Saturday, November 19, 2022

57. SURAH AL HADID AYAT 1-15

17/11/2022 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙃𝙖𝙙𝙞𝙙 (01) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [00-00]♥

💎
1. 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐢𝐬𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡
2. 𝐌𝐮𝐧𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 & 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡.

🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡 Surah: 

1.  Surah Al-Hadid adalah surah ke-57 akhir juz ke 27, mengandungi 29 ayat yang pendek-pendek. 
2. Ia termasuk dalam kumpulan surah Mufassal (المفصل), iaitu surah yang pendek pendek.
3. Tentang turun di mana surah ini terdapat beberapa pandangan:
i- Majoriti para ulama’ tafsir (ittifaq’ ulama’) mengatakan surah ini Madaniyyah, yakni turun di Madinah selepas hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
ii- Ada juga ulama' kata ia Makkiyyah kecuali dari ayat 16 sehingga ayat 25 adalah Madaniyyah.
iii- Ibnu Asyur rhm. membuat kajian untuk menghimpunkan dua pendapat ini: Permulaan ayat ini adalah Makkiyatun 
(1-9), manakala selepas daripada itu adalah turun di Madinah dikesan kerana ada ayat-ayat yang menceritakan golongan munafiq. 
iv- yakni majoriti ayatnya Madaniyyun kecuali dicelah-celahnya ada ayat yang turun di Makkah (Makkiyyah).

🎀 𝕹𝖆𝖒𝖆 𝕾𝖚𝖗𝖆𝖍:

1. Dinamakan surah ini sebagai:

i- Surah Al-Hadid - سورة الحديد,  yang bererti Besi. Kerana Allah s.w.t telah menegaskan pada ayat ke-25 bahawa Dia telah menciptakan besi dalam keadaan mengandungi kekuatan yang handal & pelbagai faedah untuk manusia. 

Dijadikan besi itu bersifat sedemikian supaya manusia menggunakan faedahnya dalam kehidupan seharian mereka. 

ii- Juga supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang menggunakan kekuatan handal itu untuk  berjuang mempertahankan dan menegakkan agama Allah & menolong Rasul-Nya dengan kekuatannya. 

Dia berjuang walaupun tidak nampak balasan baik yang akan diterimanya. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Kuat lagi Maha berkuasa.

2. Kata Ibnu Asyur rhm.: 

i- Nama surah ini al-Hadid kerana Allah sebutnya dalam surah ke-25, iaitu (وَأَنزَلْنَا ٱلْحَدِيدَ- dan kami telah menciptakan besi).

Lafaz besi (ٱلْحَدِيدَ) ini sudah ada dalam surah al-Kahfi- ayat ke-96. Ia lebih awal turun daripada surah al-Hadid ini. 

Jadi kenapa Alllah s.w.t tidak namakannya surah al-Hadid

Jawapan: Kerana isu yang lebih besar, masyhur dan utama dalam surah al-Kahfi adalah tentang kisah Ashabul-Kahfi, maka difokuskan kepadanya. Besi hanya disebut secara spontan dan sekali lalu itu sahaja.

ii- Manakala dalam surah ini banyak disebut cerita tentang besi, penggunaannya, kekuatannya & faedahnya kepada manusia. Besi juga untuk Allah kenal siapakah antara hamba-Nya yang betul-betul berjuang secara ghaib kepada Allah & Rasul-Nya. 

Maka ia dipilih untuk dinamakan surah al-Hadid walaupun perkataan besi ini sudah pernah disebut dalam surah lain sebelum ini.

🎀 𝙄𝙉𝙏𝙄𝙎𝘼𝙍𝙄 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚:

1. Membentangkan ajaran-ajaran yang mengarahkan umat Islam agar membuktikan imannya & berkorban dengan segala-galanya pada jalan Allah. Iaitu Allah perintah untuk beriman kepada Allah & Rasul-Nya serta membelanjakan hartanya yang dikurniakan Allah pada jalan kebajikan.

2. Kemudian ditegaskan bahawa Allah-lah yang menurunkan kepada hamba-Nya yakni Nabi Muhammad s.a.w keterangan al-Quran yang terang nyata; kerana Allah mahu keluarkan kamu daripada gelap-gelita kekufuran kepada cahaya iman yang terang-benderang. 

3. Setelah itu, Allah s.w.t menujukan firman-Nya kepada sebahagian orang Islam yang tidak begitu bersungguh-sungguh menjalankan perintah Allah s.w.t! 

Apabila kita lemah dalam iman atau ibadat; kita kena cari punca untuk menguatkan balik semangat perjuangan fi-sabilillah. Iaitu dengan perintah Allah s.w.t supaya kita berfikir dengan ayat ini.

4. Belum sampaikah lagi masanya bagi orang beriman untuk khusyuk hatinya mematuhi peringatai dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran al-Quran yang diturunkan kepada mereka dan janganlah menjadi seperti orang yang telah diberi kitab sebelum mereka iaitu yahudi & Nasrani.

Setelah melalui waktu yang panjang, hati mereka menjadi keras dan kebanyakan dari mereka adalah orang yang fasiq derhaka! Mula-mula semangat tinggi; lama-lama makin lemah.

5. Kemudian Allah s.w.t menegaskan bahawa tidak ada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang menimpa diri kamu atau di bumi ini melainkan telah ada dalam Kitab pengetahuan Allah s.w.t sebelum menjadikannya iaitu di Lauh Mahfuz. 

Semua itu adalah mudah bagi Allah s.w.t. 

Kamu diberitahu tentang itu supaya kamu tidak berdukacita dengan apa yang telah luput dari kamu serta tidak pula bergembira secara sombong & berbangga secara berlebihan. 

Dan ingatlah Allah s.w.t tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur & membanggakan diri.

🎀 𝕺𝖇𝖏𝖊𝖐𝖙𝖎𝖋/𝕸𝖆𝖖𝖆𝖘𝖎𝖉 𝕾𝖚𝖗𝖆𝖍 (𝕿𝖆𝖋𝖘𝖎𝖗 𝖆𝖑-𝕸𝖚𝖍𝖆𝖗𝖗𝖆𝖗):

1.  Allah sebut dalam ayat ini tanda-tanda zahir akan kekuasaan Allah & sifat-sifat Allah Azza wa Jalla yang Maha Indah & Maha Tinggi.

2. Allah s.w.t mengajak orang mukmin agar berpegang teguh dengan ajaran agama ini. Kukuh & mantap keimanannya seperti kuatnya besi al-Hadid dan tidak mudah goyah

🎀 𝕿𝖆𝖏𝖚𝖐-𝖙𝖆𝖏𝖚𝖐 𝖘𝖚𝖗𝖆𝖍:

1. Allah buka surah ini dengan menyatakan bahawa semua makhluk bertasbih memuji Allah s.w.t dengan menyebut sebahagian nama-nama-Nya yang indah & sifat-Nya yang Maha Tinggi.

2. Allah s.w.t sebut sebahagian daripada  tanda-tanda zahir kekuasaan Allah, luasnya kuasa Allah dan lengkapnya pentadbiran Allah Azza wa Jalla.

3. Ayat ini juga menggalak & mengguatkan semangat orang mukmin agar tetap teguh pendirian atas keimanan mereka serta perbanyakkan infaq & nafkah fi-sabilillah.

4. Allah juga menyatakan betapa eloknya akhir kesudahan perjalanan orang mukmin & mukminat, mereka akan dibawa ke syurga.

Serta bagaimana sebalik- buruknya akhir kesudahan orang munafiq  serta apa yang terjadi antara dua kumpulan itu: pertembungan, perdebatan & perlawanan!  

5. Menggalakkan orang mukmin supaya sentiasa khusyuk, tunduk dan takut kepada Allah s.w.t. Juga memberi amaran kepada orang muslimin agar jangan terjebak dengan sebab-sebab yang boleh menjadikan hati kita keras sebagaimana ditimpa atas golongan ahli kitab yang terdahulu! 

6. Allah s.w.t sebut pahala orang yang besedekah, seolah memberi hutang kepada Allah s.w.t. Pahalanya pasti akan dibayar oleh Allah s.w.t!

7. Allah s.w.t mahu nyatakan perjalanan hidup di dunia & seruan supaya mengutamakan persiapan untuk kehidupan yang abadi berbanding dengan kesenangan dunia yang sementara ini. Mengutamakan yang kekal daripada yang fana’ iaitu dunia.

8. Untuk menetapkan bahawa setiap sesuatu, semua benda itu berlaku dengan taqdir & ketetapan (القضاء و القدر) dari Allah Azza wa Jalla.

9. Menjelaskan bahawa risalah yang datang dari langit (dari Allah) ini adalah satu sahaja iaitu TAUHID kepada Allah s.w.t. mereka mungkin berbeza dari segi cabang tetapi dalam usulnya adalah sama & satu.

Allah nyatakan juga hikmah kenapa diutuskan rasul dan diturunkan kitab-kitab.

🎀 𝐌𝐮𝐧𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 Surah Al-Hadid - سورة الحديد
𝓭 𝓮𝓷𝓰𝓪𝓷 Surah Al-Waqi'ah - سورة الواقعة   𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚; 

1. Diakhir surah al-Waqiah dengan perintah untuk mensucikan (فَسَبِّحْ) Allah s.w.t yang maha Agung. {Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.}

Manakala surah ini dimulakan terus dengan amali iaitu:  (سَبَّحَ لِلَّهِ) - {Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.}

Yakni disana arah, disuruh lalu terus dibuat dan diamal di sini!

2- Surah al-Hadid ini menjadi sebab kepada apa yang Allah  s.w.t perintahkan dalam surah al-Waqiah tentang bertasbih. Seolah begini susunannya; 

i- arahan dalam surah al-Waqiah: {Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.} Allah menyeru wahai seluruh manusia bertasbihlah kamu kepada Allah s.w.t.

ii- kemudian dinyatakan dalam surah al-Hadid bahawa {Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.} bahawa semua makhluk atas dunia ini telahpun bertasbih kepada Allah. 

Maka jika kamu manusia, ada yang tidak mahu bertasbih maka dia adalah makhluk yang tidak cerdik, malang dan kerugian!

💎 𝒦𝑒𝓁𝑒𝒷𝒾𝒽𝒶𝓃  Fadhilat Surah Al-Hadid - سورة الحديد:  

1. Ia adalah di antara tujuh surah yang dimulai dengan tasbih kepada Allah s.w.t.  

Iaitu surah al-Isra’, al-Hadid, al-Hasyr, as-Sof, al-Jumu'ah, at-Taghabun & al-A’la.

Ianya di mulai dengan perkataan berikut: { سبَّح أو سبحان أو يسبِّحُ أو سبِّح }.

2. Tidak terdapat hadis-hadis yang khusus yang menyebut tentang bacaan surah al-Hadid ini kecuali hadis al-Irbad ini: 

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi s.a.w membaca surah-surah musabbihat ini sebelum Baginda tidur. Ada dalam surah ini satu ayat yang lebih afdhal daripada seribu ayat lain! [HR Imam Ahmad, Daud & at-Tirmizi].

**Ulama' berbeza pendapat tentang sanad hadis ini. Ulama' yang mentahqiq mengatakan sanadnya dhaif.

3. Penyusun kitab ini berkata: Kebanyakan hadis-hadis tentang kelebihan surah ini adalah dhaif sanadnya! Yakni kita tidak boleh berpegang dengannya sebagai satu pegangan yang kuat.


𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙖𝙩 23 𝙍.𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 18/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 
𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙃𝙖𝙙𝙞𝙙 (02) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [01-06]♥

💎 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐌𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐃𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐣𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐒𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 & 𝐃𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐐𝐮𝐝𝐫𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐦.💎

🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1.  Dalam siri pertama surah al-Hadid ini, Allah s.w.t ceritakan pada permulaan surah bahawa semua makhluk bertasbih dan memuji Allah.

2. Ada yang bertasbih kepada Allah secara nyata dan ada yang secara hal; iaitu keadaanya (secara tabi’e) puji tetapi mulut & perbuatannya syirik.

3. Kemudian Allah s.w.t nyatakan beberapa sifat kewujudan Allah s.w.t yang cukup mantap. 

4. Lalu dibawa dalil qudrat Allah dalam mencipta alam yang besar ini. 

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟏) 

1. Semua yang ada di langit dan di bumi bertasbih memuji Allah s.w.t. Iaitu memuji membersihkan Allah s.w.t dari segala kekurangan & kelemahan.

2. Tasbih ada dua kategori:

i- secara lisan yang hakiki (لسان المقال) iaitu semua manusia & jin yang beriman, makhluk yang baik seperti malaikat, haiwan dan semua makhluk bertasbih kepada Allah, kecuali orang kafir. 

ii- secara hal (لسان الحال) Ini kerana semua makhluk secara hal atau atas fitrah semulajadinya memuji Allah s.w.t, termasuk jin & manusia yang kafir. 

Walaupun secara hakiki & perbuatan mereka kufur dan ingkar kepada Allah Azza wa Jalla.

3. Maksud dua sifat ini: 

i- Al-Aziz (ٱلْعَزِيزُ)- Allah yang amat kuat lagi gagah perkasa; tiada yang dapat mengalahkan-Nya.

ii- lagi Maha bijaksana, al-Hakim (ٱلْحَكِيمُ)- iaitu yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. 

*Jika letak selipar atas kepala; itu sudah lari dari kewarasan manusia kerana kepala bukan tempat selipar.

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢; 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧; 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟐)

1. Allah s.w.t sajalah Pemilik 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢, seluruh isi kandungannya serta apa yang ada antara keduanya.

2. Tiada sekutu bagi Allah dalam penciptaannya mahupun dalam pentadbiran keduanya! Tiada pembantu bagi Allah kerana hanya orang yang lemah perlukan bantuan atau pembantu.

3. Allah juga amat berkuasa untuk 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 {يُحْىِۦ وَيُمِيتُ} seluruh manusia dan makhluk. Dengan segala dalil-dalil yang dibawa sebelum ini, yang di atas dan di bawah, di laut di darat.

4. Allah juga M𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 dengan kuasa-Nya yang penuh & mutlak, tidak ada sesuatu yang dapat mengalah atau merempuhnya. Tidak seperti kuasa manusia yang terhad dan ada sekatan.

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫; 𝐝𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧; 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟑).

1. Allah 𝐃𝐢𝐚-l𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐰𝐚𝐥 (هُوَ ٱلْأَوَّلُ)- yakni Allah s.w.t yang tunggal, yang telah wujud sejak azali, wujud-Nya tiada permulaan.

2. D𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 (وَٱلْـَٔاخِرُ)- Allah s.w.t kekal selamanya tidak ada pengakhiran yang terhenti setakat itu. Semua makhluk rosak tetapi Allah s.w.t kekal!

3. D𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 (ٱلظَّـٰهِرُ)- iaitu Allah s.w.t yang Esa yang Tunggal, yang Maha Tinggi Zat-Nya daripada segala makhluk, tiada siapa yang dapat mengatasinya, yang gagah perkasa dan Dia yang berkuasa penuh!

4. S𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧 (ٱلْبَاطِن)- Allah s.w.t yang Esa Yang Mengetahui segala perkara yang ghaib & batin, yang tidak nampak, yang tersembunyi semuanya meliputi di dalam ilmu Allah s.w.t.

i- kata ahli lughah- az-Zajaj rhm.: Kenapa Allah disebut sebagai (ٱلْبَاطِن)- kerana Allah s.w.t tidak dapat dilihat dengan pancaindera, mata biasa. Contoh lain: nyawa & udara.

ii- dalam bahasa Arab (ٱلْبَاطِن) maksudnya ialah (الخبير العالم)- ialah orang yang amat mahir & pakar, yang maha mengetahui segala perkara yang tersembunyi & nyata.

iii- Salah satu bacaan sebelum tidur sebagaiman riwayat Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w mengajar untuk membaca doa ini: 

اللهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ، اللهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ، وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

“Ya Allah, Tuhan yang menguasai langit dan tuhan penguasa bumi, Tuhan yang menguasai arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. 

Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, 

Tuhan yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya. 

Ya Allah, Engkau-lah yang pertama, sebelum-Mu tidak ada sesuatu.

Engkau-lah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. 

Engkau-lah yang zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu.

Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang menghalangi-Mu,

lunasilah hutang kami dan berilah kami kekayaan hingga terlepas dari kefakiran.” [HR Muslim- Rujuk- Perisai Muslim m/s 93 bacaan sebelum & selepas tidur].

5. D𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 (عَلِيمٌ)- yakni ilmu Allah s.w.t meliputi segala sesuatu termasuk segala sifat yang di atas.

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐞𝐧𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐚𝐲𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐀𝐫𝐚𝐬𝐲; 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟒) 

1. Allah s.w.t 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐞𝐧𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚. Allah s.w.t boleh saja mencipta semuanya dalam sekelip mata jika Dia kehendaki (كُن فَيَكُونُ). Tetapi kenapa Allah tidak buat begitu?

2. Ini kerana Allah s.w.t mahu mendidik hamba-Nya, mahu mengajar kita agar jangan gopoh dan perlu merancang dalam segala pekerjaan yang besar atau kecil. 

**Manusia pun berada di dalam perut ibunya sebagai janin selama 9 bulan biasanya. Hormati & muliakanlah para ibu bapa kamu wahai anak-anak!

3. Kemudian Allah s.w.t bersemayam { ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ} di atas Arasy. Bagaimana caranya jangan kita bayang atau syarahkan, semua sifat Allah ia adalah sebagaimana yang layak bagi sifat Allah s.w.t, ia bukan makhluk.

Kita juga kena sekatnya dengan pasakkan aqidah { لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦشَيۡءٞۖ} bahawa tidak ada sesuatupun yang menyerupai Allah s.w.t. 

4. Allah s.w.t Maha Mengetahui 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 samada:
i- haiwan atau tumbuhan yang tumbuh keluar.
ii- mayat-mayat yang ditanam dalam perut bumi.
iii- gedung-gedung khazanah- emas permata serta minyak dan lain-lain logam.

5. Allah s.w.t Maha Mengetahui 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 seperti:
i- malaikat & roh yang naik & turun
ii- hujan & rezeki yang turun.
iii- catatan amalan manusia yang diangkat naik oleh malaikat.
iv- dan wap-wap udara yang naik ke langit.

6. Allah s.w.t juga 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚. Ulama' kata maksudnya Allah sedia mengetahui keadaan kamu dengan ilmu (mengetahui & memantau), menyaksi segala perbuatan kamu, di laut atau di darat, pada waktu siang atau malam.

*Jangan salah faham seperti fahaman (Wahdatul-Wujud) yang kata Allah s.w.t duduk bersama dengan dia- hanya dgn ilmu dan pengetahuan-Nya.

7. 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 – tiada yang tersembunyi dari ilmu Allah, ia akan melihat dan membalas segala perbuatan kamu yang kamu buat!

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢; 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟓)

1. Allah s.w.t itu adalah Pemilik langit & bumi ini. Allah s.w.t bukan saja memiliki keduanya- Dia juga yang menguasai dan mentadbir semuanya dengan terperinci dan menyeluruh!

2. Munasabah ayat:

i- Ini kerana ada orang yang bekerja tetapi dia bekerja untuk orang dengan mengambil upah, kuli. Atau raja pemerintah tetapi tidak sempurna pemerintahannya jika dia tidak mengetahui segala urusan dan objek dalam kerajaannya. 

ii- Orang kafir itu mengingkari kebangkitan semula, lalu Allah s.w.t nyatakan di sini kenapa kamu masih mahu ingar dan tidak percayanya, kamu tidak kenal ke Aku ini Allah, Pemilik dan Penguasa langit dan bumi! Tiada sekutu bagi Allah dalam pemilikan dan pentadbirannya. Yakni bawa dalil dan hujjahnya di sini bahawa tiada sebab lagi bagi mereka untuk ingkar dan dustakannya.

3. Akhirnya ingatlah- 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧! Semua perkara samada kamu percaya atau tidak, kamu akan jumpanya nanti, bermula dari saat kematian, kemudian apabila dibangkitkan di akhirat kelak! 

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 (𝐬𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢); 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 (𝐢𝐬𝐢 𝐡𝐚𝐭𝐢) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐝𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟔) 

1. Allah yang menjadikan malam & siang silih berganti. Bila malam datang, kegelapannya masuk ke dalam siang maka hilanglah siang, diliputi kegelapann malam. 

Begitu juga sebaliknya bila datang siang, cahaya matahari menyinari dunia hilanglah pula malam! 

2. 𝐃𝐢𝐚-𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 (𝐢𝐬𝐢 𝐡𝐚𝐭𝐢) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐝𝐚 manusia. Hanya Allah yang mengetahui perkara tersembunyi ini, sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa dia mengetahui apa yang terkandung dalam hati orang lain, maka itu dakwaan itu menyalahi kenyataan ini.

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1.  𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚.} – surah ini di antara tujuh surah (المسبحات السبع) yang dimulai dengan tasbih. Maka Allah s.w.t mula surah ini dengan menyebut tasbih yang membersih & mensucikan Allah s.w.t. 

Ini adalah antara perkara penting untuk kita isbatkan sifat Allah ialah sucinya Allah s.w.t daripada segala sifat yang tidak layak bagi-Nya. Iaitu menyucikan Allah s.w.t dari segala sekutu & mengesakan-Nya dengan sesungguhnya.

Ini adalah pegangan & aqidah murni yang sangat besar.

Allah s.w.t mulakan dengan memuji dirinya kemudian dibawa 10 sifat-Nya yang mulia iaitu:

ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ  ٱلْأَوَّلُ وَٱلْـَٔاخِرُ 

وَٱلظَّـٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُ قَدِيرٌ عَلِيمٌ.

semua sifat ini yang menunjukkan suci-Nya Allah yang mulia.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚.}- ulama' kata semua makhluk yang ada dalam langit dan bumi samada haiwan-haiwan yang berbunyi atau tidak, serta benda keras dan kaku seperti batu & kayu semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t!

Samada tasbih hakiki dengan lidahnya atau dengan keadaan hal (لسان الحال) secara tabi’i sahaja seperti orang kafir yang tidak beriman dan ingkar kepada Allah s.w.t tetapi secara fitrah mereka tetap hamba Allah.

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫; 𝐝𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧; 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮.}- ada 4 sifat Allah s.w.t yang disebut di sini:

i- awal (ٱلْأَوَّلُ)- tiada yang sebelumnya, Allah s.w.t wujud sejak azali, tiada permulaan.

ii- akhir (وَٱلْـَٔاخِرُ)- tiada pengakhiran bagi Allah s.w.t, makhluk lain rosak tetapi Dia kekal abadi selamanya.

Disebut dua kategori ini untuk menyatakan bahawa dia merangkumi seluruh tempat & sepanjang masa.

i-  Zahir (ٱلظَّـٰهِرُ)- yang gagah perkasa menguasai segala yang zahir & nampak.

ii- batin (ٱلْبَاطِن)- yang mengetahui segala perkara samada nampak atau tersembunyi.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐃𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.}– dalam ayat ini serta ayat mujadilah 4/7- ulama' salaf menafsirkan perkataan {Dia bersama kamu (هُوَ مَعَكُمْ)} ini bermaksud dengan ilmu dan pemantauanya. 

Bukan bersama secara zahir dan hakikat duduk bersama kamu bahkan ada yang sesat berkata Tuhan ada bersamanya, dalam poketnya!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 (𝐬𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢); – ini menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t dan hikmah kebijaksanaan-Nya, kerana bergantinya siang dan malam adalah satu keperluan yang besar bagi manusia dan seluruh makhluk atas dunia ini.

Ia juga membawa kepada pertukaran musim dunia dalam setahun; ada musim panas, musim sejuk, musim bunga/buah, musim luruh. Ada juga musim hujan bergantung kepada tempat kita di muka bumi ini.

Semua ini mempunyai hikmah yang besar, dalil akan rahmat & nikmat yang Allah s.w.t anugerahkan kepada manusia! 

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 24 𝙍.𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 19/11/2022 (𝙋𝙍𝙐 15 𝙋𝙖𝙧𝙡𝙞𝙢𝙚𝙣) 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙃𝙖𝙙𝙞𝙙 (03) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [07-11]♥

💎 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐅𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡 & 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦.💎

🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1.  Dalam siri ini Allah s.w.t menyatakan seruan agar beriman kepada Allah s.w.t setelah diutuskan Rasul untuk memberi bimbingan. 

2. Kemudian galakan untuk bersedekan atau berinfaq fi sabilillah yang begitu besar kelebihan dan pahalanya.

3. Dinyatakan juga tentang kelebihan golongan awal Islam iaitu para sahabat Rasulullah s.a.w.

4. Munasabah susunan ayat: Allah s.w.t sebut dalam ayat yang lepas bahawa alam semua bertasbih kepada Allah juga Allah nyatakan sifat-Nya yang Maha berkuasa, mengetahui apa yang zahir & tersembunyi. Maka dalam ayat ini Allah s.w.t perintahkan agar kita mantapkan Iman kita jangan goyah! 

Segala dalil telah diberi samada di langit atau di bumi, di atas atau di bawah.

Maka berimanlah kamu kepada Alllah s.w.t dengan teguh dan mantap.l

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧) 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 (𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥. 𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡); 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟕)

1.  Pertama sekali Allah s.w.t perintahkan agar kita mantapkan iman dengan:

i- beriman kepada Allah s.w.t sepenuhnya. Jangan goyah dan ragu.

ii- beriman kepada Rasul-Nya, Muhammad s.a.w dengan membenarkan apa yang dibawanya, mengikut segala dakwah dan ajaran yang dibawanya. Serta kekallah beriman selagi kamu hidup, sehingga mati.

2. Arahan supaya membelanjakan pada jalan kebajikan, sebahagian harta yang diberikan Allah kepada kita sebagai wakil / penjaga, harta itu hanya pinjaman! 

Kita bukanlah pemilik hakiki harta itu, hanya sebagai ujian dari Allah s.w.t untuk melihat kebaikan kita.

3. Jika kita tidak sedekah atau infaq semasa hidup, nanti kita akan tinggalkannya dan akan menjadi milik orang lain sebagai pusaka. Jika nak jadikan ia hak kita guna dan infaqlah ia sebagaimana sepatutnya!

4. Ingatlah kain kafan itu tiada poket, yakni kita tidak boleh bawa duit masuk kubur. Tetapi kita dapat menghantar harta itu menjadi milik kita, yang akan menunggu kita di akhirat kelak. 

Maka pandai-pandailah kita mencari jalan dan Lorong yang telah dibuka oleh Syari’ah, melalui amalan sedekah, wakaf, infaq dan lain-lain.

5. Mereka yang beriman dan membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan memperoleh pahala yang amat besar! 

Ingatlah harta itu hanya pinjaman, kita lni bukan pemilik hakikinya!

6. Ingat juga bahawa syarat qabul amalan adalah dengan beriman! 

Jika tidak tiada akaun untuk masuk pahala itu di akhirat kelak! 

Amat rugi dan malang mereka yang suka bersedekah tetapi masih kafir tidak beriman!

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐃𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡? 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧); 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 (𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐢𝐥-𝐝𝐚𝐥𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚).} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟖)

1. Dalam ayat ini Allah s.w.t sebut sebab-sebab jemputan untuk mengajak kamu beriman kepada Tuhanmu tanpa ada sekatan lagi! 

Jika kamu tidak mahu beriman juga maka itu adalah kesalahan dan kerugian kamu! 

2. Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia telah membuat perjanjian dengan kita sewaktu kita di alam zuriat lagi! Pada ketika itu semua manusia menjawab mengakui: Bahkan! Cuma apa boleh buat; selepas lahir itu mereka bertukar, mengikut keadaan keluarga mereka.

3. Firman Allah s.w.t:

{Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"} [Al-A’raf: 172-173].

4. Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap bayi yang lahir, dilahirkan di atas fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani”. (Sahih Muslim no: 2658)

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚𝐍𝐲𝐚 (𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐈𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚 (𝐤𝐞𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫𝐚𝐧) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 (𝐢𝐦𝐚𝐧) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐬, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢, 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐤𝐚𝐦𝐮.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟗) 

1. Allah s.w.t menyatakan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w untuk memberi petunjuk dan ajaran kepada kamu.


2. Tujuan Rasulullah s.a.w  diutus ialah untuk menyelamatkan manusia daripada kegelapan kufur & syirik kepada sinaran cahaya iman, dari sesat kepada petunjuk, dari syak kepada yakin! 

{لِّيُخْرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۚ}

3. Firman Allah s.w.t juga:

{Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.} [Al-Ma’idah: 15 & 16] 

4. Allah s.w.t sangat sayang kepada kita kerana itu dihantarnya rasul dan diturunkan Kitab untuk kita mendapat petunjuk yang dapat membawa kita ke syurga & meraih redha Allah s.w.t!

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡? - 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢 (𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐢𝐬𝐢𝐧𝐲𝐚). 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡). 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮. 𝐃𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟏𝟎)

1. Ayat ini adalah galakan agar kita segera bersedekah sebelum harta kita menjadi milik orang lain! 

Jangan bakhil dan kupit untuk membelanjakan harta kamu pada jalan Allah!

2. Harta yang ada di tangan kamu, yang diberi oleh Allah s.w.t; jika tidak diguna akhirnya akan diambil balik oleh Allah s.w.t, maka tiada makna kamu bakhil kerana dunia ini samada kamu akan tinggalkannya (mati) atau ia akan meninggalkan kamu apabila sudah rosak! 

3. Masa berjihad yang paling mahal dan sedekah yang paling afdhal ialah pada awal-awal Islam, iaitu ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabat masih di dalam kesusahan, iaitu sebelum pembukaan (الفتح).

4. Ulama' ada beberapa pandangan tentang maksud pembukaan (الفتح) ini:

i- ada kata sebelum Perjanjian Damai Hudaibiyah iaitu pada bulan Zul-Qi’dah, Tahun ke-7 H.

ii- ada ulama' kata ia adalah Pembukaan Kota Makkah pada bulan Ramadhan Tahun ke-8H.

5. Kerana itu Rasulullah s.a.w melarang dari mencela para sahabat Baginda R.anhum:

لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي؛ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ

"Janganlah kamu mencela para sahabatku. Kerana sesungguh, seandainya salah seorang di antara kamu menginfakkan emas sebesar Gunung Uhud, ia tidak akan sebanding dengan satu mud (cupak) yang diinfakkan oleh salah seorang dari mereka, bahkan tidak juga setengahnya." [HR Bukhari & Muslim].

6. Kita dengan sahabat ini jangan main-main jangan menjadi seperti golongan Syi’ah yang menjadikannya sebagai zikir mereka.

7. Orang yang berjihad & memberi nafkah, membelanjakan harta sebelum Pembukaan itu lebih besar pahalanya kerana berada di dalam peringkat susah dan awal Islam, iman masih teruji.

8. Tetapi ingat bagi semua yang bersedekah ini; samada yang terdahulu dan yang terkemudian, Allah s.w.t sediakan pahala yang sebaiknya.

9. Ingatlah bahawa 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧, setiap sedekah dan nafkah kamu akan dicatat dan dibalas dengan setimpalnya. Jangan bimbang, tidak perlu kamu berbangga dan menunjuk-nunjuk! 

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 (𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬) 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐩𝐚𝐭-𝐠𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚? 𝐃𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐭𝐮) 𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫!} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟏𝟏) 

1. Dalam ayat ini Allah s.w.t membuat analogi bandingan; kita bersedekah ini seolah kita memberi hutang/pinjaman kepada Allah s.w.t.

2. Maknanya apabila kita beri hutang kepada orang, ia akan dibayar balik. Yakni jika kita bersedekah kerana Allah, seolah kita beri hutang kepada Allah, maka pahalanya mesti dapat, bahkan berlipat ganda lagi balasannya. 

3. Tetapi ingat kita wajib ikhlas lillahi-Ta’ala, buat semua itu kerana Allah, bukan kerana nak bermuka dan menunjuk-nunjuk!

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚}- ayat ini menjadi dalil kepada seorang insan untuk meralisasikan imannya dan mantapkannya. Yakni wajib kita tajdid (perbaharui iman) setiap waktu.

Bila kita rasa iman kita lemah dan goyah, dikacau syaitan dan godaan dunia yang lagha terus kita minta perlindungan dengan Allah s.w.t dengan ucapkan:

 { أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم}

Syaitan akan hasut kita agar tidak bersedekah kerana takut fakir & hilang harta! 

Maka Allah s.w.t kembarkan beriman kepada Allah s.w.t & beri nafkah. 

Allah juga ungkit, harta yang kamu nafkahkan itu adalah apa yang Allah beri kamu pinjam!

Hadis dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

إن الإيمان ليَخْلَقُ فِى جَوفِ أَحَدِكمُ كَـمَا يَخْلَقُ الثَّوبُ فَاسْأَلُوا اللهَ أَنْ يُـجَدِّدَ الِإيمَانَ فِى قُلُوبِكُم

“Sesungguhnya iman itu boleh pudar/lemah dalam hati kamu, sebagaimana kain boleh menjadi pudar. Kerana itu, berdoalah kepada Allah untuk memperbarui iman di hati kamu.” [HR Hakim].

*Yakni sentiasa berdoa dan perbanyakkan amal ibadat kita.

Sedekah=dari harta yg baik, kita dalam keadaan tenang waktu bersedekah (bukan paksaan),tidak mengungkit.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {D𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧) 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 (𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥.}- ayat ini menunjukkan segala harta yang kita miliki ini bukan milik kita secara hakiki. Ia datang dari orang yang meninggalkannya untuk kita atau hanya rezeki pinjaman dari Allah s.w.t sahaja! 

Kita hanya pengurusnya sahaja, maka jadilah pengurus yang bijak yang dapat memberi Manfaat untuk akhirat kita kelak! 

ii- Rasulullah s.a.w bersabda:

ﻳَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪُ ﻣَﺎﻟِﻰ ﻣَﺎﻟِﻰ ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﻟَﻪُ ﻣِﻦْ ﻣَﺎﻟِﻪِ ﺛَﻼَﺙٌ ﻣَﺎ ﺃَﻛَﻞَ ﻓَﺄَﻓْﻨَﻰ ﺃَﻭْ ﻟَﺒِﺲَ ﻓَﺄَﺑْﻠَﻰ ﺃَﻭْ ﺃَﻋْﻄَﻰ ﻓَﺎﻗْﺘَﻨَﻰ ﻭَﻣَﺎ ﺳِﻮَﻯ ﺫَﻟِﻚَ ﻓَﻬُﻮَ ﺫَﺍﻫِﺐٌ ﻭَﺗَﺎﺭِﻛُﻪُ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ

Seorang hamba berkata, “Harta-hartaku.” 

Sedangkan hartanya itu hanyalah tiga: 

i- apa yang ia makan dan telah rosak, 

ii- apa yang dia pakai dan telah lusuh,

iii- apa yang ia sedekahkan dan itu adalah sebenarnya harta yang ia kumpulkan. 

Harta selain itu akan hilang dan diberi pada orang-orang yang ia tinggalkan.” (HR. Muslim no. 2959) 

iii- Hadis pernah ditanya kepada seorang Badwi tentang siapakah pemilik untanya? Dia menjawab bahawa ia adalah milik Allah dan ada dekatku.

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚𝐍𝐲𝐚 (𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚,}- ayat ini menunjukkan kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t kepada manusia. 

Setelah dicipta manusia dihantarnya seorang rasul yang disokong dengan tanda-tanda dan mukjizat yang dapat dipercayai. Inilah keprihatinan Allah s.w.t terhadap hamba-Nya agar menjadi manusia yang diredhai Allah s.w.t.

Ayat ini juga menunjukkan kepada kita bahawa bukan sekadar di hantar rasul, juga diturunkan bersama dengan Kitab untuk menyatakan kebenarannya.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡).}- kata ulama' ayat ini adalah dalil bahawa dalam amal soleh itu- orang yang cepat dan segera melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih baik daripada orang yang melengah-lengahkannya. 

ii- menjadi kewajipan kepada kita untuk menghormati para sahabat Nabi S.A.W.

 Jangan merendahkan apatah lagi menghina dan memburuk-burukan mereka r.anhum dengan tuduhan jahat yang tidak berasas. Mereka telah diberi kelebihan yang besar oleh Allah swt.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡}- ayat ini adalah satu galakan untuk bersedekah.

 Allah buat analogi orang yang bersedekah seolah memberi hutang yang baik kepada Allah s.w.t!

Syarat untuk sedekah itu menjadi baik dan besar pahala { قَرْضًا حَسَنًۭا}:

i- mesti daripada harta yang baik dan elok!

ii- kita keluarkannya dengan redha, jiwa yang tenang & ikhlas. Bukan kerana terpaksa atau dengan marah-marah.

iii- beri dengan baik, jangan mengungkit-ungkitnya. Pahala akan hilang dengan sebab ungkitan. 

Kata ulama' tadabbur, kenapa Allah s.w.t namakan sedekah itu sebagai hutang kepada Allah?

Jawapan: Ini menunjukkan bahawa orang yang bagi sedekah itu dekat dengan Allah s.w.t, pahala dan kelebihannya amat besar dan dekat sekali dengan Allah.

Semoga kita tidak berasa berat untuk bersedekah!

Hari ini adalah hari bersejarah bai rakyat Malaysi iaitu hari mengundi PRU ke 15. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita, semoga orang yang kita pilih boleh memberi kebaikan kepada agama dan negara kita, lantiklah pemimpin yang baik-baik dari kalangan kami.

أسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يحفظكم وينصركم في هذا الانتخاب ويرزقكم الفوز والنجاح

Semoga Allah berkati dan beri pertolongan & kemenangan.

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝘼𝙝𝙖𝙙 25 𝙍.𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 20/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙃𝙖𝙙𝙞𝙙 (04) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [12-15]♥

🎀

💎 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐮𝐤𝐦𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐬𝐢𝐫𝐚𝐦𝐢 𝐂𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚, 𝐌𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐥𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐀𝐳𝐚𝐛 & 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.💎

🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡: 

1.  Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang orang mukmin yang disirami cahaya, perjalanan mereka cerah & disuluh cahaya yang terang-benderang.

2. Manakala golongan munafiqin akan diselubungi kegelapan dan azab yang dahsyat.

3. Pada waktu itu tiada guna lagi penyesalan mereka di akhirat kelak.

4. Munasabah ayat: 

i- Setelah Allah s.w.t perintahkan kita untuk beriman dan berinfaq fi-sabilillah, kemudian Allah sebutkan kenapa & galakan-galakan agar kita terus beriman & berinfaq.o

ii- antara sebabnya ialah Rasul & ⁹ ada di depan mata mereka, apa lagi yang menghalang mereka daripada beriman & berinfaq??

iii- Allah mengungkit lagi bahawa harta itu bukan milik hakiki manusia bahkan harta yang Allah beri pinjam sahaja untuk menguruskannya. 

Maka kenapa kamu bakhil???

iv- Allah nyatakan orang yang mendapat kedudukan yang tinggi iaitu mereka yang beriman pada awal Islam dan amal kebajikan yang mereka lakukan semasa kesusahan seperti jihad & sedekah amat tinggi nilainya! 

v- Lalu dalam ayat-ayat ini Allah sebut akan keadaan & balasan mereka di Akhirat kelak hasil dari iman & infaq mereka! 

Mereka akan mendapat kebahagian di akhirat kelak!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟐- {(𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭): 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧, 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 (𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡) 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚): "𝐁𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐢𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢, (𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡) 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢, 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚; 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫".} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟏𝟐) 

1. Allah gambarkan keadaan orang mukmin & mukminat di Akhirat yang berjalan dengan cahaya dan penuh dengan sinaran & lingkungan cahaya! Lalu dengan adanya cahaya itu mereka dapat berjalan dengan cepat & selamat.

2. Allah s.w.t sebut kedua-dua { ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ} dalam ayat ini menunjukkan galakan  beriman, berinfaq & bersedekah untuk kesemua yang beriman tidak kira lelaki atau perempuan.

3. Kegelapan itu ialah ketika mahu berjalan di atas titian Sirat yang Allah s.w.t letakkan atas neraka Jahannam!

4. Kata Ibnu Kathir rhm. tentang 

i- ketika mula-mula berhimpun di padang Mahsyar suasananya cerah, matahari dekat di atas kepala.

ii- kemudian ketika mahu melintasi titian Sirat adalah gelap gelita, titian itu pula merentasi neraka di bawahnya.

5. Firman Allah s.w.t:

{“(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan meraka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” (Ibrahim: 48)

6. Hadis-  Rasulullah s.a.w ditanya mengenai manusia pada ketika itu. Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Mereka berada di dalam gelap sebelum melintas sirat." [HR Muslim].

7. Ketika inilah terpisahnya orang mukmin & orang kafir:

i- Orang mukmin dengan cahayanya terus berjalan merentasi Titian. Mereka juga diberi khabar gembira ketika ini.

Allah memberitahu bahawa: K𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢, 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚; 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫!

ii- Manakala orang munafiq tertinggal di belakang mereka, cahaya bergerak bersama orang beriman. Mereka terus dalam kegelapan meraba-raba jalannya. 

iii- Mereka berjalan sekali ke Sirat, kerana atas dunia dulu munafiq juga menyertai orang mukmin dalam aktiviti semasa dunia cuma mereka tidak ikhlas dan berpura beriman lalu cahayanya padam!

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟑- {(𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤, 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐛𝐚-𝐫𝐚𝐛𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭), 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧: "𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐢, 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮". (𝐋𝐚𝐥𝐮) 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐣𝐞𝐤-𝐞𝐣𝐞𝐤): "𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 (𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐚)", 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮) 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐛𝐨𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐭𝐮, 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 (𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭), 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐮𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 (𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚) 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟏𝟑) 

1. Lalu 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤, 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐛𝐚-𝐫𝐚𝐛𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭, merayu meminta 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, agar menunggu mereka dan memberikan sedikit cahaya kepada mereka.

2. Tetapi tiada guna lagi rayuan & penyesalan, bahkan dikatakan kepada mereka dengan ejekan dan hinaan agar kembali ke belakang mencari cahaya mereka.

3. Malaikat pun bosan mendengar rayuan mereka yang tiada faedah ini lalu mengadakan sebuah tembok yang memisahkan antara orang mukmin & orang munafiq itu.

4. Tembok itu mempunyai pintu 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭nya bagi orang mukmin 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐮𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 untuk golongan munafiq & kufur.

5. Munasabah ayat: Ayat 13 Allah ceritakan tentang orang mukmin manakala dalam ayat 14 ini adalah tentang orang munafiq!

6. Hadis- Rasulullah s.a.w bersabda bahawa manusia akan ikut dan bersama apa yang dia sembah di dunia dulu apabila Allah s.w.t kumpulkan manusia di Padang Mahsyar kelak. [HR Bukhari & Muslim].

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {(𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐢𝐭𝐮) 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 (𝐬𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚): "𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐠𝐚𝐮𝐥 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮)?" 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛: "𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫! 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮-𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 (𝐤𝐞𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦), 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐫𝐚𝐠𝐮-𝐫𝐚𝐠𝐮 (𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚) 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐤𝐚𝐦𝐮), 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 (𝐦𝐚𝐮𝐭) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮). 𝐃𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐭𝐮), 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛𝐍𝐲𝐚).} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟏𝟒)

1. Golongan munafiq itu terus merayu-rayu lagi, memanggil orang mukmin dengan mengungkit bahawa bukan bukankah kita dulu duduk bersama, bercampur gaul hidup bersama!

2. Tetapi malangnya mereka telah membinasakan diri mereka sendiri dengan sifat-sifat mereka yang buruk ini:

i- mereka adalah munafiq yang menzahirkan Islam tetapi dalam hatinya kufur!

ii- mereka suka keburukan menimpa orang mukmin. Menunggu-nunggu ujian atau bala ke atas orang mukmin, bila ada mereka bergembira dengannya!

iii- mereka juga syak & ragu-ragu akan perkara agama dan ajaran Rasulullah s.a

iv- diperdayakan oleh angan-angan kosong untuk mencapai maksudnya sehinggalah mati. Tangguh beriman sehingga mati!

v- mereka juga terpedaya dengan bisikan dan ajakan syaitan.

*Iaitu syaitan memperdaya & menghasut untuk melakukan kejahatan sambil membisikkan bahawa Allah itu amat Pengampun lagi Maha Pengasihani! 

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟓- {"𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐛𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫. 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚, 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤-𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮!"} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟏𝟓)

1. Apakah nasib mereka yang munafiq ini? Akhir kesudahan mereka adalah neraka Jahannam & azab yang pedih.

2. Mereka tidak akan dapat menebus atau melepaskan diri mereka juga orang-orang kafir yang lain.

3. Maka nerakalah akan menjadi tempat tinggal mereka serta 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤-𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧!

4. Kata ulama' tadabbur: Melalui ayat ini kita dapati bahawa menjadi hak bagi orang mukmin untuk membaca & tadabbur ayat ini dengan sepenuh hati:

i- jangan kita biasakan perbuatan menangguh taubat dan berpaling dari melakukan kesalahan! Menyesali & meninggalkannya terus dengan segera sebelum tiba hari yang tiada tebusan dan tiada guna penyesalan!

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1.  𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟐- {(𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭): 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧, 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 (𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡)}- dalam ayat ini Allah sebut asing antara 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧, seperti mana dalam beberapa ayat Madaniyyah lain.

Firman Allah s.w.t:

{Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.} [al-Ahzab: 35].

i- Ayat ini memberi peringatan kepada kita bahawa bahagian wanita & lelaki dalam bab keimanan kepada Allah, sudut pahala & jalan untuk berlumba ke syurga adalah sama.

Kecuali dalam beberapa perkara khas yang Allah s.w.t khususkan untuk lelaki atau khas untuk wanita. 

Ia tidak banyak contohnya: dalam bab iman, akad nikah, harta pusaka dan beberapa hal yang akan disebut dengan dalil yang khas.

Maka para muslimat, teruskan beramal & melakukan ketaatan dengan bersungguh & ikhlas kepada Allah s.w.t.  

Ini adalah satu galakan yang besar bagi kaum muslimat.

ii- Ayat ini juga untuk membatalkan pegangan puak yahudi yang mengatakan bahawa wanita adalah golongan yang dilaknat & golongan kelas dua yang banyak haknya dibuang dalam agama mereka.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟑- {(𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤, 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐛𝐚-𝐫𝐚𝐛𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭), 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧}- ayat ini menunjukkan bahawa golongan munafiqin akan bersama dengan kumpulan mukmin pada awalnya, setelah tiba masanya mereka akan kehilangan cahayanya lalu akan terpisah dari golongan mukmin. 

Firman Allah s.w.t: 

{Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).} [Al-Baqarah: 17].

Kata ulama' tadabbur: Cahaya itu akan diberi mengikut tahap keimanan, apabila imannya kuat maka cahanya akan terang benderang, jika imannya kurang- cahayanya juga akan malap. Manakala bagi golongan munafiqin kerana tiada iman, cahanyanya padam terus dan akan berada dalam kegelapan!

3. 𝐀𝐲a𝐭 𝟏𝟑- {𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮) 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐛𝐨𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐭𝐮, 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 (𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭), 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐮𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 (𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚) 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚.}- persoalan kenapa dibuat pintu antara tembok itu?

Jawapan: 

i- untuk memudahkan kawalan, apabila mahu dipilih orang mukmin untuk masuk ke dalam syurga & nikmat.

ii- Untuk mengecewakan dan menambahkan sakit hati golongan munafiqin! Mereka berjalan bersama dengan orang mukmin, tetapi apabila tiba saat pemisah mereka akan dihalang dan ditutup cahayanya! Terkandas & terhalang dari memasuki pintu yang membawa kepada syurga & nikmat. Tertinggal dan meraba-raba dalam kegelapan dan kesesatan!

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {(𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛: "𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫! 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮-𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 (𝐤𝐞𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦), 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐫𝐚𝐠𝐮-𝐫𝐚𝐠𝐮 (𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚) 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐤𝐚𝐦𝐮), 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 (𝐦𝐚𝐮𝐭) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮). 𝐃𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐭𝐮), 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛𝐍𝐲𝐚).}- dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut 4 sebab kebinasaan & kekecewaan manusia.

i- pertama sekali mereka telah membuat fitnah ke atas diri sendiri dengan tidak mahu beriman!

ii- Fitnah (ٱلۡفِتۡنَةِ) dalam al-Quran ini ada beberapa makna:

a- ikhtibar- ujian dari Allah.

b- bakaran dengan api.

c- ujian yang memisahkan antara orang mukmin & kafir.

d- dengan makna hujjah. 

*Untuk bacaan lanjut tentang makna fitnah ini boleh lihat buku susunan Dr Abu Anas Madani:

https://dartaibah.com/?page_id=5#!/Tenang-Dengan-Ujian-Dr-Abdul-Basit-Hj-Abd-Rahman/p/20277794/category=2564069

ii- Sifat jahat kedua mereka ialah suka mencari peluang untuk menjatuhkan orang mukmin dan gembira apabila mereka ditimpa bala & kesusahan ujian!

iii- mereka ragu dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w!0⁰

iv- mereka juga adalah orang yang suka terpedaya dengan khayalan & angan-angan dalam diri mereka sendiri!

*Empat unsur inilah ciri-ciri yang ada dalam diri orang munafiq!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟓- {"𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐛𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫. 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚, 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤-𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮!"}- Allah s.w.t tidak akan terima lagi tebuasan dan penyesalan orang kafir & munafiq.

Allah s.w.t kumpul & sebut bersama golongan kafir & munafiq ini di dalam al-Quran pada beberapa tempat:

i- ayat kita ini: al-Hadid: ayat 15.

ii- Al-Ahzab: ayat 41 & 48.

{Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).}

iii- An-Nisa’: ayat 140.

Allah s.w.t juga nyatakan bahawa orang munafiq ini lebih teruk dan jahat dari orang kafir biasa, maka balasan mereka juga lebih dahsyat & teruk daripada kafir tulin! 

Allah s.w.t berfirman:

{Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.} [An-Nisa’: 145].

Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat munafiq ini dan kemungkaran-Mu.

Diriwayatkan dari Ummi Ma’bad r.a berkata, ”Aku mendengar Nabi s.a.w berdoa dengan doa ini: 

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ ”


“Ya Allah bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalku dari riya’, (bersihkanlah) lisanku dari dusta, (bersihkanlah) mataku dari pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan didalam dada.” [HR. Hakim (2/227) dan lain-lain].

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀









No comments:

Post a Comment