𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚, 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 & 𝐊𝐞𝐚𝐠𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧.

𝘿𝙧.𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞
𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙨𝙮𝙧 (07) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [18-21]

𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t arahkan untuk kita supaya jangan sibuk-sibuk lagi, perangai yahudi dan munafiq telah didedahkan, maka kamu jauhi sifat buruk itu serta bertaqwalah kepada Allah.
2. Juga agar sentiasa membuat persiapan, bekalan untuk hari kematian. Ini kerana akhirat adalah tempat menerima balasan bukan untuk mencari bekalan lagi!
Sesiapa yang yakin dia akan mati dan bertemu dengan Allah s.w.t maka persiapan rapi perlu dibuat semasa atas dunia ini.
3. Allah menyatakan tentang keagungan Al-Quran yang jika diturunkan ke atas bukit, bukitpun akan pecah! Tetapi masih ada hati manusia yang keras tidak terasa apa-apa dengan al-Quran yang diturunkan.
4. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t telah mendedah dan membongkar perangai munafiq; bohong, khianat, janji palsu dan lain-lain.
*Maka dalam ayat-18 ini Allah s.w.t kembali semula kepada orang mukmin untuk mencari jati diri agar bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla. Carilah jalan-jalan yang boleh melembutkan hati dan berhati-hatilah akan segala sifat yang boleh mengundang bala dan kemurkaan Allah s.w.t!
ii- Dalam ayat yang lepas juga Allah s.w.t menyebut beberapa nikmat-Nya iaitu antaranya ialah kemenangan puak Islam mengalahkan orang yahudi yang didokong oleh puak munafiqin.
Allah s.w.t telah berikan kepada golongan Muhajirin dan mereka yang miskin lain harta al-Fai’ iaitu harta peninggalan bani an-Nadhir itu. Ini adalah manfaat dan faedah duniawi.
*Sekarang adalah manfaat ukhrawi pula; Manfaat untuk Akhirat kita mesti buat bekalan jangan kita main-main kerana perjalanan kita itu jauh!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟖- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚); 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐥-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐞𝐬𝐨𝐤 (𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭). 𝐃𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐢𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧): 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟖)
1. Seruan dan arah pertama kepada orang beriman agar bertaqwa kepada (ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ) Allah s.w.t iaitu dengan: Meninggalkan larangan Allah dan mengerjakan suruhan-Nya.
2. Arahan kedua ialah untuk kita muhasabah (وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ) - audit periksa diri kita sendiri, apa amalan dan kebaikan yang telah kita buat dan sediakan untuk bekalan hari Akhirat.
Apa persiapan kita untuk bertemu dengan Allah s.w.t esok (غَدٍۢ).
*Ini kerana surat amalan yang akan kita baca kelak- kita sendirilah penulisnya!
3. Kenapa Allah s.w.t sebut esok (غَدٍۢ)?
Ini kerana hari itu ada dua sahaja iaitu sekarang atau hari ini ialah hari dunia. Manakala esok bermakna hari Akhirat, bukan esok yang selepas 24 jam dari hari ini.
4. Sekali diingatkan agar kita bertaqwa- mencari keredhaan Allah, carilah buatlah apa saja yang dapat menolong dan menyelamatakan kita di akhirat kelak!
5. Ingatlah Allah s.w.t mengetahui semua perkara apa yang kamu kerjakan, ilmu-Nya segala sesuatu yang zahir atau batin!
Allah tahu semua perbuatan kita, akan dicatat oleh malaikat kemudian didedahkan di akhirat esok. Tiada lagi alasan dan auta- segalanya akan telus dan terperinci.
6. Jangan jadi seperti golongan munafiq yang semasa di akhirat pun masih mahu menipu lagi di depan Allah s..w.t!!!
*Maka jangan dinormalisasikan pembohongan dan penipuan dalam masyarakat kerana ia adalah sesuatu sifat yang amat bahaya, sifat munafiq yang dicela.

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐚𝐦𝐚𝐥-𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧) 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 - 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟏𝟗)
1. Ini adalah arahan atau peringatan yang ketiga- Perhatikan hidup kita ini, jangan hidup dalam kumpulan yang lagha dan lupa kepada Allah s.w.t, lupa untuk berzikir kepada-Nya.
2. Jangan lupa untuk menunaikan perintah dan hak Allah iaitu segala 𝐚𝐦𝐚𝐥-𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, seperti solat dan lain-lain- serta meninggalkan segala yang maksiat yang dilarang-Nya.
3. Jangan sampai Allah s.w.t lupakan kita juga maka kita akan menjadi orang yang rugi dan celaka! Atas dunia tidak dapat kebaikan, pahala untuk akhirat juga akan terlepas dan hina!
4. Allah nyatakan dengan jelas bahawa: Mereka yang lupa kepada Allah, lupa kepada kebaikan diri sendiri itulah 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 – 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 kepada Allah s.w.t.
*Yakni keluar dari ketaatan kepada kederhakaan dan mungkar serta maksiat!

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚; 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧𝐢).} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟐𝟎)
1. Setelah dicuit agar kita muhasabah diri kita selalu serta amaran kepada kafir agar jangan jadi manusia yang lupa diri: Allah s.w.t nyatakan bahawa sekali-kali t𝐢𝐝𝐚𝐤 akan 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚; tidak terbanding lansung!
2. Yakni supaya kita fikir dan pilihlah apa yang kamu mahu, mahu jadi ahli syurga atau ahli neraka? Jika mulut sahaja menjawab pasti semua akan mengatakan mahu syurga! Tetapi apakah perbuatan dan amalan kamu seiring dengan keinginan dan jawapan kamu?
3. Firman Allah s.w.t ini menafsirakan ayat ini:
{(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".} (As-Sajdah 32: 18-20)
4. Ini kerana 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 iaitu terlepas dari azab dan 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 nikmat 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧𝐢, yang tidak terbayang.
6. Firman Allah s.w.t:
{Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.} (A-li'Imraan 3:185)
7. Ini adalah perbandingan yang tidak boleh dibanding! Cuma Allah s.w.t bawa bandingan ini untuk kita beringat, berhati-hati, berfikir, sentiasa muhasabah diri dan bertaqwa kepada Allah, agar tidak kerugian masa & tenaga untuk sentiasa membuat persiapan diri, untuk bertemu dengan Allah Azza wa Jalla.

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟏- {𝐒𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐠𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠, 𝐧𝐞𝐬𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐠𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐲𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐦𝐢𝐬𝐚𝐥-𝐦𝐢𝐬𝐚𝐥 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟐𝟏)
1. Kemudian Allah s.w.t buat bandingan lagi: Apa yang akan berlaku jika al-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 diturunkan 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐠𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠 yang besar atas dunia ini???
2. Allah nyatakan bahawa kamu akan 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐠𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐲𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.
3. Firman Allah s.w.t tentang kisah Nabi Musa a.s:
{Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku",
Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) "Tajalli-Nya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).} (Al-A'raaf 7:143)
4. Munasabah ayat:
i- Setelah Allah s.w.t terangkan tentang golongan yang kufur ingar dan setelah Allah memerintahkan orang yang beriman agar tetap melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya;
ii- lalu diberi misal perbandingan dengan al-Quran yang mengandungi berbagai pengajaran dan segala hidayah petunjuk dan – yang jika diturunkan ke atas gunung, dan gunung itu diberi akal fikiran untuk memahami isi kandungannya, pasti gunung itu akan khusyuk serta hancur terbelah kerana gerun takut akan kemurkaan Allah jika ia cuai tidak mampu untuk menunaikan perintah-Nya.
Tetapi bagaimana dengan hati manusia yang masih keras membatu untuk menerima arahan Allah s.w.t dan keras dalam melakukan ketaatan!
*Kenapa hati manusia ini keras?
Kerana kita tidak tadabbur al-Quran, tidak teliti kepada makna dan isinya dan ambil perhatian apa yang Allah mahu beritahu kepada kita. Kita tidak ambil iktibar dan pengajaran dari al-Quran. Jka baca pun hanya baca tanpa fahaman dan tadabbur yang betul. Maka tidak akan dapat manfaat dan pengajaran yang sepatutnya dari al-Quran!
5. Firman Allah s.w.t:
{Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.} (Al-Baqarah 2:74)
6. Makhluk-makhluk ciptaan Allah semuanya beribadat dan takut kepada Allah serta benci kepada manusia yang buat maksiat dekat mereka.
7. Tujuan Allah s.w.t bawa bandingan, contoh-contoh dan 𝐦𝐢𝐬𝐚𝐥-𝐦𝐢𝐬𝐚𝐥 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 dalam al-Quran 𝐢𝐧𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 lalu ambil pengajaran!

𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟖- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡..}- ayat ini menunjukkan galakan kepada bertaqwa kepada Allah s.w.t dan arahan untuk bersegera dalam beramal hatta digunakan feel madhi (مَّا قَدَّمَتْ) (فعل الماضي) yang telah lepas. Supaya kita bersegera buat amal seolah dah terjadi, jangan tangguh-tangguh lagi! Yang lepas adalah apa yang kita milik yang akan datang kita tidak tahu lagi!
Apa yang telah kamu buat, apa yang telah kamu beramal untuk hari akhirat? Yakni wajib kita kaji dan muhasabah diri kita, jika ada kelemahan dan kekurangan segera baiki dan baik-pulih! Baiki apa yang tak kena, tambahkan apa yang kurang!
Manusia bahagia bila dapat mencari kelemahan dirinya sendiri.
Manusia celaka mencari kelemahan orang lain untuk disebar dan ditularkan!
Jangan dok berbalah dengan orang, cari kekurangan orang lain TETAPI berbalah dengan diri kita sendiri, cari kelemahannya untuk dibaiki!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟖- {𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐥-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐞𝐬𝐨𝐤 (𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭).}- makna esok (غدا) ini bukan hari esok yang 24 jam selepas hari ini!
Tetapi ertinya adalah hari yang berbeza, hari lain. Hari ini adalah hari dunia sekarang ini manakala esok adalah hari lain iaitu hari Akhirat.
ini kerana Allah s.w.t mahu gambarkan kepada kita bahawa hari Kiamat itu dekat dengan kita, tidak lama lagi.
Allah s.w.t suruh kita buat persiapan untuk hari esok, hari Kiamat yang akan datang tidak lama lagi. Maka ini akan menggerakkan hati kita untuk bersegera beramal dan banyak membuat persiapan yang sepatutnya! Kerana kita tahu esok akan datang!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚; – ayat ini memberi peringatan buat manusia yang lupa!
Iaitu lupa untuk untuk berfikir, membuat pebandingan, kajian dan pengajaran. Maka kita akan tersentap dan bersegera ambil perhatian!
Ayat ini juga menafikan bahawa tiada persamaan lansung antara orang mukmin dan orang kafir- atau ahli syurga & neraka!
Sebagaimana dalam surah as-Sajadah tadi juga- tidak sama! Maka kita cari dan pilihlah yang terbaik!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟏- {𝐒𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐠𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠, 𝐧𝐞𝐬𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐠𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐲𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.}- ayat ini memberi arahan kepada kita agar sentiasa memerhatikan nasihat-nasihat bimbingan dalam al-Quran!
Ia juga memberi amaran bahawa tiada alasan untuk manusia yang beriman untuk tidak mengkaji dan tadabbur al-Quran.
Kamu manusia yang ada akal ada otak; kenapa tidak mahu tadabbur al-Quran, berfikir dan ambil pengajaran dari al-Quran yang diturunkan kepada kamu.
Maka Allah buat bandingan bukit atau gunung yang begitu besar dan keras itu, jika turun al-Quran ke atasnya akan hancur dan khusyuk kerana takutkan Allah s.w.t!
Tetapi malangnya jika hati manusia yang kecil dan lemah ini, apabila mendengar ayat al-Quran tidak memberi kesan, maka amat rugi sekali!
Maka supaya hati kita yang kecil dan lemah ini tidak keras dan menjadi lembut, sentiasalah menghayati nasihat yang terdapat dalam al-Quran, buat kajian tadabbur tentang isi kandungannya.
Boleh dengar kuliah AAM tentang bagaimana ulama'-ulama' bertadabbur al-Quran- AAM 2022 Bersama Al-Quran:
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟏- {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐦𝐢𝐬𝐚𝐥-𝐦𝐢𝐬𝐚𝐥 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚.}– ayat ini sekali lagi memberi arahan supaya kita tadabbur al-Quran, memahamai al-Quran dan berfikir sentiasa.
Kata seorang ulama' salaf al-Hasan al-Basri: Wahai anak Adam. Jika syaitan datang membisik-bisik keraguan dan hasutan kepada kamu, membuat was-was; maka bacalah ayat al-Quran ini!
Bukit pun boleh pecah kerana takutkan al-Quran takkan hati aku yang kecil dan lemah ini tidak terkesan dengan al-Quran, tidak boleh takut kepada Allah s.w.t!
Ini supaya kita berfikir dan muhasabah, apabila lihat kepada gunung dan bukit; ambik iktibar & pengajaran, bukan hanya sekadar pergi berkelah semata.
Ya Allah! Jadikan kami orang yang berfikir, orang yang tadabbur al-Quran, orang yang takut kepada Allah maka akan buat segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐣𝐢 𝐙𝐚𝐭-𝐍𝐲𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 & 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐁𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐍𝐚𝐦𝐚-𝐍𝐲𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡.
𝘿𝙧.𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞

𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙨𝙮𝙧 (08) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [22-24]
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah S.W.T Memuji Zat-Nya Yang Maha Mulia dengan menyebut beberapa nama-Nya Yang Maha Indah (ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ) untuk kita hayati, untuk kita mengenali Allah s.w.t.
2. Ini kerana cara untuk kita mengenal Allah melalui 3 cara:
i- melalui nama-nama-Nya yang Indah (ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ).
ii- melalui sifat-Nya yang Maha Tinggi (صفات الله العلا).
iii- melalui makhluk-Nya yang dicipta-Nya.
2. Munasabah ayat: Dalam surah al-Hasyr ini sahaja, Allah s.w.t sebut nama-nama Allah, dhamir-dhamir-Nya dan sifat-nya sebanyak empat puluh (40) kali. Ada 24 kali yang disebut nama-Nya yang khas iaitu Allah (الله), serta 16 kali dhamir yang zahir & sifat-Nya yang Maha Tinggi.
3. Jadi surah ini mengandungi dalil-dalil yang menunjukkan kepada keagungan, Kekuasaan Allah s.w.t dan keindahan Penciptaan-Nya yang penuh hikmah dan kebijaksanaan!
4. Dalam nama dan sifat ini cara yang berbeza untuk kita guna & tafsirkannya, yang sesuai dengan semua keadaan.
Contoh- bila iman kita lemah kita ingat sifat Allah yang Maha Gagah Perkasa.
Bila orang buat zalim ingat kepada Allah Yang Mengawas dan Maha Mengetahui.
Bila buat salah dan maksiat ingat sifat Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
** Apabila kita mahu berdoa tengok suasana & keperluan!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟐- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐡𝐚𝐢𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚; 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐫𝐚𝐡, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟐𝟐)
1. Yakni hanya Allah Tuhan sebenarnya yang layak & wajib disembah! Selain darinya adalah batil dan paslu. Tidak Tuhan melainkan Allah Azza wa Jalla.
2. Allah perknalkan diri-Nya sebagai 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐡𝐚𝐢𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚 (عَـٰلِمُ ٱلْغَيْبِ).
3. Firman Allah s.w.t:
{Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.} (Al-An'aam 6:59)
4. Kemudian Allah perkenalkan diri-Nya sebagai:
i- 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐫𝐚𝐡 (ٱلرَّحْمَـٰنُ), bahawa Allah bersifat dengan rahmat kepada semua makhluk-Nya, manusia yang kafir atau beriman, haiwan dan semuanya!
ii- 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢 (ٱلرَّحِيمُ), yakni Allah mengasihani ini khas kepada orang yang beriman.
5. Kata Abu Sulaiman al-Khattabi rhm.:
i- rahmat- meliputi semua: kafir atau mukmin dapat semua rahmat & rezeki dari Allah s.w.t atas dunia ini.
ii- rahim atau kasih sayang khas untuk orang mukmin sahaja,
* Ada juga yang kata sifat rahim khas untuk orang mukmin di akhirat kelak.
6. Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a, katanya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
جَعَلَ اللَّهُ الرَّحْمَةَ مِائَةَ جُزْءٍ فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ وَأَنْزَلَ فِي الأَرْضِ جُزْءًا وَاحِدًا فَمِنْ ذَلِكَ الْجُزْءِ تَتَرَاحَمُ الْخَلاَئِقُ حَتَّى تَرْفَعَ الدَّابَّةُ حَافِرَهَا عَنْ وَلَدِهَا خَشْيَةَ أَنْ تُصِيبَهُ
Allah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya. [Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no: 2752]
Hadis ini memberi kita harapan untuk mengharapkan rahmat & keampunan dari Allah s.w.t di akhirat kelak!
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟑- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 (𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦); 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧); 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐬; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐭 (𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚-𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚); 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚. 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟐𝟑)
1. Allah perkenalkan diri-Nya sebagai:
i- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦 (ٱلْمَلِكُ ُ).
Allah adalah Pemilik & Penguasa seluruh alam ini. Allah mmpunyai kuasa mutlak atas dunia dan akhirat kelak! Allah bagi pinjam kekuasaan ini kepada manusia sebagai penguasa atas dunia ini, ada yang baik ada yang zalim, ada yang mukmin ada yang kafir, ada yang soleh & toleh!
Huraiannya sebagaimana firman Allah s.w.t ini:
{Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.} (A-li'Imraan 3:26)
ii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 (ٱلْقُدُّوسُ)- Allah yang Maha Suci dan murni dari segala kekurangan dan kelemahan.
Hadis- riwayat dari Ubai bin Ka’ab r.a bahawa Rasulullah s.a.w sentiasa membaca doa ini selepas solat malam (witir).
{ سُبْحَانَ الـمَلِكِ القُدُّوسِ}
sebanyak tiga kali.
*Manakala dalam rukuk & sujud selepas bacaan biasa boleh ditambah bacaan ini:
{ سبُّوح، قدُّوس، ربُّ الملائكة والرُّوح}
[HR Muslim].
iii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 (ٱلسَّلَـٰمُ) - selamat 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 dan penyakit keaiban.
Hadis- Kata Thauban r.a: Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat dan memberi salam- Baginda beristighfar 3 kali, أستغفر اللَّه
kemudian membaca zikir ini:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ
"Ya Allah, Engkau adalah Zat yang mempunyai kesejahteraan, dari-Mu kesejahteraan itu,
Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan."
*Kita bacalah zikir-zikir dan bacaan selepas solat seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. jangan keliru dan baca bermacam-macam yang lain yang tidak warid dari Nabi s.a.w.
iv- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐧 (ٱلْمُؤْمِنُ)- Allah yang memberi keamanan kepada kita. Alhamdulillah kita bangun dari tidur boleh bangun, ke masjid ke tempat kerja dengan aman. Tiada yang boleh memberi keamanan selain dari Allah s.w.t!
Allah telah membenarkan rasul-rasul-Nya dengan memberi mereka mukjizat, memberi keamanan kepada orang mukmin dengan pahala yang dijanjikan dan Allah telah memberi amaran kepada orang kafir jika nak aman & selamat kena beriman.
Kata seorang ulama', az-Zajjaji rhm.: maksud (ٱلْمُؤْمِنُ) ialah pemberi keamanan itu Allah s.w.t. Allah beri keamanan kepada hamba-Nya yang beriman, selamat dari azab di akhirat kelak!
Juga bermakna Allah s.w.t yang benar, semuanya janji-Nya benar & ditunaikan!
v- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐬 (ٱلْمُهَيْمِنُ); Yakni Allah yang menyaksikan, yang menjaga, mengawas dan mengawal segala perjalanan hidup makhluk-Nya. Allah sudah atur lalu awasinya.
vi- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 (ٱلْعَزِيز); yakni Yang Maha Berkuasa dan yang sempurna kuasa-Nya, 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚-𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚, tiada yang boleh menyekat dan menghalang-Nya!
vii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐭 (ٱلْجَبَّار)- yakni yang boleh menjaga dan mengawasi semua makhluk-Nya, maka jangan cuba lawan jika tidak mahu binasa.
viii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 (ٱلْمُتَكَبِّرُ ۚ)- Allah Yang Agung dan Maha Besar, yang Maha Tinggi atas semua makhluk– tiada siapa yang dapat melawannya.
2. Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis qudsi:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُوْلُ: إِنَّ الْعِزَّ إِزَارِيْ وَالْكِبْرِيَاءَ رِدَائِيْ فَمَنْ نَازعنِيْ فِيْهِمَا عَذَّبْتُهُ -رواه مسلم
Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya izzah itu (الْعِزَ- kekerasan atau kemuliaan) pakaian Aku dan kibriya’ (الْكِبْرِيَاء -kesombongan/kemegahan) itu selendang dan perhiasan Aku. Sesiapa yang cuba menarik keduanya dari-Ku, maka baginya azab!” [HR Muslim].
*Yakni ini adalah dua sifat yang khas bagi Allah, sesiapa yang cuba bersifat begitu akan diazab!
2. Allah s.w.t tutup ayat ini dengan - 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐍𝐲𝐚. Tiada sekutu seperti yang didakwa oleh para kafir dan musyrikin.
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐝𝐚); 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐫𝐮𝐩𝐚 (𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤-𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤𝐍𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚); 𝐛𝐚𝐠𝐢𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐚-𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚-𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢; 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐍𝐲𝐚, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚.} (𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐲-𝐫 𝟓𝟗:𝟐𝟒)
1. Allah s.w.t perkenalkan lagi sifat-Nya- 𝐃𝐢𝐚-𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 yang mempunyai sifat-sifat ini:
i- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 (ٱلْخَـٰلِقُ ۖ)- tanpa contoh yang ada sebelumnya. Semua makhluk ini adalah ciptaan Allah s.w.t!
ii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 (ٱلْبَارِئُ)- 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐝𝐚, wujudnya makhluk ini. seperti kita manusia yang Allah tetapkan dilahirkan sekian hari.
iii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐫𝐮𝐩𝐚 (ٱلْمُصَوِّر)- Allah s.w.t membentuk rupa segala 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤-𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤-𝐍𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 rupa & bentuk 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢-𝐍𝐲𝐚. Warna kulit, tinggi rendah dan seumpamanya! Bukan mengikut yang kita hendak! Ada manusia yang ada kekurangan dan kecacatan sebagai ujian dari Allah s.w.t. bukan kerana Allah menzaliminya tetapi Allah nak tunjuk kekuasaan-Nya, Allah s.w.t yang pilihnya untuk membentuknya sebagaimana yang dikehendaki. Tetapi setiap orang pasti ada kelebihannya yang Allah beri.
2. B𝐚𝐠𝐢 Allah-𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐚-𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚-𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚. Hadis- diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
إن للهِ تسعةً وتسعين اسمًا ، مائةً إلا واحدًا ، مَن أحصاها دخلَ الجنةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah S.W.T sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga”. [HR Bukhari & Muslim].
*Yakni bukan sekadar hafaz tetapi faham & beramal dengan maksud isi kandungannya akan masuk syurga!
4. Kita ahli Sunnah mengatakan nama Allah s.w.t tidak terhad setakat 99 ini sahaja, kerana ada nama yang Allah sebut dan ajar kepada kita, tetapi ada yang tidak. Tetapi yang kita kena tahunya cukuplah 99 ini.
5. Semua makhluk 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 b𝐞𝐫𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 memuji 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 Allah s.w.t.
6. Tasbih ada 2 dimensi:
i- tasbih kauni- semua makhluk bertasbih kepada Allah samada yang kafir atau mukmin.
ii- tasbih Syari'i- hanya bagi orang mukmin, sahaja, orang kafir tidak akan bertasbih mensucikan Allah.
7. Allah juga Tuhan 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 tolak-𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐍𝐲𝐚 (ٱلْعَزِيز), 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚 (ٱلْحَكِيمُ).
8. Alhamdulillah tamatlah kita ayat-ayat dari surah al-Hasyr ini.
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟐- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐡𝐚𝐢𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚; 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐫𝐚𝐡, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢.}- Allah s.w.t perkenalkan diri-Nya dengan nama & sifat-Nya. Ayat ini menunjukkan kepada keesaan & keagungan Allah s.w.t dan terbatalnya segala syirik dan sekutu yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t!
Ayat ini menunjukkan kepada nama-nama Allah s.w.t, di mana wajib kita kenal Allah s.w.t melalui tig acara iaitu:
i- melalui nama-nama-Nya yang indah
(أسماء الحسنى)
ii- sifat-sifat-Nya yang Tinggiصفات الله العلى) ا). Terlalu banyak tidak terhingga sifat-Nya.
iii- melalui makhluk-makhluk-Nya yang Allah s.w.t minta kita perhatikan akan kejadian dan semua perjalanannya.
Semua yang Allah sifatkan dirinya dalam al-Quran & yang Nabi S.a.w sebut dalam hadis; Kita isbatkan nama-nama Allah s.w.t sebagaimana yang disebut Allah s.w.t dan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya dan apa yang telah ditafsirkan oleh para ulama' salafus-soleh.
Kita tidak boleh pandai-pandai sifatkan sendiri serta nafikan sifat yang Allah & Rasul telah sebut. Juga jika kita sebut (تعطيل) tetapi tak faham dan tak tahu apa-apa. Kita kena faham dan jelas tentang nama & sifat Allah s.w.t ini!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤; 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐝𝐚); 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐫𝐮𝐩𝐚 (𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤-𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤𝐍𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚);}- jika dilihat ayat ini seolah sama dan berulang tiga sifat ini!
Jawapan- TIDAK sama atau berulang sama sekali. Ia adalah tiga sifat yang berbeza dan ada makna yang berlainan walaupun ada kadar yang hampir sama.
i- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 (ٱلْخَـٰلِقُ ); yakni dari TIADA kepada ADA. Allah wujudkan kita- yakni buat dulu bahan-bahannya air mani atau tanah dan seumpamanya.
ii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 (ٱلْبَارِئُ)- yakni dicipta dari bahannya tanah atau api dan lain-lain. Seperti manusia dari air mani kita menjadi janin yang dikandung dalam rahim ibu kita iaitu 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐝𝐚;
iii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐫𝐮𝐩𝐚 (ٱلْمُصَوِّرُ)- yakni setelah ada janin itu diberi bentuk rupa yang pelbagai bentuk dan rupa. Warna, saiz, bentuk rupa dan seumpamanya!
Tiada boleh dibandingkan dengan segala sesuatu tetapi supaya kita nampak boleh kata yang mencipta bahan itu (kayu batu) Allah- yang reka plan itu arkitek, yang buat rumah itu tukang rumah!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {B𝐚𝐠𝐢𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐚-𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚-𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚;}- semua nama dan sifat Allah itu indah belaka dan tidak ada sebarang kekurangan!
Kita tidak boleh namakan atau sifatkan Allah s.w.t kecuali yang Allah sendiri atau Rasulullah saw sendiri sifatkan.
Kaedah ahli Sunnah wal-Jamaah- kita isbatkan (tetapkan) nama Allah s.w.t ini tanpa menyamakannya (fizikal) dengan makhluk dan tidak menyifatkannya atau menyifatkan-Nya seperti makhluk. (ولا تشبيه ولا تمثيل ولا تعطيل)
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {𝐛𝐚𝐠𝐢𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐚-𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚-𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚;} – bagi Allah nama yang Indah (أسماء الحسنى) & Sifat Allah s.w.t Yang Maha Tinggi (صفات الله العلا), tak boleh kita reka sendiri.
Ia mengandungi banyak makna dan nama-nama yang tersendiri. Ada nama yang boleh menjadi sifat atau mengandungi sifat, serta sebaliknya- tetapi tidak semua sifat itu boleh menjadi nama-Nya. Kita kena fahami dengan jelas tentang perkara ini dalam perbincangan khas tentang nya.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {B𝐚𝐠𝐢𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐚-𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚-𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚; 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢;}- semua nama dan sifat ini khas dan tertentu untuk Allah s.w.t.
Tetapi ada juga nama-nama dan sifat Allah ini ada yang boleh digunakan kepada makhluk-Nya dengan cara tersendiri. Seperti Allah sifatkan Rasulullah s.a.w dalam beberapa sifat tersendiri dan tertentu yang diambil dari nama atau sifat-Nya.
Firman Allah s.w.t:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang
{بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ}
terhadap orang-orang mukmin.} [At-Taubah 9: 128]
Manakala nama Allah yang khas seperti Allah dan lain-lain itu tidak boleh digunakan oleh manusia biasa kecuali ditambah perkataan hamba (Abdu- عبد) di hadapannya. Contoh- Abdullah, Abdul Basit dan lain-lain.
Alhamdulillah hari ini tamatlah pengajian tafsir surah al-Hasyr yang banyak memberi iktibar & pengajaran kepada kita!
Ya Allah; Berikanlah kami kekuatan untuk terus beramal dan belajar Kitab-Mu serta berpegang dengan Sunnah Nabi-Mu s.a.w.
Semoga kita mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah s.w.t!
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵, 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 17 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙐𝙡𝙖 1444𝙃 = 12/12/2022