Friday, November 25, 2022

57. SURAH AL HADID AYAT 25-29


♥
𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 29 𝙍.𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 24/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙃𝙖𝙙𝙞𝙙 (08) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [25-27]
♥
𝐃𝐮𝐬𝐭𝐮𝐫 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦, 𝐊𝐞𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐬𝐢, 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 & 𝐊𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐝'𝐚𝐡.
🎀
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang Dustur al-Mujtama’ al-Islam, iaitu Peraturan Perlembagaan Masyarakat Islam yang terletak di bawah neraca keadilan yang adil & saksama.
Tiada kezaliman, penindasan & penyelewengan. Dasar Islam membawa keamanan & keselamatan kepada masyarakat. Ianya telah digariskan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hamba-NYA.
2. Allah s.w.t juga sebut dalam ayat ini tentang kegunaan besi. Besi itu kuat sebagaimana pejuang Islam yang berjiwa besi, gagah berani atau penggunaan besi sebagai senjata dalam peperangan & jihad.
3. Allah s.w.t juga nyatakan tentang rasul-rasul dari keturunan Nabi Nuh & juga Nabi Ibrahim a.s.
4. Kemudian disebut tentang kerosakan puak Nasrani kerana mereka mudah koyak, tidak istiqomah dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Bahkan mereka telah mengubah perjalanan agama, mencipta bid'ah, mereka-reka ibadat, maka jadilah mereka golongan yang sesat! Na’uzubillah.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟓- {𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚! 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢-𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐜𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐧𝐝𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚. (𝐃𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡-𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐡𝐚𝐫𝐢-𝐡𝐚𝐫𝐢) 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐧𝐝𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤) 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚, 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚); 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐭, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟐𝟓)
1. Setiap rasul itu Allah s.w.t hantar dengan hujjah yang sangat nyata dan beberapa tanda mukjizat yang jelas.
i- Hujjah guna akal untuk memahami dan berfikir akan kebenarannya.
ii- Mukjizat dengan mata, tanpa perlu berfikir & guna akal. Seperti bulan terbelah, unta Nabi Soleh, tongkat Nabi Musa a.s dan lain-lain.
2. Mereka juga ada yang diberi Kitab sebagai panduan & hidayah dari Allah s.w.t juga neraca keadilan (ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْمِيزَانَ). Supaya manusia dapat menjalankan keadilan dengan jelas dan saksama.
*Seperti Kitab Taurat kepada Nabi Musa, Injil kepada Nabi Isa, serta Suhuf kepada Nabi Ibrahim dan lain-lain.
3. Kata Ibnu Kathir rhm.: Akal yang waras & baik akan dapat melihat dengan jelas benarnya apa yang dibawa oleh para rasul dan nabi mereka itu. Tetapi akal yang sesat akan tetap menolaknya!
3. Maksud adil (بِٱلْقِسْطِ) ini ialah:
i- Ini semua supaya semua manusia dapat menjalankan keadilan dengan telus dan saksama.
ii- Mereka wajib mengikut ajaran rasul-rasul seperti apa yang dikhabarkan serta mentaati dan patuh kepada arahan yang di bawanya!
4. Kemudian Allah s.w.t bawa ayat tentang besi ini- {𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐢 }.
Maksudnya: Setelah dinyatakan kebenaran mereka masih lagi berpaling tidak mahu terima; yang menyebabkan Allah s.w.t terpaksa membawa hujjah untuk menolaknya, lalu dinyatakan bahawa besi itu:
i- Allah s.w.t turunkan ayat tentang besi, satu logam yang kuat yang boleh dijadikan alat peperangan.
ii- besi juga banyak manfaaatnya kepada manusia dalam kehidupan dan pertukangan seharian mereka!
5. Allah s.w.t mahu nyatakan kepada kita supaya kita nampak jelas bahawa sesiapa yang menolong agama Allah dan Rasul-Nya secara ghaib- yakni percaya kepada pahala dan janji Allah s.w.t walaupun tidak dapat melihatnya lagi.
6. Allah s.w.t sudah tahu semua ini, tetapi dia mahu manusia yang lain agar tahu bahawa: Pejuang-pejuang Islam ini sangat yakin akan janji-janji Allah s.w.t! mereka berjuang semata-mata kerana beriman secara ghaib. Janji Allah itu BENAR bukan seperti janji manusia yang berubah-rubah sentiasa!
7. Pada akhir ayat ini Allah s.w.t menyatakan bahawa sesungguhnya sifat-Nya:
i- 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐭 (قَوِىٌّ), yakni kita disuruh berjuang BUKAN kerana Allah itu lemah, bukan untuk menolongnya, cuma untuk beri pahala perjuangan itu kepada kita.
Maka kita sebagai orang Islam apabila kita berniat kita berjuang untuk menegakkan kebenaran dan mencari yang baik, kena letakkan di depan mata kita untuk mencari pahala.
Begitulah sifat perjuangan ada pasang surut, ada menang ada kalah! Bila kita menang alhamdulillah syukur atas bantuan Allah s.w.t! Jika kalah itu adalah teguran agar kita muhasabah dan jangan mudah kecewa & putus asa dalam perjuangan.
ii- 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 (عَزِيزٌۭ)- bagi Allah segala kekuasaan dan kekuatan atas dunia ini!
🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟔- {𝐃𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚! 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐍𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛-𝐤𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚; 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚: 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 – 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟐𝟔)
1. Setelah Allah s.w.t sebut tentang nabi secara umum maka dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut dua nama rasul secara khusus yang zuriat mereka menyambung kerasulan ini agar berterusan.
2. Iaitu Nabi Nuh a.s & Nabi Ibrahim a.s. yang diutus kepada kaum mereka. Kemudian dijadikan dari keturunan mereka orang yang berpangkat nabi & diturunkan kitab-kitab. Yakni kebanyakan nabi-nabi dan rasul-rasul adalah dari keturunan dua orang nabi ini.
i- Nabi Nuh adalah episod pertama, setelah pembersihan umat manusia yang tidak beriman.
ii- manakala anbiya’ bani Israil dari keturunan nabi Ibrahim.
3. Mereka juga menerima kitab yang diturunkan Allah iaitu seperti Kitab Taurat, Zabur, Injil & al-Quran serta Shuf-suhuf lain.
Kitab yang ada di tangan zuriat Nabi Nuh & Ibrahim inilah yang mengandungi dustur perundangan Islam atau usul perjalanan agama serta suhuf/wasiat dari nabi mereka.
4. Tetapi Allah nyatakan juga walaupun mereka ini 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤, tetapi malangnya masih ramai lagi dari kalangan mereka adalah 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 – 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚!
5. Begitulah kenyataan atas dunia ini, sejak dari zaman Nuh & Ibrahim hanya sedikit pengikut mereka yang beriman! Begitu juga mereka yang beriman mengikut Rasulullah s.a.w semasa di Makkah amat sedikit & lemah sekali!
6. Sehingga ke hari ini pun masih ramai lagi yang kufur tidak beriman dan terus melakukan derhaka dan maksiat kepada Allah s.w.t!
Jika iman tidak kuat, kesatuan & kekuatan umat Islam juga akan lemah!
*Ini kadang-kadang yang melemahkan Islam itu sesama kita juga, sebagaimana pemotong besi yang diperbuat dari besi juga!
Apabila orang Islam itu lemah, besinya tidak diikat dengan kuat, mereka akan menjadi umat yang lemah, tidak kuat dan ditindas!
🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 - 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚: 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐬𝐚 𝐢𝐛𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐫𝐲𝐚𝐦, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚: 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐈𝐧𝐣𝐢𝐥; 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢). 𝐃𝐚𝐧 (𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚) "𝐑𝐚𝐡𝐛𝐚𝐧𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡" - 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚; (𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧) 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛𝐧𝐲𝐚. 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚) 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 - 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟐𝟕)
1. Allah jadikan para rasul itu silih berganti! Selepas setiap nabi itu datang pula yang lain samada dari zuriatnya atau tidak.
Biasanya satu nabi itu diutus kepada satu kaum.
2. Tetapi ada juga dalam satu masa terdapat beberapa orang nabi seperti Nabi Ibrahim & Nabi Lut yang sezaman dan tempatnya juga tidak jauh.
Juga Nabi Musa & saudaranya Harun a.s yang bersama diutus kepada Firman.
3. Kemudian Allah s.w.t terus sebut tentang Nabi Isa bin Maryam, selepas disebut Nabi Nuh & Ibrahim.
Kenapa tidak disebut dulu nabi-nabi lain sebelumnya?
4. Ini kerana Isa adalah salah seorang rasul yang agung selepas nabi Musa a.s dan kuat cabarannya. Dia adalah nabi terakhir dari kalangan Bani Israil, diturunkan kepadanya Kitab Injil serta dia juga telah mengisyaratkan bahawa akan datang selepasnya nabi & rasul terakhir yang bernama Ahmad. Rasulullah s.a.w disebut sebagai Ahmad dalam Kitab Injil.
4. Setelah berlalu tempoh yang lama, jauh jarak antara nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w, menjadikan keras hati para ahli Kitab ini.
5. Tetapi ada juga di kalangan mereka yang Allah gambarkan di sini mempunyai perasan belas kasihan (رَأْفَةًۭ ) dalam hati mereka & berkasih sayang (وَرَحْمَةً) sesama sendiri.
*Ulama' membezakan makna antara dua ini:
i- (رَأْفَةًۭ )- kasihan kepada orang lain, tolong orang susah dan lain-lain.
ii- (وَرَحْمَةً)- manakala kasihan belas dalam hati secara umum.
6. Apabila keras hati mereka, mereka melakukan jenayah pertama dengan mereka-reka ibadat (rahbaniyyah)- yang Allah s.w.t tidak ajar & tidak wajibkan ke atas, yang tiada dalam kitab Injil.
7. Apa maksudnya rahbaniyyah (رَهْبَانِيَّةً): asalnya mereka reka ibadat itu untuk mendekatkan diri kepada Allah & mencari keredhaan-Nya.
Contohnya seperti:
i- bertapa dalam gua, menjauhkan diri dari orang ramai.
ii- mengharamkan diri dari berkahwin.
iii- meninggalkan kehidupan dan kesenangan dunia.
*Semua ini adalah perbuatan yang tidak di ajar oleh Allah s.w.t!
Sedangkan jika dia ikut apa yang diajar oleh Rasul itu sudah cukup dan tidak bertentangan dengan fitrah manusia normal.
8. Kemudian jenayah keduanya; mereka sendiri pun tidak mengamalkan apa yang mereka reka itu, tidak memeliharanya sebagaimana yang sepatutnya!
9. Kemudian Allah nyatakan ada antara mereka ini yang beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Lalu 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 ini, Allah akan 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 kepada mereka 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚!
Tetapi malangnya, masih 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 – 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 daripada yang beriman ini!
10. Boleh lihat kisah tentang penyelewengan golongan rahbaniyyun ahli kitab yahudi & Nasrani dalam sebuah kisah yang panjang tentang pengembaraan seorang sahabat yang masyhur, Salman al-Farisi dari Parsi dalam mencari agamanya sehingga bertemu dengan Rasulullah s.a.w & Islam!
11. Maka kita orang Islam beringat & ambillah pengajaran:
i- siapa yang memegang tanggung-jawab kena telus dan amanah dalam menguruskan harta-harta masyarakat & awam
ii- serta jangan mereka-reka dalam perkara ibadat!
12. Ibnu Kathir rmh. membuat kesimpulan terdapat dua celaan dari Allah iaitu:
i- bid’ah, iaitu mereka-reka ibadat.
ii- dia sendiri buat, dia sendiri juga yang tidak ikut!
🎀
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟓- {𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚! 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢-𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚,- sehingga ke akhir ayat}- kata ulama' maksudnya { وَأَنزَلْنَا ٱلْحَدِيدَ} kami turunkan besi adalah sekaligus menggalakkan berjuang & peperangan serta memberi semangat untuk orang Islam berjuang.
Kata ulama' juga, kita berdakwah ini dengan dua cara:
i- cara lembut- dakwah kepada Allah dengan seruan, nasihat dan ajakan secara hikmah, dengan bawa dalil, hujjah, secara logik akal dan seumpamanya.
**setelah tidak berjaya jalan pertama, masih lagi keras kepala dan melawan maka kita kena guna;
ii- dakwah secara bersenjata iaitu peperangan dan menggunakan senjata.
Kerana itulah ayat ini menyebut secara tertib diturunkan Kitab (sebagai hujjah) kemudian diturunkan besi
(sebagai alat), inilah dari segi tertib dakwah juga.
Begitulah peraturan dalam menakluk negara bukan Islam juga, pertama kita berdakwah kepada mereka dan tawarkan kepada mereka perpaduan, jika tidak mahu masuk Islam tidak mengapa tetapi duduk di bawah pemerintahan Islam.
Jika tidak mahu kedua-dua maka baru lawan dan taklukinya. Maknanya hujjah dulu sebelum lawan!
Kata peribahasa bahasa Arab:
فإن لم تنفع الكتب * تعينت الكتائب
Jika hujjah/kitab tidak memberi faedah * Maka peperanganlah gantinya.
Kata-kata masyhur dari Sayyidina Usman bin Affan r.a:
Allah s.w.t memberi kekuatan melalui kuasa kepada pemerintah, lebih dari apa yang diberi dengan al-Quran (hujjah).
Yakni walaupun dalam al-Quran sudah disebut semua benda yang haram, tetapi selagi pemerintah tidak campur tangan menjalankan kuasanya mengharam dan menghukum semua itu, manusia tidak akan takut dan tidak akan meninggalkannya!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟓- {𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐧𝐝𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤) 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚, 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚); 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐭, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚.}- Allah kata Dia nak suruh nampak siapa yang tolong Allah dan bantu Rasul-Nya tanpa dia nampak balasannya!
Yakni secara ghaib beriman dan beramal soleh, tanpa nampak pulangannya!
Yakni Allah s.w.t kata orang yang akan Dia beri balasan, nak beri pahala dan pulangan ialah mereka ini yang ikhlas berjuang dan beribadat, dengan hati yang jujur kerana Allah & Rasul-Nya.
Apakah maksudnya orang yang tolong Allah dan bela Rasul-Nya?
Iaitu mereka yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t & menyebarkan ajaran Sunnah Nabi s.a.w!
Kerana itulah kita kempen:
Ikut Sunnah hati tenang dan pahala dapat, Insya'Allah.
Inilah cara kita bela Nabi s.a.w setelah kewafatannya iaitu dengan menghidupkan Sunnah-Sunnahnya yang sahih!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟔- {𝐃𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚! 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐍𝐮𝐡..}- kata ulama' ayat ini sebagai dalil menunjukkan bahawa Nabi Nuh a.s itu adalah rasul yang pertama yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia di dunia ini.
Adam itu ialah nabi pertama tetapi tidak diutus kepada manusia di bumi.
Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a jarak tempoh antara nabi Adam & Nuh a.s ialah 10 kurun. Kerana itu telah masuk banyak penyelewengan, maka Allah s.w.t telah hantar Nabi Nuh a.s untuk membersihkan manusia dari kerosakan aqidah dan penyelewengan ibadat ini.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w tentang syafaat juga disebut bahawa Nabi Nuh a.s adalah rasul yang pertama.
Apabila orang tidak hirau dakwah Nabi Nuh a.s. maka Allah s.w.t bersihkan manusia itu dengan dibinasakan semuanya. Kemudian yang tinggal adalah dari keturunan Nabi Nuh a.s yang beriman kemudian datang nabi Ibrahim a.s.
Persoalan pula- kenapa Allah pisahkan dua orang nabi ini, sedangkan bukankah Ibrahim juga datang dari keturunan Nuh a.s, semua nabi yang datang adalah dari zuriat Nabi Nuh semuanya?
Jawapan:
i- Ini kerana walaupun nabi Ibrahim adalah cucunya, tetapi asalnya adalah dari susur galur nabi Nuh.
ii- kerana ada sebahagian anbiya’ dari kuturunan Nuh tapi bukan dari zuriat Nabi Ibrahim seperti Nabi Hud, Lut, Soleh dan lain-lain.
*Kedua-dua ini adalah datuk kepada ramai para anbiya’ selepas dari mereka, kerana itu Allah s.w.t sebut nama mereka berdua.
Nabi kita Muhammad Rasulullah s.a.w adalah dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 - 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚: 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐬𝐚 𝐢𝐛𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐫𝐲𝐚𝐦, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚: 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐈𝐧𝐣𝐢𝐥; 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢). 𝐃𝐚𝐧 (𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚) "𝐑𝐚𝐡𝐛𝐚𝐧𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡" - 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚; }– Allah ceritakan bahawa selepas itu datang Nabi Isa a.s yang Allah puji pengikutnya yang pada asalnya mempunyai hati baik, lemah lembut, sikap kasihan belas mereka tinggi dan mengikut ajaran Injil { رَأْفَةًۭ وَرَحْمَةًۭ}.
Tetapi mereka telah berubah hari ini menjadi extreme dan ganas dalam melawan orang Islam.
Mereka juga telah melampau dan reka ibadat yang mereka sendiri tidak boleh ikut.
Lalu Allah S.W.T telah cela mereka kerana mereka-reka ibadah.
Jangan sekali-kali kita mereka ibadat kerana ibadat ini kena bertepatan dengan ajaran al-Quran dan mengikut sunnah.
Diceritakan bahawa disebut kepada Abdur-Rahman bin Mahdi (seorang ulama' Hadis) tentang golongan ahlul-Bid’ah seperti jabariyyah atau muktazilah yang kuat beribadat.
Kata Ibnu Mahdi: Sekuat mana ibadatpun tidak akan diterima jika tidak bertepatan dengan arahan Allah s.w.t dan mengikut ajaran Nabi s.a.w. Jika kamu nak selamat beramallah dengan Sunnah Nabi s.a.w. Beliau kemudian membaca ayat 26 ini.
*Banyak & kuat setara manapun amalan tetapi jika tidak ikut Syariah dan tidak ikut sunnah Nabi S.A.W – Allah S.W.T tolak dan tak terima malah Allah S.W.T akan cela mereka dan masukkan ke neraka orang yang buat bid’ah.
Inilah bahayanya jika mereka-reka ibadat yang tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w dan berselindung pula di sebalik nama-nama ahlus-Sunnah dan lain-lain.
Neraca timbangan kita nak tahu betul atau tidak ialah rujuk kepada al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w dan juga huraian para ulama' yang salafus-soleh.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕- {𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚) 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 – 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚}- dalam ayat ini pujian Allah terhadap orang mukmin yang betul-betul beriman kepada Allah s.w.t, mereka dua kali beriman, iaitu pertamanya mereka beriman dengan Injil kemudian beriman pula dengan al-Quran & Rasulullah s.a.w!
Tetapi realitinya, malangnya ramai di kalangan mereka ini, ahli Kitab yang tidak beriman walaupun ada Kitab di tangan mereka!
Dua kali Allah s.w.t sebut tentang sedikitnya orang yang beriman ini dan ramai yang fasiq tidak beriman:
i- dalam ayat 26 secara umum semua makhluk itu ramai dari kalangan mereka yang tidak beriman!
ii- ahli kitab yang tidak beriman secara khusus dalam ayat 27 ini.
Inilah kenyataannya, atas dunia ini, dulu atau sekarang; orang yang tidak beriman lebih ramai daripada mereka yang beriman.
Maka kita yang sudah beriman ini alhamdulillah, syukur atas nikmat iman ini! Semoga Allah s.w.t tetapkan hati kita di atas iman dan agama ini, di atas jalan & Sunnah Rasulullah s.a.w.
🎀
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.



♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙖𝙩 30 𝙍.𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 25/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙃𝙖𝙙𝙞𝙙 (09) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [28-29]♥
- 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡,
- 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐚 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚 &
- 𝐋𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.💎
🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Ini adalah siri yang ke-9 dan terakhir bagi surah al-Hadid ini. Dalam siri ini Allah s.w.t sebut kepada kita tentang s𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧 b𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 d𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.
2. Diceritakan juga bahawa a𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 yang beriman kepada Rasulullah s.a.w akan mend𝐚𝐩𝐚𝐭 d𝐮𝐚 p𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚.
3. Juga tentang l𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 k𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 kepada orang yang bertaqwa samada di dunia atau di akhirat.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟖- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚 (𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝), 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤), 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮; 𝐝𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟐𝟖)
1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menyeru orang yang beriman dengan Allah & Rasulullah s.a.w agar bertaqwa kepada Allah s.w.t.
2. Taqwa itu ialah dengan mengikut arahan-Nya & menjauhi larangan-Nya.
Buat yang Allah suruh, tinggal yang dilarang!
3. Kemudian diseru pula agar beriman kepada Rasulullah s.a.w. Iaitu realisasikan iman itu agar lebih mantap dan teguhkan iman kepada Rasulullah s.a.w, tetapkan pendirian dan terus istiqomah di atas iman itu!
4. Ramai ulama' tafsir berpendapat ayat ini asalnya turun kepada golongan ahli kitab yahudi & Nasrani- iaitu mereka yang beriman kepada Nabi Musa & Isa a.s agar mereka tetap bertaqwa dan beriman pula kepada Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w.
5. Pendapat kedua: Bukan kepada dua golongan itu- kerana tidak mungkin Allah s.w.t akan menyeru atau memanggil mereka yang telah kufur itu dengan panggilan: {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧- يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ }.
Seruan ayat ini adalah kepada orang yang beriman di kalangan orang Islam.
6. Kata Syeikh as-Sa’adi rhm.: Yang zahirnya ayat ini adalah umum untuk semua orang yang telah dan pernah beriman kepada Allah, pernah beriman Nabi Musa & Isa a.s- maka mantap dan lengkapkan iman kamu dengan beriman juga kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Atau untuk para mukmin yang telah beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w, maka mantapkan iman kamu kepada Rasulullah s.a.w!
6. Allah s.w.t akan berikan kepada mereka dua bahagian dari rahmat-Nya. Siapakah pula yang di maksudkan dapat dua pahala itu?
Firman Allah s.w.t:
{Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya ".
Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.} [Al-Qasas 28: 52-54].
7. Dari hadis Rasulullah s.a.w:
[عن أبي موسى الأشعري:] ثلاثةٌ يُؤتَونَ أجرَهم مرَّتَينِ: عبدٌ أدّى حقَّ اللهِ وحقَّ مواليِه، فذاكَ يُؤتى أجرَه مرَّتَينِ، ورجلٌ كانَت عِندَه جاريةٌ وضيئةٌ، فأدَّبَها فأحسنَ تأديبَها، ثمَّ أعتقَها، ثمَّ تزوَّجَها، يبتَغي بذلكَ وجهَ اللهِ، فذلكَ يُؤتى أجرَه مرَّتَينِ، ورجلٌ آمنَ بالكتابِ الأولِ ثمَّ جاءَ الكِتابُ الآخِرُ فآمنَ بهِ، فذلكَ يُؤتى أجرَه مرَّتَينِ.الألباني (ت ١٤٢٠)، صحيح الترغيب ١٨٨٢ • صحيح • أخرجه البخاري (٣٠١١)، ومسلم
Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a bahawa, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Ada tiga golongan yang mendapat ganjaran pahala dua kali ganda.
Pertama, seorang hamba yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya. Maka baginya dua pahala.
Kedua, seorang lelaki yang ada hamba perempuan, lalu dia mendidik, memperbaiki adabnya, memerdekakannya, lalu mengawininya. Maka baginya dua pahala.
Ketiga, seorang ahli kitab yang beriman kepada kitab dan nabinya yang terdahulu, kemudian dia beriman pula kepadaku. Maka baginya dua pahala.” [HR Bukhari & Muslim].
8. Maksud dua pahala itu adalah kerana:
i- mereka telah beriman dengan nabi-nabi terdahulu kemudian beriman pula dengan Nabi Muhammad s.a.w. Maka mereka mendapat pahala dua kali. Ini pandangan ulama' yang mengatakan ayat ini ditujukan kepada ahli kitab tersebut.
ii- bagi umat Nabi Muhammad s.a.w yang telah beriman Baginda s.a.w pula- mendapat dua pahala- yakni pertama pahala yang di dunia, mendapat rahmat Allah s.w.t, mendapat kasih-sayang Rasulullah serta pahala yang berlipat-ganda di Akhirat kelak pula.
9. Kelebihan orang yang beriman ini:
i- mendapat dua pahala.
ii- akan diberi cahaya di Akhirat kelak.
iii- Allah s.w.t akan sembunyikan dosa-dosa dengan memberi keampunan-Nya.
10. Pendapat tentang cahaya ini pula:
i- cahaya yang diberi untuk melintasi Sirat dalam keadaan gelap gelita.
ii- cahaya muka orang yang beriman di akhirat kelak.
iii- orang yang beriman dengan Allah, dengan Rasul dan dengan al-Quran yang diturunkan- Allah s.w.t akan berikannnya cahaya untuk mendapat hidayah atas dunia ini. Cahaya yang memberi petunjuk kepada landasan yang benar, yang membolehkannya ke syurga!
**Ya Allah kurniakan kepada Kami cahaya yang dapat membimbing kami di dunia & juga di Akhirat kelak!
11. Pada akhir ayat ini Allah s.w.t tutup dengan menyebut dua sifat-Nya: 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢- iaitu Allah s.w.t amat pengampun dan luas rahmat-Nya ke atas hamba-Nya.
12. Syukurlah kita masih bernyawa pagi ini, sempat bertaubat menyesali segala kesilapan & dosa yang telah kita lakkukan samada secara sengaja atau tidak!
Sebagai orang mukmin; jika diuji dengan musibah iringkanlah dengan sabar manakala maksiat terus iringkan dengan beristighfar.
🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟗- {(𝐃𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮) 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐫𝐚𝐧𝐢 - 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢, 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 (𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐤𝐚𝐭) 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐝 𝟓𝟕:𝟐𝟗)
1. Yakni tiada siapa yang dapat menyekat samada dari segi pahala atau taqdir yang telah Allah s.w.t tentukan.
Kita telah berusaha mendapatkan sesuatu tetapi apakan daya Allah telah tulis bahawa ia adalah milik orang lain!
Apa yang kita dapat buat ialah muhasabah diri perbaiki apa yang tidak kena, jangan pula salahkan taqdir!
2. Dalam ayat ini Allah sebut bahawa Dia telah beri tiga kelebihan bagi orang yang beriman dan lain-lain kelebihan yang banyak lagi.
3. Ini supaya orang yahudi & Nasrani sedar bahawa mereka tidak boleh menyekat limpah kurnia dan pahala kelebihan yang Allah anugerahkan kepada orang Islam yang beriman!
4. Ini kerana semua kelebihan & limpah kurnia itu berada di bawah kekuasaan Allah s.w.t, 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧-𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢-𝐍𝐲𝐚, tiada siapa yang dapat menyekat menghalangnya!
5. Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang riwayat Abdullah ibnu Umar r.a:
عَنْ عَبْدِ الله أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقُولُ « إِنَّمَا بَقَاؤُكُمْ فِيمَا سَلَفَ قَبْلَكُمْ مِنَ الأُمَمِ كَمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْعَصْرِ إِلَى غُرُوبِ الشَّمْسِ ، أُوتِىَ أَهْلُ التَّوْرَاةِ التَّوْرَاةَ فَعَمِلُوا حَتَّى إِذَا انْتَصَفَ النَّهَارُ عَجَزُوا ، فَأُعْطُوا قِيرَاطًا قِيرَاطًا ، ثُمَّ أُوتِىَ أَهْلُ الإِنْجِيلِ الإِنْجِيلَ فَعَمِلُوا إِلَى صَلاَةِ الْعَصْرِ ، ثُمَّ عَجَزُوا ، فَأُعْطُوا قِيرَاطًا قِيرَاطًا ، ثُمَّ أُوتِينَا الْقُرْآنَ فَعَمِلْنَا إِلَى غُرُوبِ الشَّمْسِ ، فَأُعْطِينَا قِيرَاطَيْنِ قِيرَاطَيْنِ ، فَقَالَ أَهْلُ الْكِتَابَيْنِ أَىْ رَبَّنَا أَعْطَيْتَ هَؤُلاَءِ قِيرَاطَيْنِ قِيرَاطَيْنِ ، وَأَعْطَيْتَنَا قِيرَاطًا قِيرَاطًا ، وَنَحْنُ كُنَّا أَكْثَرَ عَمَلاً ، قَالَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَلْ ظَلَمْتُكُمْ مِنْ أَجْرِكُمْ مِنْ شَىْءٍ قَالُوا لاَ ، قَالَ فَهْوَ فَضْلِى أُوتِيهِ مَنْ أَشَاءُ »
Ertinya: Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya bahagian kamu berbanding dengan apa yang telah diberikan dari umat-umat terdahulu sebelum kamu laksana antara solat Asar sampai terbenamnya matahari, kaum ahli kitab Taurat diberikan Taurat lalu mereka mengamalkannya sehingga sampai pertengahan siang iaitu waktu zohor, kemudian mereka menjadi lemah, maka mereka diberi satu qirath, satu qirath (iaitu nilai pahala masing-masing).
Kemudian kaum ahli kitab Injil diberikan Injil, lalu mereka mengamalkannya sehingga solat Asar, kemudian mereka menjadi lemah, maka mereka diberi (pahala masing-masing) satu qirath, satu qirath.
Kemudian kita diberikan Al Quran, lalu kita mengamalkannya (dari waktu asar) sehingga terbenam matahari (maghrib), maka kita diberi (pahala masing-masing) dua qirath, dua qirath.
Dua kaum dari dua kitab itu berkata: “Wahai Tuhan kami, Engkau telah memberikan mereka dua qirath-dua qirath sedangkan kami Engkau beri satu qirath-satu qirath, padahal kami lebih banyak amalannya,”
Allah Azza wa Jalla berfirman: “Apakah Aku telah menzalimi sedikit dari pahala kamu?”
Mereka menjawab: “Tidak,”
Maka Allah berfirman: “Itulah kemurahan-Ku yang Aku berikan kepada siapa yang Aku kehendaki.” [HR Bukhari].
6. Allah s.w.t tutup ayat ini dengan peringatan bahawa 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫. Dia beri kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia tidak beri kepada yang tidak dapat. Tiada yang dapat menghalang atau menyekatnya!
🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟖- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚 (𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝), 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤), 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮; 𝐝𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢.}- kata ulama' tadabbur- taqwa itu menjadi sebab untuk mendapatkan ilmu!
Berapa ramai orang yang mencari ilmu dan mencari kefahaman, kita katakan syarat mencari ilmu itu ialah dengan bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla. Iaitu dengan meralisasi dan mentahqiqkan imannya.
Kata ulama': Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu/belajar;
Allah s.w.t akan bukakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu lagi!
Bertaqwalah kamu kepada Allah, Allah s.w.t akan ajarkan kepadamu ilmu.
Tetapi orang yang benar-benar mendapat ilmu ladunni, dia tidak akan menceritakan rahsia yang dia tahu kepada orang ramai.
Yang dok dakwa kata dia dapat ilmu ladunni tu mangarut je, cari pengikut.
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟖- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚 (𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝),- kenapa dalam ayat ini Allah s.w.t menyeru orang beriman kemudian disuruh beriman pula? Tidakkah itu bertindan?
Jawapan:
i- Seruan agar menjaga & mantapkan iman, realisasikannya, kerana iman itu ada masanya malap dan suram, ada kuat & lemah, maka kena jaga agar tidak malap.
ii- seruan kepada orang yang beriman dengan lidahnya agar beriman seikhlasnya dengan hati juga, sucikan hatinya dengan iman yang sebenar.
iii- jika seruan untuk ahli Kitab, maka diseru wahai orang yang beriman dengan Musa & Isa, berimanlah kepada Nabi Muhammad s.a.w pula. Jika tidak, tidak lengkap iman kamu!
iv- Lafaz iman dalam al-Quran biasanya disebut secara berkait (مقيدا) dengan lafaz lain. Seperti dalam ayat ini untuk mantapkan iman dengan Rasulullah s.a.w kerana ayat ini membincangkan tentang ahlul-kitab dan nabi-nabi lain juga.
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟖- {D𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤),} – para ulama' mengatakan sesiapa yang berpegang & beramal dengan Kitab & Sunnah Nabi s.a.w, maka dia akan mendapat ilmu orang yang terdahulu dan yang terkemudian, dia akan mendapat cahaya-cahaya di dunia & di Akhirat.
Cahaya (نُورًۭا) ini adalah sumber kebaikan, keindahan yang datang dari mengikut segala perintah Allah & Rasul, menjauhi laranganya dan bersabar atas tanggung-jawab yang Allah berikan kepada kita.
Beramal dengan ilmu yang kita belajar akan menjadi sebab lekatnya ilmu itu dalam hati dan kepala kita. Siapa yang belajar dan tidak beramal akan mudah lupa dan hilang ilmu itu dari hatinya!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟖- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚 (𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝),}- ulama' menyatakan dengan sebab taqwa Allah s.w.t akan berikan tiga kelebihan-Nya kepada hamba-Nya:
i- Allah berikan dua bahagian rahmat-Nya. Atau gandakan dengan mendapat dua pahala.
ii- cahaya untuk berjalan dalam kegelapan iaitu pahala petunjuk di dunia mendapat hidayah & kebenaran. Juga cahaya- pahala balasan nikmat di akhirat.
iii- Allah s.w.t akan hapus dan ampunkan dosa-dosa mereka.
Sebuah syair dari Imam asy-Syafei yang mengadu kepada gurunya Waki' tentang susahnya untuk menghafal pelajarannya.
Maka gurunya memberi nasihat untuk:
Bertaqwalah kepada Allah s.w.t, tinggalkan maksiat;
Maka Allah s.w.t akan berikan ilmu dan kefahaman kepadamu.
Macamana Allah s.w.t gandakan pahala untuk umat ini yang pendek umur dan masanya supaya dapat mengatasi umat terdahulu yang lebih panjang umurnya.
Jawapan: Kerana umat ini adalah umat terbaik yang dikeluarkan dari kalangan manusia, maka diberi pahala gandaan pahala yang begitu besar bagi beberapa amalan ibadat seperti:
i- malam Lailatul-Qadar.
ii- puasa hari Arafah.
iii- puasa pada hari 10 Muharram dan lain-lain.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟗- {(𝐃𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮) 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐫𝐚𝐧𝐢 - 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢,}– ayat ini menunjukkan kebijaksanaan Allah s.w.t! Allah s.w.t Maha Bijaksana- Dia tidak akan membuat sesuatu tanpa faedah, tanpa kebaikan dan hikmahnya. Setiap sesuatu Allah buat itu ada peranan dan fungsinya hatta syaitan!
Allah s.w.t juga pesan agar jangan ikut perangai yahudi & Nasrani yang keras hati serta telah menyeleweng.
Maka ikutlah Sunnah Nabi s.a.w bukan ikut perangai yahudi yang putar belit kitab mereka dan Nasrani yang seleweng ajaran dan mereka-reka ibadat.
Marilah kita letakkan keazaman untuk mengamalkan Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih, mengikut ajarannya dan menyebarkannya.
Alhamdulillah pagi ini khatamlah kita surah al-Hadid yang banyak mengajar, memberi ilmu dan peringatan kepada kita.
Ya Allah anugerahkan kepada kepada kami cahaya keimanan yang dapat memandu kami di dunia ini serta cahaya di akhirat yang dapat pula menyuluh perjalan kami dalam kegelapan azab untuk menuju kepada syurga-Mu.
Jauhilah kami dari terpengaruh, terjebak mengikut ajaran yang tidak benar.
Hari ini hari Jumaat, jangan lupa:
i- baca surah al-Kahfi
ii- perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀

No comments:

Post a Comment