Friday, August 20, 2010

'Memelas'/Simen bahagian luar rumah

simen2 yang terbaru

lepas bayar gaji dia buat takat 'copeng' tu je.. tak cukup kott..
simen lama yang tinggal
banyak ni je yang tak buat lagi
kat belakang.. dapur

Sunday, August 15, 2010

Petua atasi keletihan setelah seharian bekerja

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun
di tempat kerja, sudah semestinya petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada
puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya dijadikan amalan seharian.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang
kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan
seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi
menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku
ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik
untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-
ulang kalimah-kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya :- "Demi
Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai
kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali)
pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

INGAT, lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allah petunjuk
Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah
ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Sampaikanlah dakwah ini kepada keluarga dan saudara-saudara islam yang lain agar dapat
dimanfaatkan bersama dan ikhlaskanlah hati kita dalam menyampaikan dakwah ini kerana
Allah.

Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat menuainya. Tanamlah benih
yang baik semasa kita di dunia agar kita dapat memperolehi hasil yang baik juga di
akhirat sana. AMIN

Cuba teka?

Masih pasang siling kaki lima

 ? satu pembaziran.....
 ni gambar kelmarin
 the latest.. ptg tadi

Friday, August 13, 2010

Emas Dinar Kelantan

 souvenir..
 dinar&dirham. dari kiri; 1 dirham, 2 dirham dan last sekali 1/2 dinar.   
Pada 2 ramadhan, papa&mama sempat gi KTC tengok perasmian emas dinar kelantan. Punyalah ramai orang. Tak dapat tempat duduk. Souvenir tetap dapat... dapat beli beberapa dirham dan 1/2 dinar. 1 dinar habis. Tokey perusahaan kayu borong beli dinar dekat RM 1 Juta. Banyak juga kedai2 kat Kota Bharu yang involved guna dinar&dirham dalam bisnes mereka. Teringat cerita favourite abe.. P.Ramlee. Kira terer jugak dia dapat pikir kehadapan tentang penggunaan dinar&dirham.. Tentang kibar bendera sempena bulan kemerdekaan, rasa2nya nak kibar bendera Kelantan..

Thursday, August 12, 2010

Sambungan....

 rumah semalam

 syiling kaki lima

 syiling kaki lima

 pasang syiling kaki lima

 ruang tamu

 ruang tamu

 ruang makan2

 ruang keluarga

 dapur

 dapur

 bilik 1

 bilik 2

 bilik 3

Sehingga semalam, dalam rumah semua dah 'diplas' kecuali bilik air bilik utama

Terkini mengenai rumah....



Sebenar2nya buat blog ni supaya hubby dapat update perkembangan pembinaan rumah dari jauh...
So, untuk hari ni kita download photo dari mula2 rumah ni dibina. Start buat rumah dari bulan November 2009. Lambat betul siap.
Susah jugak nak upload gambar dalam blog ni. Sambung esok pulak..

Tapak rumah


Rangka