Saturday, December 10, 2022

59. TADABBUR SURAH AL HASYR AYAT 8 - 17

 𝐏𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐣𝐢𝐫𝐢𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐬𝐚𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐇𝐚𝐭𝐢 & 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐨𝐚 𝐀𝐠𝐚𝐫 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧.
💎♥
 𝘿𝙧.𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 -
 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙨𝙮𝙧 (04) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [08-10]
🎀
 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang pujian kepada kaum Muhajirin dan Ansar yang baik hati.

2. Juga tentang Tabi'in dan orang yang datang kemudian- yang berdoa kepada orang yang terdahulu serta berdoa agar tidak membenci dan sakit hati kepada orang-orang beriman.

3. Munasabah ayat: Dalam siri yang lepas Allah s.w.t menceritakan tentang cara pembahagian harta al-Fai’- iaitu harta yang ditinggalkan oleh yahudi bani Nadhir dan diberkan kepada Rasulullah s.a.w & orang muslimin.

*Maka dalam ayat ini Allah s.w.t mengingatkan agar harta ini jangan lupa diberikan kepada kaum Muhajirin yang menjadi faqir dan miskin di Madinah.
Mereka ini dihalau keluar dari Makkah oleh Quraisy, terpaksa meninggalkan kampung halaman dan harta bendanya, berhijrah keluar semata-mata kerana Allah dan Rasul-Nya serta semata untuk menolong Allah & Rasul-Nya.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {(𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐤𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐬𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 (𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦), 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 (𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚; 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 (𝐢𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚).} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟖)

1. Allah s.w.t mengingatkan agar jangan lupa memberikan kepada kaum Muhajirin, sebahagian dari harta al-Fai’ yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w dari harta yahudi bani Nadhir.

2. Mereka ini adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang berasal dari Makkah.
Mereka keluar berhijrah kerana:
i- dizalimi oleh Quraisy di Makkah dan dihalau keluar dari Makkah.

3. Tujuan mereka keluar kerana:
i- mencari limpah kurnia Allah s.w.t.
ii- mencari keredhaan Allah s.w.t & Rasul-Nya.
ii- untuk menolong agama Allah.

4. Maka mereka ini Allah s.w.t gelar sebagai 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐢𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚 { ٱلصَّـٰدِقُونَ }. Iaitu orang yang benar dalam keimanannya kepada Allah & Rasulullah s.a.w.

5. Maka apa lagi yang kaum Muhajirin mahu, Allah s.w.t telah memuji dan sifatkan mereka sedemikian rupa.

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐧𝐬𝐚𝐫) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐢𝐚𝐦𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮; 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐡𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐭𝐚𝐛𝐢𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐤𝐡𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟗)

1. Dalam ayat ini pula Allah s.w.t memuji pula sahabat Rasulullah s.a.w dari kaum Ansar. Menunjukkan kelebihan golongan Ansar pula.

2. Mereka adalah penduduk Madinah yang terdiri dari kaum Aus & Khazraj. Ada dari mereka yang beriman terlebih dahulu daripada kaum Muhajirin dari Makkah ini!

3. Sifat mereka pula adalah sangat mengasihi dan menghormati kaum Muhajirin yang datang berhijrah ke tempat mereka! Mereka mementingkan tetamu ini dan memberikan bantuan yang amat banyak dan besar.

4. Mereka sanggup memberikan harta dan apa saja keperluan yang diingini oleh kaum Muhajirin, sanggup menawarkan kebun-kebun dan isteri yang mereka miliki untuk diambil!

5. Kisah dari hadis-
i- dari Abu Hurairah ra. ia bercerita, kaum Ansar berkata: “Ambil-lah kebun kami ini dan bahagilah antara kami dan mereka (kaum Muhajirin).”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak.”
(Rasulullah s.a.w menolak cadangan ini, kenapa nak ambil harta orang lagipun kaum Muhajirin bukan berhijrah untuk mencari harta).
Maka mereka (Ansar) berkata lagi: “Jika begitu kami minta mereka (Muhajirin) datang membantu bekerja di kebun kami dan bila mendapat hasil buahnya kita akan membahagikannya.”
(Cadangan kedua ini dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w).
Kemudian mereka berkata: “Kami mendengar dan kami taat.” (HR al-Bukhari).

ii- tawaran dari Rasulullah s.a.w kepada Ansar pula:
Riwayat dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w menawarkan kepada mereka harta rampasan dari Bahrain tetapi kaum Ansar tolak harta itu kecuali diberi juga kepada muhajirin.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda:
Selepas ini akan datang zaman yang akan berlaku (pilih kasih) maka bersabarlah kamu sehingga kamu bertemu denganku di tepi kolam "Haudh" di Mahsyar nanti." [HR Bukhari].

ii- apabila Rasulullah S.A.W mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, Baginda mempersaudarakan Saad bin Ar-Rabi’ r.a dengan Abdul Rahman bin Auf r.a. Keduanya adalah tokoh perniagaan dari kalangan masing-masing.

Apabila Sa’ad bin Rabi’ melihatkan saudaranya, Abdul Rahman tidak memiliki satu harta pun, lantas beliau berkata, "Wahai saudaraku, aku orang Madinah yang banyak harta. Aku mempunyai dua kebun dan aku juga mempunyai dua orang isteri. Maka engkau lihatlah pada kebunku yang mana satu engkau inginkan. Pilihlah. Akanku berikan kepadamu. Juga pilihlah yang mana satu daripada isteriku yang engkau mahukan. Akan aku ceraikan salah seorang daripada mereka, untuk kamu."

Maka Abdul Rahman berkata kepada saudaranya itu: "Mudah-mudahan Allah memberkati engkau pada hartamu dan ahli keluargamu."

Abdul Rahman tidak mahu mengambil pemberian dan pelawaan saudaranya itu, bahkan dia ingin berjaya atas hasil usahanya sendiri. Dia meminta ditunjukkan pasar (di sekitar sini) tempat berjual-beli.

Lalu Sa’ad r.a menunjukkan pasar Qainuqa’ kepadanya. Mulai waktu itu, Abdul Rahman r.a mula pergi ke pasar untuk berniaga, sehingga akhirnya ia mendapat pendapatan dan tidak memerlukan lagi bantuan dari saudaranya. [HR Bukhari]

5. Begitulah kehebatan dan kemuliaan jiwa dua sahabat ini seorang amat pemurah dan tidak mementingkan diri sendiri maka seorang lagi tidak mengambil kesempatan dan peluang atas kebaikan kawannya itu!

6. Antara sifat mulia kaum Ansar ini:
i- Tiada juga dalam diri golongan Ansar ini sifat dengki terhadap golongan Muhajirin yang mendapat harta rampasan al-Fai’ yahudi bani Nadhir tadi.

ii- mereka juga lebih mengutamakan orang lain walaupun mereka juga memerlukannya.

7. Sebab nuzul ayat:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:
“Seorang laki-laki telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, ‘Aku lapar. Maka Rasulullah bertanya kepada isteri-isterinya jika ada makanan, tapi tidak ada. Lalu Baginda bersabda: ‘Apakah tidak ada seorang yang mahu menerima orang ini sebagai tamu malam ini?

Ketahuilah bahwa orang yang mahu menerima laki-laki ini sebagai tamu (dan memberi makan) malam ini, akan diberi rahmat oleh Allah.
Abu Talhah, seorang dari golongan Ansar, berkata, ‘Saya ya Rasulullah.
Maka ia pergi menemui isterinya dan berkata, ‘Hormatilah tamu Rasulullah. Isterinya menjawab, ‘Demi Allah, tidak ada makanan kecuali makanan untuk anak-anak.

Abu Talhah berkata, ‘Apabila anak-anak hendak makan malam, tidurkanlah mereka, padamkanlah lampu biarlah kita menahan lapar pada malam ini agar kita dapat menerima tamu Rasulullah.
Maka isterinya mengikut arahannya.
Pagi-pagi besoknya Abu Talhah menghadap Rasulullah s.a.w menceritakan peristiwa malam itu dan Baginda s.a.w bersabda:
Allah benar-benar kagum malam itu terhadap perbuatan kamu suami-isteri. Maka ayat ini turun berkenaan dengan peristiwa itu.” [HR Bukhari & Muslim].

8. Inilah kelebihan orang yang bersedekah walaupun dia sendiri susah!
Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a:
"Seorang lelaki menemui Rasulullah S.A.W lalu bertanya: "Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"

Rasulullah S.A.W menjawab: "Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu." [HR al-Bukhari].

*Yakni sedekah dari orang yang susah tetapi sifat dan jiwanya baik.
* Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sedekah adalah usaha [jerih payah] orang yang miskin.”

9. Allah katakan lagi sesiapa yang berjaya menjaga, mengawal dirinya daripada sifat tamak { يُوقَ شُحَّ} dan dari dipengaruhi tabiat bakhil dengan bersedekah, mereka itulah orang yang berjaya {ٱلْمُفْلِحُونَ}.

10. Ulama' membezakan antara dua sifat ini, tetapi ianya adalah berkembar:
i- Syuh- { شُحَّ} – perasaan tamak haloba- gila-gila kejar harta untuk mengumpulkan harta sebanyak mungkin.

ii- Bakhil- {البخل}- ini pula selepas ada harta, bakhil tidak mahu sedekah kerana sayangkan harta yang ada pula!

11. Hadis- dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Takutlah kamu akan kezaliman, kerana ia akan menjadi pelbagai kezaliman di hari kiamat. Takutlah kamu akan Syuh (Sifat Kikir), kerana ia yang telah menghancurkan umat sebelum kamu.” [HR Muslim: 1512 ]

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐝𝐨𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧) 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢! 𝐀𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚-𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐚𝐝 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧. 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐌𝐮".} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟎)

1. Susunan gelaran orang beriman; bermula dari Rasulullah s.a.w:
i- mereka yang beriman dan sempat bertemu Rasulullah s.a.w dipanggil SAHABAT radhiyallah anhum.

ii- mereka yang beriman tidak sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w tetapi sempat bertemu sahabat dipanggil TABI’EN.

iii- mereka yang beriman dan sempat bertemu tabi’en dipanggil TABI’ TABI’EN.

iv- kemudian TABI’ TABI’ TABI’EN seterusnya sehingga ke umat akhir zaman kita.

2. Mereka yang baik-baik dan beriman selepas golongan Muhajirin & Ansar, sentiasa berdoa untuk orang terdahulu:

{ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّۭا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ}

"𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢! 𝐀𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚-𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐚𝐝 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧. 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐌𝐮."

3. Selain berdoa untuk orang lain kita juga berdoa untuk hati kita sendiri agar Allah bersihkan hati kita dari sifat benci dan segala 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐚𝐝 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧.

4. Kita jadikan doa ini sebagai satu doa yang sentiasa kita amalkan. Ia boleh dibaca bila-bila saja dan di mana saja, dalam solat atau luar solat, hatta wanita haidh juga boleh membacanya sebagai satu doa.

5. Allah s.w.t tutup ayat ini dengan menyatakan sifat-Nya: {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐌𝐮."}

🎀
 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {(𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐤𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐬𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 (𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦), 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 (𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚; 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 (𝐢𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚).} DAN
𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐧𝐬𝐚𝐫) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐢𝐚𝐦𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮; 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐡𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐭𝐚𝐛𝐢𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐤𝐡𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚.}-

Melalui dua ayat ini. Allah s.w.t memuji golongan Muhajirin & Ansar dengan enam sifat utama.

Golongan Muhajirin & Ansar:
i- mereka berhijrah kerana Allah, bukan kerana harta & dunia.
ii- membela agama iaitu membela Allah & Rasul-Nya.
iii- mereka 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐢𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚 {ٱلصَّـٰدِقُونَ }.

iv- orang Ansar sangat mengasihi dan menghormati kaum Muhajirin, begitu juga sebaliknya.

v- orang Ansar sangat gembira jika orang Muhajirin mendapat kesenangan dan kebaikan seperti kisah harta Fa’i bani Nadhir tadi.

vi- Mereka mementingkan dan amat mengutamakan Muhajirin lebih daripada diri sendiri dan keluarga (kisah sahabat yang tutup lampu tadi).

Enam sifat ini menunjukkan kesempurnaan iman mereka!
Maka sesiapa yang mengurangkan hak sahabat samada Ansar atau Muhajirin maka mereka adalah orang yang lemah imannya!

Sebagaimana yang telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w; jangan kamu caci sahabat aku. Sebagaimana perbuatan Syiah yang busuk dan jahat mulutnya.

Perhatian:
Golongan Muhajirin ini hanya faqir atau miskin pada awal ketibaan mereka di Madinah selepas hijrah sahaja kerana meninggalkan segalanya di Makkah. Yakni ketika ayat ini turun.
Selepas dari itu mereka berusaha dan mencari nafkah, berniaga dengan modal yang diberi dan sebagainya sehingga berjaya menaik-kembali taraf mereka. Bukan kata mereka miskin selamanya.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 (𝐢𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚).}- ulama' tadabbur kata ini satu sijil dan akuan dari Allah s.w.t kepada golongan Muhajirin.
Bahagialah Muhajirin mendapat anugerah yang begitu besar.

Kerana mereka keluar dari rumah, kampung halaman mereka meninggalkan segala harta dan milik kerana Allah s.w.t, bukan kerana cari projek.

Sehinggakan sebahagian ulama' Ahlus-Sunnah mengatakan ayat ini menjadi dalil akan keabsahan perlantikan Khalifah Abu Bakar r.a yang dipanggil khalifah Rasulullah s.a.w oleh puak Muhajirin.
Ini kerana Allah s.w.t memanggil mereka sebagai orang yang benar/betul!

Dalam ayat ini Allah s.w.t sebut kelebihan Muhajirin dengan sedemikian sifat!

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {(𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐤𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐬𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 (𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦), 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 (𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚; 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 (𝐢𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚).}
– ayat ini menyatakan kelebihan Muhajirin dan tidak ada di kalangan Muhajirin yang munafiq! Yang menjadi munafiq hanyalah penduduk Madinah seperti Abdullah bin Ubai bin Salul bapa munafiq.

i- Ini kerana tidak akan ada orang kafir yang mahu mengaku Islam yakni menjadi munafiq semata-mata untuk berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. Mereka tidak akan meninggalkan kesenangan dan kekayaan di kampung halaman mereka untuk menjadi susah dan faqir! Maka bebas & selamatlah kaum Muhajirin dari sifat munafiq!

ii- Ayat ini juga menunjukkan tertib utamanya Muhajirin lebih afdhal daripada Ansar dalam perjuangan dan ujian yang mereka hadapi.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐧𝐬𝐚𝐫) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐢𝐚𝐦𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮; 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭.}
- dalam ayat ini Allah s.w.t menyebut dan memuji golongan Ansar pula.

Ayat ini menunjukkan kelebihan kaum Ansar dari sudut sifat pemurah, mengutamakan tetamu, suka membantu orang susah dan mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri!

Tetapi ingat; kata ulama':
Mengutamakan orang lain dalam perkara dunia, satu sifat yang terpuji. Walaupun kita sendiri susah dan memerlukannya!

Tetapi melebihkan orang lain dalam bab ibadat adalah sifat tercela.
Contoh: beri saf depan dalam solat kepada orang lain- salah!
Ini kerana kita semua perlukan rahmat Allah s.w.t yang begitu banyak!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐝𝐨𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧) 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢! 𝐀𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚-𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐚𝐝 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧. 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐌𝐮".}

- sifat orang baik mendoakan orang-orang terdahulu, sifat tak baik pula mencela-cerca orang dahulu!

Oleh kerana dalam hati kita ada sifat yang pelbagai seperti benci & hasad dengki;
i- maka kita wajib mencintai sahabat-sahabat Nabi s.a.w – jangan sekali-kali terpengaruh dengan dakyah dan pegangan Syi’ah.
Wajib tolak dengan tegas dan pegangan yang yakin. Itu adalah hak para sahabat Nabi s.a.w.

ii- kemudian hak orang-orang mukmin sebelum dari kita samada ibu bapa kita, datuk nenek kita serta semua orang Islam lain sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Setiap doa kita adalah kepada seluruh orang Islam ini tidak kira berapa juta.

Kita juga jangan lupa berdoa kepada diri kita sendiri supaya kita tidak benci kepada sesama Islam dan orang yang beriman. Doa ini amat elok sekali dibaca:

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّۭا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu".

Ayat ini boleh kita jadikan satu doa yang boleh dibaca bila-bila saja dan di mana saja, dalam solat atau luar solat, pagi petang siang malam hatta wanita haidh juga boleh membacanya sebagai satu doa bukan al-Quran.

Kita kena benci dan lawan kafir yang menentang Islam.
Kita bukan benci mereka kerana tubuh badan mereka tetapi kerana kekufuran mereka itu!

Ini wajib kita lawan dan jangan terpedaya dengan lakonan mereka. Jika kita sudah tahu dan kenal perangai mereka jangan tertipu lagi untuk kali kedua!

Semoga Allah s.w.t selamatkan dan jaga hati kita semua.

🎀
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.

𝐌𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤𝐢𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐨𝐭 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢, 𝐉𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐏𝐚𝐥𝐬𝐮 & 𝐌𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐓𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐮𝐤𝐦𝐢𝐧.💎

♥ 𝘿𝙧.𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 
 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙨𝙮𝙧 (05) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [11-13]♥


🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang komplot antara munafikin dengan yahudi. Pakatan sesama jahat untuk melawan Rasulullah s.a.w di Madinah.

2. Kemudian Allah perkenalkan sifat mereka yang suka berjanji, tetapi janji mereka adalah palsu! Ketika berjanji dengan orang mukmin mereka bohong dan khianat, tetapi apabila berjanji sesama kafir pun mereka tipu dan palsu juga!

3. Maka kita ambil pengajaran iktibar dari ayat ini, jangan ada dan jauhkan sifat munafiq ini dari diri kita, suka bersumpah palsu, suka berjanji tetapi khianat dan menipu!

4. Allah s.w.t juga gambarkan orang munafik ini takut kepada mukmin lebih kepada takut kepada Allah s.w.t.
Jika takut kepada Allah pasti mereka akan beriman dan tidak sembunyikan kekufuran begitu.
Jadi kerana takut kepada orang mukmin mereka berpura beriman walaupun hakikatnya mereka tidak kufur dan tidak percaya!

5. Munasabah ayat:
A- Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t ceritakan tentang:
i- golongan Ansar & Muhajirin yang Allah puji dan amat mulia sifatnya.
Di Madinah ada 3 kelompok manusia- orang mukmin, kafir (yahudi) & golongan munafiq yang berpura beriman.
Munafiq ini muncul apabila Islam mendapat kemenangan. Mereka mencari peluang untuk menyelamatkan diri dan mendapat habuan dunia sedangkan mereka tidak mahu beriman!
*Semasa di Makkah tidak ada munafiq kerana pada waktu itu umat Islam lemah dan kafir yang menindas kaum muslimim.

ii- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t juga sebut tentang apa yang terjadi kepada yahudi bani Nadhir yang diusir keluar dari Madinah.
Serta sebab yang menjadikan mereka jadi begitu. Harta mereka juga telah dijadikan harta Fai’, yang diberikan kepada orang-orang tertentu.

B- maka dalam ayat ini Allah s.w.t:
i- dedahkan tentang satu kelompok manusia di Madinah iaitu golongan munafiqin. Sudah sebati dalam jiwa mereka sifat- menipu, bohong, khianat dan berpura-pura.

ii- Mereka datang berpakat dengan golongan yahudi bani Nadhir, membuat konspirasi untuk menentang Rasulullah s.a.w!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐬𝐢𝐤𝐚𝐩 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮? 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐠𝐚𝐦𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚-𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛: "𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐡𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤 𝐭𝐚𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐩𝐮𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚-𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢, 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮!" 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟏)

1. Allah s.w.t berfirman kepada Rasulullah s.a.w tidakkah Baginda berasa hairan melihat perangai orang munafiq yang jahat itu? Mengaku beriman tetapi kafir, bercakap bohong dan apabila berjanji khianat. Inilah sifat mereka yang tidak tetap pendirian dan suka mencari kesempatan.

2. Allah dedahkan bahawa mereka kaum munafiq cuba berpakat dan bersekongkol, membuat konspirasi dengan 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚-𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 bani Nadhir.
* Allah kata ‘saudara-saudara’ mereka, kerana mereka itu sefahaman dalam aqidah dan dalam hendak menjatuhkan Islam.

3. Mereka berkata kepada yahudi yang sudah dihalau oleh Rasulullah s.a.w supaya jangan takut dan jangan keluar, bahkan bersumpah dan berjanji bahawa:
i- akan bersama mereka memberi sokongan dan bersumpah akan sama-sama keluar bersama yahudi jika dihalau keluar dari Madinah!

ii- mereka tidak akan taat kepada Rasulullah s.a.w jika mahu menentang dan lawan kaum yahudi.

iii- berjanji lagi jika Rasulullah dan orang Islam mahu berperang, mereka akan turut berperang bersama yahudi bahkan berjanji untuk hantar 2000 orang tentera. Sedangkan mereka ada berapa orang saja di Madinah!

4. Begitulah hebat janji puak Munafik itu kepada puak Yahudi. Semuanya kerana hendak berbaik sahaja dengan golongan Yahudi, sedangkan ia adalah sumpah & dakwaan kosong sahaja.

5. Allah s.w.t sendiri yang menjadi saksi (وَٱللَّهُ يَشْهَدُ) akan pembohongan dan sumpah palsu ini dan mendedahkannya kepada Rasulullah s.a.w bahawa mereka adalah pendusta!

6. Kata Ibnu Kathir rhm: Iaitu mereka berbohong dan berjanji palsu, beri harapan yang kosong, mereka tiada niat pun untuk menolong. Ini kerana mereka sebenarnya tidak mampu dan tidak berani pun melawan Rasulullah s.a.w dan kaum mukminin. Yang penting mereka mahu porak-perandakan kedamaian dan kesatuan umat Islam.

7. Maka kita jangan sekali-sekali mengikut sifat munafiq ini!

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟐- {𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚! 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐢𝐡𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡), 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧, 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 - 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢; 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧,} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟐)

1. Allah sekali lagi menekankan bahawa jika orang yahudi itu dihalau keluar kaum munafiq pasti tidak akan keluar bersama mereka. Mereka akan bersembunyi dan lari bahkan menonjolkan seolah mereka mengeji yahudi ini!

2. Juga jika yahudi diperangi oleh tentera Islam, mereka kaum munafiq juga tidak akan sekali-kali menyertainya bersama mereka! Bahkan sekali lagi mereka sembunyikan kepala mereka menyorok entah di mana!

3. Ketika ayat ini diturunkan bani Nadhir sudah dihalau keluar dari Madinah.
Maksudnya kaum yang akan diperangi ini, yang Allah bagi gambaran ini ialah yahudi Bani Quraizah yang belot selepas peperangan Khandak atau Ahzab. Ternyata benar sekali kaum munafiq tidak membantu mereka lansung!

4. Bahkan jika mereka sungguh keluar membela, mereka bukan bantu sangat pun. Mereka akan berlakon seolah nak keluar membantu golongan Yahudi itu, tapi ia seumpama sebagai datang ambil nama sahaja. Kemudian mereka akan lari meninggalkan kaum yahudi itu!

5. Allah jelaskan mereka semua tidak akan mendapat pertolongan dari sesiapa pun. Kerana Allah sudah buat keputusan untuk mengalahkan mereka.

6. Persoalan: Adakalanya menang juga orang kafir dalam memerangi orang Islam? Yakni selepas zaman Rasulullah s.a.w.

7. Sifat orang Arab ini: Mereka akan serang balik selepas tewas untuk merampas balik kemenangan!
Tetapi Allah s.w.t nyatakan selepas peperangan Khandak/Ahzab- orang kafir tidak akan serang balik lagi Madinah bahkan tentera Islam yang akan keluar serang dan tawan negara-negara luar selepas ini.

8. Fakta- setakat hari ini selepas hadis Rasulullah s.a.w itu Madinah masih selamat tidak pernah diserang oleh orang kafir lagi. Madinah sebagai tapak iman seolah ular kembali ke sarangnya!

Boleh baca maklumat penuh:
https://dartaibah.com/?page_id=179...

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟑- {(𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚) 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 - 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, - 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐭𝐢 (𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚).} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟑)

1. Ini kerana dalam hati puak kafir dan munafiq itu mereka sangat takut dan gerun kepada Rasulullah s.a.w & orang Islam lebih daripada takut kepada Allah s.w.t!
Jika takut kepada Allah s.w.t pasti mereka akan beriman!


2. Tetapi mereka takut kepada Nabi s.a.w kerana:
i- takut kena bunuh, takut kena halau keluar dari Madinah, takut tidak dapat projek dan peluang, harta dan bantuan dan lain-lain habuan dunia.

3. Munasabah ayat:
i- maksud tujuan Allah s.w.t nyatakan bahawa kaum munafiq itu lemah, goyah dan penakut serta segala janji mereka kepada yahudi itu hanya palsu dan pembohongan sahaja.

ii- untuk mengguatkan jiwa dan semangat Rasulullah s.a.w dan kaum mukminin; supaya tidak berasa takut, tertekan dan bimbang akan gabungan dua musuh ini.

iii- Bahkan Allah nyatakan hakikat sebenar bahawa mereka sebenarnya lebih takut kepada Rasulullah dan orang -orang yang beriman.

4. Makanya dalam dunia Islam pada bila-bila masa saja pun, jika ada para pejuang yang ikhlas dan teguh imannya; mereka akan ditakuti oleh orang kafir dan munafiq!

Ya Allah, jadikan kami orang yang ikhlas untuk membela Islam dan menyebarkan Sunnah Rasulullah s.a.w!

5. Dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa ketakutan yang tersembunyi dalam hati puak munafiq kepada Rasulullah itu lebih berat daripada mereka takut kepada Allah Azza wa Jalla. Ada ulama' kata puak munafiq ada kata puak bani Nadhir- yang betul adalah kedua-duanya!

6. Kitapun jika mahu orang kafir dan munafiq takut kepada kita- kita mestilah teguh keimanan, ketaqwaan dan ketakutan kepada Allah s.w.t!

7. Allah s.w.t berkata 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧-𝐍𝐲𝐚.

Yakni kerana mereka puak yahudi & puak munafiqin tidak kenal Allah s.w.t maka mereka tidak akan takut dan sayang kepada Allah dengan hak-Nya!

*Betullah kata orang:
Tidak kenal maka tidak cinta- begitu juga jika kita tidak kenal- kita juga tidak akan akan takut kepada seseorang itu!

8. Takut kepada Allah kita berlari kepada-Nya, bersungguh mencari keredhaan-Nya menjauhi kemurkaan-Nya. Bila kita kenal Allah kita akan takut dan memcintai Allah lebih dari segalanya.

9. Allah s.w.t sebut di sini mereka tidak faqih { لَّا يَفْقَهُونَ}- kata Ibnu Asyur: Apabila dikatakan seseorang itu faqih ialah bahawa dia memahami makna-makna yang tersembunyi!

10. Maka apabila kita tahu dan kenal betul-betul Allah, walaupun kita tidak tengok Allah s.w.t, tetapi kita akan merasai dan menjiwai bahawa kita duduk di bawah pemerhatian dan pengawasan Allah s.w.t selalu, malaikat lihat dan tulis apa yang kita buat; maka kita tidak akan berani ingkar dan buat maksiat terhadapnya!

11. Kerana itu kata ulama':
i- Munculkanlah dirimu di tempat yang Allah s.w.t mahu lihat kamu berada seperti di masjid, kuliah agama, menziarahi orang sakit, kematian, memberi bantuan, di rumah dan seumpamanya!

ii- Juga jauhkan diri kamu dari tempat yang Allah s.w.t tidak suka lihat kamu ada di situ; seperti di tempat maksiat dan mungkar.

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐬𝐢𝐤𝐚𝐩 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮?}- Allah s.w.t bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
Kata ulama' tadabbur ayat ini dalil bahawa perangai dan tingkah-laku yang sebati dalam diri munafiq itu ialah:
i- menipu dan suka berbohong.
ii- jika berjanji tidak akan tunaikan.


Yakni sifat suka memperdaya orang agar percaya kepada mereka. Percakapan yang begitu manis di bibir, orang akan mudah terperangkap dan terpedaya. Sedangkan kebanyakannya hanya putar belit dan cakap besar!

Maka kita mesti berusaha untuk bercakap benar agar masyarakat kita hari ini sentiasa benar dan tidak membudayakan sikap seperti munafiq ini. Agar terdidik dengan amalan mulia dan akhlak yang murni.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐏𝐚𝐝𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚.}- sesungguhnya Allah s.w.t menyaksikan bahawa mereka itu bohong. Kita manusia tidak tahu apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahunya.

Tetapi Allah s.w.t beritahu beberapa sifat mereka yang dapat orang mukmin cam dan kesan melalui hadis Rasulullah s.a.w ini:
"Jika bercakap selalu berdusta, jika berjanji selalu mengingkari, jika diberikan amanah kepercayaan akan khianat, dan jika memusuhi melampaui batas." (HR. Al-Bukhari).

Ayat ini juga menjadi dalil bahawa benarnya Rasulullah s.a.w kerana Allah s.w.t memberitahunya perkara yang ghaib dan menjadi saksi akan pembohongan golongan munafiq ini!

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟐- {𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚! 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐢𝐡𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡), 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚;}- Allah s.w.t nyatakan bahawa golongan munafiq itu tidak akan sekali-kali menolong, membantu atau bersama membela golongan yahudi itu!!

Andainya mereka keluar sungguh pun, mereka hanya akan berlakon dan sekadar tunjuk muka kemudian akan lari berpaling meninggalkan kaum yahudi itu, demi menjaga diri mereka!
Inilah sifat dan tabiat mereka yang sebenarnya, pengecut, pembohong dan pendusta.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟑- {(𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚) 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 - 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, - 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡;}- melalui ayat ini Allah s.w.t beri khabar gembira kepada Rasulullah s.a.w bahawa Allah s.w.t akan menolong Baginda dengan mencampakkan perasaan takut ke dalam hati musuhnya!

Ini adalah antara sifat hebat & mukjizat Rasulullah s.a.w.
Hadis dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Aku telah diberi pertolongan oleh Allah dengan rasa takut (الرغب) yang dicampakkan di dada-dada musuh aku dalam masa sebulan perjalanan. [HR Bukhari].

Kata ulama': Kamu takutkan orang munafiq itu dengan manusia manakala orang mukmin itu ditakutkan dengan Allah s.w.t!

*Ini kerana orang mukmin beriman kepada Allah tetapi munafiqin itu tidak beriman.

Ini kerana orang yang betul-betul faqih dan faham agama itulah orang yang takut kepada Allah s.w.t daripada melakukan maksiat & kemungkaran kepada Allah s.w.t.

Jika setakat sesama manusia atau pengikutnya yang menabal dan memberi gelaran yang hebat-hebat ini, tetapi amalannya tidak ikut Sunnah dan ajaran Nabi s.a.w, maka itu adalah satu gelaran yang tidak berpijak di bumi yang nyata!

5. A𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟑- {(𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚) 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 - 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, - 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡;}- Rasulullah s.a.w lebih ditakuti oleh munafiqin dalam hati mereka, lebih daripada Allah Azza wa Jalla.

Sepatutnya semua makhluk ini takut kepada Allah s.w.t. Apabila kita kenal dan beriman kepada Allah, sifat takut akan lahir dari hati kita kepada Allah!

Tetapi kerana munafiqin ini tidak beriman, jadi cahaya keimanan tiada dalam harti mereka, mereka tidak takut kepada Allah, tetapi takut kepada manusia!

Inilah yang kita bimbangkan sekarang; kita takut kepada sesama manusia lebih daripada kita takut kepada Allah! Maka kita akan termasuk dalam sifat munafiqin!

Baca al-Quran tidak menangis, dengar ayat-ayat tentang azab tidak gerun; tetapi apabila manusia datang gertak sikit- terus kita kecut menggigil!

Takut kepada Allah (خشية) itu di dalam hati kita iaitu pergantungan dalam hati kepada Allah & kuasa-Nya.

Manakala takut biasa atau tabi’i (خوف) tidak salah dan normal- seperti takut kepada binatang buas, takut kepada api, takut kepada benda tertentu- ini tidak salah dan bukan syirik!

Begitu juga meminta tolong sesama makhluk dalam urusan dunia juga bukan syirik seperti berjumpa doktor, minta orang baiki kereta, minta buat rumah, minta duit dengan bapa, minta makanan dengan ibu dan seumpamanya, hanya orang yang kurang akal dan lemah iman sahaja tidak akan dapat membezakan akan dua perkara ini!

Semoga kita termasuk dalam golongan mereka yang benar-benar takut kepada Allah s.w.t pada setia saat dan detik, di mana saja kita berada, tersembunyi atau ghaib!

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀

🎀
𝐌𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐃𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐞𝐦𝐛𝐨𝐤, 𝐍𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 & 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧.💎

♥  𝘿𝙧.𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 
𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙨𝙮𝙧 (06) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [14-17]♥

🎀 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang munafik dan yahudi yang hanya berani di sebalik tembok, atau hanya sebagai perancang disebalik tabir sahaja. Mereka tidak akan muncul di medan peperangan.

2. Walaupun pada zahirnya mereka nampak bersatu tapi hakikatnya hati dan batin mereka berpecah.

3. Allah buat bandingan janji kaum munafiq kepada kaum yahudi ini dengan janji syaitan kepada manusia yang dihasutnya.

4. Kita minta perlindungan dari Allah s.w.t dari terperangkap dengan janji syaitan serta segala janji dan hasutan buruk dari sesama manusia!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {(𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠-𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐭𝐞𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡, 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐛𝐨𝐤. (𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛𝐧𝐲𝐚): 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐬; 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐮, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚). 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 (𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚).} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟒)

1. Allah s.w.t nyatakan bahawa kaum yahudi dan munafiq itu tidak akan berani melawan dan memerangi Rasulullah s.a.w & kaum mukmin secara berdepan dan zahir. Melainkan dengan berlindung disebalik tembok kota dan kubu-kubu mereka yang teguh dan tebal itu!

2. Ini kerana mereka takut kepada Rasulullah s.a.w dan kaum mukmin serta memang sifat mereka yang penakut dan pengecut.

*Hatta ke hari ini mereka akan sentiasa menggunakan proxy dan tali-barut di mana saja untuk menjalankan agenda mereka untuk merosak dan melemahkan umat Islam.
Ini supaya manusia terpedaya menerimanya dan tidak tahu mereka dalangnya.

3. Allah juga nyatakan mereka tidak akan bersatu secara hakiki kerana 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐬; mungkin hanya berpakat dari segi teori kerana matlamat yang sama, yakni secara zahir sahaja.

4. Manakala secara batinnya, iaitu hati mereka berpecah-belah 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 dan tujuan yang ingin dicapai. Walaupun pada mulanya matlamat yang sama untuk melawan Islam tetapi matlamat dan tujuan yang ingin dicapai selepas itu tidak sama.

5. Maka mereka akan mudah berbalah dan berpecah, kesatuan mereka tidak teguh dan mudah goyah!
Walaupun kita nampak luarannya seolah mereka bersatu!

6. Inilah pentingnya bagi kita umat Islam mempunyai kesatuan ummah!
Kena ada kekuatan dan keimanan yang kuat, berpegang pada al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w. Dasar kena jelas dan sahih serta memiliki agenda dan ideologi yang sama!

7. Terjadinya perpecahan dan bermusuhan, bercelarunya kesatuan ini kerana ada agenda pribadi tersendiri juga kerana mereka tidak fikir akan akhir kesudahan sebenar yang dikehendaki!

**Jika kita tengok yahudi di Palestin yang mempunyai kekuatan dan senjata yang canggih tetapi tetap tidak dapat mengalahkan rakyat Palestin yang hanya mengunakan batu dan tali!

8. Maka kita kaum muslimin pun jika tidak ambil iktibar, jika masih tidak bersatu dan berbalah sesama sendiri; maka nasib kita juga akan sama sepertimana yang Allah gambarkan akan keadaan orang kafir ini!

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟓- {(𝐊𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 𝐢𝐭𝐮) 𝐬𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐮 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 (𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤).} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟓)

1. Allah gambarkan keadaan munafiq & yahudi bani Nadhir ini seperti kaum yahudi dan kafir Quraisy sebelum ini.

2. Iaitu mereka telah mendapat bala di atas dunia ini:
i- kaum musyrikin Quraisy Makkah yang telah dihina Allah s.w.t dengan kekalahan dan maut para pembesar mereka dalam peperangan Badar.

ii- Yahudi Bani Qainuqa' yang telah merasai akibat yang buruk di dunia in kerana sikap kufur mereka, dihalau keluar dari Madinah.

3. Selepas itu mereka juga akan 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤 selepas penghinaan atas dunia ini!

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟔- {(𝐒𝐢𝐤𝐚𝐩 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 (𝐬𝐢𝐤𝐚𝐩) 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚: "𝐁𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮!" 𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫 (𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛), 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚: "𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐚𝐥𝐚𝐦!"} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟔)

1. Allah gambarkan sikap penghasut kaum munafiq ini seperti sikap syaitan yang menghasut manusia supaya kufur dan ingkar kepada Allah!

2. Kemudian apabila manusia itu kufur, syaitan lari dan berkata pula: 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮.

3. Begitulah keadaan munafiq itu yang berjanji dan bersumpah dengan pelbagai janji manis untuk membela dan menolong kaum yahudi itu, menghasut supaya mereka menentang Rasulullah s.a.w! Tetapi apabila tiba saatnya mereka lari berlepas diri meninggalkan yahudi sendirian.

4. Syaitan yang jahat ini berkata lagi: “K𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐚𝐥𝐚𝐦!"
Yakni syaitan berlepas diri dari perbuatan buruk mereka yang mengikutnya; kerana dia takut kepada Allah kononnya!

5. Kata Ibnu Atiyah rhm. - kata-kata syaitan ini hanya menunjukkan sikap riya’ dan bermuka-muka ia sahaja- bukan aqidah yang ia beriman sebenarnya!

🌺*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟕- {𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚, 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤-𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟕)

1. Kedua kumpulan ini (syaitan dan manusia yang kufur & munafiq) balasannya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya.

2. Ini kerana mereka adalah makhluk yang zalim, maka itulah balasannya.

3. Kenapa dikatakan mereka makhluk yang zalim?
Ini kerana zalim itu ada dua:
i- zalim kepada diri sendiri- kezaliman yang paling besar ialah syirik kepada Allah s.w.t. Mereka ini zalim kerana syirik kepada Allah s.w.t, kerana itu mereka akan kekal di dalam neraka.

ii- zalim kepada sesama manusia- samada dia seorang muslim atau seorang kafir. Juga akan mendapat pembalasa yang setimpalnya di akhirat kelak!

4. Munafiq amali ini amat banyak iaitu bersifat seperti munafiq walaupun pada asasnya dia beriman- khianat dalam amanah, berbohong berjanji palsu dan lain-lain sifat buruk!

5. Zalim kepada diri sendiri juga ialah berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t walaupun hatinya beriman!

🎀 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {(𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠-𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐭𝐞𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡, 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐛𝐨𝐤.}- dalam ayat ini kata ulama' menunjukkan bahawa peperangan itu ada dua kategori.

i- Peperangan secara amali dan zahir- naik kuda dan bawa senjata.

ii- peperangan disebalik tabir- iaitu buat strategi dan komplot jahat sebagai perancang tetapi dia berselindung disebalik tabir atau kubu.

Kata ulama': Kuda lebih baik daripada tembok atau dinding-dinding kubu!

Kerana itu pejuang Islam itu menaiki kuda dan berperang secara berdepan; tetapi puak yahudi hanya berselindung disebalik kubu mereka! Inilah orang yang penakut dan dicela oleh Allah s.w.t sebagaimana dalam ayat ini.

Betapa ramai pada hari ini puak kafir dan yahudi melantik orang Islam sendiri (yang ada sifat mazmum) sebagai proxy mereka dalam melawan dan melemahkan sesama Islam. Sebagai jurucakap bagi pihak mereka dalam menyebar dakyah dan propaganda mereka.

Kita dapat lihat dari ayat ini bahawa perbuatan disebalik tabir adalah satu perbuatan yang dikeji dan dikecam. Kerana master-mind itulah yang jahat dan memainkan peranan sebenarnya. Mereka ini adalah penakut dan dicela oleh Allah s.w.t!

Satu perjuangan yang mempunyai dasar yang jelas dan kukuh, seperti demi agama dan kebaikan yang telus. Insya' Allah ia adalah satu perjuangan yang mantap dan kesatuan yang utuh!

Perjuangan yang tiada dasar yang kukuh tidak akan berjaya, walaupun kita lihat mereka seolah bersatu dan tenang tetapi sebenarnya mereka berpecah kerana tujuan mahukan kebendaan dan duniawi.

Kata cerdik-pandai: Sebagaimana kita lihat itik yang berenang di atas air, nampak tenang, tetapi jika kita nampak kakinya di bawah air, betapa susahnya ia menguis-nguis dan berkayuh berenang tanpa diam untuk tetap terapung.

2. {(𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛𝐧𝐲𝐚): 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐬; 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐮, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚).}
- ayat ini mendidik umat Islam agar bersatu dan jangan berpecah. Jika kita bersatu sahaja secara zahir tetapi hati masih tidak sehaluan dan bersatu tetap tiada faedah dan tidak akan membawa kejayaan.

Jika tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, badan bersama tetapi hati tidak bersatu adalah asas kepada kerosakan dan perpecahan.
Bahkan akan menjadi sebab kepada tewas dalam masa terdekat kerana kesatuan kita rapuh dan lemah.

Kata Qatadah rhm. dalam menafsirkan ayat ini:
Begitu juga orang yang berpegang dengan landasan yang batil; walaupun berbeza dalam ideologi, manhaj, pegangan dan hawa nafsu mereka – tetapi ingat mereka boleh bergabung untuk menentang umat Islam, iaitu dalam memerangi satu pegangan yang sahih seperti Islam!

Begitulah juga puak ajaran sesat yang berbeza-beza- mereka boleh bersatu untuk menyekat ajaran Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih. Pebagai gelaran dan tuduhan buruk yang dibuat- semata-mata untuk menyekat penyebarannya.

Kerana itu Rasulullah s.a.w amat menekankan umat Islam untuk menyamakan saf-saf solat mereka. Ini kerana ia akan menunjukkan ketidaksamaan dan tidak bersatunya hati kamu!

Hadis:
i- Daripada al-Nu’man bin Basyir R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ

Maksudnya: “Luruskanlah saf kamu atau Allah akan memalingkan wajah-wajah di antara kamu.” [Riwayat al-Bukhari (717)]

ii- Daripada Abu Mas’ud RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah S.A.W memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.” [Riwayat Muslim (432)]

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {E𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐮, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚).} – ulama' kata sebab yang paling kukuh untuk menganyang umat Islam apabila hati mereka tidak bersatu & bersama lagi!

Apabila hati tidak bersatu- maka kita akan mudah kecundang, kekuatan akan hilang bahkan negara juga akan jatuh!
Jika tidak ambil iktibar akan kejatuhan umat Islam sebelum ini kita akan jatuh sekali lagi!

Sebab atau punca merebaknya penyakit ini dalam umat Islam kerana mereka tidak guna akal untuk berfikir dan ambil iktibar kesan-kesan apa yang telah berlaku ke atas umat Islam sebelum ini.

Apabila berpecah orang lain akan menguasai, maka mereka telah jatuh dan ditawan akibat perpecahan sesama sendiri!

Kita akan lihat karenah yang dibuat oleh orang bukan Islam, apabila dia nampak orang Islam lemah dan berlembut, mereka akan bangun bangkit menuntut yang bukan-bukan!
Hatta golongan LGBT pun sudah minta diiktiraf dalam Malaysia ini!

Kita mohon kekuatan dan bantuan dari Allah s.w.t agar kembalikan kesatuan ummah agar kita dapat kekuatan untuk melaksanakan Syari’ah Allah s.w.t atas muka bumi ini & kesatuan ummah!

Tidak ada faedah dengan kekuatan jika hanya tubuh bersatu tetapi hati tidak bersatu!

Tetapi jika hati bersatu walaupun tubuh berbeza- semuanya mencintai Islam, mencintai Sunnah ia akan jadi mudah & kuat.
Hadis- Rasulullah s.a.w: Jiwa seolah tentera yang satu.

Dari UM Aisyah r.a., katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Ruh (Jiwa) itu bagai tentera yang berbaris. Mana yang bersesuaian berdampinganlah dia dan mana yang bertentangan berjauhanlah ia.” [HR Bukhari].

Kata Imam Ahmad bin Hanbal rhm.: Aku ada sahabat-sahabat yang aku berjumpa dengannya hanya setahun sekali- tetapi aku lebih percayainya daripada orang yang aku temui setiap hari!

Ini kerana apabila hati itu bersama dalam pegangan & perjuangan, kita akan lebih percaya kepadanya berbanding dengan orang lain yang setiap hari bersama kita.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {E𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐮, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚).}- macamana kita tahu ini? Sedangkan nampaknya mereka kuat bersatu?

Jawapan: Walaupun pada zahirnya mereka nampak bersatu tetapi hakikatnya tidak! Ini kerana pandangan mereka berbeza-beza, matlamat mereka juga berbeza walaupun pada asasnya seolah bersatu, hanya luaran saja!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟔- {(𝐒𝐢𝐤𝐚𝐩 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 (𝐬𝐢𝐤𝐚𝐩) 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚: "𝐁𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮!" 𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫 (𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛), 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚: "𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮,}- Allah s.w.t bandingkan sikap munafiq ini seperti sikap syaitan yang menghasut dan menggoda manusia supaya kufur dan ingkar.

Syaitan berjanji macam-macam kepada manusia tapi bila manusia sudah jadi kufur dan ikut hasutannya, dia akan tinggalkan manusia itu kerana kerjanya untuk merosak dan menyesatkan manusia sudah selesai.

*Sama seperti kaum munafiq yang menjanjikan bermacam pertolongan dan pembelaan kepada kaum yahudi, tetapi apabila tiba masanya mereka akan lari belot meninggalkan yahudi sendirian menghadapi hukuman Rasulullah s.a.w & kaum muslimin.

Kata ulama': Syaitan ini akan tinggalkan manusia apabila manusia amat berharap dan berhajat kepada pertolongannya!

Maka kitapun atas dunia ini, apabila mencari kawan- carilah yang seperjuangan dan sehaluan. Kawan yang akan sentiasa ada bersama kita ketika susah atau senang.
Yang menasihat kepada kebaikan bukan menghasut ke arah keburukan!


Kata ulama': Antara sikap kawan yang buruk ialah kita kena minta dia untuk doakan kita! Yakni sehingga peringkat kita kena minta tolong dia untuk bantu kita apabila berada dalam kesusahan!

Jangan lupa untuk sentiasa membaca doa dari ayat 10 ini:

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّۭا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu".

🎀𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


No comments:

Post a Comment