Sunday, November 27, 2022

58. TADABBUR SURAH AL MUJADILAH AYAT 1- 13

 Surah Al-Mujadilah - سورة المجادلة

♥
 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 01 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙐𝙡𝙖1444𝙃 = 26/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙈𝙪𝙟𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙝 (01) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [00-00]
♥
- 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐢𝐬𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡, 
- 𝐌𝐮𝐧𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡.
-  𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐦𝐚.

 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡 Surah:
1. Alhamdulillah pada pagi ini, Sabtu 01 Jumadal Ula 1444H bersamaan 26hb November 2022 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Mujadilah - سورة المجادلة.

*Dalam bahasa Arab permulaan atau hari pertama bulan biasanya dipanggil- ghurrah (غرة)- غرة جمادى الأولى - yakni 1hb Jumadal Ula.

2. Surah Al-Mujadilah adalah surah ke-58 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah Al-Hadid - سورة الحديد, surah pertama dalam juz ke 28 dan mengandungi 22 ayat yang agak panjang.

3. Majoriti para ulama’ tafsir (ittifaq’ ulama’) mengatakan surah ini Madaniyyah, yakni turun di Madinah selepas hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.

i- Ada juga ulama' kata (وقيل) ia Madaniyyah kecuali dari ayat ke-7 adalah Makkiyyah.

iii- ada yang kata juga 10 terawal adalah Madaniyyah tetapi bakinya adalah Makkiyyah.
*Imam al-Mawardi kata pendapat ini tiada adil.
Kita memilih untuk mengatakan ia adalah surah Madaniyyah.

🎀
 𝕹𝖆𝖒𝖆 𝕾𝖚𝖗𝖆𝖍 
💎
𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐦𝐚:
1. Dinamakan surah ini sebagai: Al-Mujadilah- المجادلة yang bermaksud (orang yang membantah) atau dipanggil juga surah Al-Mujadalah yang bermaksud (bersoal-jawab/berbantah-bantah).
Kerana pada awal surah ini ditegaskan bahawa Allah s.w.t mendengar pengaduan atau soal-jawab (مجادلة) seorang wanita yang diziharkan oleh suaminya kepada Rasulullah s.a.w.

2. Allah nyatakan dalam surah ini bahawa perempuan itu datang membantah suaminya. Perempuan itu ialah Khaulah binti Tha’labah r.a (خولة بنت ثعلبة) dan suaminya bernama Aus bin As- Somit.
(أوس بن الصامت).

3. Kata Ibnu Asyur rhm.: Al-Mujadilah dengan baris bawah lebih tepat atau zahir kerana ia adalah tentang seorang perempuan yang datang mengadu atau membantah tentang perbuatan suaminya. Bukan kerana ia berbantah-bantah (mujadalah) dengan suaminya.
*Namun keduanya adalah diterima.

4. Ada juga ulama' yang menamakannya sebagai surah
{ قَدْ سَمِعَ ٱللَّهُ }
iaitu diambil dari ayat pertama surah ini, Allah s.w.t telah mendengar pengaduan atau rintihan wanita itu.

5. Tentang makna zihar (ظِهَار):
i- Zihar adalah satu perbuatan apabila seorang suami tidak mahu dan mahu menceraikan isterinya lagi dan dia kata kepada isterinya dengan perkataan: Kamu ke atasku seperti ‘belakang’ ibuku.
(أنت علي كظهر أمي).

ii- Apabila dia berkata begitu maka isterinya itu sudah haram untuk digauli olehnya selamanya, tercerai terus. Kerana seorang lelaki tidak boleh mengadakan hubungan seks dengan ibunya sendiri. Hukum ini sudah menjadi adat dalam masyarakat Arab Jahiliyah lagi.

iii- Zihar ini bukan hanya terjadi kalau disamakan dengan isteri sahaja, tetapi kalau disamakan dengan wanita yang haram dikahwini seperti anak dan juga kakak.

iv- Zihar itu terjadi jikalau seorang suami menyamakan tubuh badan yang haram dipandang oleh lelaki itu. Jadi kalau samakan dengan kepala, kaki dan tangan, tidaklah termasuk Zihar.
Tapi mestilah perkataan Zihar itu terjadi kerana ada niat untuk menzihar isteri.

Kalau tersilap cakap atau hanya membuat persamaan rupa antara ibu dan anak sahaja, itu tidaklah jatuh kepada hukum zihar itu.

v- Hukumnya: Kita akan bincangkan apabila sampai kepada ayatnya nanti.

6. Untuk menghapuskan adat zihar yang karut ini Allah s.w.t menegaskan seorang isteri yang diziharkan itu tidak akan menjadi seperti seorang ibu. Apa yang didakwa oleh mereka itu hanyalah rekaan mereka semata-mata kerana seorang ibu tidak akan menjadi seperti seorang isteri.

🎀
 𝙄𝙉𝙏𝙄𝙎𝘼𝙍𝙄 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚:
1. Menerangkan tentang bahawa salahnya perbuatan zihar. Orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan menerima akibat seburuknya apabila dibangkitkan di akhirat kelak.

2. Allah s.w.t Maha mengetahui apa berlaku di langit dan dibumi. Tidak akan berlaku bisikan antara 3 orang kecuali Allah yang keempatnya, tidak juga bisikan antara 4 orang kecuali Allah adalah yang ke5 dan tiada yang kurang atau yang lebih dari itu melainkan semuanya dalam ilmu Allah s.w.t.

Allah s.w.t juga akan mendedahkan kepada mereka apa yang mereka buat dan bisikkan di dunia dulu!

3. Kemudian diterangkan tentang kaum yahudi yang banyak angkara itu, yang merancang perbuatan jahat terhadap Rasulullah s.a.w dan umat Islam. Mereka dijanjikan dengan azab siksaan dalam neraka.

4. Kemudian diberi panduan kepada orang beriman apabila mereka bertindak dan hendak melakukan sesuatu hendaklah mengikut dasar dan prinsip Islam, bukan ikut emosi & sentimen.

5. Berbisiklah atau merancanglah dalam perkara yang baik bukan perkara yang sebaliknya.

6. Apabila diminta untuk melapangkan tempat duduk untuk orang lain maka lapangkanlah supaya Allah melapangkan serba-serbi untuk di dunia & akhirat kelak.

Jika diminta bangun untuk orang lain maka bangunlah. Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman dari kamu dan Allah s.w.t meninggikan orang-orang yang berilmu di kalangan kamu beberapa darjat! Iaitu kelebihan orang yang berilmu.

7. Allah ceritakan tentang kaum munafiq dan akibat buruk yang akan menimpa mereka; kerana mereka berpihak kepada musuh-musuh Islam dan perbuatan khianat mereka terhadap orang Islam.

🎀
 𝕺𝖇𝖏𝖊𝖐𝖙𝖎𝖋/𝕸𝖆𝖖𝖆𝖘𝖎𝖉 𝕾𝖚𝖗𝖆𝖍 (𝕿𝖆𝖋𝖘𝖎𝖗 𝖆𝖑-𝕸𝖚𝖍𝖆𝖗𝖗𝖆𝖗):
1. Pertamanya kerana Allah s.w.t mahu menjelaskan tentang hukum zihar dan membatalkan adat jahiliyyah yang menganggap ia sebagai satu talaq dan kata-kata yang menyakitkan. Ini kerana kata-kata itu adalah sesuatu yang tidak benar!

2. Allah s.w.t mahu dedahkan tembelang si munafiq yang mendakwa beriman tetapi sebenarnnya kafir. Allah menyatakan kesesatan mereka serta perkataan dan perbuatan mereka batil & keji!

3. Allah juga menyebut beberapa adab yang menjadi kewajipan bagi orang mukmin untuk bersifat dengan akhlak ini.

🎀
 𝕿𝖆𝖏𝖚𝖐-𝖙𝖆𝖏𝖚𝖐 𝖘𝖚𝖗𝖆𝖍:
1. Cerita tentang seorang perempuan yang datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang suaminya. Maka Allah s.w.t nyatakan hukum haramnya zihar dan apa kaffarahnya- iaitu penyelesaian darinya. Inilah cara Islam, yakni dinyatakan penyakit dan dibawakan penawarnya sekali.

2. Allah nyatakan dalam ayat ini kumpulan yang menentang Allah & Rasulullah s.a.w serta dinyatakan buruknya akhir kesudahan mereka.

3. Allah nyatakan betapa luasnya ilmu Allah s.w.t, tiada apa yang boleh tersembunyi dari-Nya, semua akan diketahui oleh Allah s.w.t!
Allah menceritakan tentang orang yang berbisik-bisik, apa yang mereka katakan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Allah s.w.t nyatakan apakah SOP atau syarat untuk berbisik ini.

4. Pada peringkat awal Islam disyaratkan sedekah kepada faqir-miskin sebelum berjumpa dengan Nabi s.a.w. Kemudian ianya dibatalkan.

5. Allah nyatakan dalam surah ini beberapa adab berada dalam majlis.

6. Allah s.w.t menyebut beberapa sifat munafiq dan betapa mereka memberi kepatuhan kepada yahudi. Serta janji mereka yang bohong dan dusta, hanya menyebut nama Allah di depan orang Islam. Betapa buruknya perangai mereka si munafiqin!

7. Allah s.w.t tutup surah ini dengan memuji orang yang beriman, beberapa sifat mereka yang mulia serta destinasi perjalan mereka yang terakhir adalah syurga!

Ya Allah jadikan kami dan seluruh keluarga kami dari kalangan ahli syurga yang diredhai-Mu.

🎀
 𝐌𝐮𝐧𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 Surah Al-Mujadilah - سورة المجادلة 𝓭 𝓮𝓷𝓰𝓪𝓷 Surah Al-Hadid - سورة الحديد 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚;

Terdapat tiga kaitan melalui tiga dimensi:
1- Kaitan bahawa Allah Maha Mengetahui & Meliputi segalanya:
i- pada permulaan surah al-Hadid, Allah s.w.t sebut sifat-Nya yang agung seperti: zahir & batin alim (Yang tahu semua perkara- turun naik dari langit & keluar masuk dari bumi). Yakni ilmu Allah s.w.t meliputi semua yang dilangit & dibumi.

ii- dalam surah ini al-Mujadilah ini Allah s.w.t menyatakan bahawa Dia mendengar rintihan dan aduan seorang perempuan tentang suaminya yang menziharnya tanpa keadilan. Lalu Allah s.w.t memberi contoh bahawa Dia mendengar segalanya hatta aduan seorang wanita di bumi.

Hadis:
Menurut riwayat Ibnu Abu Hatim dari Al-A’masy, dari Tamim ibnu Salamah, dari Urwah, dari UM Aisyah r.a, disebutkan bahawa dia pernah berkata,
“Maha suci Tuhan Yang pendengaran-Nya meliputi segala sesuatu, sesungguhnya mendengar suara pembicaraan Khaulah binti Tha’labah, tetapi sebahagiannya tidak dapat kudengar, iaitu ketika dia mengadukan perihal suaminya kepada Rasulullah s.a.w.

Dia mengatakan, ‘Wahai Rasulullah, suamiku telah makan hartaku dan menghabiskan masa mudaku, serta kubentangkan perutku untuknya, hingga manakala usiaku telah menua dan aku tidak dapat beranak lagi, tiba-tiba dia melakukan zihar terhadapku. Ya Allah, aku mengadu kepada Engkau masalah yang menimpaku ini’.”

Sayyidah Aisyah r.a. melanjutkan kisahnya, bahawa sebelum Khaulah keluar pulang, Jibril turun dengan membawa ayat ini, iaitu: Sungguh, Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan aduan kepadamu (Muhammad) tentang suaminya. (Al-Mujadilah: 1) [HR Bukhari].

2- Tentang luasnya limpah kurnia Allah s.w.t:
i- surah al-Hadid ditutup dengan menyatakan betapa luasnya rahmat Allah s.w.t kepada hamba-Nya.

ii- kemudian dalam surah ini disebut beberapa isyarat kepada sebahagian dari limpah kurnia rahmat Allah s.w.t. yang Allah telah sebut secara umum dalam surah al-Hadid sebelumnya.

3- Iaitu Allah s.w.t mengetahui segala apa yang ada di langit & dibumi.
i- Disebut dalam al-Mujadilah ayat 7- tentang Allah s.w.t mendengar segala bisikan manusia itu walaupun berapa orang mereka berbisik.

ii- Ini merupakan penjelasan terperinci kepada apa yang disebut dalam surah al-Hadid secara ringkas dan umum dalam ayat 4 bahawa pengetahuan Allah s.w.t meliputi segalanya.


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂

♥
 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝘼𝙝𝙖𝙙 02 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙐𝙡𝙖 1444𝙃 = 27/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙈𝙪𝙟𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙝 (02) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [01-04]
♥
- 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐊𝐡𝐚𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐮 𝐇𝐚𝐥 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚. 
- 𝐇𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐙𝐢𝐡𝐚𝐫 & 𝐊𝐚𝐟𝐟𝐚𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚.

🎀
 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang kisah Khaulah mengadu hal suaminya yang telah melakukan zihar terhadapnya.

2. Lalu Allah s.w.t jelaskan tentang hukum zihar yang batil dan munkar ini.

3. Serta kaffarahnya iaitu cara untuk keluar dari kemelut zihar ini supaya mereka berdua tidak perlu bercerai.

4. Sabab nuzul ayat ini: Hadis.
Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim dari Al-A’masy, dari Tamim ibni Salamah, dari Urwah, dari UM Aisyah r.a, disebutkan bahawa dia pernah berkata:

“Alhamdulillah, Maha suci Tuhan Yang pendengaran-Nya meliputi segala sesuatu, sesungguhnya telah datang Khaulah binti Tha’labah berjumpa Rasulullah s.a.w membuat pengaduan, tetapi sebahagiannya suara pembicaraan tidak dapat kudengar, iaitu ketika dia mengadukan perihal suaminya kepada Rasulullah s.a.w.

Dia mengatakan, ‘Wahai Rasulullah, suamiku telah makan hartaku dan menghabiskan masa mudaku, serta kubentangkan perutku untuknya, hingga manakala usiaku telah tua dan aku tidak dapat beranak lagi, tiba-tiba dia melakukan zihar terhadapku. Ya Allah, aku mengadu kepada Engkau masalah yang menimpaku ini.”

Sayyidah Aisyah r.a. melanjutkan kisahnya, bahawa sebelum Khaulah keluar pulang, Jibril turun dengan membawa ayat ini, iaitu: {Sungguh, Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan aduan kepadamu (Muhammad) tentang suaminya.} (Al-Mujadilah: 1) [HR Bukhari].

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 (𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧) 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐦𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚, 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐨𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐲𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚), 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐚. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟏)
1. Allah s.w.t menyatakan bahawa Dia mendengar pengaduan seorang perempuan iaitu kepada Rasulullah s.a.w.

2. Ibnu Kathir rhm. kata perempuan itu ialah: Khaulah binti Tha’labah, atau Khaulah binti Malik bin Tha’labah bahkan ada yang kata namanya Khuwailah.

3. Dia datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang suaminya yang telah menziharnya. Tentang makna zihar telah diterangkan dalam siri yang lepas dengan ayatnya dari surah al-Ahzab, ayat 4. [Nota 1432 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman]

4. Perkara zihar ialah seorang suami berkata kepada isterinya: Haram aku sentuhmu (bersetubuh denganmu) sebagaimana haramnya dengan ibuku.

5. Khaulah ini datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w kerana dia tidak mahu tercerai dari suaminya. Ini kerana mengikut adat jahiliyyah zihar ini adalah talaq, maka dia ingin kepastian apakah dalam Islam hukumnya sama.

6. Dia mengadu kepada Rasulullah s.a.w sambil dia merayu kepada Allah Azza wa Jalla tentang perkara yang menyusahkannya ini!
Ya Allah aku ini miskin, jika ditinggalkan suamiku aku akan berseorangan, serta aku ada anak-anak, jika aku jaga tiada nafkah, jika suamiku ambil anak-anak dia tak pandai menjaga mereka!

7. Begitulah para sahabat yang mulia, mereka dapat mengadu masalah secara lansung kepada Rasulullah s.a.w dan mengadu masalah direct kepada Allah s.w.t.

Bukan seperti kita hari ini yang menjadikan manusia dan media sosial sebagai tempat mengadu dan melepas perasaan!
Habis satu dunia akan tahu jika dia ada masalah dengan suaminya!

8. Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia mendengar apa yang dirintihkan Khaulah itu dan perbincanganya dengan Rasulullah s.a.w.

9. Ini kerana 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭. Iaitu sempurna lagi meliputi Pendengaran Allah s.w.t kerana itu Dia boleh mendengar dan melihat semua perkara yang berlaku.

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 "𝐳𝐢𝐡𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧" 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚) 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢-𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐛𝐮-𝐢𝐛𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐈𝐛𝐮-𝐢𝐛𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧-𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧) 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐚𝐟, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟐)
1. Allah nyatakan orang yang melakukan zihar adalah orang yang bersalah dan telah melakukan perbuatan munkar.

2. Munasabah ayat: dalam ayat sebelum ini Allah telah nyatakan bahawa: {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭.} Maka dalam ayat ini dinyatakan apa yang Allah dengar dan lihat itu!
Pengaduan Khaulah itu serta solusi penyelesaiannya.

3. Ayat ini mejelaskan: Orang yang haramkan isterinya dengan membandingkan mereka seperti ibu mereka adalah tidak benar. Isteri-isteri mereka itu bukanlah ibu-ibu mereka. Seorang ibu itu adalah perempuan yang melahirkan mereka.

4. Kata ulama' jika seorang lelaki memanggil atau mengatakan isterinya dengan ibunya, sambil meniatkan zihar, maka akan terjadilah zihar.

*Kerana itu tidak digalakkan antara suami isteri saling memanggil dengan panggilan seperti panggilan seorang anak- seperti umi, abah, papa, mama dan seumpamanya.
Walaupun tidak jatuh hukum zihar kerana tidak berniatnya tetapi tidak elok dan jangan buat kebiasaan.

5. Lafaz zihar yang masyhur di kalangan jahiliyyah adalah: Kamu ini ke atas diriku adalah seperti belakang ibuku (أنت علي كظهر أمي).
*Tetapi kata ulama' jika umpamakan dengan mana-mana anggota ibupun seperti tangan dan lain-lain akan jatuh zihar jika ada niat.

6. Allah menekankan bahawa 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 yang 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 telah 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚. Satu perbuatan yang jahat tiada dalam amalan Islam bahkan amalan jahiliyyah serta perkataan yang bukan di alam nyata yakni berlawan dengan hakikat.

7. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐚𝐟, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧 { لَعَفُوٌّ غَفُورٌۭ}.

8. Kata Ibnu Kathir rhm. maksudnya Allah Pemaaf & Pengampun ini ialah:
i- Allah maafkan apa yang terjadi pada zaman jahiliyyah.
ii- juga Allah ampunkan orang yang tersalah cakap atau buat kesalahan tanpa sengaja.

9. Maksud dua sifat ini juga ada sedikit perbezaan:
i- Allah Maha Pemaaf { لَعَفُوٌّ} yakni Allah maafkan hamba-hamba-Nya yang meninggalkan perintah-Nya dan membuat maksiat walaupun Dia mampu untuk menghukum mereka!

ii- Allah Maha Pengampun {غَفُورٌ} pula maknannya Allah sembunyikan kesalahan itu dan ampunkan dosanya!
*Kita mohon kepada Allah kedua-duanya kerana kita amat memerlukan keduanya!

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 "𝐳𝐢𝐡𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧" 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 (𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐭𝐮) 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐚 (𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢) 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫. 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 (𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐢𝐭𝐮). 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟑)
1. Seorang suami yang telah melakukan perbuatan zihar ini, tetapi tiba-tiba dia menyesal dan mahu tarik balik perbuatannya itu.

2. Ulama' menafsirkan maksud { ثُمَّ يَعُودُونَ}- {𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 } ini kepada beberapa makna:
i- dia, si suami mahu bersetubuh semula dengan isterinya.
ii- dia melakukan terus perbuatan tersebut.
iii- dia tidak menceraikan isterinya, masih pegang, tidak mahu berpisah.
*Ijma; ulama' bahawa zihar itu menjadi sah dengan satu kalimah sahaja tak perlu ulang!

3. Tetapi dia tidak boleh kembali semula kepada isterinya sebelum membayar kaffarah (denda) dulu sebagai peringatan dan pengajaran. Agar tidak melakukan perbuatan mungkar yang tiada dalam Syari’at Allah s.w.t!

4. Ingatlah Allah itu 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧!

5. Kaffarah zihar ialah:
Pertama: Memerdekakan seorang hamba.

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 (𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭-𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫. 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐚𝐦 𝐩𝐮𝐥𝐮𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐬𝐤𝐢𝐧. 𝐃𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐍𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐮𝐡𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐡𝐢𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡). 𝐃𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐭𝐚𝐬-𝐛𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟒)

1. Sesiapa yang tidak mampu untuk memerdekakan seorang hamba:
Maka denda keduanya ialah 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭-𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭. Tanpa terputus walaupun sehari jika tidak kena mula bilang balik, tanpa sebab darurat.

2. Pilihan ketiga ialah 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 kepada 𝐞𝐧𝐚𝐦 𝐩𝐮𝐥𝐮𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐬𝐤𝐢𝐧.

3. Yakni Allah s.w.t bagi tiga pilihan bagi orang yang melakukan zihar. Jika tak mampu yang pertama, tukar kepada yang kedua, jika tidak mampu juga lalu buat yang ketiga.

4. Allah nyatakan bahawa hukum kaffarah ini disyari’atkan ke atas kamu supaya kamu beriman kepada Allah & Rasul-Nya serta jauhilah adat jahiliyyah yang buruk ini!

5. 𝐃𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐭𝐚𝐬-𝐛𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; yakni apabila kamu tahu hukum & sempadan Allah, jangan sekali-kali kamu melampaui dan melanggarnya.

6. Serta Allah nyatakan lagi sebagai amaran dan peringatan:
i- 𝐛𝐚𝐠𝐢 orang yang melanggar hukum Allah, iaitu dia beriman tetapi melanggar hukum Allah dan
ii- 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫,
*keduanya akan 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚.

🎀
 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 (𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧) 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧}- kata ulama': Ayat ini mengajar bahawa apabila kita sudah tiada tempat mengadu kepada makhluk maka hendaklah kita kembali mengadu kepada Allah s.w.t!
Maka Allah s.w.t akan menyelesaikan masalah yang menyusahkan kamu itu.

Kita hari ini banyak mengadu kepada makhluk sehingga terlupa untuk mengadu kepada Allah! Maka menjadi kewajipan kita kembali kepada Allah!

Kisah dari Thumamah bin Haznin, Khalifah Umar r.a ditahan kaldainya oleh Khaulah r.a:
Pada suatu hari di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a, beliau sedang berjalan bersama orang ramai dengan menunggang kaldainya. Tiba-tiba seorang wanita tua menahannya dalam waktu yang lama, wanita tua tersebut lalu menasihatinya, seraya berkata:

يَا عُمَرَ قَدْ كُنْتَ تُدْعَى عُمَيْرًا، ثُمَّ قِيلَ لَكَ عُمَرُ، ثُمَّ قِيلَ لَكَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ، فَاتَّقِ اللَّهَ يَا عُمَرَ، فَإِنَّهُ مَنْ أَيْقَنَ بِالْمَوْتِ خَافَ الْفَوْتَ، وَمَنْ أَيْقَنَ بِالْحِسَابِ خَافَ الْعَذَابَ، وَهُوَ وَاقِفٌ يَسْمَعُ كَلَامَهَا، فَقِيلَ لَهُ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَتَقِفُ لِهَذِهِ الْعَجُوزِ هَذَا الْوُقُوفَ؟ فَقَالَ: وَاللَّهِ لَوْ حَبَسَتْنِي مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ إِلَى آخِرِهِ لَا زِلْتُ إِلَّا لِلصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، أَتَدْرُونَ من هذه العجوز؟ هي خولة بِنْتُ ثَعْلَبَةَ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَهَا مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتٍ، أَيَسْمَعُ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَوْلَهَا وَلَا يَسْمَعُهُ عُمَرُ؟

“Wahai Umar dahulu engkau dipanggil Umair (Umar yang kecil), kemudian engkau dipanggil Umar (ketika dewasa) dan sekarang engkau dipanggil dengan sebutan Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah wahai Umar!

Sesungguhnya sesiapa yang yakin akan kematian maka dia akan bimbang jika terlepas dari kesempatan yang baik, dan sesiapa yang yakin dengan hisab maka dia akan takut dengan azab”.

Lalu Umar berhenti mendengar nasihat wanita tersebut buat beberapa lama, (sehingga orang ramai hairan dengan perbuatan Umar) lalu mereka bertanya kepadanya:
”Wahai Amirul Mu’minin kenapakah engkau berdiri lama mendengar wanita tua ini?”

Umar menjawab: “Demi Allah, seandainya wanita ini menahan aku dari pagi sehingga malam aku akan tetap menunggu bersamanya kecuali hanya untuk solat lima waktu saja. Apakah kamu tahu siapa wanita ini?

Dia adalah Khaulah binti Tha’labah, Allah telah mendengar ucapannya dari atas langit ketujuh. Sedangkan Allah mendengar perkataannya, takkan Umar tidak mahu mendengar perkataannya?” [Tafsir Al-Qurthubi 17/269-270].

Ayat ini memberi amaran agar kita berhati-hati dalam percakapan kita, jangan keluarkan perkataan yang Allah benci kerana Allah s.w.t Maha Mendengar. Ingatlah kata-kata kita didengar oleh Allah dan malaikat!

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 (𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧) 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧}- Ayat yang menunjukkan kasih sayang Allah S.W.T pada hamba Nya.

Ayat ini mengajar kepada para wanita jika ada masalah atau sesuatu isu dalam rumah tangga atau apa saja, jangan mendiamkan diri dan menghadapi saja kezaliman itu!
Lebih-lebih lagi jika didera oleh suami secara fizikal atau mental.

Wajib laporkan kepada pihak yang berkuasa, jangan biarkan diri kita dizalimi dan dikhianati. Wanita mesti bertanggung-jawab atas keselamatan dan pertahanan dirinya, wajib lapor atau minta pertolongan!

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 "𝐳𝐢𝐡𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧" 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚) 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢-𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐛𝐮-𝐢𝐛𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.}- ayat ini menunjukkan bahawa:
i- seorang isteri tidak boleh menziharkan suaminya. Hanya suami yang boleh melakukan zihar.
ii- hukum ini tidak termasuk ke atas orang kafir. Zihar juga hanya untuk isteri yang Islam.
iii- hanya untuk yang sudah berkahwin! Yang belum kahwin tidak sah!

4. {𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧) 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐚𝐟, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧.} –
i- ayat ini {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐚𝐟, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧.} datang selepas ayat:
{𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧) 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚} iaitu yang menunjukkan bahawa zihar itu adalah sesuatu yang munkar & dusta iaitu tidak benar!

ii- maksudnya kerana mereka berdosa; maka Allah suruh mereka bertaubat- maka ayat ini adalah seruan dan galakan untuk bertaubat!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 (𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭-𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫.}- inilah hukum Allah s.w.t, sesiapa yang beriman dia akan ikut sesiapa yang tidak beriman tidak akakn ikut!

Kata ulama'; Allah s.w.t jadikan berpuasa sebagai ganti kepada memerdekakan seorang hamba dalam 3 keadaan:
i- orang yang tersalah membunuh orang lain (قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَـًۭٔا). Hukumnya merdekana seorang hamba, tetapi jika tidak mampu hendaklah 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭-𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭.

Firman Allah s.w.t:
{Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.} (An-Nisaa' 4:92)

ii- orang yang menziharkan isterinya kemudian dia nak kembali bersama isterinya (rujuk semula atau melakukan persetubuhan) maka dia kena merdekakan seorang hamba. tetapi jika tidak mampu kena puasa dua bulan berturut-turut sebagaimana firman Allah s.w.t:
{𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 (𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭-𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫.}

iii- orang yang kena kaffarah kerana langar sumpah. Hukumnya dia kena merdekakan seorang hamba, tetapi jika tidak mampu kena puasa selama tiga hari sebagaimana firman Allah s.w.t:

{Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.
Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.} (Al-Maaidah 5:89)

Persoalan kenapa Allah jadikan hukum kesalahan-kesalahan ini dengan merdekaan seorang hamba kemudian diganti dengan puasa? Seolah jauh atau tidak selari dua hukuman ini?

Jawapan:
Jika kamu tidak mampu untuk memerdeka, membebaskan seorang manusia lain, maka bebaskan diri kamu dari nafsu kamu sendiri, iaitu jinakkan nafsu kamu samada nafsu ammarah dan nafsu seks dengan berpuasa selama dua bulan berturut-turut.

Allahu Akbar, Maha Bijak Allah s.w.t Pencipta segala makhluk.

🎀
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.
🎀
♥
𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 03 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙐𝙡𝙖 1444𝙃 = 28/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙈𝙪𝙟𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙝 (03) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [05-07]
♥
- 𝐁𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.
- 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐋𝐮𝐚𝐬.
- 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐪𝐚𝐛𝐚𝐡.
💎
🎀
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang buruk padah kepada penentang Allah & Rasul-Nya, mereka akan dihina dan ditinggalkan { كُبِتُوا۟} Allah s.w.t!
2. Kemudian dinyatakan betapa luasnya ilmu Allah itu dan meliputi segalanya.
Dalam ayat lepas diceritakan bahawa Allah mendengar suara seorang perempuan Khaulah bt Tha’labah yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang suaminya.
Kemudian dalam ayat hari ini dinyatakan bahawa Allah s.w.t mendengar segala suara orang yang berbisik!
3. Juga larangan berbisik untuk kejahatan dan melakukan perkara maksiat kerana semuanya di bawa ilmu pengetahuan Allah s.w.t!
4. Juga dinyatakan tentang kepentingan muhasabah diri dan muraqabah merasai pemantauan Allah s.w.t.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 (𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧; 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐧𝐚,} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟓)
1. Sesungguhnya orang yang benar-benar melawan (ٱلَّذِينَ يُحَآدُّونَ) Allah & rasul-Nya s.a.w mereka akan ditimpa kehinaan { كُبِتُوا۟} sebagaimana orang yang terdahulu sebelum mereka yang telah ditimpa kehinaan dan kebinasaan.
2. Munasabah ayat: Apabila Allah s.w.t menyebut tentang orang mukmin yang berhenti di sempadan hudud yang Allah s.w.t buat. Manakala penentang dia akan langgar semuanya, tiada hudud Allah bagi mereka!
3. Jadi Allah sebut amaran ini untuk semua orang yang mukmin, yang kafir dan satu golongan lagi yang muncul di Madinah iaitu golongan munafiqin yang berpura beriman untuk selamat dan mendapat habuan. Di mana ada hasil dan kepentingan dia akan muncul dan condong kepada golongan itu, menjadi lalang tanpa prinsip.
4. Jadi Allah beri amaran kepada semua penentang ini samada yang menentang Allah secara terang-terangan atau secara sembunyi kaum munafiq!
Yakni mereka akan ditimpa kehinaan { كُبِتُوا۟} samada tewaskan dalam peperangan semasa di dunia ini.
Atau jika terlepas dan selamat atas dunia ini, mereka tetap akan mendapat azab di Akhirat kelak!
5. Allah s.w.t telah turunkan segala tanda dan bukti yang nyata pertamanya adalah al-Quran al-Karim. Kemudian banyak lagi mukjizat yang dapat mereka saksikan dengan mata kepala mereka sendiri seperti: bulan terbelah, makanan sedikit menjadi banyak, haiwan bercakap dan lain-lain. Semua ini untuk menjadi dalil bagi mereka untuk beriman.
6. Tetapi jika mereka tidak mahu beriman serta tetap keras kepala; maka Allah s.w.t tutup ayat ini dengan memberi amaran keras: {𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐧𝐚,}.
7. Dimanakan kehinaan mereka di dunia?
Sebab ada yang kita lihat orang kafir ini amat hebat, kaya raya atas dunia ini?
Tak mengapa jika mereka terlepas atas dan ini, Allah bagi semua itu untuk mereka terus hanyut dan takabbur maka di Akhirat kelak mereka akan mendapat balasan dan kehinaan yang dahsyat!
8. Kita sebagai orang Islam, jangan runsing jika kita lemah atas dunia, kerana kita yakin kita ada akhirat yang perhitungan dan pembalasan yang adil Allah sediakan! Di sanalah tempat yang kekal abadi.
🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭), 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧. 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐚𝐥-𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟔)
1. Yakni jika di atas dunia in mereka selamat, jangan sombong dan lupa, nanti di akhirat menanti segala perhitungan dan pembalasan.
2. Munasabah ayat: Allah s.w.t nyatakan bahawa azab orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya di dunia akan dihina samada dengan kalah dalam peperangan dan pebagai ujian lain. Tetapi jika terlepas di dunia mereka tetap akan mendapat azab yang dahsyat di Akhirat.
3. Allah nyatakan dalam ayat ini bahawa Dia membiarkan mereka terlepas walaupun Allah s.w.t mampu untuk mengambil tindakan & membalas terus mereka, ini kerana semuanya telah ditulis dan dicatat kemudian akan dibentang dan dibicarakan segalanya di Akhirat kelak!
4. Allah s.w.t mencatat & akan menghitung segala amalan mereka satu persatu! Semua rekod akan dibentangkan, walaupun mereka telah lupa akan perbuatan mereka tetapi Allah & malaikat tidak akan melupakannya! Kecil atau besar semuanya akan dibawa!
4. Firman Allah s.w.t:
{Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya?
Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.} (Al-Kahfi 18:49)
5. Ingatlah Allah s.w.t akan menjadi saksi segala perbuatan kamu, Dia tahu, lihat dan dengar segalanya. Segala perbuatan kita akan dicatat lalu dibentangkan semula!
6. Makna saksi (شَهِيدٌ) ini ialah Allah s.w.t jaga, kawal dan rekod segalanya.
🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧, 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢? 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚) 𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐞𝐧𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢, 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚. 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 - 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 - 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟕)
1. Wahai Rasulullah s.a.w tidakkah engkau tahu dan fikir bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala yang ada di langit & di bumi.
2. Hatta setiap orang yang berbisik itu; Allah s.w.t akan mendengar semuanya tidak kira berapa orang mereka berbisik! Dua, tiga, lima orang atau berapa orang saja, lebih atau kurang melainkan Allah s.w.t ada bersama mereka. Yakni semuanya di bawah ilmu Allah s.w.t samada yang nyata atau tersembunyi!
3. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 dengan ilmunya {بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ}.
4. Kata ulama' tafsir al-Ajurri rhm. dalam kitabnya; Allah s.w.t memulakan ayat ini dengan ilmu-Nya dan mengakhirinya juga dengan ilmu-Nya.
Ilmu Allah s.w.t meliputi semua makhluk-Nya. Semua maklumat di bawah pengetahuan Allah s.w.t samada yang tersembunyi atau nyata, tiada tempat yang Allah tidak tahu.
5. Kata Ibnu Abdil-Bar rhm.: Para ulama' dari kalangan sahabat Nabi s.a.w & ulama' tabi’en yang pakar dalam bidang tafsir al-Quran berkata maksudnya ayat ini { هُوَ مَعَهُمْ} ialah bahawa Allah s.w.t beristiwa’ (bersemayam) di atas Arasy tetapi ilmu-Nya di semua tempat.
Yakni ilmu Allah bersama seluruh makhluk-Nya, semua perkara dalam ilmu pengetahun Allah s.w.t! Tiada orang yang menentang pendapat ini kecuali puak jahmiyyah.
6. Kata Imam Ibnu Kathir rhm.: ramai ulama' tafsir secara ijma’ telah menukilkan bahawa maksudnya Allah bersama mereka { هُوَ مَعَهُمْ} itu ialah ilmu-Nya bersama seluruh makhluk. Allah mengetahui, mendengar dan melihat semuanya tiada sekatan dari ilmu-Nya.
*Jangan seperti fahaman ajaran sesat yang mengatakah Allah bersama mereka hatta di dalam poket mereka!
7. Hadis- Rasulullah s.a.w melarang dari melaung dari berzikir kuat:
Riwayat dari sahabat Abu Musa al-Asy’ari r.a bahawa ketika para sahabat sampai dari perjalanan mereka di lembah Khaibar, mereka membaca tahlil dan takbir dengan suara yang sangat kuat.
Lalu Rasulullah berkata kepada mereka:
اِرْبَعُوْا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْعُوْنَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا ، إِنَّمَا تَدْعُوْنَ سَمِيْعًا قَرِيْبًا
“Ringankanlah atas diri kalian (jangan memaksakan diri menguatkan suara secara berlebihan), sesungguhnya kalian tidak meminta kepada zat yang tidak mendengar dan tidak kepada yang ghaib, kalian meminta kepada yang Maha Mendengar dan Maha “Dekat” …”. (HR. al-Bukhari) [HR Bukhari & Muslim].
8. Kemudian Allah s.w.t akan menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu buat atas dunia ini pada hari Kiamat kelak! Ayat ini tentang ilmu Allah, Dia mengetahui segalanya dengan ilmu-Nya {بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ}.
🎀
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 (𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧}- ayat in mengajar kepada kita sesiapa saja samada orang Islam, kafir tulin atau munafiq yang menentang dan menghina hukum Allah, iaitu mereka menentang undang-undang Allah dan terpengaruh dengan dakyah kafir!
Mereka tetap akan dikira kufur dan mendapat kehinaan dari Allah s.w.t walaupun solat dan duduk atas masjid!
Hukuman samada di dunia atau di akhirat; jika terlepas atas dunia ini, dan ingatlah di akhirat lagi dahsyat!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭), 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.}- semua benda di bawah pengetahuan Allah s.w.t! Akhir ayat ini adalah ta’kid (penguat) kepada ayat sebelumnya, bahawa Allah s.w.t akan menjadi saksi atas segala perbuatan kamu samada yang zahir dan tersembunyi, semuanya!
Kata para ulama': Ayat ini menyatakan bahawa:
i- siapa yang banyak buat dosa dan kesalahan sehinggakan dia sendiri tidak ingat betapa banyaknya dosa yang dia telah buat!
ii- atau dia tidak perasan bahawa dia telah buat satu dosa, dia tidak sedar bahawa dia telah buat dosa. Inilah maksudnya kamu lupa tetapi Allah s.w.t tanda semuanya!
Istighfar terbahagi kepada dua kaedah:
i- beristighfar khas- atas satu dosa yang kita tahu kita telah buat dan tersalah. Kita beristighfar dan memohon ampun dari Allah atau minta maaf dari orang yang kita buat salah itu.
ii- beristighfar umum- atas semua dosa kita yang buat samada yang kita tidak tahu adakah ada atau tidak dosa kita.
Kerana itu orang Islam digalakkan untuk beristighfar memohon keampunan juga atas apa yang telah lupa atau tidak tahu dan sedar dari dosa-dosanya.
Ia mungkin terjadi dari yang terdetik dalam hatinya seperti perasaan riya’ dan seumpamnya. Sesuatu yang dia tidak sedar dan tidak perasan berdosa telah dilakukan!
Hadis Rasulullah s.a.w:
كما جاء في حديث معقل بن يسار قال: انطلقت مع أبي بكر الصديق -رضي الله عنه- إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: «يا أبا بكر، للشرك فيكم أخفى من دبيب النمل»، فقال أبو بكر: وهل الشرك إلا من جعل مع الله إلها آخر؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: «والذي نفسي بيده، للشرك أخفى من دبيب النمل، ألا أدلك على شيء إذا قلته ذهب عنك قليله وكثيره؟» قال: قل: اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك وأنا أعلم، وأستغفرك لما لا أعلم. أخرجه البخاري في الأدب المفرد، وصححه الألباني.
Maksudnya:
Ma’qil bin Yasar r.a berkata, “Aku pergi bersama Abu Bakar as-Siddiq r.a menuju Nabi s.a.w, lalu Baginda s.a.w bersabda:
“Wahai Abu Bakar! Sungguh, syirik di kalangan kamu itu lebih tersembunyi daripada semut yang merayap.”
Lalu Abu Bakar r.a berkata, “Bukankah makna syirik adalah apabila seseorang menjadikan sembahan (sekutu) selain selain Allah?”
Nabi s.a.w menjawab, “Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya! Sungguh, syirik itu ada yang lebih tersembunyi daripada pijakan semut yang merayap.
Mahukah aku tunjukkan sesuatu kepadamu, yang bila mana engkau mengucapkannya, maka kesyirikan pun akan lenyap darimu, baik syirik yang sedikit (yang kecil) mahupun yang banyak (besar)?
Katakanlah:
اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك وأنا أعلم، وأستغفرك لما لا أعلم
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sedari. Dan, aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui. [HR. Al-Bukhâri dalam al-Adabul Mufrad]
**Maksud syirik yang kecil atau yang tidak ketara di sini adalah yang tersembunyi dalam hati seperti; riya’, sum’ah dan ujub. Ia tidak nampak dilihat, lebih halus daripada pijakan semut.
Hadis- bacaan Rasulullah s.a.w semasa sujud:
Dar Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W berdoa ketika sujudnya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وجِلَّهُ، وأَوَّلَهُ وآخِرَهُ وعَلانِيَتَهُ وسِرَّهُ
“Wahai Tuhan-ku, ampunkanlah dosaku kesemuanya sama ada yang kecil atau besar, yang di awal dan juga di akhir, serta yang jelas dan yang tersembunyi.” [HR Muslim: 483].
Maka jangan kita berasa hebat dan tidak ada dosa, sentiasa kita beristighfar dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧, 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢? 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚…}– ulama' kata ayat ini memberi amaran kepada kita daripada melakukan maksiat dan galakan untuk melakukan ketaatan.
Ini kerana apabila kita mengetahui dan sedar bahawa Allah s.w.t itu melihat, mendengar dan mengetahui segala perbuatan kita yang tersembunyi atau yang zahir, maka kita mesti kena malu & takut (خشية الله) kepada Allah s.w.t. kerana kita tahu tiada yang tersembunyi dari Allah s.w.t!
Ayat ini menunjukkan kepada darjat muraqabah: iaitu galakan untuk kita melakukan ketaatan dan sifat takut kepada Allah s.w.t! Tiada benda yang tersembunyi dari Allah s.w.t! Motivasi untuk rajin beribadat dan menjauhkan maksiat dan kemungkaran.
Untuk memperbaiki diri sendiri ada dua cara:
i- muhasabah; iaitu kita semak, korek diri kita cari kesalahan dan kelemahan diri untuk kita beristighfar & perbaiki ke arah yang lebih baik.
ii- muraqabah; iaitu kita letakkan fahaman dan pegangan bahawa kita duduk di bawah ilmu Allah s.w.t yang tidak akan dapat tersembunyi walaupun sedikit, kerana Allah s.w.t tahu, dengar & lihat segala perkara!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚.}- maksudnya bersama di sini ialah (معية الله) iaitu Allah bersama kita dengan ilmu-Nya yang meliputi segala sesuatu dan di mana saja kita berada. Bukan bersama secara keberadaan/fizikal sebagaimana fahaman sebahagian ajaran yang sesat & batil!
Maksud Allah s.w.t bersama kita ini ada dua dimensi:
i- bersama secara umumnya (معية عامة) bersama dengan semua makhluk-Nya- orang Islam, kafir munafiq dan semuanya. Yakni bersama tentang ilmu-Nya, tentang pengetahuan dan maklumat Allah s.w.t bersama mereka, Allah tengok dan mengetahui segalanya!
Firman Allah s.w.t:
{Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.} (An-Nisaa' 4:108)
ii- bersama khas (معية خاصة) untuk hamba-Nya yang beriman dan taat. Kita kena yakin bahawa pertolongan dan jagaan Allah s.w.t sentiasa bersama kita.
Para pejuang Islam dan agama, jangan sedih jika tidak menang di dunia, balasan kita akan menunggu di akhirat Insya'Allah.
Sebagaiman firman Allah s.w.t berkata kepada Nabi Musa & Harun a.s:
{Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu {إِنَّنِى مَعَكُمَآ}; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.} (Taha 20:46)
Kemudian Nabi Musa a.s juga berkata kepada pengikutnya apabila mereka terdesak dalam firman Allah ini:
{Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku {مَعِىَ رَبِّى} (dengan pemuliharaan dan pertolongan-Nya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".} (Asy-Syu'araa' 26:62)
Juga sebagaimana cerita Allah s.w.t tentang kata-kata Rasulullah s.a.w kepada Sayyidina Abu Bakar ketika mereka berdua di dalam gua:
{Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita {إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا ۖ}" (At-Taubah 9:40)
Maknanya apabila kita tahu perjuangan kita itu betul, maka kita yakin bahawa pertolongan Allah akan bersama kita, jika kita tidak sempat menang di dunia, jangan bimbang & takut balasan & pahala akan menanti di akhirat kelak.
Ini adalah fahaman bagi pejuang agama; bukan mereka yang berjuang kerana sekular dan habuan dunia, kerana pasti mereka mahukan kemenangan di dunia jika tidak mereka akan rugi!
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 - 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 - 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.}- Allah nyatakan bahawa Dia akan dedah dan hitung semua sekali, apa yang kamu lupa atau tidak! Allah akan nyatakan balik yakni hisab & hitung.
Manakala segala hukuman dan perbicaraan yang akan diberi kepada orang kafir dahsyat sekali!
Manakala bagi orang beriman, Allah telah berjanji, sesiapa yang telah bertaubat dan beristighfar atas dunia ini, Allah s.w.t akan hapus dan sembunyikan dosa-dosanya di akhirat kelak setelah bertaubat nasuha di dunia.
Bagi orang yang bertaubat, Allah s.w.t akan hapuskan segala dosanya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam sebuah hadis qudsi:
Seorang itu mendapat buku amalan pada hari Kiamat dan melihat dosa besarnya yang tiada, dia sangat terkejut.
Lalu Allah s.w.t berfirman kepadanya: Aku telah sembunyikannya dosa kamu di dunia kerana kamu telah menyesal dan bertaubat darinya. Maka Aku ampunkan kepadamu pada hari ini.
Ya Allah sebagaimana Engkau beri kepada kami kemaafan, sembunyikan dosa-dosa dan keburukan kami atas dunia ini, maka ampunkan dan hapuskan juga dosa-dosa kami di akhirat kelak, agar kami tidak malu di hadapan manusia pada hari Kiamat.
Berilah kami jalan-jalan yang dapat membawa kami kepada keredhaan-Mu dan syurga-Mu di akhirat kelak!
🎀
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.
🎀

♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 04 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙐𝙡𝙖 1444𝙃 = 29/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙈𝙪𝙟𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙝 (04) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [08-10]♥

- 𝐋𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧
- 𝐀𝐝𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 
-  𝐁𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧💎

🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang larangan berbisik untuk kejahatan, yang tidak memberi faedah dan kebaikan.

2. Islam juga mengajar kepada kita adab berbisik jika ada keperluan untuk melakukannya.

3. Juga dinyatakan bahawa berbisik ini adalah permainan syaitan untuk menyusahkan hati orang-orang yang beriman.

.أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤-𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤-𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐨𝐛𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡? 𝐃𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐟𝐚𝐳 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮; 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢: "(𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚) 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 (𝐤𝐚𝐭𝐚-𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮?" 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐉𝐚𝐡𝐚𝐧𝐧𝐚𝐦, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚; 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤-𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟖)
1. Allah s.w.t bertanya kepada Rasulullah s.a.w tidakkah Baginda lihat orang yang dilarang itu berbisik-bisik merancang sesuatu yang tidak baik? Apabila diarang mereka melakukannya kembali.

2. Siapakah mereka yang dilarang (ٱلَّذِينَ نُهُوا۟) ini? Ada beberapa pandangan ulama' tentangnya:
i- orang yahudi
ii- kaum munafiqin.


3. Kata Ibnu Abbas r.a ayat ini adalah untuk semua golongan munafiqin yang berniat jahat terhadap Rasulullah s.a.w & orang Islam seluruhnya.
*Maka ayat ini terpakai kepada dua-dua yahudi & munafiqin.

4. Apakah yang mereka rancang dalam bisikan (وَيَتَنَـٰجَوْنَ) itu?
i- Semua perkara yang buruk (بِٱلْإِثْمِ) seperti dosa maksiat.
ii- permusuhan (وَٱلْعُدْوَٰنِ) terhadap Rasulullah s.a.w. & terhadap Rasulullah s.a.w.
iii- maksiat atau menyalahi segala arahan Rasulullah s.a.w (وَمَعْصِيَتِ ٱلرَّسُولِ).

5. Selain berbisik-bisik di belakang mereka juga apabila datang berdepan dengan Rasulullah s.a.w mereka mengucapkan ucapan salam yang buruk dan jahat, yakni bukan dengan ucapan salam hormat yang diucap dan diajar oleh Allah s.w.t ke atas Baginda s.a.w.

6. Hadis riwayat UM Aisyah r.a:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ اسْتَأْذَنَ رَهْطٌ مِنْ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا السَّامُ عَلَيْكُم،ْ فَقَالَتْ عَائِشَةُ بَلْ عَلَيْكُمْ السَّامُ وَاللَّعْنَة،ُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّه،ِ قَالَتْ أَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا؟ قَالَ قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ (رواه مسلم)

Dari UM Aisyah r.a berkata, "Sekelompok orang-orang Yahudi minta izin untuk bertemu Nabi صلى الله عليه وسلم, lalu mereka mengucapkan: Assaamu 'alaikum (kematian bagimu)."

Sayyidah 'Aisyah menjawab: 'Bal 'alaikumus saam wal la'nah.' (Maka bagi kamu kematian dan laknat)".

Maka Rasulullah bersabda: Wahai 'Aisyah, sesungguhnya Allah mencintai, kelemahlembutan dalam segala urusan.'
Lalu 'Aisyah berkata, 'Tidakkah Tuan mendengar ucapan mereka? '
Jawab Baginda: 'Ya, aku mendengarnya, dan aku telah menjawab; wa'alaikum.' [HR. Muslim, Hadis No 4027]

5. Hadis riwayat Ibnu Umar r.a.:
Yahudi juga datang ucap salam buruk ke atas Rasulullah seperti tadi (عَلَيْكُمْ السَّامُ ) kemudian mereka bercakap sesama mereka: 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 atas dan ini lagi dengan 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐤𝐚𝐭𝐚-𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮?"
Tetapi tiada apa-apa pun yang terjadi, yakni Muhammad hanyalah pendusta!
Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat ini. [HR Ahmad dan lain-lain].

6. Jika begitu seperti sangkaan mereka itu maka pada zaman kita ramailah orang yang memburukkan dan mengata Islam tetapi tidak dikenakan azab terus atas dunia ini. Apakah mereka semua itu benar?

7. Kita orang Islam jangan susah hati dan runsing, jika mereka terlepas atas dunia ini, di Akhirat nanti azab tetap menanti, Allah s.w.t sudah berjanji:
{𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐉𝐚𝐡𝐚𝐧𝐧𝐚𝐦, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚; 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤-𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢.}

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤-𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤-𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐨𝐛𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚) 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐡𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧).} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟗)
1. Ayat ini pula mengajar cara berbisik dan berbincang cara rahsia jika ada keperluan untuknya.

2. Etika/SOP berbisik:
i- jangan berbisik untuk melakukan maksiat.
ii- permusuhan sesama Islam atau orang lain yang tidak menyerang.
iii- merancang untuk melawan Rasulullah s.a.w!
iv- tetapi berbisiklah dengan niat merancang untuk b𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚

3. Kata Ibnu Rajab rhm. 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 (ٱلْبِرِّ) ini ada dua makna:
i- berbuat baik dengan orang lain, dengan ibu bapa dan tolong-menolong sesama sendiri.
ii- berbuat ketaatan semua yang Allah s.w.t perintah dan tinggalkan larangan-Nya.

4. Maka tetaplah kamu 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐡𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧.

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧) 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 (𝐡𝐚𝐬𝐮𝐭𝐚𝐧) 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧, 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐤𝐚𝐜𝐢𝐭𝐚; 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐳𝐢𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟏𝟎)
1. Allah gambarkan bahawa perbuatan berbisik dengan kejahatan (إِنَّمَا ٱلنَّجْوَىٰ) itu adalah perbuatan golongan munafiq dan yahudi yang jahat, hasil dari hasutan syaitan. Orang mukmin tidak akan buat perbuatan ini.

2. Berkata Imam al-Mawardi rhm.: Bisikan dari syaitan itu ada dua:
i- bisikan iaitu rancangan jahat yahudi & munafiq untuk khianat kepada orang Islam.
ii- mimpi buruk yang dilihat oleh orang tidur, iaitu apabila tidur tidak ikut Sunnah. Tidak baca doa, zikir sebelum tidur, tidak berwuduk dan lain-lain.

3. Makna bisikan (Najwa- ٱلنَّجْوَىٰ) ini banyak takwilannya, ada bisikan yang baik, ada yang tidak baik.

4. Semua bisikan syaitan ini bertujuan untuk menjadikan orang mukmin berdukacita. Sedangkan ia tidak dapat memberi mudharat sedikitpun kepada orang yang beriman kecuali dengan izin Allah s.w.t!

5. Hadis- Rasulullah s.a.w ajar cara & adab jika nak berbisik:
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a:
إذا كنتم ثلاثة فلا يتناجى رجلان دون الآخر حتى تختلطوا بالناس فإن ذلك يحزنه
Maksudnya: Apabila kamu berada dalam satu kumpulan seramai 3 orang, janganlah 2 orang dari kamu berbisik-bisik sehinggalah kamu mengikut sertakan orang lain, kerana itu akan membuatkan ia (orang yang disisihkan) bersedih. [HR Bukhari, Muslim dan lain-lain].

6. Ini untuk menjaga hati yang seorang lagi agar tidak berasa tersisih dan sedih hati serta tertanya-tanya apa yang dibisikkan itu sehingga dia menjadi dukacita & sedih.

7. Lawan segala bisikan syaitan itu agar kita tidak terganggu dan terkesan dengannya. Sebagai seorang mukmin 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 tempat kita berserah diri dan memohon perlindungan.

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤-𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 }- ayat ini menunjukkan larangan berbisik dengan 2 orang jika ada 3 orang sebagaimana hadis yang telah kita sebut tadi.

Kata al-Iraqi: Larangan ini jika memang kita kita dari awal duduk bertiga, kemudian kita berbisik dengan salah seorang sahaja, maka ia haram untuk mengelak dari menyinggung perasaan salah satu. Kena beritahu juga kepada orang ketiga. Kerana ia boleh membawa dukacita kepada dia. Tetapi kalau dalam majlis yang ramai orang, tidak mengapa.

Kata ulama' hadis az-Zarqani rhm: Makna berbisik itu ialah bila orang bercakap dalam bahasa yang jika kita dengapun kita tidak akan faham, atau menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh yang seorang lagi itu- umpamanya bahasa Inggeris atau Arab.

Gunalah bahasa yang difahami oleh ketiga-tiga yang ada.
ini termasuk dalam bisikan yang dilarang kerana boleh membawa dukacita kepada yang seorang itu!

Allah S.W.T hendak memberitahu bahawa rancangan jahat manusia tidak akan berjaya jikalau Allah S.W.T tidak membenarkannya.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤-𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤-𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐨𝐛𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚) 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐡𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧).}- dalam ayat Allah s.w.t memerintahkan kita untuk berbisik dengan perkara-perkara kebajikan dan takwa (بِٱلْبِرِّوَٱلتَّقْوَىٰ ).

Makna kebaikan (ٱلْبِرّ) ialah nama yang merangkumi segala kebaikan untuk Allah dan untuk makhluk.

Makna Takwa (ٱلتَّقْوَىٰ) ialah menurut arahan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.

Bagi orang mukmin dia tidak akan cakap kecuali benda baik dan tidak berbisik kecuali perkara yang boleh membawa kebaikan, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan mengajak manusia ke arah kebaikan.

Bukan seperti munafiq yang kerjanya hanya mahu buat maksiat, menentang Nabi s.a.w dan menyusahkan orang, ini adalah perangai munafiq yang dilarang oleh Allah s.w.t dalam ayat kita ini!

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐃𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐟𝐚𝐳 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮;}- Islam mengajar kepada kita jangan balas keburukan secara berlebihan, balas keburukan dengan kadar yang sama.

Sebagaimana dalam kisah hadis Rasulullah s.a.w di atas tadi apabila seorang Yahudi datang mengucapkan salam buruk: “Mati ke atas kamu- السَّامُ عَلَيْكُم،” kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w menjawabnya: “Ke atas kamu juga- وعليكم“.

Baginda tidak menambahnya, bahkan apabila Sayyidah Aisyah r.a menambah
(بَلْ عَلَيْكُمْ السَّامُ وَاللَّعْنَة)
celaan dan ucapan buruk kepada mereka, Rasulullah s.a.w menahan dan melarangnya.

Tetapi jika kebaikan boleh kita membalasnya dengan yang lebih baik sebagaimana dalam ucapan salam tahiyyatul Islam. Ia sebagai satu doa yang bertambah jawapannya.

Sekarang ini banyak juga isyarat dan salam yang telah bertukar. Beri salam kepada ucapan selamat pagi dan seumpamanya. Sedangkan salam itu satu doa.

Kata ulama' makruh dan tidak baik memberi salam dengan isyarat sahaja kerana ia adalah tanda orang bukan Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w :
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا، لاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ وَلاَ بِالنَّصَارَى، فَإِنَّ تَسْلِيمَ اليَهُودِ الإِشَارَةُ بِالأَصَابِعِ، وَتَسْلِيمَ النَّصَارَى الإِشَارَةُ بِالأَكُفِّ

"Bukanlah daripada amalan kami sesiapa yang menyerupai dengan selain kami. Janganlah kamu semua menyerupai kaum Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan.” [HR Imam at-Tirmizi].

Puak kafir ada simbol khasnya sebagai syiar mereka, maka tidak perlulah kita ikutnya!
Orang Islam makruh menggunakan isyarat salam yang menyerupai cara yahudi & nasrani.
Ini tidak, pak haji pak lebai pun apabila mahu bergambar semua buat isyarat Peace dan seumpamanya!

Jika kawan kita bukan Islam beri salam yang elok seperti biasa, apa yang perlu kita jawab? Jawablah dengan baik juga kerana Islam tidak mengajar yang buruk. Kerana dia beri salam yang baik kitab alas dengan baik juga.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐬𝐢𝐤 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧) 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 (𝐡𝐚𝐬𝐮𝐭𝐚𝐧) 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧, 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐤𝐚𝐜𝐢𝐭𝐚;}- kerja syaitan itu menghasut orang supaya berbisik atau dia sendiri berbisik untuk mendukacitakan orang mukmin, bahayanya permainan syaitan. Kerana itu orang mukmin kena ada pagar diri sebagai perlindungan daripada bisikan syaitan ini.

Ianya samada:
i- bisikan hakiki iaitu perancangan dan konspirasi orang kafir dan jahat untuk kejatuhan dan kekalahan atas orang muslim.

ii- atau kerja syaitan sendiri- bisikan ghaib, hasutan syaitan di telinga yang menjadikan seseorang itu depress, tertekan dukacita, tidak boleh tidur dan seumpamanya.

Kerana itu kita orang mukmin jangan buka ruang kepada syaitan untuk datang membisikkan keburukan kepada kita.

Zikir pagi petang bagi seorang mukmin seumpama baju besi dan perisai bagi orang yang mahu pergi berperang. Ia adalah pelindung dan ikhtiar kita untuk selamat dari segala mara bahaya yang akan dihadapi, Insya' Allah.

Kisah menarik, seorang orang soleh ditanya:
Siapa tentera Allah yang paling kuat?

Jawabnya bukit.
Tetapi datang orang lain mengatakan besi lebih kuat kerana dapat meruntuhkan bukit!
Datang orang lain kata api lebih kuat kerana ia dapat membakar dan menghancurkan besi.
Kemudian datang yang lain kata tidak- api lebih kuat kerana dapat memadamkan api!
Kemudian datang yang lain kata tidak- awan lebih kuat kerana dapat menolak air ke mana-mana!
Kemudian datang yang lain kata tidak- angin lebih kuat dari awan kerana ia dapat menolak awan ke mana-mana!
Kemudian datang yang lain kata tidak- manusia lebih kuat daripada angin kerana ia dapat berselindung daripada angin! Maka manusia lebih kuat.
Kemudian datang yang lain kata tidak- mengantuk dapat membuat manusia yang kuat tadi tertidur maka ia lebih lebih kuat.
Kemudian datang yang lain kata tidak- dukacita (الهم) lebih kuat kerana ia dapat membuat manusia tidak boleh tidur!
Tentera Allah yang paling kuat adalah (الهم) iaitu serabut, stress tekanan dan dukacita, Allah s.w.t akan letakkan kepada siapa yang dikehendakinya, penyakit ini amat bahaya.

Antara doa minta pertolongan daripada dukacita ini yang diajar oleh Nabi s.a.w:
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kemalasan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban hutang serta tekanan orang-orang jahat."

*Sedih (الْهَمِّ)- yang akan datang & belum terjadi, kita aje yang memikirkannya.
*Dukacita (الْحَزَنِ )- dengan benda yang telah terjadi.
Bacalah selalu doa ini di akhir solat kita.

Kisah kedua; Raja & pembantunya- kaedah 99.

Dikisahkan ada seorang Raja yang sedang termenung melihat taman di depan istananya. Dia gelisah kerana tak pernah merasa tenang, banyak masalah, susah tidur kerana beban fikiran yang mengganggu, padahal selama ini ia tidur didalam kamar yang mewah dan tilam yang empuk.

Manakala sang raja melihat seorang tukang kebunnya yang sedang bekerja sambil tertawa. Setiap hari ia datang dengan senyuman dan pulang dengan keceriaan. Gajinya hanya cukup makan dan rumahnya pun begitu sederhana. Tidak pernah nampak kesedihan di wajahnya.

Raja pun hairan melihat orang ini, lalu dia memanggil penasihatnya dan bertanya:
“Wahai penasihatku, telah lama aku hidup ditengah kegelisahan sedangkan aku memiliki segalanya. Tapi aku sungguh hairan melihat tukang kebun itu, sentiasa tenang dan ceria, seperti tidak ada beban dalam hidupnya, padahal ia tidak memiliki apa-apa kemewahan!

Si penasihat tersenyum dan berkata: “Semuanya ditentukan dengan formula 99.
Bila tukang kebun itu terkena formula ini, maka hidupnya akan gelisah dan dia tidak akan boleh tidur.”

“Apakah maksud formula 99..?” tanya raja.
“Besok malam Tuanku perintahkan pengawal untuk menghantarkan hadiah kepadanya. Sediakan satu kotak wang dan tulislah 100 Dinar. Namun isilah kotak itu dengan 99 dinar saja...”

Raja pun menuruti nasihat dari penasihatnya.
Pada malamnya pengawal pun datang ke rumah tukang kebun ini dengan membawa hadiah.
Si tukang kebun membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat pengawal membawa kotak hadiah. “Ini hadiah dari raja untukmu.”
Tukang kebun sangat gembira melihat kotak dengan tulisan 100 dinar. Belum pernah ia memiliki wang sebanyak itu.

Ia segera membawa masuk kotak itu dan menghitungnya bersama keluarga. Namun anehnya, jumlah wang didalam kotak itu hanya 99 dinar. Dia pun menghitung semula, tapi tetap jumlahnya 99.

Dia yakin, pasti ada wang yang jatuh, lalu dia mencari-cari di-sekitar pintu, tapi tak menemukan apa-apa. Akhirnya dia mencuba untuk menelusuri sepanjang jalan menuju istana. Semalaman ia mencari, tapi tetap tidak menjumpainya.

Matahari mulai terbit, raja beserta penasihatnya menanti tukang kebun ini. Tak berapa lama dia datang dengan wajah yang masam dan berkerut.

Raja pun terkejut dan bertanya kepada penasihatnya: “Apa yang terjadi..? Biasanya dia datang tidak dengan wajah seperti ini...!”

Penasihat raja menjawab:
Wahai raja, begitulah KEHIDUPAN. Kita MEMILIKI BANYAK perkara namun kita mencari sesuatu yang tidak kita miliki.
Orang ini mendapatkan 99 dinar secara percuma, namun dia sibuk mencari 1 dinar yang hilang..!”

Munculnya KEGELISAHAN hati kerana kita mencari sesuatu yang tidak kita miliki, sementara kita tidak pernah MENSYUKURI banyaknya anugerah yang kita punya

Kisah ini memberi pengajaran yang sangat berharga bahawa nikmat ALLAH telah dicurahkan begitu banyak kepada kita, namun kita sibuk menanti sesuatu yang belum datang. الله المستعان

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢.}- wajib kita bertawakkal menyerah diri dan urusan kita kepada Allah s.w.t kerana ia adalah sifat orang yang beriman!

Tetapi wajib juga selepas kita berusaha dan berikhtiar sedaya upaya dulu untuk mencapai apa yang dikehendaki itu bukan hanya tawakkal sambil berpeluk tubuh! Itu bukan tawakkal tetapi tawakul namanya!

Selepas berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin, jika tak dapat apa yang diminta, kita kena muhasabah diri kita, kerana ada hikmahnya semua itu, pasti ada yang lebih baik Allah nak beri kepada kita.

Orang yang kuat imannya tinggi tawakkalnya kepada Allah s.w.t, orang yang lemah iman, rendah tahap tawakkalnya kepada Allah s.w.t!

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙍𝙖𝙗𝙪 05 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙐𝙡𝙖1444𝙃 = 30/11/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙖𝙡-𝙈𝙪𝙟𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙝 (05) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [11-13]♥

-A𝐝𝐚𝐛 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬
- 𝐁𝐞𝐫𝐢 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮 & 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐞𝐪𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒.𝐀.𝐖.
💎

🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ajarkan tentang adab-adab berada dalam majlis, atau tempat orang ramai.

2. Juga tentang kelebihan ilmu, di mana Allah s.w.t akan angkat darjatnya.

3. Diceritakan pada permulaan Islam, ada arahan untuk bersedeqah sebelum berjumpa Nabi S.A.W. kemudian ia dimansukhkan.

4. Dalam ayat yang lepas tentang larangan berbisik-bisik dengan keburukan dan berbisik berdua sahaja apabila ada bertiga tanpa memasukkannya sekali.

5. Bisikan itu syaitan mengacau menyebabkan manusia menjadi stress, depression, tidak boleh tidur malam dan pelbagai gangguan yang mesti kita berlindung dengan Allah s.w.t.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡-𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮. 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮) - 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟏𝟏)

1. Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t melarang hamba-hamba-Nya beriman dari melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan perbalahan dan permusuhan.
*Maka dalam ayat ini Allah s.w.t ajar beberapa adab yang dapat melahirkan kasih sayang dan persaudaraan sesama Islam (mawaddah wa mahabbah).

ii- juga diceritakan dalam ayat yang lepas bagaimana puak yahudi apabila berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan orang Islam mereka mengeluarkan kata-kata buruk yang tidak di ajar dalam Islam.
*Maka dalam ayat ini Allah s.w.t mengajar kita orang beriman agar mengeluarkan perkataan yang baik yang dapat membuat kita berasa selesa & tenang, melarang dari mengeluarkan perkataan tidak baik.

iii- Allah s.w.t juga melarang dari perbuatan berbisik ke arah keburukan bahkan hendaklah berbisik merancang ke arah kebaikan.
*Maka dalam ayat ini bila duduk beramai-ramai, kita bercakaplah perkara yang boleh membawa kepada kebaikan dan taqwa.

2. Dalam ayat ini Allah s.w.t mengajar orang yang beriman agar melapangkan atau meluaskan tempat bagi orang yang baru datang untuk bersama duduk di dalam saf atau majlis. Ini supaya Allah melapangkan serba-serbi kepada kita di dunia & akhirat.

3. Apakah maksudnya majlis ini?
Kata ibnu al-Jauzi ada 3 pandangan:
i- dalam saf peperangan.

ii- majlis Rasulullah s.a.w kerana semua orang mahu dekat dengan Baginda s.a.w untuk mendengar dan melihat wajahnya yang mulia.

iii- semua majlis ilmu atau masjid secara umumnya
*ulama' bersetuju maksudnya semua majlis ilmu yang bermanfaat.

4. Hadis- riwayat dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w melarang dari kita menyuruh orang yang sudah duduk untuk bangun ke belakang bagi menempatkan orang lain atau kita sendiri duduk. Tetapi lapang dan luaskaan tempat. [HR Bukhari & Muslim].

5. Apatah lagi jika dalam saf solat, siapa datang dulu dia berhak duduk depan. Tidak boleh menanda tempat dalam solat, sedangkan dia datang kemudian.

6. Tetapi hakikat hari ini semuanya tolak-menolak untuk ke saf depan, bukan berebut-rebut untuk duduk di depan.
*Ingatlah; dalam dalam bab ibadat kita tidak boleh mengutamakan orang lain, tetapi dalam bab muamalat pergaulan digalakkan.

7. Kemudian apabila datang arahan untuk bangun (ٱنشُزُوا۟), maka bangunlah!
Panggilan untuk perang, untuk berdakwah, untuk memberi bantuan, untuk solat dan lain-lain.

8. Ulama' seperti al-Mawardi rhm. membawa beberapa pandangan tentang makna bangun (ٱنشُزُوا۟) ini:
i- apabila berlaku peperangan, bangun berjihad apabila ada seruannya.
ii- apabila dipanggil untuk buat kebajikan. Hendaklah bangun untuk menolong.
iii- bangun untuk menunaikan solat apabila dengar seruan azan.
iv- ini khusus untuk majlis Nabi s.a.w. Apabila selesai majlis, segeralah bangun keluar jangan berlambat-lambat keluar dari rumah Baginda s.a.w.

*Al-Qasimi rhm. berkata: Keempat-empat pandangan ini boleh diterima. Mengikut situasi dan keadaan yang berlaku, semuanya hendaklah diamalkan.

9. Bagi orang beriman yang ikut arahan dan patuh kepada perintah ini, Allah s.w.t angkat darjatnya. Semua orang yang beriman tinggi darjatnya berbanding dengan yang tidak beriman!

10. Kemudian di kalangan orang beriman pula, mereka yang berilmu pula ada beberapa tingkat darjat yang tinggi lagi!

11. Kata Ibnu Rajab rhm. dalam tafsirnya: Darjat orang yang beriman kemudian berilmu lebih tinggi darjatnya daripada orang beriman yang tidak berilmu.
*Begitulah juga kata Ibnu Mas’ud r.a.

12. Kata Ibnu Kathir rhm.: Kamu jangan ingat apabila kita beri ruang kepada orang, atau kita bangun apabila diarahkan bangun, akan menjadi satu benda mengurangkan darjat atau kedudukan kita.
Bahkan yang mengikut adab peraturan majlis yang digariskan oleh Islam inilah yang akan diberikan darjat oleh Allah s.w.t! Allah akan balas dengan meluaskan hidupnya di akhirat kelak!

13. Dari Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t angkat darjat beberapa kaum itu dengan al-Quran dan jatuhkannya juga dengan sebab al-Quran! [HR Muslim].

Yakni orang yang beramal dan berpegang dengan al-Quran, darjatnya tinggi. Manakala orang yang tidak berpegang dengan al-Quran dan melawannya; darjatnya jatuh walaupun nampak hebat di dunia, tetapi di sisi Allh s.w.t tidak ada nilai!

14. Serta ingatlah 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧. Yakni apakah kamu melakukan semua kebaikan itu dengan ikhlas atau terpaksa.

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟐- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐟𝐚𝐤𝐢𝐫 𝐦𝐢𝐬𝐤𝐢𝐧) 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐩𝐧𝐲𝐚; (𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡) 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡. 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮, 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧, (𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐩𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐞𝐥𝐚𝐤), 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟏𝟐)
1. Ayat ini menceritakan tentang satu undang-undang sebelum Islam. Iaitu sesiapa yang mahu masuk berjumpa Rasulullah s.a.w, kena mengeluarkan sedekah kepada fakir miskin sebelum itu.

2. Tujuannya supaya orang tidak sewenang-wenangnya masuk berjumpa Rasulullah s.a.w. Supaya yang datang hanyalah mereka yang betul-betul ada masalah dan berhajat, memerlukan nasihat dan petunjuk dari Baginda s.a.w. Jika tidak tunggu saja di masjid.

3. Ittifaq (sepakat) ulama' berkata undang-undang ini telah dimansukhkan dengan ayat yang ke-13 selepas ini. Kerana pada masa itu Allah mahu menghalang orang munafiq yang bakhil dari masuk ke rumah Rasulullah, lalu Baginda selamat dari gangguan mereka.

4. Kata al-Wahidi rhm.: Apabila turun ayat jika nak berjumpa Rasulullah s.a.w wajib bersedekah dulu, maka tiada orang yang buatnya, ini kerana kaum muslimin pada waktu itu kebanyakannya miskin, jika ada hajat sedikit-sedikit merekak tangguhkan.

Kecuali Ali bin Talib r.a yang sempat bersedekah sebanyak satu dinar kepada orang miskin kemudian berjumpa Nabi s.a.w.

5. Akhirnya Allah kata jika kamu tiada harta nak sedekahkan yakni tidak mampu, tidak mengapa, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 berjumpa Rasulullah s.a.w kerana jika ada 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐞𝐥𝐚𝐤kan. Ini 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢 (غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ).

6. Ayat seterusnya adalah membatalkan undang-undang ini, kerana nampak menyusahkan orang Islam yang tidak mampu tetapi ada hajat.

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟑- {𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭 (𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐢𝐬𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧) 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐩 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐩? 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 (𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡) 𝐢𝐭𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐚𝐟𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐳𝐚𝐤𝐚𝐭 (𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛𝐧𝐲𝐚), 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} (𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐣𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝟓𝟖:𝟏𝟑)
1. Allah s.w.t bertanya apakah kamu tidak bersedekah kerana takut miskin? Kerana bakhil lalu takut bakhil.

2. Tetapi jika kamu memang miskin dan tidak mampu, tidak mengapa, Allah s.w.t memaafkannya. Tetapi dalam masa yang sama kena jaga amalan lain seperti solat, zakat dan taatlah kepada Allah dan Rasul-nya.

3. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui dengan mendalam (وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ) semua yang kamu lakukan, yang zahir dan yang batin. Lalu Dia akan membalasnya mengikut amalan kamu itu!

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡-𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮.}- dalam ayat ini Allah s.w.t mendidik hamba-hamba-Nya agar beradab apabila berada dalam majlis yang baik. Beradab bila masuk majlis, kita sempitkan tempat duduk kita agar diberi ruang kepada orang lain boleh masuk dan duduk juga.

Majlis ini samada majlis ilmu, majlis zikir atau semasa dalam peperangan. Ini adalah adab yang mulia yang menyebabkan kita berasa gembira dan menggalakkan untuk berkasih-sayang.

Allah beri arahan dan nyatakan terus balasannya dalam ayat ini:
Kamu lapangkan dan bagi ruang sesama manusia, Aku akan bagi ruang dan lapangkan segala urusan kamu dunia & akhirat.

Jangan takut janji Allah s.w.t itu sangat benar, siapa yang tidak ambilnya dia akan rugi, siapa yang terimanya akan beruntung!

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡-𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮.}- ayat ini bukan khas untuk majlis saja, tetapi untuk jenis lapangan dan urusan kehidupan, apabila kita perluaskan untuk orang yang memerlukan, mudahkan segala urusan orang, segala pintu kebajikan dan kerehatan untuk orang, Allah akan perluaskan pintu-pintu kesenangan untuk kita juga di dunia & akhirat.

Hadis Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah melapangkan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.” (HR Muslim)

Maka para jemaah ayuh kita bersegera membantu dalam apa saja untuk orang yang memerlukan! Tiada harta atau wang, kita sumbangkan tenaga dan bantuan, semua pintu kebajikan itu terbuka luas!

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡-𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐡𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮.}- apabila diminta atau dikata kepada kamu { إِذَا قِيلَ لَكُمْ}. Siapakah yang berkata itu?

Jawapan: Ulama' membawa beberapa pendapat:
i- orang yang baru datang itu sendiri minta.
ii- pengerusi majlis, minta bagi ruang kepada orang yang baru datang.
iii- atau kita sendiri yang peka dan bertimbang-rasa.
*semuanya akan termasuk dalam yang Allah janjikan ini.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {S𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮) - 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭.}- ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t mengangkat darjat seseorang itu dengan beberapa cara:
i- orang beriman satu darjat.
ii- orang yang berilmu beberapa darjat lagi.
*Bukan sebab duduk di depan dalam majlis saja, tetapi dia beramal dengan ilmu yang diterimanya.

Siapakah orang yang berilmu ini:
i- dia belajar dan baca al-Quran dan membenarkan segala isi kandungannya, beramal dan berakhlak dengan apa yang diajar oleh al-Quran.
Petunjuk hidayah al-Quran diikuti dan diamalkan.
Orang yang dapat ilmu tetapi tidak mengamalkannya bukanlah seorang berilmu tetapi orang yang dapat maklumat sahaja.

ii- Kata Imam Ghazali rhm.: Orang yang berilmu ialah seorang yang apabila dia dapat ilmu, ilmu itu mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {D𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮) - 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭.}- Allah cuma memaklumkan sahaja darjat itu tidak diberitahu berapakah tingkat darjatnya itu, kenapa?

Jawapan:
Ini kerana darjat itu umum mengikut kedudukan seorang manusia.
i- Jika iman dia mantap, ilmunya banyak, dia beramal dengan ilmunya serta orang lain juga turut mendapat manfaat darinya, maka pastilah darjatnya tinggi sekali.

ii- ada juga orang yang ada ilmu dan dia mengamalkanya, tetapi orang tidak mendapat manfaat dari ilmunya, dia tidak dapat mengajar orang lain, rendah sikit darjatnya.

iii- Ada orang yang ada ilmu tetapi dia tidak mengamalkanya, orang juga tidak dapat manfaat dari ilmunya- rendahlah darjatnya daripada yang dua itu.

Yakni lagi banyak ilmunya tersebar lagi kuat dia beramal dan lagi ramai yang mendapat manfaat dari ilmunya- maka darjatnya lagi tinggi.

Ayat ini juga menunjukkan akan kelebihan ilmu daripada hanya beribadat saja.

Ilmu kita ini berbeze-beza, darjat kefahaman & amalan juga berbeza maka darjatnya juga berbeza.

Menuntut ilmu itu lebih mulia daripada beramal ibadat semata tanpa cuba mencari ilmu!

Alhamdulillah kita memohon kepada Allah s.w.t agar kita semua mendapat ilmu yang bermanfaat dan yang benar, beramal dengannya serta menyebarkannya juga!

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀