (01)
Ayat [00-00];
Muqaddimah Dan Intisati Surah, Kelebihan Surah & Munasabah Antara Surah.
----------------------------
1. Juzuk 27, Surah makkiyah, sebelum nabi berhijrah ke madinah.. (banyak sebut tanda2 kekuasaan Allah) kecuali 82 madaniyah (cerita hukum2).
2. 96 ayat, ayat yang pendek2. Surah mufassal (surah yg pendek2)
3. Waqiah = kiamat = baca bertambah zuhud.
4. Awal surah - bila berlaku hari kiamat, tiada siapa boleh dusta
5. Kena yakin dan amal
6. Satu nama sahaja Al Waqiah.
7. Tiada asas yg sahih mengatakan surah tarik rezeki.
Intisari kandungan
----------------
1. Menolak keraguan orang kafir tentang hari akhirat - pelbagai dalil hissi (pokok2 tumbuh) & maknawi.
2. Alam dunia = alam yang dekat dengan kita = utk buat persiapan.
3. Alam barzah = pemisah dunia dan akhirat, tempat menunggu sebwlum hari kiamat.
4. Alam akhirat = bermula selepas kiamat. Alam pembalasan yang kekal abadi.
5. Alam akhirat
- 3 puak yg berlainan
¡. Golongan kanan ashabul yamin
¡¡. Golongan kiri sshabul syimal
¡¡¡. Puak yg mendahului dalam melakukan kebaikan, as sabiquna al awwalun.
- apa yg Allah perintahkan terus buat dan apa yg dilarang terus tinggalkan.
6. Org kafir, org Quraisy faham baca AlQuran, sepatut mereka tidak meragui kebenaran Al quran dan dari Allah Rabbul Alamin.
7. Surah ini diakhiri dengan menegaskan keterangan yg disebut adalah kebenaran yang diyakini. Ucaplah tasbih dgn memuji nama Tuhanmu yg Maha Besar Kekuasaanya.
Objektif/maqasid
--------------
1. Objektif surah ; isu penting adalah nak menetap kebangkitan semula & balasan terhadap segala perbuatan yg dilakukan didunia.
eg : pembhgn manusia 3 bhgn.
2. Susunan isu:
a. Memperingat tentang hari kiamat, huru hara dan nyata kategori manusia, dan hala tuju setiap kumpulan.
b. Beberapa ciri tentang kekuasaan Allah, luas rahmat, agungnya Allah.
c. Menguatkan yg al Quran tu dari Allah.
d. Keadaan ketika nak mati,keadaan orang yg mati dan bhgn mereka, proses menghadapi kematian.
Munasabatul surah
----------------
1. Kaitan dgn surah Ar Rahman - kembar dr sudut
A - dua2 surah sebut sifat2 kejadian hari kiamat, syurga & neraka.
B - Ar Rahman sebut bagaimana , sifat2 ahli syurga, neraka
Al Waqiah - huru hara kiamat, manusia terbhg 3
C - kejadian hari kiamat; langit terbelah,bumi bergoncang = tajuk sama tetapi susunan berbeza
Waqiah start huru hara qiamat, sifat syurga, neraka.
** Isu satu saling melengkapi 2 surah. Isu dan tajuk sama tetapi berbeza susunannya.
Kelebihan surah Al Waqiah
----------------------
1. Hadis 1 : dr abdullah mass'ud. Siapa baca setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Darjat hadis terlalu lemah sanad/daif. Sanad tidak sahih tidak boleh berpegang dengannya.
2. Surah waqiah = surah kaya, hadis daif.
3. Nabi solat 5 waktu, solat fardhu ringan kerana faktor jemaah tetapi solat fajar/subuh nabi saw baca surah Al Waqiah. Hadis sahih/hassan.
4. Rasulullah ada uban ~ 21 urat, yg mengubankan aku surah waqiah, yg mengingat tentang kiamat. Hadis sahih.
5. Dlm biodata ibnu mas'ud. Beliau sakit , takut tentang dosa dan kematian. Mengharapkan rahmat dari Allah. Tidak berhajat kpd doktor & sumbangan. Anak di tinggal surah waqiah setiap malam utk tidak papa. Hadis tidak sahih.
6. Kaitan surah dgn kekayaan semua hadisnya tidak ada yang sahih
** maka berhati2lah. Niatkan ikhlas dalam beribadat kepada Allah semata2 bukan utk mendapat habuan.
✅️06/11/2022
Tafsir Surah Al-Waqi'ah (02)
Ayat [01-09];
**************************
1.Kiamat Pasti Akan Terjadi. 2.Suasana Huru-hara.
3. 3 Kategori Manusia.
Tafsir
-----
1. Ayat 1 -apabila terjadi hari kiamat
- kiamat kecil - mati
Kiamat besar - hari jumaat
- nama hari kiamat banyak, al waqiah = suatu hari kiamat memang pasti akan terjadi.
- al haqqah ayat 13-15.
2. Ayat 2-kejadiannya yang tidak dapat disangkal
- kazibah= kata masdar/ terbitan. Ia pasti berlaku
- org mukmin memang yakin & org kafir pula akan yakin bila berlaku depan mata.
- An nisa ayat 87.
3. Ayat 3- merendahkan(golongan ingkar) dan meninggikan (golongan yg taat)
- manusia yg tidak dikenali dibumi tetapi dikenali dilangit.
- ada orang yg tinggi darjat dan sebaliknya.
4. Ayat 4- apabila bumi digoncang dgn goncangan yg kuat
5. Ayat 5- gunung ganang dihancur sehancur2nya وبست
- bumi dan gunung hancur jadi seperti debu gandum
- ada kata pecah2
- berterbangan seperti debu.
6. Ayat 6- maka jadi ia debu2 bertebaran.
7. Ayat 7- dan kamu menjadi 3 golongan.
- mengikut amalan didunia; kanan, kiri dan terhadapan (+ ada yg disebut juga golongan yg diatas pagar tetapi akan masuk syurga juga)
8. Ayat 8-golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan.
- puak kanan: (ashabul yamin)
¡. Terima catatan amal tgn kanan
¡¡. Terletak disebelah kanan/syurga, dekat nabi adam
¡¡¡. Di berkati kerana amalan didunia
9. Ayat 9- golongan kiri, betapa seksanya golongan kiri itu.
- puak kiri: (ashabul shimal)
Faedah
------
1. Ayat 1; Bila berlaku hari kiamat
- surah waqiah cukup utk tingkat iman & hindar kemungkaran biarpun diturunkan satu surah ini sahaja.
- ayst 58-59 = kejadian manusia
- ayat tentang rezeki makan minum manusia
- surah mutakabillah.
** surah sempurna. Lengkap dlm sudut kehisupan dan ketuhanan.
2. Ayat 2;
- kiamat terjadi sekali & sekaligus: وقعتحا
- 10 perkara - tanda2 besar kiamat
3. Ayat 3;
- jatuhkan martabat org yg derhaka.
- supaya manusia kawal diri, nafsu utk angkat darjat.
- dari zaid b aslam; siapa yg jatuh pada hari itu tak akan diangkat lagi begitula sebaliknya... kecuali org tengah (beriman tapi derhaka).
4. Ayat 7; kamu terbhg 3 kumpulan
- ayat 7-48 diterang secara detail.
- menolak fahaman muktazilah - golongan tak tau duduk mana/celah2?
- setiap kumpulan berdasarkam amalan yg telah dibuat.
- org mukmin terbagi kpd 2; yg membezakan adalah ibadat & tahap ketaatan mereka.
5. Ayat 8-9
- Allah sebut tidak ikut susunan golongan. Sebut golongan kanan dulu, kiri & puak assabiqun.
- hikmahnya supaya tidak berulang banyak kali, bermula ayat 10 tentang golongan terbaik terus ayat 26 (ciri2nya). Detail terus.. tertib pertama mengikut martabat. Baru diikuti golongan kanan dan kiri.
- awal2 hanya sebut golngan sahaja.
✅️07/11/2022
Tafsir Surah Al-Waqi'ah (03)
Ayat [10-26];
*************************
**Ahwal احوال = suasana ح
Wa ah wal اهوال= huru hara ه
1. As-Sabiqun Al-Muqarrabun
2. Kategori Ahli Syurga Terbaik
3. Nikmat Syurga Yang Disediakan.
* as sabiqun = golongan awal/dahulu
Tafsir
-----
1. Ayat 10- org2 yg paling dahulu/laju (beriman), merekalah yg paling dahulu masuk syurga.
- surah al mukminun, ayat 61 ; laju melakukan ibadat.
2. Ayat 11- mereka org2 yg dekat (makanan=kedudukan)
- dekat kepada Allah di akhirat
- tinggi kedudukannya المكانة & tinggi tempat/duduknya المكان
- mereka laju menerima islam & iman, cepat melakukan kebaikan dan amal ibadat. Maka lajula mereka ke syurga.
-kita hendaklah laju cuba beramal bila dengar sunnah dan amalan nabi saw yg sahih.
3. Ayat 12- dlm taman syurga yg penuh nikmat (tempat)
- nikmat: secara fizikal , mental. Hati tenang dan nikmati tanpa ragu bimbang. Nikmat pula kekal abadi dan tidak putus2.
4. Ayat 13- segolongan besar drp org2 terdahulu.
- pandangan
¡. Umat yang terdahulu, umat para rasul & nabi terdahulu.
¡¡. Umat nabi saw yg terawal dan terdahulu, golongan sahabat, tabi'en dan yg selepas mereka para ulama salafus soleh.
5. Ayat 14- sekelompok kecik dr org2 kemudian.
¡. umat nabi muhammad
¡¡. umat nabi muhammad yg terakhit atau akhir zaman iaitu termasuk kita.
- manusia yg kemudian tidak ramai.
- kena ada usaha utk mencapai golongan sedikit itu.. sebagai harapan utk kita masuk dlm kumpulan ini.
Cara2 mereka menikmati syurga
6. Ayat 15- pelamin dr emas dan permata
7. Ayat 16- bersandar dan berhadap2an.
- tidak membelakangi antara satu sama lain. Luasnya syurga.
8. Ayat 17- dikelilingi anak muda yg sentiasa muda yg sentiasa melayani mereka.
- tiada siang dan malam dan waktu tidak bergerak. Oleh itu ahli syurga sentiasa muda dan tidak mati.
9. Ayat 18- bawa minuman berisi arak dgn gelas, cerek dan piala drp sg yg mengalir.
10. Ayat 19- tidak merasa mabuk/pening dan tidak mabuk.
11. Ayat 20- dan pelbagai jenis buah2an yg menjadi pilihan mereka.
12. Ayat 21- dan jenis daging burung yg mereka ingini.
* elok makan buah dulu baru daging, kalau diikut susunan ayat sebelum ni.
- nabi saw ditanya tentang telaga kauthar; airnya seperti sg lebih putih dr susu, lebih manis dari madu. Dekat sg ada brg tengkuk panjang. Omar berkata; lawa burung.. nabi saw jawab; makan burung tu lagi sedap dari sekadar mendengar sahaja. HR Tarmizi
13-14. Ayat 22-23- ditemani bidadari2 dan bermata indah
- wanita dunia ketua bidadari
- seperti mutiara yg tersimpan/terpelihara sebaik2nya.
15. Ayat 24- balasan terhadap apa yg dikerjakan
- masuk syurga dgn limpah kurnia Allah tetapi darjat/tingkatan syurga dengan amalan yg kita buat didunia.
16. Ayat 25-26- tiada mendengar dan bercakap benda yg tidak baik
- sifat org baik wajib tabayyun; minta penjelasan & tathabut-pastikan maklumat betul.
Faedah
------
1. Ayat 10
- sabiqun: org yg cepat terima arahan, melakukan dan cepat masuk syurga.
- Allah sebut tentang kedudukan mereka yg tinggi serta tempat tinggal yg tinggi di syurga.
- disebut keadaan dulu baru tempat.
Pilih jiran dulu sebelum bina rumah.
- sbgmana doa Aishah isteri firaun attahrim 66;11- Ya Allah binalah sebuah rumah utk ku di syurga. Dan selamatkan daku dari firaunbdan perbuatannya serta kaumnya yg zalim.
2. Ayat 11
- kedudukan dulu baru tempat
* kaum yg dimuliakan adalah islam
2. Ayat 14
- hanya sedikit dari golongan2 terkemudian.
- ayat ini sbg khabar gembira utk org muslimin - masih ada apeluang walaupun tak ramai.
- umat yang kemudian bukan tidak baik tetapi terlalu banyak fitnah & kemungkaran yg berlaku.
3. Ayat 16
- luasnya syurga tak perlu membelakangi antara satu sama lain.
4. Ayat 17
- kanapa di sebut anak2 muda? Yg tidak berubah. Kekal. Kerana tiada malam dan siang.
5. Ayat 20
- boleh pilih buah yang banyak, apa saja. Tiada syarat utk makan apa saja yg ada dekat mereka. Boleh pilih. Pilih yg terbaik yg mereka mahu dan suka sahaja.
✅️08/11/2022
4. 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙒𝙖𝙦𝙞'𝙖𝙝 (04) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [27-40]♥
1. 𝐀𝐬𝐡𝐚𝐛𝐮𝐥 𝐘𝐚𝐦𝐢𝐧
2. 𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 kepada k𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 itu.
Tafsir ayat
---------
1. *𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕-
"𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧,- 𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮?"
- mendapat kebahagian nikmat dengan balasan syurga.
- Betapa tinggi dan mulianya kedudukan mereka!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟖-
"𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠-𝐥𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐨𝐡𝐨𝐧-𝐩𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐛𝐢𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐫𝐢."
- Mereka bersenang-senang di dalam taman syurga di celah pokok bidara yang tidak berduri, dahannya hanya berat dengan buah-buahnya sahaja.
- Ini kerana pokok yang bernama bidara (سِدْرٍۢ) ini atas dunia ini adalah sejenis pokok yang berduri biasanya.
- Ulama' kata (مَّخْضُودٍۢ) maknanya telah dihilangkan durinya, boleh saja Allah nak buat. Namanya saja sama tetapi keadaannya tidak sama.
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟗-
"𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤-𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐩𝐢𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐫𝐚𝐩𝐢 𝐛𝐮𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚"
1. Serta pokok pisang (وَطَلْحٍۢ) yang bertingkat atau bertindan dengan susunan yang sangat rapi dan indah.
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟎-
"𝐃𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠"
1. Mereka juga berada di bawah bayang, teduhan (وَظِلٍّۢ ۢ) yang sentiasa ada, tidak berubah atau hilang naungan keteduhannya.
2. Firman Allah s.w.t:
{Serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.} (An-Nisaa' 4:57)
3. Hadis- dari Abi Said al-Khudri R.A dari Rasulullah S.A.W sabdanya: Sesungguhnya dalam syurga itu ada pokok sekiranya seorang penunggang kuda menunggang dengan laju selama seratus tahun tidak boleh habis naungannya.” [HR Bukhari & Muslim]
4. Kata ulama' Salaf:– Di dalam syurga, cahayanya seperti cahaya pada waktu pagi ketika matahari baru nak naik. Cahayanya ada tetapi matahari sudah tiada.
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫,} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟏)
1. Minuman mereka pula air yang sentiasa mengalir (مَّسْكُوبٍۢ) sepanjang masa.
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟐- {𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐡-𝐛𝐮𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤,} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟐)
1. Serta buah-buahan yang banyak. Iaitu banyak kuantitinya serta banyak jenisnya, pelbagai pilihan.
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟑- {𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬-𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚,} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟑)
1. Buahnya tidak putus-putus, iaitu tidak ada musim khas dan tertentu. Sepanjang masa ada.
2. Juga tidak ada larangan selama-lamanya. Ini kerana:
i- bukan hak-milik sesiapa. Untuk seluruh ahli syurga.
ii- tidak ada penyakit yang menghalang lagi.
3. Hadis- Dari riwayat Ibnu Abbas r.a dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w melihat syurga dan neraka dalam solat gerhana.
- Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, kami melihat tuan cuba mengambil sesuatu dari tempat tuan, kemudian kami melihat tuan berundur.
Baginda s.a.w menjawab:
"Sesungguhnya aku melihat syurga, maka aku cuba mengambil buah-buahannya. Seandainya aku mengambil buah-buahan itu, nescaya kamu akan memakannya selama mana dunia ini masih wujud.
Kemudian aku diperlihatkan neraka. Tidak ada pemandangan yang sangat teruk yang pernah aku lihat seperti hari ini." Sehingga akhir hadis… [HR Bukhari].
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑4- {𝐃𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚.} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟒)
1. Mereka pula duduk di atas katil atau singgahsana yang indah lagi tinggi. Hamparan yang tebal lagi lembut.
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟓- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢-𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚,} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟓)
1. Pasangan mereka pula ada isteri dari kalangan bidadari yang dicipta khas untuk keseronokan ahli syurga bukan dari kalangan manusia dari dunia.
2. wanita dunia yang menjadi ahli syurga; mereka adalah ketua kepada segala bidadari itu, pasangan mereka adalah suami mereka yang di dunia dulu. Jika ramai boleh pilih satu yang sama-sama masuk dalam syurga.
3. Tidak ada bidadara yang ramai-ramai bagi wanita kerana di atas dunia pun wanita hanya boleh bersuami seorang sahaja. Yakni bertentangan dengan fitrah wanita.
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟔- {𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡),} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟔)
1. Mereka adalah anak dara, yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa sebelumnya.
2. Juga akan sentiasa kembali menjadi dara selamanya.
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟕- {𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐣𝐨𝐝𝐨𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐲𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐫𝐧𝐲𝐚.} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟕)
1. Mereka amat setia dan mencintai pasangan yang dijodohkan kepada mereka.
2. Umur mereka sebaya, sentiasa muda remaja atas umur yang sama. Mereka tidak tua dan bertambah usianya. Ada ulama' kata awal 30-an.
3. Sebagaimana gurauan Rasulullah s.a.w yang benar bahawa tiada orang tua di dalam syurga.
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟖- {(𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧;} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟖)
1. Semua itu disediakan bagi puak kanan!
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟗- {𝐈𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮,} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟑𝟗)
1. Sebilangan besar (ثُلَّةٌۭ) dari kumpulan kanan ini adalah dari umat yang terdahulu (مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ)!
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧.} (𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐚𝐪𝐢'𝐚𝐡 𝟓𝟔:𝟒𝟎)
1. Juga sebilangan besar (ثُلَّةٌۭ) dari kumpulan kanan ini adalah dari umat yang terkemudian (مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ); iaitu umat Nabi Muhammad s.a.w!
2. Berbeza dengan kumpulan yang pertama (ٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ)- sebilangan besar mereka dari adalah dari umat yang terdahulu, hanya sedikit dari kalangan umat terkemudian.
3. Hadis- dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Kami semua berada bersama-sama Rasulullah saw. dalam sebuah khemah, kira-kira ada empat puluh orang, lalu Baginda s.a.w bersabda:
Mahukah kamu menjadi seperempat (1/4) penghuni syurga?
Kami menjawab: Ya.
Baginda s.a.w bersabda pula: Mahukah kamu menjadi sepertiga (1/3) penghuni syurga?
Kami menjawab: Ya.
Baginda s.a.w lalu bersabda:
Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya aku berharap kamu menjadi setengah (1/2) penghuni syurga.
Ini disebabkan kerana tidak ada yang dapat masuk syurga selain jiwa orang-orang Islam. Dibanding dengan orang-orang musyrik, kamu laksana selembar rambut putih di antara kulit lembu hitam. Atau, laksana selembar rambut hitam di antara kulit lembu merah. (Muttafaq 'alaih)
🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
-------------------
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧, - 𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮?}- ulama' kata dalam ayat ini Allah s.w.t detailkan sifatnya puak kanan setelah sebut secara umum 3 kategori dahulu.
Begitulah sepatutnya sebelum cerita tentang sesuatu kategori secara khusus kita kena sebut dahulu pecahannya secara umum.
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤-𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐩𝐢𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐫𝐚𝐩𝐢 𝐛𝐮𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚,}
𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠,} - dalam ayat ini Allah s.w.t sebut dua nikmat syurga, buah yang tersusun & pokok yang teduh.
Persoalan: Apakah hikmah apabila disebut pokok yang berdaun disebut nama pokoknya sedangkan apabila buah disebut nama buah terus?
Jawapan:
i- kerana pokok yang berdaun keistimewaan dan keindahannya adalah pada daunnya. Menarik dan indah dengan sebab pokok dan daunnya serta bayangannya yang rimbun dan teduh.
ii- manakala buah-buahan seperti pisang dan seumpamanya seperti buah tin, rambutan, durian dan lain-lain disebut buahnya terus kerana buah itu yang istimewa dan dikehendaki, bukan daun atau batangnya. Kerana itu jika buah, pokok itu akan dikenali dengan nama buah, kerana buah yang utamanya.
iii- Allah sebut juga pokok bidara yang tidak berduri (مَّخْضُودٍ)- untuk menunjukkan sesuatu yang tidak ada manfaat & memberi kesusahan atau menyakitkan atas dunia dulu seperti duri dan seumpamanya dibuang, tiada dalam syurga. Ini kerana syurga itu dicipta untuk nikmat, tiada kesusahan dan mudharat!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟐- {𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐡-𝐛𝐮𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤,}- kenapa Allah sebut buah-buah yang banyak (كَثِيرَةٍۢ) bukan disebut buah yang lazat, manis atau sedap?
Jawapan:
Ini kerana buah-buahan itu dimakan bukan kerana lapar atau keperluan tetapi hanya untuk nikmat dan keseronokan. Maka buah-buahan itu disifatkan begitu banyak jenis dan pilihannya, sebagai perhiasan dan nikmat yang tidak putus-putus.
*Contoh atas dunia- lihat saja buffet hotel-hotel besar, buah-buahnya sahaja diatur penuh meja yang panjang!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟔- {𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡),} – ini menunjukkan keutamaan kahwin yang pertama dengan anak dara (perawan) berbanding dengan wanita yang sudah janda.
Allah s.w.t juga kumpulkan sifat ahli syurga itu sebagai:
i- indah rupanya & ii- elok perangai dan hubungannya.
Inilah sifat wanita yang dapat menggembirakan suami yang memilikinya hatta di atas dunia!
TETAPI ingat para lelaki & suami juga perlu baik perangai dan jalankan tanggung-jawabnya terhadap isteri dan keluarganya. Barulah berpeluang menjadi ahli syurga dan pemilik bidadari yang indah.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧.}- jika dilihat dari ayat ini menunjukkan ramai juga umat nabi Muhammad yang terkemudian menjadi ahli syurga.
Hadis – Sabda Rasulullah s.a.w: "Ahli syurga terdiri daripada 120 barisan (saf), 80 daripada barisan itu adalah daripada kalangan umat ini (umat Nabi Muhammad) dan 40 barisan lagi daripada kalangan sekalian umat lain." [HR At-Tirmizi & Ibnu Majah]
Ukuran pintu syurga- dari Abu Hurairah r.a bahwa Nabi s.a.w bersabda:
“Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Majkah dengan Busyra.” (HR. Muslim no. 287)
**Mengikut ahli geografi: Jarak ukuran antara Makkah & Busyra sekarang ialah 1200 km.
5. 09/11/2022
𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙒𝙖𝙦𝙞'𝙖𝙝 (05) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [41-56].
1. 𝐀𝐬𝐡𝐚𝐛𝐮𝐬𝐲-𝐒𝐲𝐢𝐦𝐚𝐥
2. 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐊𝐞𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧
3. Jenis2 𝐀𝐳𝐚𝐛 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚
Tafsir:
-----
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐫𝐢, - 𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐫𝐢 𝐢𝐭𝐮?}
- Puak kiri (أَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ), alangkah siksanya puak kiri ini. Siapakah mereka ini?
- Ada beberapa pandangan ulama' tentang apakah maksudnya puak kiri ini:
i- malaikat mengumpulkan mereka di sebelah kiri iaitu lorong untuk ke neraka.
ii- mereka dikumpulkan di sebelah kiri Arasy iaitu sebelum ke neraka.
iii- kerana mereka menerima suratan amalan dengan tangan kiri.
*ingat jika nak terima pemberian orang ambillah dengan tangan kanan.
- Kesimpulannya; golongan kiri biasanya dikaitkan dengan sesuatu kumpulan yang tidak baik. Hatta dalam politik dan fahaman.
- Kata Ibnu Kathir rhm.: Boleh dijamakkan semua pandangan ulama' ini.
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟐- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐤.}
- Jenis azab pertama; mereka disiksa dengan angin yang kering dan panas membakar!
- Serta disiram dengan air menggelegak yang sangat panas.
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟑- {𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐧𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐬𝐚𝐩 𝐡𝐢𝐭𝐚𝐦,}
- Mereka dinaungi dengan bayangan asap hitam yang menakutkan.
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟒- {𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐣𝐮𝐤, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.}
- Bayangan yang tidak memberi kesejukan dan keselesaan.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟓- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐰𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐢 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧).}
- Mereka ini semasa di dunia dulu dilalaikan oleh kemewahan! Mereka hidup penuh dengan nikmat keseronokan, kemewahan, ikut hawa nafsu tanpa sekatan, berpoya-poya tanpa 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐢 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧. Sombong lagi angkuh!
- Peringatan: Kaya tidak menjadi sebab keangkuhan dan kesombongan jika ia adalah dari hasil yang halal serta pandai menguruskan harta mengikut Syariah Allah dan menunaikan haknya. Jangan pula sombong takabbur dan kufur nikmat yang Allah berikan.
6. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟔- {𝐃𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫,}
- sentiasa melakukan dosa-dosa yang besar.
- Dosa yang terbesar sekali ialah syirik kepada Allah s.w.t. Ia adalah kezaliman yang terbesar dan jenayah yang tidak diampunkan Allah.
- Kita orang Islam jangan sangka tiada syirik kerana banyak lagi perbuatan lain yang boleh membawa dan mengundang kepada syirik.
7. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠, 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚?}
- Sebab ketiga: Mereka semasa di dunia dulu tidak percaya lalu mendusta serta mengingkari kebangkitan semula selepas mati.
- Mereka mempersoal dan bertanya dengan main-main dan perlian kepada rasul yang diutuskan.
8. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟖- {"𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐧𝐞𝐧𝐞𝐤 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐥𝐮, (𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚)?
- Mereka juga bertanya lagi dengan perli dan tidak percaya: Apakah datuk nenek 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐥𝐮, yang telah lama mati dulu; 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 juga?
9. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟗- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚): "𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧,}
- Lalu Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w menjawab: Bahawa semua manusia yang terdahulu (ٱلْأَوَّلِينَ) dan yang terkemudian (وَٱلْـَٔاخِرِينَ) semuanya akan dibangkitkan semula.
- Tentang maksud {𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧,}, kata para ulama' tafsir:
i- orang yang dahulu adalah datuk nenek kamu dulu; manakala yang terkemudian adalah pada kamu sendiri.
ii- orang yang dahulu semua manusia sejak dari zaman Nabi Adam; manakala yang terkemudian adalah pada zaman kita ini.
iii- ada kata manusia yang dahulu ialah umat-umat sebelumnya; manakala orang terkemudian ialah umat Nabi Muhammad s.a.w.
10. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟎- {"𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 - 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦.}
1. Tetap akan dihimpunkan setempat kesemua manusia pada masa yang ditentukan pada hari Kiamat nanti.
11. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟏- {"𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭)
1. Jawapan kedua kepada mereka: Wahai kamu semua orang-orang yang sesat; yang mendustakan hari Kiamat tunggulah!
12. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟐- {𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐭𝐮) 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤, 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐳𝐚𝐪𝐪𝐮𝐦,}
- Kamu kelak akan memakan 𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐳𝐚𝐪𝐪𝐮𝐦, sejenis pokok yang berduri!
- Pokok ini mempunyai rupa yang sangat huduh & mengerikan, rasanya pahit dan berduri yang menyakitkan.
13. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟑- {"𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐮𝐡𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐡𝐢𝐭 𝐛𝐮𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚) 𝐢𝐭𝐮,}
- Tetapi kerana terlalu lapar sangat mereka terpaksa memakan juga buah ini walaupun berduri dan buruk rupanya!
- Bila menelannya ia terlekat di tekak mereka!
14. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟒- {"𝐒𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐢𝐫 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐤,}
- Lalu mereka terpaksa meminum 𝐚𝐢𝐫 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐤 untuk menolaknya.
- Maka hancur segala usus dan urat kerongkong mereka!
15. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟓- {"𝐈𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐡𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐮𝐚𝐬-𝐩𝐮𝐚𝐬".}
- Allah gambarkan cara mereka meminumnya pula; Mereka meminumnya seolah unta yang kena penyakit dahaga (شُرْبَ الْهِيمِ), walaupun minum tetap sentiasa 𝐝𝐚𝐡𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐮𝐚𝐬-𝐩𝐮𝐚𝐬.
- Lalu walaupun panas dan siksa mereka tetap meminumnya air panas menggelegak itu! Setelah mati hidup balik!
16. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟔- {𝐈𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 (𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐚𝐳𝐚𝐛) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮.}
- Zaqqum dan air panas ini disediakan oleh malaikat sebagai menyambut mereka (هَـٰذَا نُزُلُهُمْ), sebagai minuman selamat datang mereka ketika mula sampai ke dalam neraka!
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
---------------
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐫𝐢, - 𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐫𝐢 𝐢𝐭𝐮?}- dalam siri lepas Allah s.w.t ceritakan tentang kumpulan kebajikan yang duduk dalam nikmat dan kebahagiaan juga puak kiri yang hidup dalam azab.
Dalam surah ini Allah s.w.t sebut kedua puak kanan dan kiri ini sebagai satu kumpulan sahaja iaitu { أَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ} dan { أَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ}.
Persoalan: Tetapi kenapa dalam ayat lain (an-Nahli 48) Allah s.w.t sebut puak kiri sebagai jamak (plural) { وَٱلشَّمَآئِلِ}?
Kenapa dalam ayat ini kumpulan kiri disebut sebagai satu (singular) sahaja?
Jawapan:
i- ini kerana ia adalah sudut dan ianya hanyalah satu sahaja. Allah sebut mereka ini sebagai satu kumpulan yang kiri, yang berdosa dan yang akan ke neraka kesemuanya!
Mereka berada di SATU lorong/sebelah kiri, tempat mereka dikumpulkan adalah sebelah kiri.
ii- tetapi dalam ayat yang menceritakan tentang jalan-jalan untuk membawa kepada kumpulan kiri ia disebut secara jamak.
Ini kerana jalan yang batil & sesat itu banyak maka ia adalah jamak. Jalan pengikut dajjal kiri, jalan pengikut syaitan kiri, pengikut hawa nafsu kiri, pengikut dajjal kiri, pengikut taghut kiri dan lain-lain.
Tetapi pengikut Nabi Muhammad s.a.w hanya satu maka ia mufrad! Maka jelaslah!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟐- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐤.}- ayat ini mengandungi tiga unsur sejuk atau dingin atas dunia ini iaitu:
i- air
ii- udara
iii- bayang.
Oleh kerana ia adalah azab maka ia berlawanan dengan nikmat atas dunia ini. Segala nikmat yang dingin itu bertukar menjadi azab! Segala benda yang sejuk atas dunia menjadi sesuatu yang paling panas dan menyiksa di Akhirat!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟓- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐰𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐢 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧).}- kata ulama' tadabbur; ayat ini mencela kemewahan dan terlalu mengikut kelazatan dunia. (مُتْرَفِينَ)- mewah lalu sombong & angkuh. Boros juga boleh membawa kepada dosa dan neraka
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟓-47
i- pertama ialah orang yang sombong. Lalu dia tidak percaya kepada rasul lalu memerli dan menghinanya.
ii- syirik kepada Allah s.w.t.
iii- ingkar kepada kebangkitan semula.
** Inilah tiga asas kepada kebinasaan utama manusia.
** Maka jika nak selamat bersifatlah dengan tawadhuk, beriman kepada Allah s.w.t dan percaya kepada hari Kiamat dan kebangkitan semula.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟔- {𝐈𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 (𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐚𝐳𝐚𝐛) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮.}- kata ulama' tadabbur; ayat ini adalah ayat perli dan untuk menghina ahli neraka.
Kerana perkataan {نُزُلُ} – {untuk menyambut} biasanya digunakan untuk penghormatan dan meraikan seseorang tetamu yang dimuliakan atau ditunggu kedatangannya.
Makanan atau minuman sambutan tetamu (welcome drink).
Maka ia adalah satu amaran keras, menggunakan bahasa untuk melemahkan jiwa dan menyakiti hati orang-orang yang diazab.
Kerana yang disediakan untuk menyambut mereka itu adalah buah Zaqqum yang berduri & air panas menggelegak maka ia adalah satu perlian dan siksaan! Allahu al-Musta’an!
Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang mencintai al-Quran lalu menjadi ahlinya! Serta jauhkanlah kami dari azab neraka-Mu dan segala jalan yang boleh membawa kepadanya!
No comments:
Post a Comment