Sunday, January 1, 2023

61. TADABBUR SURAH AL SAFF AYAT 1-14 (TAMAT)

𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐊𝐚𝐡, 𝐈𝐧𝐭𝐢𝐬𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡, 𝐂𝐞𝐥𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐜𝐚𝐀𝐚𝐩 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐓𝐚𝐀 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐊𝐚𝐥 & 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐟 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

♥
 ð™‡ð™žð™«ð™š 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙄𝙚𝙣𝙞𝙣 24 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙐𝙡𝙖 1444𝙃 = 19/12/2022 
𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙚 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 𝘿𝙧.𝘌𝙗𝙪 𝘌𝙣𝙖𝙚 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 
 ð™ð™–𝙛𝙚𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘌𝙚-𝙎𝐚𝙛𝙛 (01) 𝘌𝙮𝙖𝙩 [01-04]
♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐚: https://fb.watch/hvnN0hAxSV/

🌷
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐊𝐚𝐡 Surah:

1. Surah As-Saff adalah surah ke-61 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah Al-Mumtahanah, dalam juz ke 29, mengandungi 14 ayat. Termasuk dalam kumpulan surah Mufassal (المفصل), iaitu surah yang pendek, iaitu sedikit ayatnya.

2. Sepakat para ulama’ (ijma’ ulama’) mengatakan surah ini Madaniiyyah, yakni turun di Madinah selepas hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
𝕹𝖆𝖒𝖆 𝕟𝖚𝖗𝖆𝖍:
1. Dinamakan surah ini sebagai:
i- Surah As-Saff - {الصف} yang bermakna barisan tentera yang berbaris ketika berperang.
Ini kerana pada ayat ke-4, Allah s.w.t menyebut perkataan ini {صَفًّۭا} iaitu saf peperangan.

2. Masyhur ia dengan nama surah saf sebagaimanan yang dikenali di kalangan sahabat.

3. Hadis – riwayat Abdullah bin Salam r.a; Rasulullah s.a.w membacakan surah as-Saaf ini kepada kami. [HR Bukhari].

4. Imam-imam hadis meletakkan nama ini seperti dalam Sahih Bukhari, dalam at-Tirmizi serta ditulis dengan nama ini dalam al-Quran juga.

5. Mengikut Abu Hassan as-Sakhrawi ada juga yang menamakannya sebagai surah “Al-Hawariyyin” kerana ia disebut juga dalam surah ini.
Tetapi tidak masyhur seperti nama surah as-Saff.

6. Pada ayat 4- Allah s.w.t menyebut dan menegaskan bahawa Dia mengasihi orang-orang beriman yang berperang untuk mempertahankan agamanya dalam saf barisan yang tersusun rapi seolah mereka bangunan yang tersusun kukuh!

🎀
𝗜𝗻𝘁𝗶𝘀𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗎𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮:
1. Mananamkan semangat berjihad mempertahankan Islam dari sebarang pencerobohan.

2. Sebelum itu Allah s.w.t juga menegur sebahagian orang Islam yang bercakap memperkatakan sesuatu, tetapi tidak melakukannya. Teguran ini pada awalnya ditujukan kepada sebahagian pemuda-pemuda Islam pada zaman Nabi s.a.w. mereka mengatakan:

“Jika mereka tahu apakah amalan yang disukai oleh Allah s.w.t mereka akan melakukannya.
tetapi apabila turun ayat al-Quran bahawa amalan yang disukai Allah itu ialah keluar berjihad, ada di antara mereka yang tidak mengamalkan apa yang mereka katakan tadi!

*Lebih bercakap sekarang merasa takut.
Kerana itu kita kena berlapik dalam bercakap, berhati-hati dan sentiasa sandarkan kepada Allah!

3. Kemudian Allah s.w.t menerangkan tidak ada yang lebih zalim selain dari kaum kafir yahudi, Nasrani dan musyrikin selepas diajak oleh Rasulullah s.a.w supaya memeluk Islam tetapi mereka tetap mengingkarinya.

4. Ayatnya: 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐚𝐝𝐚𝐊𝐀𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐊𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚𝐍𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐀𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐬𝐮𝐀𝐚 (𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐊𝐢𝐀𝐢𝐚𝐧).}

* Yakni walaupun orang kafir nak lawan, Allah bagi jaminan Dia akan sempurnakan agama ini!

5. Pada bahagian akhir ayat ini Allah s.w.t menunjukkan kepada orang beriman satu jenis perniagaan {تِجَـٰرَØ©ٍۢ} yang tidak akan pernah rugi iaitu selamanya bahkan akan menyelamatkan mereka dan memberi sepenuh kebahagaan. Iaitu hendaklah mereka tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjuang dengan nyawa, harta dan dirinya sendiri.

6. Selain itu mereka juga akan memperoleh limpah kurnia lain yang sangat mereka ingini iaitu pertolongan dari Allah s.w.t dan kemenangan yang besar!

inilah janji Allah yang amat benar dan dinantikan kepada orang yang berjuang, yang beriman dan yang menegakkan Islam .
𝕶𝖊𝖑𝖊𝖇𝖎𝖍𝖆𝖓 𝖘𝖚𝖗𝖆𝖍:
1. Hadis riwayat oleh Abdullah bin Salam r.a; bekas seorang ahli Kitab Taurat, ulama' atau pendeta yahudi yang jujur, amanah dan berintegriti. Apabila dia melihat Rasulullah s.a.w dia terus percaya dan mengesahkan bahawa inilah Nabi & Rasul yang dibaca sifat-sifat dan sebutan tentangnya dalam Kitab Taurat & Injil.

Katanya: Pada suatu hari kami para sahabat sedang duduk berbincang untuk bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t. tetapi tiada seorang pun yang sanggup pergi bertanya.

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w menyuruh kami semua berkumpul lalu datang membacakan surah as-Saf yang baru diwahyukan kepada Baginda.

*Kata sahabat Abu Salamah; kemudian Abdullah bin Salam r.a membacakannya kepada kami pula! [HR Ahmad dan lain-lain].

Inilah Surah as-Saf yang menyatakan perpaduan dalam jihad dan barisan perjuangan umat Islam.

𝕞𝖆𝖖𝖆𝖘𝖎𝖉/𝕺𝖇𝖏𝖊𝖐𝖙𝖎𝖋 𝕟𝖚𝖗𝖆𝖍:
1. Galakan, ajakan untuk membela agama dengan berjihad fi-sabilillah.

2. Menyahut seruan Allah & Rasulullah s.a.w supaya berjuang, jangan lari!
𝐈𝐬𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐊 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡:
1. Allah s.w.t mulakan seorang ini dengan bertasbih kepada Allah s.w.t. Ini adalah salah satu dari tujuh surah yang bermula dengan tasbih. Allah s.w.t membersihkan diri-Nya dari segala sifat yang tidak layak bagi-Nya.

2. Larangan daripada bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
Bercakap zuhud tetapi perangai mewah!
Bercakap tentang sedekah tetapi tidak mengamalkannya.

3. Cerita tentang Nabi Musa a.s dan kaumnya serta bagaimana kaumnya Bani Israil menyakitinya.

4. Menyebut tentang kisah Nabi Isa a.s dan khabar gembira yang dibawanya iaitu selepasnya akan datang seorang Nabi akhir yang bernama Ahmad.

5. Menyatakan perangai dan sifat sebati orang kafir yang akan menentang kebenaran dan tidak mahu cahaya agama Allah ini menerangi dunia dan berkembang- mereka akan lawan.

6. Surah ini mengajak orang mukmin untuk berjihadi fi-sabilillah dengan jiwa raga dan harta serta agar mengikut jejak golongan hawariyyun, iaitu pengikut setia Nabi Isa a.s.

7. Khabar gembira bahawa kumpulan Islam akan mengalahkan orang kafir.

🔥
𝐌𝐮𝐧𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 Surah As-Saff 𝓭𝓮𝓷𝓰𝓪𝓷 Surah Al-Mumtahanah - سورة الممتحنة 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐊𝐧𝐲𝐚;
Hubung-kait surah ini dengan Surah Al- Mumtahanah:
1. Dalam Surah Al-Mumtahanah; Allah s.w.t mula surah dengan bawa larangan agar jangan berwala’, memberi kasih sayang dan sokongan taat setia kepada orang kafir yang menentang Islam. Penutup surah pun sama.

ii- dalam surah ini Allah s.w.t galakan, ajak agar satukan umat Islam dalam satu saf untuk menentang orang kafir musuh Islam tidak kira apa jenis sekalipun!
Iaitu sebagaimana yang telah kita kenal dalam surah lepas samada kafir yang zahir-Yahudi & Nasrani, kafir yang tersembunyi- munafiq dan kafir dari kalangan keluarga.
Jadi ayat ini arahan agar kita satukan saf supaya kita dapat menghadapi semua kemungkinan serangan mereka yang kafir.

2. Dalam surah yang lepas Allah s.w.t ajar cara berinteraksi dengan non-muslim dalam negara Islam atau luar negara semasa waktu aman dan = damai.

ii- dalam surah ini pula Allah s.w.t menggalakkan untuk berjihad yakni cara berdepan dengan orang kafir dalam suasana peperangan.

Allah s.w.t mencela perbuatan kaum yahudi pengikut Musa dan Nasrani pengikut Nabi isa yang tidak menerima dan derhaka kepada ajaran dan pesan rasul mereka tentang kedatangan Rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w!
*****

Ø£َعُوذُ Øšِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ ال؎َّيْØ·َانِ الرَّجِيمِ

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐊𝐢, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐀𝐬𝐚𝐧𝐚.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟏)
1. Allah menyebut bahawa secara umumnya semua makhluk yang dilangit atau yang di bumi bertasbih kepada Allah s.w.t!

2. Tasbih ini ada dua jenis:
i- semua makhluk bertasbih secara umumnya yang kafir atau mukmin. (لسان الحال)
ii- tasbih khas iaitu dari makhluk yang beriman dari kalangan manusia & jin. (لسان المقال) yang kafir tidak, ini tasbih khas.

3. Sebab Nuzul ayat ini sama, iaitu hadis dari Abdullah bin Salam r.a tadi.

4. Pada akhir ayat ini Allah s.w.t perkenalkan dua sifat-Nya di sini:
i-𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 { ٱلْعَزِيزُ} Allah berkuasa atas segalanya, perancangan-Nya rapi dan penuh hikmah.

ii- 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐀𝐬𝐚𝐧𝐚 {ٱلْØ­َكِيمُ} meletakkan segala sesuatu pada tempatnya!

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧! 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐊𝐞𝐊𝐩𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐀𝐮𝐀𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚!} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟐)
1. Pada suatu masa pada zaman Rasulullah s.a.w ada sebahagian pemuda yang bercakap: Jika mereka tahu apakah amalan yang disukai dan diredhai Allah s.w.t; nescaya mereka akan terus melakukannya!

TETAPI apabila diberitahu apakah amalan itu (iaitu berjihad), ada sebahagian mereka tidak mengotakan kata-katanya bahkan cuba melepaskan diri darinya.

2. Maka Allah s.w.t larang di sini bagi orang mukmin untuk bercakap saja tetapi tidak beramal atau amalan yang bercanggah dengan kata-kata!

3. Bercakap sedap, ceramah sana-sini, kuliah berdegang-degung tetapi perangai tidak beramal dengan apa yang diserunya.
Bukan tidak boleh berdakwah tetapi baikilah diri dan jangan terlampau lebih dalam percakapan daripada amalan!

4. Hadis Rasulullah s.a.w tentang sifat munafiq secara amali:

عَنْ Ø£َØšِي هُرَيْرَØ©َ عَنْ النَّØšِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَØ©ُ الْمُنَافِقِ Ø«َلَاثٌ Ø¥ِØ°َا Ø­َدَّØ«َ كَØ°َØšَ وَØ¥ِØ°َا وَعَدَ Ø£َØ®ْلَفَ وَØ¥ِØ°َا ا؀ْتُمِنَ Ø®َانَ

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi S.A.W, baginda bersabda:
“Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat”. [HR Bukhari & Muslim].

5. Begitulah sifat munafiq bercakap sedap dan bermuka-muka, berjanji supaya orang tak lari dan ikut dia! Kita jangan ikut dan jauhilah sifat munafiq ini!

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐀𝐊𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐀𝐞𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 - 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐊𝐞𝐊𝐩𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐀𝐮𝐀𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟑)
1. Apakah akibat perbuatan ini?
Allah amat membenci perbuatan ini, perbuatan orang yang bercakap menyeru kepada sesuatu tetapi dia sendiri tidak melakukannya! Yakni Allah s.w.t mencela orang yang lari dari pergi berperang!

2. Hadis- Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah r.anhuma berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

يُ؀تى ؚالرجل يومَ القيامةِ . فيُلقى في النارِ . فتندلِقَ أقتاُؚ ؚطنِه . فيدورُ ؚها كما يدورُ الحمارُ ؚالرَّحى . فيجتمع إليه أهلُ النارِ . فيقولون : يا فلانُ ! مالَكَ ؟ ألم تكن تأمرُ ؚالمعروفِ وتنهى عن المنكرِ ؟ فيقول : ؚلى . قد كنتُ آمُرُ ؚالمعروفِ ولا آتِيه ، وأنهى عن المنكرِ وآتِيه

“Didatangkan seorang lelaki pada Hari Kiamat, lalu dicampakkan dia ke dalam Neraka.
Maka terkeluarlah usus dari perutnya. Lalu dia berputar-putar dengannya sebagaimana berputarnya seekor keldai di dalam penggiling. Lantas penghuni neraka berkumpul dan bertanya:
“Wahai fulan, kenapa kamu begini?
Bukankah kamu dulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran?
Maka lelaki itu menjawab: “Ya, bahkan benar. Saya dulu menyuruh kepada kebaikan tetapi saya sendiri tidak melakukannya.
Dan saya menegah kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya.” [HR al-Bukhari & Muslim]

3. Maka kita cubalah ubah diri kita agar berubah kepada kebaikan yang lebih baik, walaupun tidak sesempurna yang didakwah. Jika nak bersedekah jangan tunggu kaya, dan jika nak berdakwah jangan tungggu kita sempurna baiknya!

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚𝐍𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐊 𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐫𝐚𝐩𝐢, 𝐬𝐞𝐚𝐥𝐚𝐡-𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐮𝐀𝐮𝐡.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟒)
1. Allah s.w.t memuji dan menyatakan bahawa Dia mengasihi orang yang keluar berperang serta tentera yang beratur rapi dalam barisannya!

2. Allah s.w.t gambarkan susunan saf tentera dan strategi yang rapi, seperti satu binaan atau bangunan yang tersusun dan kukuh. Kuat dan mantap, maka akan dapat mengalakan musuh, Insya' Allah.

3. Hadis dari Abu Musa r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

‏ الْمُØ€ْمِنُ لِلْمُØ€ْمِنِ كَالْØšُنْيَانِ يَØŽُدُّ Øšَعْضُهُ Øšَعْضًا وَØŽَØšَّكَ Øšَيْنَ Ø£َصَاؚِعِهِ‏

“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana sebahagian yang satu menguatkan sebahagian yang lain.”
Baginda lalu menyusupkan antara jari-jarinya. (HR al-Bukhari)

4. Kata pendakwah: Orang mukmin akan lemah jika dia sedikit atau berseorangan tetapi akan kuat dengan persaudaraan dan kesatuan ummat!

*Jika kita bersatu sungguh dan mantapkan kekuatan kita akan dapat berkerjasama, yang ada harta dan duit sumbangkan dari kewangan, yang miskin dan kuat dapat sumbangkan tenaga, yang bijak sumbanngkan idea dan fikran dan seumpamanya sehingga mantap susunan strategi kita!

 ððžð§ð®ð­ð®ð© & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐊𝐢, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐀𝐬𝐚𝐧𝐚.}- Allah sebut bahawa semua makhluk atas dunia ini bertasbih kepada-Nya samada yang dilangit dan di bumi; kemudian Allah s.w.t sebutkan dua sifat-Nya yang mulia ini.
Apakah rahsianya?

Jawapan: Kata ulama' tafsir dan tadabbur:
i- dalam ayat ini Allah s.w.t sifatkan zat-Nya yang mulia dengan 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚, kerana selepas ini ayat arahan untuk berperang dan keluar berjihad, maka kamu jangan takut kepada musuh kerana kamu ada Allah Yang Maha Perkasa yang Maha gagah lagi kuat, yang akan beri pertolongan kepada kamu!

ii- kemudian Allah sebut sifat-Nya 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐀𝐬𝐚𝐧𝐚. Ini kerana apabila difardhukan jihad, sesuatu yang boleh mengorbankan jiwa raga, meninggalkan anak isteri.
Maka ia pastilah bukan sesuatu yang sia-sia, Allah s.w.t fardhukan bukan hanya untuk kamu terkorban, tetapi Dia telah sediakan satu persiapan yang besar, balasan pahala yang amat besar, syurga yang begitu hebat nikmatnya!

Kamu akan mati bila-bila masa sahaja, di mana saja; maka mati dalam keadaan yang mulia lebih baik daripada mati dalam sia-sia.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧! 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐊𝐞𝐊𝐩𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐀𝐮𝐀𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚!} – ayat ini secara umumnya mengingkari semua orang yang bercakap tidak sama dengan perbuatannya dalam semua keadaan.
Dalam perjanjian dia tak tunai, dia larang dia buat, dia suruh tetapi dia tak buat!
Sepatutnya dia dulu yang mula, atau jika masih belum buat dia kena usaha untuk buatnnya.

Ini kerana jika begitu keadaannya, samada:
i- dia seorang pendusta kerana hanya kelentong saja pendengarnya.

ii- dia seorang yang sombong takabbur.

*Hukum itu hanya untuk orang lain, dia telah berlepas dari segala perintah itu kononnya kerana telah tinggi makamnya.

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐀𝐊𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐀𝐞𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 - 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐊𝐞𝐊𝐩𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐀𝐮𝐀𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚.}- ayat ini menyatakan Allah amat murka dengan perbuatan begini.
Maka ayat ini menjadi dalil yang kita WAJIB menunaikan semua janji dengan orang.
Jangan mudah-mudah mengabaikan janji dengan orang atau memperkotak-katikannya.

Termasuklah janji dengan Allah s.w.t- seperti bernazar untuk ketaatan, nak buat sesuatu ibadat atau kebaikan, wajib tunaikannya.
*Kecuali nazar maksiat yang membawa lagha dan mungkar tidak wajib buat.

Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ نَØ°َرَ Ø£َنْ يُØ·ِيعَ اللَّهَ فَلْيُØ·ِعْهُ، وَمَنْ نَØ°َرَ Ø£َنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu. [HR al-Bukhari].

Hadis- Dari Ibnu Abbas r.anhuma, katanya: “Pada suatu ketika Nabi s.a.w. berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang berdiri lalu Baginda bertanya – tentang nama dan perlunya berdiri.

Para sahabat berkata: “Dia adalah Abu Israil bernazar hendak berdiri di terik matahari, tidak akan duduk-duduk, tidak akan bernaung, tidak akan bercakap dan tetap akan berpuasa.”

Nabi s.a.w. lalu bersabda: “Perintahkan padanya, supaya ia hendaklah berbicara, berteduh dari matahari, duduk-duduk dan juga supaya ia meneruskan puasanya.” [HR Bukhari]

*Yakni nazar lagha nak berdiri bawah panas, tidak bercakap dan tidak duduk- batal, tetapi nazar ketaatan seperti puasa boleh diteruskan!

Termasuk juga orang yang bersumpah, jika ada arahan yang lebih baik dia kena batalkan sumpahnya itu dan bayar kaffarah.

Sesiapa yang meletakkan dirinya untuk melakukan satu ketaaatan; dia kena buat jika tidak dia termasuk dalam orang yang hanya bercakap dan berjanji kosong dan dimurkai Allah s.w.t!

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚𝐍𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐊 𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐫𝐚𝐩𝐢, 𝐬𝐞𝐚𝐥𝐚𝐡-𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐮𝐀𝐮𝐡.}- ayat ini Allah s.w.t galakkan hamba-hamba-Nya supaya berjihad.

Serta Allah s.w.t ajar agar bagaimana cara pelaksanaannya: dalam jihad mesti ada kesatuan, ada strategi dan perancangan yang tersusun dan rapi dalam peperangan atau apa saja perancangan.
Inilah cara Islam; mesti ada perancangan yang rapi dan langkah yang tersusun.

Kita kena mantapkan iman, kukuhkan kesatuan dan mantapkan strategi dalam perjuangan memartabatkan agama Allah ini!

Nabi s.a.w larang kita dari duduk sorang-sorang, kita kena duduk dalam Jemaah, kena ikut para sahabat, tabi’en dan ulama' yang muktabar supaya kita tidak lari dari landasan yang benar serta terperangkap dengan fahaman yang sesat dan terpesong.

Saf ini adalah seperti dalam saf dalam solat. Kerana itu kita kena samakan dan rapatkan saf solat kita jika tidak syaitan akan datang kacau, hati kita tidak bersatu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

Hadis- Daripada Abu Mas’ud R.A berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَØ­ُ مَنَاكِØšَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَØ®ْتَلِفُوا، فَتَØ®ْتَلِفَ قُلُوُؚكُمْ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah S.A.W memegang bahu-bahu kami ketika hendak solat sambil berkata: Luruskanlah (saf kamu) dan jangan kamu berselisih sehingga hati kamu juga turut berselisih.” [Riwayat Muslim (432)]

Ada yang kata kerana hati tidak bersatu maka saf tidak sama; ada yang kata saf tidak sama kerana itu hati tidak bersatu! Keduanya betul!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚𝐍𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐊 𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐫𝐚𝐩𝐢, 𝐬𝐞𝐚𝐥𝐚𝐡-𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐀𝐮𝐀𝐮𝐡.}- dalam ayat Allah s.w.t nyatakan sifat-Nya- Allah s.w.t menyayangi, sayang dan cinta kepada orang yang ada sifat-sifat ini.

Iaitu Allah s.w.t mengasihi orang yang ada sifat ini:
i- orang yang bergerak, keluar berperang dan berjihad; bukan yang lemah dan pemalas, tidak bergerak hanya berpeluk tubuh!
Bukan yang lemah dan malas bergerak dan usaha sehingga dia pula akan melemahkan agama!

ii- ikhlas kerana Allah dalam segenap niat dan perbuatan!
Ini soal dalam hati, bukan orang boleh tahu dan nampak.

iii- kena ada saf, kesatuan, iaitu dalam satu saf yang kukuh dan mantap.

iv- seperti satu binaan- bangunan yang kukuh! Agar tidak ada ruang untuk orang masuk merosakkan barisan kita.

v- yang tersusun, supaya orang tidak boleh serang kita untuk memecahkan kesatuan ini!

Para ulama' tadabbur kata inilah syarat untuk mendapatkan mahabbah Allah s.w.t bagi seorang pejuang, kena ada 5 sifat ini.

Kita sambung lagi dalam siri yang akan datang dengan ayat yang seterusnya, Insya' Allah.

𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒜𝓊𝒶’𝓁𝒶𝓂.


𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐊𝐚𝐫𝐞𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐢 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐢𝐥 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐮𝐀𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐀𝐢𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚 & 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒.𝐀.𝐖.
𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙚𝙖 25 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙐𝙡𝙖 1444𝙃 = 20/12/2022 
𝘿𝙧.𝘌𝙗𝙪 𝘌𝙣𝙖𝙚 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 
𝙏𝙖𝙛𝙚𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘌𝙚-𝙎𝙖𝙛𝙛 (02) 𝘌𝙮𝙖𝙩 [05-06] 
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐚: https://fb.watch/hwHFnp1WHj/
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐊𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang Nabi Musa yang menghadapi karenah kaumnya, bani Israil yang suka menyakitinya begitu dahsyat sehingga Musa mengadu kepada Allah s.w.t.

2. Pesanan Nabi Isa a.s tentang kedatangan Nabi S.A.W. kepada kaumnya, juga supaya menerimanya. Tetapi apa boleh buat mereka keras kepala dan menyeleweng dari kebenaran ini. Maka Allah selewengkan mereka daripada menerima hidayah kebenaran.
Itulah yang kita bimbang & takut; takut tidak dapat menerima hidayah Allah s.w.t!

3. Munasabah ayat:
i-Sebelum ayat ini Allah s.w.t menyebut tentang jihad untuk menentang musuh-musuh Allah yang menyekat perjalanan agama dan dakwah Rasul-Nya.

*Dalam ayat ni Allah s.w.t menyebut tentang kisah Nabi Musa & Nabi Isa a.s dan kaum mereka yang menyakiti mereka.
Ini untuk menenangkan hati Rasulullah s.a.w supaya bersabar dalam berdakwah dan menghadapi karenah kaum Quraisy.
Ini kerana rasul-rasul terdahulu seperti Musa & Isa a.s juga telah menghadapi cabaran dan ujian yang sama bahkan ada yang lebih teruk lagi.

ii- dalam ayat yang lepas juga, Allah cela orang yang bercakap tidak serupa dengan amalannya. Ini dipanggil satu pembohongan dalam tindakan hidupnya.

* jadi samalah juga dengan orang-orang yang membohongi & menyakiti para rasul & Rasulullah s.a.w.
Bahkan Allah sebut perkataan Nabi Musa a.s kepada kaumnya: {𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐀𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐀𝐮}.

iii- Allah s.w.t juga sebut tentang arahan supaya jihad kepada kaum muslim sebelum ini tetapi ada yang menyalahinya.
- lalu Allah s.w.t ceritakan tentang nabi Musa yang mengajak kaumnya berjihad tetapi mereka juga lari!
-juga tentang nabi Isa a.s yang menerangkan tentang ajarannya tetapi mereka lari.

Kedua pengikut Taurat & Injil ini lari daripada kebenaran; tidak mahu menerima kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

Ø£َعُوذُ Øšِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ ال؎َّيْØ·َانِ الرَّجِيمِ

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐬𝐭𝐢𝐰𝐚) 𝐀𝐞𝐭𝐢𝐀𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐚𝐮𝐊𝐧𝐲𝐚: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐀𝐚𝐮𝐊𝐀𝐮! 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐀𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐀𝐮, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐀𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐬𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮?" 𝐌𝐚𝐀𝐚 𝐀𝐞𝐭𝐢𝐀𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐰𝐞𝐧𝐠 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐧𝐲𝐚), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐰𝐞𝐧𝐠𝐀𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀); 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐊𝐞𝐊𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐚𝐮𝐊 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐀 - 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐀𝐚.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟓)

1. Allah s.w.t memerintahkan Rasulullah s.a.w untuk mengingati kisah Nabi Musa a.s dan kaumnya yang menyakitinya.

2. Nabi Musa memanggil kaumnya iaitu Bani Israil, "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐀𝐚𝐮𝐊𝐀𝐮!” Sebagai satu perkataan yang mendekatkan mereka dengan dirinya. Begitulah antara uslub dakwah yang elok.

3. Nabi Musa bertanya kepada mereka kenapa mereka menyakitinya- dengan perlian & kata-kata buruk dan perbuatan khianat.

Sedangkan mereka sudah mengetahui dengan ilmu yang yakin bahawa dia adalah Rasul yang diutus oleh Allah s.w.t kepada mereka! Sepatutnya mereka menghormati dan mengikut arahannya!

4. Ini kerana bukti sudah jelas dan cukup, dengan mukjizatnya yang dapat mengalahkan Firaun dan menyelamatkan mereka dari kekejamannya.

5. Sebelum menang mereka ikut dan taat kepada nabi Musa, tetapi Selepas Firaun mati & mereka selamat, terus buat perangai, tengok orang sembah berhala mereka mahu membuatnya juga. Serta pelbagai karenah buruk lagi!

6. Firman Allah s.w.t:
{Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)".
(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".
Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".
Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"
Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".
Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".
Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".} (Al-Maaidah 5: 20-26)

7. Hadis- tentang peristiwa pembahagian harta Ghanimah kaum Hawazin:
Riwayat dari Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
“Pada hari berlakunya peperangan Hunain, Rasulullah s.a.w telah mengutamakan beberapa orang sahabat semasa pembahagian. Baginda memberikan seratus ekor unta kepada Al-Aqra' bin Haabis. Begitu juga kepada Uyainah dan beberapa orang bangsawan Arab. Rasulullah s.a.w mengutamakan mereka dalam pembahagian.
Lalu seorang lelaki berkata: Demi Allah! Sesungguhnya ini adalah pembahagian yang sama sekali tidak adil dan tidak dimaksudkan untuk mencari keredhaan Allah.
Aku berkata: Demi Allah! Aku akan menyampaikannya kepada Rasulullah s.a.w. Aku pun datang memberitahu Rasulullah s.a.w mengenai kata-kata lelaki tersebut.
Setelah mendengarnya wajah baginda berubah dan kemudiannya baginda bersabda:
Siapa lagi yang mampu berbuat adil, jika Allah dan Rasul-Nya tidak berlaku adil?
Kemudian baginda bersabda lagi: Semoga Allah memberikan rahmat kepada Nabi Musa. Dia telah disakiti oleh kaumnya lebih banyak dari ini tetapi dia tetap bersabar.
Aku berkata: Aku tidak akan menyampaikan apa-apa pun percakapan kepada baginda lagi selepas peristiwa tersebut. [HR Bukhari & Muslim].

*Yakni Rasulullah s.a.w telah membuat bandingan kata-kata orang itu dengan perkataan bani Israil tehadap nabi mereka Musa a.s yang lebih teruk & dahsyat!

8. Apabila kaum Nabi Musa dengan sengaja lari dari landasan yang benar, maka sebagai akibatnya Allah s.w.t akan condongkan hati mereka dari mendapat petunjuk, ini kerana sebagai balasan kepada mereka yang menyeleweng selepas tahu dan ada ilmu tentangnya!
Maka Allah s.w.t tutup hati mereka daripada menerima kebenaran!
*Yakni dosa orang yang tahu tentang hukum atau salah perbuatan mereka itu lebih besar daripada orang yang tidak tahu!

9. Inilah yang dikatakan dosa dibalas dengan dosa! Hatinya lari kebenaran, Allah tutup pintu hidayah dari mereka!

Kita orang yang beriman jika mahu selamat di dunia & akhirat; bertaqwalah kepada Allah s.w.t dengan mengikut arahan-Nya & arahan Rasulullah s.a.w.

10. Ayat yang sangat baik sebagai satu doa supaya Allah tetapkan hati kita atas hidayah petunjuk-Nya:
Firman Allah s.w.t:

{رَØšَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوَؚنَا Øšَعْدَ Ø¥ِØ°ْ هَدَيْتَنَا وَهَØšْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَØ­ْمَØ©ً ۚ Ø¥ِنَّكَ Ø£َنتَ ٱلْوَهَّاُؚ}

{(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.} (A-li'Imraan 3:8)

11. Supaya kita sentiasa mendapat rahmat, petunjuk hidayah Allah s.w.t lalu berada di atas landasan yang benar sehingga kita mati!

12. Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia tidak akan beri taufik hidayah untuk menerima petunjuk bagi 𝐀𝐚𝐮𝐊 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐀 dan 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐀𝐚 kepada Allah s.w.t!

13. Tamatlah kisah nabi Musa a.s yang dibawa untuk menenang hati dan memberi kesabaran kepada Rasulullah s.a.w & para pendakwah semua.

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐬𝐭𝐢𝐰𝐚) 𝐀𝐞𝐭𝐢𝐀𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐬𝐚 𝐢𝐛𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐫𝐲𝐚𝐊 𝐛𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐢 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐢𝐥, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐀𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐬𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮, 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐊𝐀𝐮, 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐓𝐚𝐮𝐫𝐚𝐭, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐫𝐢𝐀𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐠𝐞𝐊𝐛𝐢𝐫𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞𝐊𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐀𝐮 - 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐊𝐚: 𝐀𝐡𝐊𝐚𝐝".
𝐌𝐚𝐀𝐚 𝐀𝐞𝐭𝐢𝐀𝐚 𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐀𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐀𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚, 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚: "𝐈𝐧𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚!"} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟔)

1. Ayat ini sebagai ayat penenang hati yang kedua kepada Rasulullah s.a.w.
Allah s.w.t mengingatkan kepada Baginda akan kisah Nabi Isa a.s pula.

2. Nabi Isa a.s menyeru pengikutnya iaitu Bani Israil dengan berkata: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐢 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐢𝐥, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐀𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐬𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮.”

3. Perbincangan: Kenapa Nabi Isa memanggil kaumnya sebagai Bani Israil bukan wahai kaumku seperti Nabi Musa a.s?

Jawapan:
Ini kerana walaupun nabi Isa a.s adalah dari keturunan bani Israil jua tetapi hanya dari sebelah ibunya, kerana dia tiada bapa. Sedangkan nasab keturunan seseorang dinisbahkan mengikut bapanya, jika ayahnya dari kabilah ini maka dia akan ikut kabilah babanya. Jadi Isa tidak menisbahkan dirinya melalui kabilah ibunya.

4. Nabi Isa menyatakan sifat & tugasnya:
i- Pesuruh Allah kepada mereka, untuk berdakwah dan ajak kamu ke arah kebaikan, beriman kepada Allah dan melarang dari keburukan.

ii- sifat yang kedua ialah mengesahkan kebenaran (مُّصَدِّقًۭا) kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa sebelumnya.
Membenarkan ajarannya dan melaksanakan Syari’ahnya.
* ada juga yang kata membenarkan apa yang dikatakan oleh Taurat tentang kedatangannya (Isa) sebagai rasul selepas itu.

iii- sifat ketiga memberikan berita gembira (مؚ؎را) tentang kedatangan rasul azkhir zaman yang akan datang selepasnya yang bernama Ahmad.

5. Kemudian dia juga memperakui dan 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐊nya 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐓𝐚𝐮𝐫𝐚𝐭.
Bahawa Taurat mengajak manusia kepada tauhid kepada Allah s.w.t dan mengamalkan syari’ahnya.
Ada juga yang kata membenarkan isi kandungan dalam Taurat yang menyebut tentang kedatangan Nabi Isa selepas ini.

6. Perkataan membenar & mengesahkan { مُّصَدِّقًۭا} ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t ini:
{Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.} (Al-Maaidah 5:46)

7. Tugas Isa juga 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐫𝐢𝐀𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐠𝐞𝐊𝐛𝐢𝐫𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞𝐊𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚nya- 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐊𝐚: 𝐀𝐡𝐊𝐚𝐝.

8. Rasulullah s.a.w ini mempunyai banyak namanya antaranya Ahmad dan Baginda dikenali dengan nama ini di dalam Injil.

9. Hadis – Sahabat bertanya bilakah bermulanya perjalanan Rasulullah s.a.w?
Rasulullah bersabda: “Bermula dari doa & dakwah datukku Ibrahim a.s. dan khabar gembira yang disampaikan oleh nabi Isa kepada Bani Israil tentang akan datang seorang rasul selepasnya yang bernama Ahmad.
Juga melalui mimpi ibuku- keluar darinya cahaya yang menyinari istana Kaisar Rom di Syam.” [HR Ahmad dan lain-lain].

10- Hadis-hadis tentang nama Rasulullah s.a.w:
i- Hadis riwayat Jubair bin Mut’im r.a:
Rasulullah S.A.W bersabda: “Saya adalah Muhammad, saya adalah Ahmad, saya adalah al-Mahi yang dengan sebabku Allah S.W.T menghapus kekufuran, saya adalah al-Hasyir yang mengumpulkan manusia, saya adalah al-'Aqib (penamat nabi) yang tidak ada nabi lagi setelahku.” [HR Bukhari & Muslim].

ii- Abu Musa al-Asy’ari Abdullah bin Qais berkata: “Rasulullah S.A.W memberikan dirinya beberapa nama di antaranya ada yang kami hafal.
Baginda bersabda: ‘Saya Muhammad, saya Ahmad, saya al-Muqaffi (yang mengikut jejak nabi sebelumnya), saya Nabi yang bertaubat dan Nabi yang membawa rahmat.’
Dalam riwayat lain: ‘dan Nabi Al-Malhamah - peperangan.’ [HR Muslim].

11. Kata Imam an-Nawawi rhm.: Setiap perkara yang banyak nama menunjukkan akan ketinggian kedudukannya.
*Seperti nana-nama Allah, nama Makkah & Madinah dan seumpamanya!

12. Tetapi apa kata kaumnya tentang pengakuan dan peringatan Nabi Isa a.s ini? Selepas Nabi Isa membawa banyak mukjizat yang jelas menunjukkan akan kebenarannya.

13. Mereka mengatakan itu semua adalah sihir yang jelas nyata!
Inilah tuduhan yang sama yang dilemparkan oleh penentang para rasul sejak dari dulu sehingga kepada zaman Rasulullah s.a.w!
Yang penting mereka tidak mahu terima dan membuat tuduhan yang sama sihir, penyair, gila dan tukang tilik!

14. Firman Allah s.w.t:
{Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka (sesama sendiri): "Orang ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu"; dan mereka berkata lagi: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka"; dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: "ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata".} (Saba' 34:43)

 ððžð§ð®ð­ð®ð© & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐬𝐭𝐢𝐰𝐚) 𝐀𝐞𝐭𝐢𝐀𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐚𝐮𝐊𝐧𝐲𝐚: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐀𝐚𝐮𝐊𝐀𝐮!.....}- ayat ini menceritakan bahawa tidak ada nabi & rasul kecuali yang akan menghadapi ujian dan karenah kaumnya!

Ini sebagai penenang hati kepada Rasulullah s.a.w dan para pendakwah & penyokong al-Quran & Sunnah yang selepasnya yang menghadapi penentangan dan cabaran.
Ada yang berat ada yang biasa, bahkan ada yang dituduh sesat dan gila serta dihalau dari kawasannya.

Ayat ini juga memberi amaran bahawa sesiapa yang menyakiti dan menentang Rasulullah s.a.w akan terpesong dan tidak mendapat petunjuk dari Allah s.w.t!

2. {𝐌𝐚𝐀𝐚 𝐀𝐞𝐭𝐢𝐀𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐰𝐞𝐧𝐠 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐧𝐲𝐚), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐰𝐞𝐧𝐠𝐀𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀);}- kata ulama' ayat ini menunjukkan kepada bahawa hukuman; dosa dibalas dengan dosa!
Kamu 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐰𝐞𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 memang kamu 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐧𝐲𝐚; maka 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐰𝐞𝐧𝐠𝐀𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢 kamu dari 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀.

Kata ulama': Kebaikan akan melahirkan kebaikan; maksiat akan melahirkan maksiat!

Jika kita tidak mahu terjebak dengan maksiat, putuskan rantaiannya, kita ber’uzlah larilah dari ahli maksiat dan tempat maksiat!

Sebagaimana kisah seorang yang telah membunuh 99 orang kemudian mahu bertaubat, kata gurunya jika kamu mahu betul-betul bertaubat hendaklah keluar dari berpindah dari kampungnya itu yang menggalakkan maksiat.

Apa yang Allah s.w.t jatuhkan hukum ke atas hamba-Nya ini, bukan kerana Allah zalim tetapi mereka sendiri itu yang keras hati menzalimi diri mereka dari lari menerima kebenaran.

Begitulah manusia ini apabila dia lari dari landasan yang benar; pastilah dia akan tejebak ke dalam landasan yang sesat dan tidak benar!

3. {D𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐊𝐞𝐊𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐚𝐮𝐊 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐀 - 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐀𝐚.}- Allah kata Dia tidak akan memberi hidayat kepada kaum yang fasik; tetapi kenapa dalam ayat lain Allah s.w.t menggalakkan mereka supaya bertaubat?

Firman Allah s.w.t:
{Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.} (Al-Anfaal 8:38)

Macamana kita nak hubungkan dua ayat ini?
Jawapan:
Jika kamu tinggalkan kefasikan, sudah bertaubat dan insaf; kamu akan menerima hidayah Allah untuk beramal dan istiqomah atas agama yang benar ini.
Tetapi jika kamu masih dalam kekufuran dan kefasikan- Allah s.w.t sekali-kali tidak akan memberi kamu hidayah!

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔 - {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐬𝐭𝐢𝐰𝐚) 𝐀𝐞𝐭𝐢𝐀𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐬𝐚 𝐢𝐛𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐫𝐲𝐚𝐊 𝐛𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐢 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐢𝐥,}- kenapa dalam ayat ini Nabi Isa tidak panggil bani Israil sebagai kaumnya? Sedangkan nabi Musa a.s memanggil mereka sebagai kaumnya?
Jawapan:
ini kerana Isa a.s tidak ada ayah dari kalangan Bani Israil. Walaupun ibunya Sayyidah Maryam adalah seorang wanita yang mulia dari kalangan bani Israil, tetapi dia tidak dapat dinisbahkan kepada mereka melalui ibunya! Kerana itu dia memanggil mereka sedemikian.

Ini kerana nasab keturunan hanya melalui jalur lelaki.
Sebagaimana kata penyair:
Anak cucu kita adalah datang melalui anak lelaki kita;
manakala anak-anak kepada anak perempuan adalah anak cucu kepada orang lain!

Kecuali anak cucu keturunan Rasulullah s.a.w, cucunya al-Hasan & al-Husain adalah anak kepada anak perempuan Baginda s.a.w iaitu Sayyidah Fatimah, kerana hanya dia yang ada anak.
** SHARIF  - keturunan Hassan bin Ali
     SAYYID - keturunan Husein bin Ali

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔 - {S𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐀𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐬𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮, 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐊𝐀𝐮, 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐓𝐚𝐮𝐫𝐚𝐭, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐫𝐢𝐀𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐠𝐞𝐊𝐛𝐢𝐫𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞𝐊𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐀𝐮 - 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐊𝐚: 𝐀𝐡𝐊𝐚𝐝"}- dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan tugas dan peranan Nabi Isa a.s.

Peranan Nabi Isa ialah:
i- membenarkan {مُّصَدِّقًۭا} apa yang dibawa oleh nabi Musa a.s dan menyambung balik dakwah tauhidnya.

ii- Nabi Isa a.s juga memberi khabar gembira { وَمُØšَØŽِّرًۢا} tentang kedatangan rasul terakhir selepasnya iaitu Ahmad.

*Inilah rantaian emas, susur galur tentang keturunan para nabi, nabi yang sebelumnya akan memberitahu tentang kedatangan nabi yang selepasnya, yang baru datang akan membenarkan kenabian yang sebelumnya.

Musa beritahu kaumnya tentang kedatangan Isa, Isa beritahu kaumnya tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

*Tetapi kerana hasad dengki yahudi & Nasrani tidak menerima Rasulullah s.a.w sebagai Nabi akhir zaman kerana bukan dari keturunan mereka!

*Lihat perbezaan antara dua kalimah dalam tugas Nabi Isa a.s ini:
i- membenarkan {مُّصَدِّقًۭا}- ini kerana membenarkan berita yang telah berlaku iaitu kerasulan nabi Musa a.s boleh kita kata mengesah dan membenarkannya!

ii- memberi khabar gembira {وَمُØšَØŽِّرًۢا} tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, ini kerana ia belum lagi berlaku, pada masa akan datang!

𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒜𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐍𝐚𝐀 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐊 𝐂𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊 & 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊 𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠.
𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝘌𝙝𝙖𝙙 01 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 25/12/2022 
𝘿𝙧.𝘌𝙗𝙪 𝘌𝙣𝙖𝙚 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞-𝙏𝙖𝙛𝙚𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘌𝙚-𝙎𝙖𝙛𝙛 (03). ð˜Œð™®ð™–𝙩 [07-09]

F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐚: https://fb.watch/hDhV59Mm6i/
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐊𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t memberi amaran keras kepada para pendusta yang mereka-reka cerita terhadap Allah s.w.t. Inilah orang yang paling zalim atas dunia ini.

2. Mereka buat tuduhan kepada Allah ini kerana cuba untuk memadam cahaya Islam dari tersebar di atas muka bumi ini.

3. Kemudian Allah beri jaminan bahawa Islam akan tetap berkembang & menang walaupun dibenci oleh orang kafir dan musyrikin.

Ø£َعُوذُ Øšِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ ال؎َّيْØ·َانِ الرَّجِيمِ

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐊 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚-𝐚𝐝𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐣𝐚𝐀 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐊𝐞𝐥𝐮𝐀 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊; 𝐝𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐊.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟕)

1. Tiada orang yang lebih zalim selain dari mereka yang apabila diajak kepada Islam dia menolaknya dan berbuat dusta kepada Allah s.w.t & Rasul-Nya pula!

2. Mereka yang didakwah kepada Islam ini samada ahli Kitab Taurat atau Injil; jawapan mereka tetap sama seperti jawapan mereka yang menolak dakwah Isa a.s dulu juga!

3. Kata Ibnu Jarir rhm.: Antara tuduhan jahat yang mereka lemparkan kepada Rasulullah s.a.w ialah: tukang sihir, penyair, orang gila dan seumpamanya!

4. Kata al-Qurtubi rhm.: Mereka ini tetap kufur dan ingkar walaupun selepas melihat mukjizat dan keajaiban sebagai bukti dalil yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w!

5. Allah s.w.t juga berfirman tentang perbuatan mereka ini yang membuat tuduhan kepada Allah s.w.t:
{Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?} (Al-'Ankabuut 29:68)

6. Maka kita sebagai orang yang beriman; jangan turut bergembira dan mengucap tahniah tanpa keperluan atas perayaan mereka, kumpulan yang mendakwa Tuhan ada anak!

*Ada keperluan; seperti anak yang memeluk Islam masih ada ibu bapa yang kafir lalu mengucapkan kepada mereka untuk melembutkan hati mereka.

7. Firman Allah s.w.t:
{Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.} (Maryam 19: 89-92)

8. Kita mengakui dan beriman bahawa Nabi Isa a.s itu adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, bukan anak tuhan seperti yang didakwa golongan itu!
Maka kita berhati-hatilah dengan perangkap syaitan yang datang dari pelbagai sudut dan dimensi!

9. Allah memberi ancaman bahawa Dia tidak akan memberi taufik petunjuk, hidayah kepada jalan yang benar bagi mereka yang berbuat dusta kepada Allah dan Rasul-Nya!

10. Tetapi jika mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, Allah s.w.t akan menerima taubat mereka dan memberi hidayah kepada mereka untuk berada di atas jalan yang benar.
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐚𝐝𝐚𝐊𝐀𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐊𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚𝐍𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐀𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐬𝐮𝐀𝐚 (𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐊𝐢𝐀𝐢𝐚𝐧).} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟖)
1. Golongan kafir ini akan sentiasa berusaha untuk memadamkan cahaya Islam dengan mulut mereka yakni perkataan dan perbuatan. Mereka cuba menghalang Islam dari berkembang dan tersebar.

2. Kata Ibnu Kathir rhm.: Mereka cuba menolak kebenaran dengan perkara yang batil. Bandingan orang yang mahu memadamkan cahaya Allah atau cahaya Islam ini adalah seperti orang yang cuba memadamkan cahaya matahari dengan meniup dengan mulutnya! Ini adalah satu perbuatan yang sia-sia dan mustahil untuk berjaya!

3. Ini kerana Allah s.w.t telah memberi jaminan-Nya akan kemenangan agama ini. Islam akan sampai dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia, selagi ada manusia, selagi ada bulan bintang; walaupun dibenci oleh orang kafir!
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚 (𝐌𝐮𝐡𝐚𝐊𝐊𝐚𝐝 𝐬.𝐚.𝐰) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊), 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐈𝐚 𝐊𝐞𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐀𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐀𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧, 𝐰𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐀 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐮𝐀𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟗)

1. Allah menyatakan bahawa Dia telah mengutuskan Rasul-Nya Muhammad s.a.w dengan 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 iaitu 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊.

2. Rasulullah s.a.w membawa:
i- Petunjuk (ٱلْهُدَىٰ) iaitu: Ilmu yang bermanfaat. Yang Mengandungi iman dan aqidah yang benar terhadap Allah s.w.t dan mengetahui hukum-hakam Allah.

ii- Agama yang benar (وَدِينِ ٱلْØ­َقِّ) pula ialah: agama yang mengandungi amalan soleh di dunia & Akhirat.

3. Tujuannya ialah kerana Allah s.w.t mahu memenangkan dan meninggikan agama Islam ini atas segala agama yang lain!

4. Ini kerana Allah s.w.t telah berjanji akan memberi pertolongan kepada Islam agar menang samada melalui:
i- senjata iaitu berperang dengan orang kafir.
*umat Islam hari ini mungkin lemah dari segi fizikal & senjatanya sekarang.

ii- dalam hujjah dan perdebatan yang benar! Alhamdulillah sepanjang zaman akan lahir para ulama' dan pendebat Islam yang fasih dan petah berdebat dengan pakar agama lain dan selalunya hujjah mereka yang benar dan mantap menjadi satu dakwah kepada non-muslim untuk menerima Islam.

5. Kata Ibnu Jarir rhm. maksudnya ialah: Allah s.w.t akan memberi kemenangan kepada Islam atas musuh-musuhnya dengan silih berganti.

*Kita dapat lihat dan ambil iktibar dari sejarah Islam bagaimana Islam awalnya lemah kemudian berkembang maju dan pernah memerintah 1/3 dunia dulu, kemudian jatuh kembali sekarang!
Apabila Nabi Isa a.s turun ke dunia Islam akan berkembang kembali dan semua mencapai kemenangan atas dunia ini. Dia akan patahkan semua salib dan membunuh babi-babi. Agama menjadi satu iaitu hanya Islam yang ada ketika itu.

Kemudian Islam akan lemah kembali dan hilang terus atas dunia ini. Ini kerana Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila tiada lagi manusia yang kenal Islam.

6. Hadis- dari UM Aisyah r.a bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
“Malam dan siang tidak akan hilang sehingga Lata dan Uzza disembah.”
Aisyah berkata, “Wahai Rasulullah, saya menyangka apabila Allah S.W.T menurunkan ayat ini (as-Saff-9):
{Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama kebenaran agar da memenangkannya atas semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya,}
Maka ia telah sempurna (yakni berakhirlah kesyirikan).”
Rasulullah s.a.w bersabda:
Perkara itu akan terjadi sesuai dengan kehendak Allah, kemudian Allah mengembuskan angin yang sejuk, lalu matilah semua orang-orang yang dalam hatinya ada keimanan seberat biji sawi pun. Dan tinggallah orang-orang yang tidak memiliki kebaikan (iman). Mereka lalu kembali kepada agama nenek moyang meraka.” [HR Muslim].

7. Hadis- Allah s.w.t kecilkan bumi ini:
عن ثوؚان، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إن الله زوى لي الأرض، فرأيت م؎ارقها ومغارؚها، وإن أمتي سيؚلغ ملكها ما زوي لي منها،....
Dari Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempaparkan belahan bumi untukku, maka saya pun melihat timur dan baratnya, dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan mencapai apa yang telah dipaparkan untukku dari belahan bumi itu...”. [HR Muslim].

8. Hadis tentang kelebihan bersabar: daripada Khabbab bin al-Art r.a yang sudah tidak tahan diseksa oleh musyrikin Makkah.
Beliau berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah S.A.W ketika Baginda S.A.W beralaskan sehelai kain berteduh di sisi Ka’bah.
Kami berkata: Tidakkah Baginda S.A.W memohon pertolongan kepada kami?
Tidakkah Baginda S.A.W berdoa kepada kami?. Lalu Baginda S.A.W bersabda:

قَدْ كَانَ مَنْ قَØšْلَكُمْ، يُØ€ْØ®َØ°ُ الرَّجُلُ فَيُØ­ْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ ØšِالْمِنْØŽَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَØ£ْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْØŽَØ·ُ ØšِØ£َمْØŽَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَØ­ْمِهِ وَعَØžْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ Ø°َلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَØ°َا الأَمْرُ، Ø­َتَّى يَسِيرَ الرَّاكِØšُ مِنْ صَنْعَاءَ Ø¥ِلَى Ø­َضْرَمَوْتَ، لاَ يَØ®َافُ Ø¥ِلَّا اللَّهَ، وَالذِّØŠْØšَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya.
Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua.
Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam).
Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan Allah S.W.T dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa (inginkan kemenangan atau hasil)”.
[Riwayat al-Bukhari (6943)]

9. Allah s.w.t tutup ayat ini dengan berfirman bahawa kemenangan Islam ini akan berlaku {w𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐀 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐮𝐀𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚.}

10. Dalam ayat 8 sebelum ini Allah sebut: {𝐬𝐞𝐀𝐚𝐥𝐢𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐬𝐮𝐀𝐚 (𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐊𝐢𝐀𝐢𝐚𝐧).}

*Ini menunjukkan kedua golongan ini tidak akan senang dengan kemenangan dan kejayaan Islam dan umat Islam. Semua kafir akan bersatu dan mempunyai niat jahat yang sama terhadap Islam. Maka kita pun JANGAN turut suka dan bersekongkol menyokong mereka!

11. Allah s.w.t pelbagaikan sebutan agar kita nampak ciri-cirinya dan sedar bahawa walaupun kafir itu nampak baik dan tidak nampak menentang mereka tetapi tidak akan suka akan kemenangan Islam.

12. Satu lagi ialah golongan munafiq yang berpura dan menyamar sebagai Islam secara zahirnya. Sehinggakan mereka dapat memporak-perandakan kesatuan umat Islam dari dalam, sebagai musuh dalam selimut!
 ððžð§ð®ð­ð®ð© & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐊 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚-𝐚𝐝𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐣𝐚𝐀 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐊𝐞𝐥𝐮𝐀 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊; 𝐝𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐊.} – dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa orang yang paing zalim mereka yang berbuat dusta terhadap Allah.

Tetapi ia seolah bertentangan dengan ayat- ayat lain dalam firman Allah s.w.t ini:
i- {Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?} (Al-Baqarah 2:114)

ii- {Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.} (Al-Kahfi 18:57)

Jawapan:
Tiga kezaliman dalam tiga ayat ini tidak bercanggah. Semuanya adalah satu kezaliman tetapi mereka berbeza kategori dan jenis kezaliman. Setiap kumpulan ada kezaliman kategori yang tersendiri:

i- kategori pertama surah as-Saff; zalim dari segi aqidah.
ii- jenis kedua surah al-Baqarah- zalim dari segi amali- sekat atau halang orang dari ikut Islam & Rasulullah s.a.w.

iii- orang yang tidak dengar kata- iaitu lari apabila diajak atau didakwah kepada Islam.

Maka jelaslah tidak bercanggah, ketiganya adalah zalim mengikut kategori masing-masing.

Ayat ini menunjukkan bahawa kezaliman yang paling berat ialah terhadap diri sendiri iaitu zalim dengan syirik kepada Allah s.w.t! Allah tidak akan beri keampunan kepada orang yang syirik.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐊.} – ayat ini menunjukkan satu amaran keras daripada melakukan kezaliman.

Ia samada:
i- zalim kepada diri sendiri dengan kufir, syirik atau berbuat maksiat.

ii- atau zalim kepada orang lain.

Maka zalim seseorang itu makin jauh dia dari Allah s.w.t dan hidayah-Nya. Sesiapa yang meninggalkan kezaliman Allah s.w.t akan memberinya hidayah!

Kata ulama' tentang kelebihan tadabbur:
Sesiapa yang tadabbur al-Quran dengan niat untuk mencari hidayah, petunjuk dari Allah Azza wa Jalla, maka Allah s.w.t akan cerahkan hatinya, lapangkan dadanya dan buka mindanya untuk mendapat hidayah Allah s.w.t!

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐊𝐚𝐝𝐚𝐊𝐀𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚,}- tidak mungkin akan berjaya orang yang cuba memadamkan cahaya agama Allah ini. Seperti kata Ibnu Kathir tadi, tidak mungkin dan mustahil untuk seseorang menghapuskan agama Allah atas dunia ini!

Kemudian Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia akan menyempurnakan agama-NYA.
{ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ}.

Timbul persoalan; apakah agama Islam yang ada itu belum sempurna yakni ada kekurangan sehingga Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia akan sempurnakannya?
Jawapan:
Penyempurnaan itu berlaku mengikut kesan kepada kekurangan yang berlaku.
Contoh:
Sesetengah negara itu (seperti Jepun atau Eropah) malap agama Islamnya kerana penduduknya tidak mengenal Islam dan amat sedikit yang beriman.
Kita juga tidak perlu pergi jauh, tengok saja negara-negara jiran kita seperti Thailand, berapa peratus penduduknya yang Islam.

Manakala Indonesia walaupun ramai Islam tetapi aqidah dan amalan mereka amat rapuh dan lemah. Inilah maksudnya kekurangan yang akan disempurnakan Allah, bukan agama Islam itu tidak sempurna.

Maka Allah akan beri sokongan dan menyampaikan cahaya Islam ke situ dengan memberi sokongan dan dokongan kepada para pendakwah untuk menyeru dan berdakwah kepada Islam.
Islam akan sempurna dan naik apabila tiba masanya suatu hari nanti!
Cahaya Islam akan kembali bersinar naik dengan sempurnanya.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚 (𝐌𝐮𝐡𝐚𝐊𝐊𝐚𝐝 𝐬.𝐚.𝐰) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊),} Allah s.w.t sebut dua perkara dalam ayat ini.
Iaitu dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ini mengandungi dua asas:
i- petunjuk (ٱلْهُدَىٰ) itu ialah ilmu yang bermanfaat, betul sebagai yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

ii- agama yang benar (وَدِينِ ٱلْØ­َقِّ) iaitu amal soleh sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w!
Cara hidup dan beragama yang benar, bukan YANG direka-reka dan bukan amal yang benar dari Rasulullah s.a.w dan tidak akan diterima oleh Allah s.w.t! (متاؚعة الرسول).

Perjalanan agama ini tidak akan diterima dan nak betul mesti ada dua:
i- ikhlas kerana Allah s.w.t
ii- ikut ajaran Rasulullah s.a.w.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚 (𝐌𝐮𝐡𝐚𝐊𝐊𝐚𝐝 𝐬.𝐚.𝐰) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐊),– agama ini tidak akan sempurna perjalanan kecuali manusia ikut dua asas ini-:
i- petunjuk iaitu ilmu yang diterima dari Allah s.w.t maka kita akan tahu yang benar.

ii- serta dengan agama yang benar iaitu amal soleh atau ibadat yang betul; ikut Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih dan warid dari Baginda s.a.w.

Ulama' ahli Sunnah mengatakan agama kita ini jelas, kita dilarang untuk mereka-reka sendiri ibadat, sesiapa yang membuat rekaan bid’ah maka akan terolak ibadatnya.

Ambillah agama ini sebagaimana yang ditafsir digariskan oleh ulama' salafus-soleh dan ulama' muktabar selepas mereka, itulah perjalanan agama yang benar dan mantap. Cukuplah apa yang kita belajar, tidak perlu kita koyak & goyah.

𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒜𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.

𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐂𝐢𝐫𝐢-𝐜𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 & 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓.
𝘿𝙧.𝘌𝙗𝙪 𝘌𝙣𝙖𝙚 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙚𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘌𝙚-𝙎𝙖𝙛𝙛 (04) 
𝘌𝙮𝙖𝙩 [10-13] 

F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐚: https://fb.watch/hEE6A8aa5p/
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐊𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini adalah tentang perniagaan dengan Allah s.w.t Ini adalah satu perniagaan yang tidak akan rugi.

2. Kecuali kita sendiri yang merugikannya dengan tidak ikhlas kepada Allah s.w.t!

3. Allah juga nyatakan ciri-ciri perniagaan ini apakah sifat dan kriterianya.

4. Kemudian Allah s.w.t nyatakan harga atau bayarannya yang begitu besar; iaitu syurga dan segala nikmatnya yang tidak terhitung.

5. Allah s.w.t juga memberi jaminan bahawa Islam akan menang dengan pertolongan Allah.

6. Munasabah ayat:
i- dalam ayat-ayat yang lepas Allah s.w.t menyebut tentang banyaknya pertolongan kepada Rasulullah s.a.w dan sesiapa yang menentangnya akan binasa.

ii- maka dalam ayat ini Allah s.w.t beri satu galakan dan tunjuk-ajar satu perniagaan yang cepat dan menguntungkan. Pulangannya laju dan cepat.

*Contoh- seorang sahabat yang baru beriman pada waktu paginya kemudian terus pergi berjihad lalu mati syahid tanpa sempat solat satu waktupun! Terus mendapat ganjaran pahala seperti para syuhada’ lain.

Ø£َعُوذُ Øšِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ ال؎َّيْØ·َانِ الرَّجِيمِ

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧! 𝐌𝐚𝐡𝐮𝐀𝐚𝐡 𝐀𝐀𝐮 𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐊𝐚𝐭𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐀𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐀𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚?} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟏𝟎)

1. Allah s.w.t menyeru dan memberi arahan kepada orang yang beriman. Jika kamu orang beriman maka celiklah mata dan bukalah telinga!

2. Allah s.w.t menawarkan satu 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐊𝐚𝐭𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐀𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐀𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚!
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐈𝐚𝐢𝐭𝐮, 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐀𝐚𝐊𝐮; 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐊𝐢𝐀𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐀 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐚𝐊𝐮, 𝐣𝐢𝐀𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐀 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 (𝐡𝐚𝐀𝐢𝐀𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚).} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟏𝟏)

1. Ciri-ciri perniagaan itu ialah:
i- Keimanan yang mantap dan sepenuhnya terhadap Allah & Rasul-Nya. Hati yang yakin dan anggota mematuhinya dengan melakukan apa yang diperintah.

ii- kemudian 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 sendiri.

2. Allah huraikan lagi dalam firman-Nya ini:
{Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.} (At-Taubah 9:111)

3. Hadis daripada Abu Zar, Jundub bin Junadah R.A, katanya, aku bertanya:
“Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdhal?”
Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
Beriman kepada Allah S.W.T dan berjihad dijalannya.” [HR Bukhari & Muslim].

*Serta banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan jihad.

4. Dua perkara besar ini: Beriman dan berjihad ini lebih baik bagi kamu di dunia & Akhirat jika kamu tahu kelebihan dan hakikat sebenarnya.

5. Ulama' kata maksudnya perkataan
(Ø°َٰلِكُمْ Ø®َيْرٌۭ لَّكُمْ)
lebih baik bagi kamu:
i- iaitu sesuatu amalan yang paling baik bagi kamu.
ii- beriman dan berjihad adalah amalan yang terbaik yang kamu buat!

6. Dalil banyak lagi juga perkara yang lebih baik:
i- Nabi S.A.W pernah ditanya, "Apakah amalan yang paling dicintai disisi Allah S.W.T? Nabi menjawab "Solat pada waktunya. Kemudian berbuat kepada dua ibu bapa.” [HR Bukhari & Muslim].

*Yakni adakala Rasulullah s.a.w jawab begitu dan begini, kerana mengikut keadaan orang yang bertanya. Ini kerana amalan yang terbaik dalam Islam adalah banyak dan mengikut suasana.


*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟐- {(𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐊𝐩𝐮𝐧𝐀𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐬𝐚-𝐝𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐊𝐚𝐬𝐮𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐀𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐊 𝐭𝐚𝐊𝐚𝐧-𝐭𝐚𝐊𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐊𝐩𝐚𝐭𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐊𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐊𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐀 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐊 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 " 𝐀𝐝𝐧 ". 𝐈𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐞𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟏𝟐)

1. Jika kamu beriman kepada Allah & Rasulullah serta berjihad fisabilillah apakah yang kamu dapat?

2. Sebagai balasannya Allah s.w.t akan pertamanya:
i- ampunkan dosa kamu
ii- sembunyikan dosa-dosa kamu
iii- selamatkan dari api neraka & azabnya.

3. Kemudian balasan kedua ialah:
i- Allah s.w.t 𝐊𝐞𝐊𝐚𝐬𝐮𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐀𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐊 syurga.

ii- Sifat syurga itu amat indah dan penuh nikmat seperti 𝐭𝐚𝐊𝐚𝐧-𝐭𝐚𝐊𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢. Allah gambarkan syurga dengan keindahan!

4. Balasan ketiga:
i-𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐊𝐩𝐚𝐭𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐊𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐊𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐀 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐊 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 "𝐀𝐝𝐧i", iaitu syurga yang kekal.

ii- Kamu tidak akan berpindah atau keluar darinya selama-lamanya!

5. Ulama' membincangkan pula maksudnya { وَمَسَـٰكِنَ Ø·َيِّØšَØ©ًۭ}- tempat tinggal yang baik:
i- luas dan indah.
ii- kekal selamanya
iii- tidak akan rosak.

6. Kesimpulannya- semua nikmat dan keindahan syurga yang tidak dapat digambar dan disebut! Allah sudah menyediakan segala nikmat yang mata tidak pernah tengok, telinga tidak pernah dengar dan hati tidak pernah terdetik!

7. Tugas kita periksa dan pastikan apakah perbuatan dan amalan kita mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk melayakkan kita menjadi ahli syurga yang dijanjikan ini!

8. Inilah harapan dan cita-cita kita, jadi sekarang inilah waktu untuk berusaha dan merebut segala peluang pahala yang Allah tawarkan agar kita tidak terlepas dari meraihnya!

9. Allah s.w.t kata: 𝐈𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐞𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫!
Selamat dari segala azab dan layak mendapat segala nikmat yang Allah sediakan!
Jika kamu mahukannya semua balasan di akhirat ini; maka jangan lupa dan lagha di dunia ini!

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐥𝐢𝐊𝐩𝐚𝐡 𝐀𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐬𝐮𝐀𝐚𝐢, 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 (𝐊𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐀𝐮𝐧𝐲𝐚). 𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐊𝐩𝐚𝐢𝐀𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐊𝐛𝐢𝐫𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟏𝟑)
1. Ayat ini pula adalah limpah kurnia yang Allah kurniakan di dunia lagi pula bagi orang yang beriman dan berjihad!

2. Setelah kamu beriman dan berjihad dengan yakin kepada Allah s.w.t maka kamu akan mendapat kemenangan atas dunia ini, balasan yang dinanti-nantikan:
i- 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (نَصْرٌۭ مِّنَ ٱللَّهِ) kemenangan atas musuh-musuh kamu.

ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐀𝐮𝐧𝐲𝐚 (وَفَتْØ­ٌۭ قَرِÙŠØšٌۭ ۗ). Kamu akan membuka negara-negara yang menjadikan luasnya kawasan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam.

3. Ulama' membicangkan maksudnya kemenangan atau pembukaan yang cepat ini (وَفَتْØ­ٌۭ قَرِÙŠØšٌۭ ۗ):

i- Pembukaan Kota Makkah pada Ramadhan Tahun ke-8 H.
Ini adalah satu kemenagan yang besar, ranapnya empayar Syirik di Makkah, berhala dan patung-patung dimusnahkan, tersungkurnya behala dan tersungkur jiwa manusia yang syirik kepada lah!
Para pemuka musyrikin ramai yang telah binasa. Ini adalah kemenangan yang amat besar kepada kesabaran Rasulullah s.a.w selama 20 tahun.

ii- ada ulama' yang mengatakan selepas Makkah ada pula pembukaan negara Parsi & Rom. Iaitu penjajah Rom yang ada di bawah empayar Syam, bukan yang di Itali.

4. Ayat ini dihuraikan dengan firman Allah s.w.t:
{Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.} (Al-Hajj 22: 40-41)

5. Kemudian Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w menyampaikan khabar gembira ini kepada orang-orang yang beriman: kemenangan segera atas dunia ini & akan datang balasan syurga di Akhirat kelak!

6. Firman Allah s.w.t:
{ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.} (Muhammad 47:7)

7. Pada akhir zaman kita ini begitu sukar untuk mencari orang yang berprinsip dan berintegriti amat sukar!
Sebagai orang yang beriman kita hiasilah diri kita dengan keimanan dan integriti ajaran Islam yang indah & sempurna!
Istiqomahlah diri kita atas ajaran Islam, dengan Sunnah Nabi s.a.w.

Maka kita hati-hatilah dalam segenap sikap dan tindak-tanduk agar kita tidak menjadi manusia yang rugi di dunia & muflis di Akhirat kelak!

Kita minta berlindung dari Allah s.w.t agar Allah tidak meninggalkan kita tanpa diberi bimbingan dan panduan!
 ððžð§ð®ð­ð®ð© & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧! 𝐌𝐚𝐡𝐮𝐀𝐚𝐡 𝐀𝐀𝐮 𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐊𝐚𝐭𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐀𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐀𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚?}- Allah s.w.t mulakan ayat ini dengan menyeru orang yang beriman!

Kenapa? Supaya semua orang yang beriman dengar dan ambil perhatian!

Kata Abdullah bin Mas’ud r.a:
Apabila kamu mendengar Allah memulakan ayat dengan seruan ini {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧!}, kamu akan dapati akan ada arahan yang Allah mahu kita buat dan ada keburukan yang dilarang. [Ibnu al-Mubarak- Kitab az-Zuhdi]

Dalam ayat ini Allah panggil kemudian Dia tanya!
Ayat ini menunjukkan bahawa perniagaan ini tidak akan mendapat keuntungan kecuali mengikut jalan yang yang ditunjukkan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w!
Ambil jalan lain; kamu akan sesat dan kerugian!

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧! 𝐌𝐚𝐡𝐮𝐀𝐚𝐡 𝐀𝐀𝐮 𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐊𝐚𝐭𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐀𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐀𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚?}- Allah sebut perniagaan (تِجَـٰرَØ©ٍۢ) yang dapat 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐊𝐚𝐭𝐀𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 neraka.

Maksudnya Allah s.w.t akan jadikan pahala itu seperti satu perniagaan, orang berniaga pasti dia nak untung. Maka Allah buat anologi orang yang beriman dan berjihad seolah melakukan perniagaan dengan Allah s.w.t yang menguntungkan!

Maka sesiapa yang berniaga dengan Allah s.w.t akan mendapat balasan:
i- Allah redha.
ii- masuk syurga.
iii- selamat dari neraka.

SOP atau syarat perniagaan ini WAJIB IKHLAS kerana Allah s.w.t. Kena letakkan keikhlasan itu di depan sekali! Jika tidak ia akan menjadi sangat bahaya!

Hadis- AMAL YANG TIDAK IKHLAS:
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya orang pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati kerana syahid di jalan Allah. Diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang ia perolehi di dunia, lalu iapun mengakuinya.
Kemudian ditanya kepadanya: Apa yang engkau perbuat dengan nikmat tersebut? Ia menjawab: Aku berperang untuk-Mu Ya Allah, sehingga aku syahid. Allah berkata: Engkau dusta! Engkau berjihad supaya dikatakan engkau seorang yang berani. Dan itu telahpun dikatakan orang padamu. Kemudian diperintahkan para Malaikat untuk menyeret orang itu atas wajahnya, lalu dilemparkan ke neraka.
Kemudian orang yang menuntut ilmu, ia juga mengajarkannya serta membaca Al Quran. Ia diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang ia dapatkan di dunia, lalu ia pun mengakuinya.
Kemudian Allah berkata kepadanya: Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu? Ia menjawab: Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, aku juga membaca Al Quran kerana Mu ya Allah.
Allah pun berkata: Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar disebut alim (orang yang berilmu), engkau membaca Al Quran supaya disebut qari’ (ahli membaca Al Quran), dan orang telahpun mengatakannya.
Kemudian diperintahkan para Malaikat agar menyeret atas wajahnya dan dilemparkan ke dalam neraka.
Dan juga orang yang Allah berikan ia kelapangan rezeki dengan bermacam harta benda. Ia diperlihatkan kenikmatan yang ia peroleh di dunia, lalu ia pun mengakuinya.
Allah berkata kepadanya: Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu?
Dia menjawab: Aku tidak pernah meninggalkan suatu jalan kebaikan kecuali aku berinfaq kerana Engkau ya Allah’.
Allah berkata: Engkau dusta! Engkau melakukan itu supaya disebut dermawan dan orang telahpun mengatakan itu.
Kemudian diperintahkan malaikat agar menyeret di atas wajahnya dan ia dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Muslim No: 1905)

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐈𝐚𝐢𝐭𝐮, 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐀𝐚𝐊𝐮;}- Allah s.w.t kata kamu beriman dan berjihad.

Kata ulama': Antara kelebihan beriman dan berjihad itu adalah antara jalan untuk menghapuskan dosa-dosa walaupun dosa besar!
*Orang yang beriman tetapi melakukan dosa besar, lalu dia pergi berjihad, maka Allah hapuskan dosanya itu dengan sebab iman dan jihadnya!

Ulama' tafsir kata: Paksi utama surah as-Saff ini adalah tentang jihad, Allah s.w.t ulang tiga kali tentang kelebihan jihad dan balasannya dalam ayat ini.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐀𝐚𝐊𝐮;}- kenapa Allah s.w.t menyebut berjihad dengan harta dulu baru dengan jiwa-raga. Dalam ayat-ayat lain juga begini biasanya.

Kata ulama':
i- Ayat ini menjadi dalil harus dan disuruh untuk berjihad dengan harta! Jika kamu tidak dapat hadir secara fizikal maka sumbangkan harta kamu fisabilillah.

ii- harta adalah sesuatu yang disayangi dan dikasihi oleh seseorang, tetapi tidak lebih dari nyawa. Jadi dimulakan dengan sesuatu yang kurang dulu baru yang lebih tinggi nilainya supaya tidak terasa beratnya!

Mula-mula berjihad dengan harta akhirnya dengan jiwa-raga sendiri, Insya' Allah!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐥𝐢𝐊𝐩𝐚𝐡 𝐀𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐬𝐮𝐀𝐚𝐢, 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 (𝐊𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐀𝐮𝐧𝐲𝐚). 𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐊𝐩𝐚𝐢𝐀𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐞𝐊𝐛𝐢𝐫𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧.}– orang yang beriman apabila nak mati malaikat akan datang untuk beri khabar gembira tentang syurga yang dijanjikan!

Itulah yang kita harap dan citakan agar kita mendapat keampunan dan keredhaan Allah s.w.t!

Kata ulama': Ayat ini juga menunjukkan mukjizat al-Quran yang boleh menceritakan kepada kita perkara yang akan berlaku pada masa akan datang!

Ayat ini juga sebagai galakan untuk kita berjihad fi-sabilillah dan ikhlas kerana Allah s.w.t dalam segenap amalan kita.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒜𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.

𝗝𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗔𝗎𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗊.𝗪.𝗧 𝗊𝗲𝗜𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗛𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝘆𝘆𝗶𝗻 & 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗎 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗮𝗜𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗎𝗮𝗻.
𝘿𝙧.𝘌𝙗𝙪 𝘌𝙣𝙖𝙚 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙚𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘌𝙚-𝙎𝙖𝙛𝙛 (05)
 ð˜Œð™®ð™–𝙩 [14] 
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐚: https://fb.watch/hHejLdtKRO/

𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐊𝐚𝐡:
1. Ini adalah siri yang kelima & yang terakhir bagi surah as-Saff ini. Kita akan bincangkan satu ayat yang terakhir iaitu ayat yang ke-14.

2. Dalam siri ini Allah s.w.t menyeru kepada hamba-hamba-Nya supaya menjadi pembela (ansar) agama Allah s.w.t sepertimana para Hawariyyun (ٱلْØ­َوَارِيُّونَ) iaitu pengikut dan teman rapat Nabi Isa a.s yang setia.

3. Kemudian Allah s.w.t memberi satu janji yang benar bahawa orang beriman akan mendapat kemenangan ke atas musuh-musuhnya jika mereka ikhlas berjuang kepada Allah s.w.t.

4. Dalam siri yang lepas Allah s.w.t tawarkan satu perniagaan yang menguntungkan iaitu berniaga dengan Allah tetapi syaratnyna ialah WAJIB IKHLAS!

5. Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah s.w.t galakkan kempen besar-besaran untuk berjihad fi-sabilillah dan letakkan perasaan cinta rindu kita untuk untuk melakukan perniagaan dengan Allah s.w.t.
Allah juga telah berjanji dengan janji yang besar bahawa sesiapa yang berjihad dan berperang, mereka akan diberi khabar gembira tentang kemenangan-kemenangan di dunia dan syurga di Akhirat.
Maka pasti sekali jiwa-jiwa orang beriman merindui janji kemenangan di dunia dan balasan syurga ini!

ii- Tetapi Allah s.w.t telah nyatakan bahawa syarat utamanya untuk berniaga dengan Allah wajib ikhlas, jika tidak akan sia-sia sebagaimana kisah tiga orang dalam hadis Rasulullah s.a.w sebelum ini, yang mana mereka dipanggil awal di Akhirat nanti (pembaca al-Quran, pemberi sedekah dan mujahid) tetapi mereka hilang pahalanya kerana tidak ikhlas dan Allah s.w.t mencemuh mereka!

iii- maka dalam ayat ini Allah menyeru orang beriman agar menjadi pembela, penolong agama Allah s.w.t!
Bagaimana caranya- kita lihat dalam ayatnya di bawah.

6. Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan orang yang ikhlas, walaupun mulut tidak mengucapkannya tetapi biarlah hati sentiasa ikhlas!

Ø£َعُوذُ Øšِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ ال؎َّيْØ·َانِ الرَّجِيمِ
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧! 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐀𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐩𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚-𝐩𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐊𝐚𝐧𝐚 (𝐀𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐀𝐚𝐧𝐠-𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐀𝐚𝐧𝐠) 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐬𝐚 𝐢𝐛𝐧𝐢 𝐌𝐚𝐫𝐲𝐚𝐊 (𝐀𝐞𝐭𝐢𝐀𝐚 𝐢𝐚) 𝐛𝐞𝐫𝐀𝐚𝐭𝐚 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐀𝐚𝐧𝐠-𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐀𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮: "𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚𝐀𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠-𝐩𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐀𝐮 (𝐝𝐚𝐥𝐚𝐊 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧𝐀𝐮) 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐀𝐀𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚𝐍𝐲𝐚)?" 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛: "𝐊𝐚𝐊𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚-𝐩𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡!" (𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐬𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚) 𝐊𝐚𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐮𝐚𝐀 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐚𝐮𝐊 𝐁𝐚𝐧𝐢 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐮𝐚𝐀 𝐥𝐚𝐠𝐢 (𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩) 𝐀𝐚𝐟𝐢𝐫. 𝐋𝐚𝐥𝐮 𝐊𝐚𝐊𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐀𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐀 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐡𝐀𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐬𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐊𝐚𝐀𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠.} (𝐀𝐬-𝐒𝐚𝐟𝐟 𝟔𝟏:𝟏𝟒)

1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menyeru kepada orang yang beriman untuk menjadi pembela dan penolong agama Allah s.w.t { كُونُوٓا۟ Ø£َنصَارَ ٱللَّهِ}!

2. Kita tolong agama Allah s.w.t dengan:
i- perkataan kita- berdakwah menyampaikan yang hak. Jihad dengan ilmu dan hujjah yang benar!

ii- perbuatan kita – jihad secara fizikal atau jika ada kuasa amar ma'ruf dan nahi mungkar.

iii- kita sendiri menyahut seruan agama dengan beriman, beribadat & beramal soleh sebagaimanaa yang diperintah Allah s.w.t. yakni dengan iktikad dan perbuatan kita.
*Bukan sekadar slogan yang dilaung atau poster yang digantung; tetapi amalan yang kita buat!

3. Menolong Rasulullah s.a.w ialah:
i- menyahut seruan dakwahnya.
ii- belajar & mengamalkan segala ajaran dan Sunnahnya.
iii- mengajar dan menyebarkan Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih.

4. Kata Ibnu Asyur rhm. maksudnya arahan membela agama Allah di sini ialah:
i- kita beriman dengan agama-Nya.
ii- tetap istiqomah beramal dengan perintah Allah s.w.t & ajaran Sunnah Rasulullah s.a.w.
iii- kita sabar atas perjuangan ini dan penentangan dari orang kafir.

5. Allah buat bandingan siapa yang sanggup menjadi pembela agama ini sebagaimana para pengikut setia Nabi Isa a.s yang digelar al-hawariyyun, yang menyahut seruan Nabi Isa a.s untuk membantunya.

6. Apakah maksud hawariyyun (ٱلْØ­َوَارِيُّونَ) ini:
Sahabat setia yang membela, menyokong dan mendokong agama dan dakwah Nabi Isa a.s.
* Ia boleh dibaca dua-dua Hawariyyun/Hawariyyin (الْØ­َوَارِيِّـۧنَ/ ٱلْØ­َوَارِيُّونَ) mengikut kedudukannya dalam ayat, mengikut kaedah nahu bahasa Arab.

7. Selepas Nabi Isa a.s bertanya kepada pengikutnya siapa yang mahu membantu dan membelanya dalam menegakkan agama Allah ini. Lalu mereka yang setia dan benar-benar ikhlas ini terus sanggup dan bangun untuk membela mendokong perjuangan Nabi Isa a.s.

8. Sebagaimana kata pendakwah: Kita ini lemah apabila berseorangan tetapi akan kuat jika bersatu dan ada sokongan dan dokongan dari para sahabat dan pengikut!
Jika seorang kita tidak akan dapat berdakwah, perlu ada penyokong yang setia, mereka yang pakar dalam bidang masing-masing sesuai dengan peredaran zaman untuk membantu dalam gerakan dakwah ini dan menegakkan Sunnah Rasulullah s.a.w.

9. Firman Allah s.w.t:
{Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)"} (Al-Maaidah 5:111)

10. Hadis riwayat Jarir bin Abdullah r.a: Pada hari Rasulullah s.a.w & muslimin dikepung oleh tentera Ahzab di Madinah.
Rasulullah bertanya siapa yang sanggup keluar untuk pergi menyiasat keadaan musuh, dan hanya az-Zubir yang menyahut seruan Baginda s.a.w walaupun selepas dua kali Baginda bertanya.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Ø¥ِنَّ لِكُلِّ نَØšِىٍّ Ø­َوَارِيًّا ، وَØ­َوَارِىَّ الزُّØšَيْرُ
“Setiap Nabi itu mempunyai seorang Hawariyyun (penolong yang setia). Penolongku adalah Az-Zubair.” [HR Bukhari & Muslim].

11. Hadis – riwayat dari Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak ada mana-mana nabi yang dibangkitkan oleh Allah s.w.t sebelum aku kecuali akan ada di kalangan mereka al-hawariyyun (pengikut setia) dan sahabat yang patuh.” [HR **

12. Apakah tanda dan ciri-ciri pengikut setia, hawariyyun para Nabi ini:
i- berpegang dengan Sunnahnya. Ikut ajaran setiap nabi masing-masing.
ii- ikut arahan yang diberinya dan tinggalkan larangannya.
*Apa yang Rasulullah s.a.w tinggalkan kepada kita sudah lengkap dan sempurna tidak perlu kita ubah, tambah atau tukarkanya lagi.

13. Selepas para hawariyyun ini akan ada sekumpulan yang
menentang para Nabi pula, mereka kata tetapi tidak buat, mereka buat apa yang tidak diperintahkan, apabila diajak ikut Sunnah tidak minat!

14. Hadis sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” [HR Muslim].

15. Selepas Nabi Isa a.s bertanya dan mereka hawariyyun ini menyatakan kesanggupan mereka untuk taat setia dan bersama membantu dalam dakwah nabi Isa atas apa yang Allah s.w.t utuskan atas kebenaran.

16. Kata Ibnu Kathir rhm.: Lalu Nabi Isa a.s hantar hawariyyun yang faham Sunnahnya ini untuk pergi dakwah ke Syam di kalangan israil dan yunani yang ada di situ.

17. Selepas ketiadaan Nabi Isa.

18. Kata Ibnu Kathir rhm.: Apabila Nabi Isa menyampaikan Risalah Allah ini dia disokong oleh hawariyyun, maka ada sebahagian bani Israil yang beriman dan ada yang tidak beriman dan terus sesat.

19. Mereka yang sesat ini terbahagi kepada dua:
i- golongan yang tidak beriman dengan Isa bahkan menuduh membuat fitnah jahat bahawa Isa dan ibunya sebagai anak yang tidak sah. Inilah golongan yahudi yang dilaknat.

ii- golongan yang melampau memuja melebihi kenabaian dan menganggap nabi Isa a.s adalah anak tuhan- kita jangan sekali bergembira seolah menyokong mereka ini!

20. Kita orang muslim beriman bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang manusia biasa, hamba Allah yang dilantik menjadi nabi & rasul untuk umatnya. Isa bukan anak Tuhan juga bukan anak zina!

21. Selepas Nabi Isa tiada diangkat ke langit, pengikut setia Nabi Isa ini kekal berdakwah dan beramal dengan Kitab Injil yang ada di tangan mereka. Lalu Allah s.w.t beri kemenangan kepada mereka ke atas musuh-musuh mereka!
*Kata Ibnu Atiyah rhm.: Ini adalah selepas Nabi Isa diangkat ke langit dan sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w.

22. Apabila Rasulullah s.a.w diutuskan, pastilah ia adalah untuk pengikut Baginda dan ahli Kitab yang tidak menyeleweng ini beriman pula Baginda s.a.w. Maka kemenangan yang Allah s.w.t berikan adalah kepada orang Islam umat nabi Muhammad yang beriman kepada Allah & Rasulullah s.a.w!

23. Ahli kitab yang menyeleweng mereka telah merubah kitab yang asal. Ajaran dan tafsirannya adalah mengikut hawa-nafsu mereka!

24. Kita hari ini yang ada kitab al-Quran & Hadis-hadis Nabi s.a.w di tangan kita hendaklah berpegang dengan dua sumber yang utama ini dengan mengikut tafsir & huraian hadis oleh ulama' yang muktabar lebih-lebih lagi ulama' salafus-soleh yang telah berusaha memahamkan umat ini.

*Jangan tafsir Quran & hadis sendiri kerana kita tiada kemampuan dan kepakaran. Kemudian datang ulama' semasa samada dalam bidang tafsir & hadis mereka telah mengumpulkan semuanya untuk kemudahan kita.

25. Zaman kita ini hadis telah dikumpulkan & di masukkan sebahagian besarnya dalam applikasi tertentu untuk mempermudahkan kita memeriksa dan menyemak sesuatu hadis. Mengikut teknologi yang sesuai dengan zaman ini.


🎀
 ððžð§ð®ð­ð®ð© & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧! 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐀𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐀𝐚𝐊𝐮 𝐩𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚-𝐩𝐞𝐊𝐛𝐞𝐥𝐚 (𝐚𝐠𝐚𝐊𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡}- kata ulama' ayat ini menjadi hujjah & dalil yang jelas bahawa wajibnya kita beramal dengan amar ma'ruf & nahi mungkar.
Tidak syak lagi untuk untuk menegak agama ialah dengan melakukan kebaikan.
Apabila kita bekerja untuk membela agama Allah maka Allah s.w.t akan menolong kita. Membela agama Allah adalah apabila melihat perkara mungkar dalam keluarga, masyarakat dan negara kita; wajib kita tegah dan tegur semampu kuasa dan kudrat kita!
Bukan hanya lihat sahaja sehingga seolah ia menjadi satu normalisasi dalam masyarakat!

Siapa yang menentang agama ini wajib kita menentangnya. Inilah ciri-cirinya orang yang membela agama Allah, menegakkan agama Allah walaupun ditentang dan dihalang itulah Ansarullah.
Jadikanlah kami sesama orang yang membela agamamu dan menyebarkan Sunnah Nabi-Mu s.a.w.

2. Bagaimanakah caranya untuk kita membela agama Allah ini?
Sebagaimana kata ulama' dalam tafsir tadi; membela agama Allah ialah dengan:
i- menegakkan ajarannya!
ii-belajar Kitab Allah & Sunnah Nabi s.a.w,, beramal dengannya dan sebarkannya kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita, dengan ahli keluarga yang dekat, sahabat handai serta perkenakalkan Islam ini kepada non muslim yang kita kenal! Buatlah setakat kemampuan yang kita ada.

3. Siapakah al-Ansariyyun- pembela agama Allah (Ø£َنصَارِىٓ Ø¥ِلَى ٱللَّهِ ۖ) ini?
Ulama' mengatakan dalam ayat ini disebut al- hawariyyun ini asalnya ialah gelaran untuk orang yang betul-betul ikhlas membela, menyokong dan membantu Nabi Isa a.s.
Kemudian ia adalah umum penyokong dan pembela bagi semua Rasul- orang yang membela agama Allah dan Sunnah Rasulullah maka ia adalah hawariyyun.

Sepertimana dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa az-Zubir a.s adalah penolong atau hawariyyunnya.

Marilah kita menjadi hawariyyun Rasulullah s.a.w dengan mengamalkan Sunnahnya, pembela dan penyebarnya walaupun akan mendapat tentangan, akan dituduh dan dilabelkan.

Begitulah mahal harganya untuk menyebarkan Sunnah kepada masyarakat. tetapi jangan sampai membawa mudharat.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {(𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐈𝐬𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐀 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚) 𝐊𝐚𝐀𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐮𝐚𝐀 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐚𝐮𝐊 𝐁𝐚𝐧𝐢 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐮𝐚𝐀 𝐥𝐚𝐠𝐢 (𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩) 𝐀𝐚𝐟𝐢𝐫.}- begitulah manusia dalam dunia ini pasti ada pertembungan dan perpecahan.

Umat Nabi Isa ada yang menerima dakwahnya lalu beriman ada juga yang tetap kafir tidak beriman dengannya.
Mereka yang ikut ini pula ada yang betul seperti para hawaryyun dan ada yang sesat dan melampau.

Yang sesat ini pula terbahagi dua sebagaimana yang kita baca dalam surah al-Fatihah:
i- Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai (غَيْرِ الْمَغْضُوؚِ عَلَيْهِمْ)- iaitu puak yahudi yang melampau menuduh Nabi Isa sebagai anak tak sah taraf (anak zina).

ii- Dan bukan jalan orang yang sesat (وَلَا الضَّالِّينَ) ;- mereka yang ghuluw terlampau taksub pula kepada Nabi Isa iaitu puak Nasrani yang mendakwa Isa adalah anak Tuhan!

Manakala aqidah kita adalah ikut ajaran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, beriman kepada Nabi Isa a.s dengan tidak melampau atau terlalu taksub. Kita beriman bahawa Isa a.s adalah hambanya yang dilantik menjadi nabi & rasul-Nya. Dia sekarang diangkat ke langit dan akan diturunkan apabila tiba saatnya dekat Kiamat nanti.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟒- {𝐋𝐚𝐥𝐮 𝐊𝐚𝐊𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐀𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐊𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐀 𝐊𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐡𝐀𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐬𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐊𝐚𝐀𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐀𝐚 𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠.} - ayat ini memberi khabar gembira kepada orang beriman dengan janji pertolongan dan sokongan dari Allah.

Tetapi dengan syarat selagi kamu membela kebenaran agama dan Sunnah ini serta bersatu pada atas Kitab dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Juga ikhlas beriman dan beramal kepada Allah s.w.t, jangan berpecah dan berkelahi sesama sendiri barulah kamu beroleh kemenangan ke atas musuh-musuh Islam.

Pertolongan dan bantuan Allah yang penuh bagi orang yang imannya sempurna.
Jika imannya kurang, kuranglah bantuan.

Inilah pertolongan yang bersyarat; Jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu dan tetapkan pendirian kamu.

Alhamdulillah tamatlah kita surah as-Saff ini semoga mendapat manfaat, pengajaran dan iktibar yang sepatutnya sebagai pedoman hidup kita dunia & Akhirat.

🎀
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒜𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.
🎀


#𝙐𝘌𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗊𝘂𝗯𝘂𝗵, 𝙍𝙖𝙗𝙪 04 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 28/12/2022
🌷

TAMAT

No comments:

Post a Comment