✅️10/11/2022
6. ๐๐๐๐จ๐๐ง ๐๐ช๐ง๐๐ ๐ผ๐ก-๐๐๐ฆ๐'๐๐ (06) ๐ผ๐ฎ๐๐ฉ [57-62]
1. ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ง ๐๐ ๐๐ซ ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ก๐๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐๐ข๐๐ง ๐๐๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ข
2. ๐๐๐ฆ๐๐ญ๐ข๐๐ง & ๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐
Tafsir ayat
---------
1. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ (๐๐๐ซ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ - ๐ฐ๐๐ก๐๐ข ๐ ๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ซ), ๐ฆ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฉ๐๐ซ๐๐๐ฒ๐ (๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ค๐ข๐๐ฆ๐๐ญ).}
- Allah s.w.t menegaskan bahawa Dia-lah yang mencipta kamu semua dulu dari tiada kepada ada.
- Wahai golongan yang ingkar ingatlah bahawa kamu dulu tiada, maka baiklah kamu beriman dengan hari Kiamat.
- Amat mudah bagi Allah s.w.t untuk mencipta kamu kembali buat kali kedua sebagaimana Dia telah mencipta kamu buat kali pertama dulu. Semuanya mudah bagi Allah s.w.t. Kamu yang memayahkannya.
- Firman Allah s.w.t:
¡- {Sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.} (Al-Anbiyaa' 21:104)
ii- {Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.} (Ar-Ruum 30:27)
2. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {(๐๐๐ง๐ ๐๐ฉ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ซ๐๐๐ ๐ข๐ฅ?) ๐๐ข๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐ซ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐๐๐๐๐ง ๐๐ข๐ซ ๐ฆ๐๐ง๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ซ๐ค๐๐ง (๐ค๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ซ๐๐ก๐ข๐ฆ)?
- Allah detailkan tentang cerita air mani ini dalam firman-Nya:
{(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim)-
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),} (At-Taariq 86: 5-8)
3. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐?}
- Kemudian Allah s.w. tanya lagi dengan satu pertanyaan bebrbentuk cabaran.
- Kata ulama' tadabbur: Kita melihat dengan sebab kejadian itu – yakni Allah s.w.t mahu mengingatkan kita agar jangan mudah ingkar, lihat saja kepada kejadian diri kamu sendiri!
- Puak kafir ini apabila ditanya siapa yang mencipta manusia, mereka mengaku Allah yang mencipta mereka, tetapi apabila disebut tentang bangkit semula mereka tidak percaya!
- Kita adalah manusia yang dicipta dari air mani hasil dari ibu bapa lalu Allah menghidupkan kita.
4. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ง (๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐ญ๐๐ฉ๐ค๐๐ง ๐ฆ๐๐ฌ๐) ๐ค๐๐ฆ๐๐ญ๐ข๐๐ง (๐ญ๐ข๐๐ฉ-๐ญ๐ข๐๐ฉ ๐ฌ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ) ๐๐ข ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ, ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฌ๐๐ค๐๐ฅ๐ข-๐ค๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐ข๐ค๐๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก๐ค๐๐ง;}
- Allah s.w.t juga telah menentu dan menetapkan masa dan waktu kematian setiap manusia. Kerja kita hanya membuat persiapan untuknya.
- Jadi apa yang susah sangat untuk Allah menghidupkan kembali manusia selepas kematian itu??? Apa peliknya bagi Allah yang Maha Berkuasa?
- Tidak ada manusia yang boleh terlepas dari kematian pada waktu yang telah ditetapkan baginya!
- Ulama' tafsir kata makna {Kami tetapkan} (َูุญُْู َูุฏَّุฑَْูุง):
i- Kami tetapkan umur kematian seseorang itu berbeza-beza.
ii- Yakni Allah s.w.t telah tetapkan kematian ke atas setiap manusia!
- Firman Allah s.w.t:
i- {Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.} (A-li'Imraan 3:185)
ii- {Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.} (Al-A'raaf 7:34)
- Allah s.w.t juga menegasakan bahawa Dia ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฌ๐๐ค๐๐ฅ๐ข-๐ค๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐ข๐ค๐๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก๐ค๐๐ง.
Kata ulama' maknanya:
i- Kami tidak lemah untuk mencipta dan menghidupkan semula manusia.
ii- atau menjadikan manusia sebagai suatu penciptaan yang baru pada hari kebangkitan nanti.
iii- Kami juga tidak lemah untuk mengambil tindakan ke atas kamu!
Kamu Tidak akan dapat lari daripada kekuasaan dan ketetapan taqdir Allah s.w.t!
5. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {(๐๐๐ก๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐) ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ญ๐ข๐ค๐๐ง (๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง) ๐จ๐ซ๐๐ง๐ -๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ซ๐ฎ๐ฉ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ (๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ), ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐๐ฃ๐๐๐ข๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ข๐ง๐ฒ๐.}
- 1. Allah s.w.t juga menyatakan bahawa Dia mampu dan berkuasa untuk menggantikan manusia yang ingkar itu dengan mencipta orang lain yang lebih baik daripada mereka.
- 2.Allah juga berkuasa mencipta apa saja bentuk kejadian kamu, yang kamu tidak tahu bagaimanana bentuk kejadiannya!
- 3. Ada beberapa pandangan ulama' tafsir tentang maksud ayat ini:
i- ada pandangan kata ada manusia yang mujrimin ditukar menjadi monyet dan lain-lain selepas kederhakaan mereka.
ii- atau di Akhirat nanti; apabila bangkit, orang mukmin wajahnya cerah manakala orang kafir dengan wajah yang hitam gelap!
6. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐, ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฌ๐๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ข ๐ญ๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ค๐๐ฅ๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐, ๐ฆ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐ข๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ง (๐๐๐ก๐๐ฐ๐ ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐๐ญ ๐ค๐๐ฅ๐๐ค).}
- a. Allah s.w.t menegaskan bahawa wahai manusia; kamu sebenarnya sudah tahu bahawa Allah s.w.t yang mencipta kmau buat kali pertama sedang kamu tiada apa ketika itu! Dari lemah kamu menjadi kuat, dari lemah menjadi degil dan tidak dengar kata!
- b. Maka Allah s.w.t peringatkan manusia agar ambil peringatan dari apa yang telah Allah sebutkan ini!
Ingatlah bahawa Allah s.w.t juga berkuasa untuk ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐๐ญ ๐ค๐๐ฅ๐๐ค
๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ & ๐
๐๐๐๐๐ก
----------------
1. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ (๐๐๐ซ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ - ๐ฐ๐๐ก๐๐ข ๐ ๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ซ), ๐ฆ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฉ๐๐ซ๐๐๐ฒ๐ (๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ค๐ข๐๐ฆ๐๐ญ).}- Allah s.w.t bertanya kepada puak kafir yang ingkar, kenapa kamu masih ingkar dan tidak percaya?
Yakni dalam ayat ini Allah s.w.t mengatakan bahawa mereka puak kafir tidak percaya.
Tetapi mengapa dalam ayat (Az-Zukhruf 43:87) ini dan ada ayat-ayat lainnya Allah s.w.t mengatakan mereka mengakui bahawa Allah s.w.t yang mencipta mereka dari asal? Bukan berhala mereka?
Firman Allah s.w.t:
{Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!" (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)?} (Az-Zukhruf 43:87)
Jawapan:
Dua ayat ini tidak bercanggah.
Kerana kata ulama':
i- mereka hanya mengakuinya dengan lidah sahaja tentang kejadian pertama;
ii- mereka mengakui dan percaya hanya penciptaan yang pertama sahaja. Tetapi menolak dan tidak percaya kepada Kebangkitan semula, hisab perngadilan dan hari pembalasan.
2. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {(๐๐๐ง๐ ๐๐ฉ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ซ๐๐๐ ๐ข๐ฅ?) ๐๐ข๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐ซ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐๐๐๐๐ง ๐๐ข๐ซ ๐ฆ๐๐ง๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ซ๐ค๐๐ง (๐ค๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ซ๐๐ก๐ข๐ฆ)?}- perhatikan kepada keadaan kamu sekarang ini!
Ini dalil yang kuat yang menunjukkan kepada kebangkitan hidup semula manusia.
Manusia itu diciptakan dari air mani lalu menjadi janin kemudian manusia yang sempurna.
3. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ง (๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐ญ๐๐ฉ๐ค๐๐ง ๐ฆ๐๐ฌ๐) ๐ค๐๐ฆ๐๐ญ๐ข๐๐ง (๐ญ๐ข๐๐ฉ-๐ญ๐ข๐๐ฉ ๐ฌ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ) ๐๐ข ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ, ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฌ๐๐ค๐๐ฅ๐ข-๐ค๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐ข๐ค๐๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐ข๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก๐ค๐๐ง;}– ayat ini menjadi hujjah untuk menolak pandangan muktazilah & qadariyyah (pandangan sesat menurut ulama' kita) yang mengatakan orang yang kena bunuh adalah orang mati sebelum ajalnya!
Kerana dibunuh di tengah jalan umurmnya bukan kerana ajalnya lagi!
Kita kata itu adalah ajalnya yang ditentukan, sudah sampai tempohnya dan sebabnya adalah dibunuh! Na’uzubillahi min zalik.
4. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {(๐๐๐ก๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐) ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ญ๐ข๐ค๐๐ง (๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง) ๐จ๐ซ๐๐ง๐ -๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ซ๐ฎ๐ฉ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ (๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ), ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐๐ฃ๐๐๐ข๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ข๐ง๐ฒ๐.} – Allah berkuasa untuk mencipta manusia lain yang lebih baik daripada kamu serta dalam apa bentuk yang dikehendaki-Nya.
Ulama' kata ayat ini menjadi penggalak untuk kita melakukan kebaikan dan amal soleh, kerana tukar & hidup balik itu maksudnya mati & perhimpunan di Mahsyar.
Jika tidak tahu berapa lama umur kita, panjang atau pendek, maka menjadi kewajipan kepada kita yang sudah tahu bahawa kita akan mati untuk membuat persiapan yang rapi!
Sebagai persediaan dan bekalan untuk menghadapi hisab, pengadilan dan pembalasan dari Allah s.w.t.
*Jagalah lidah dan tangan kita pada musim yang amat banyak fitnah dan pembongkaran ini.
Kata Abi Ja’far rhm.:
Alangkah peliknya manusia yang mengingkari kebangkitan semula; sedang dia telah melihat kejadian pertama manusia;
Alangkah peliknya manusia yang mengingkari kebangkitan semula selepas mati, sedangkan setiap hari dia bangkit semula dari tidurnya sedang tidur itu dianggap sebagai mati kecil!
5. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐, ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฌ๐๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ข ๐ญ๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ค๐๐ฅ๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐, ๐ฆ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐ข๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ง (๐๐๐ก๐๐ฐ๐ ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ฉ๐ญ๐๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐๐ญ ๐ค๐๐ฅ๐๐ค).}- ulama' tadabbur kata ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t yang berkuasa mencipta buat kali pertama, Dialah yang mampu dan bekuasa untuk mencipta buat kali kedua, bahkan pada logik kita manusia pun ia lebih mudah & senang!
i- Sedangkan bagi Allah semuanya adalah mudah! Nak cipta yang baru atau menghidupkan semula.
ii- ulama' juga kata ini adalah dalil atas sahnya untuk membuat kias yang lama dengan yang baru adalah sama.
Allah nak buat benda baru atau nak ulang yang balik semua adalah sama.
✅️14/11/2022
7. ๐๐๐๐จ๐๐ง ๐๐ช๐ง๐๐ ๐ผ๐ก-๐๐๐ฆ๐'๐๐ (07) ๐ผ๐ฎ๐๐ฉ [63-74]
1. ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ง ๐๐ ๐๐ซ ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ก๐๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐
2. ๐๐ข๐ฃ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ค๐จ๐ค
๐๐ข๐ซ ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐ฆ
๐๐ฉ๐ข ๐๐๐ซ๐ข ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฃ๐๐ฎ.
Munasabah ayat:
--------------
1. Dalam siri ini Allah s.w.t kemukakan tiga lagi dalil yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t menghidupkan semula manusia selepas dia mati.
i- dalil pertama ayat ke-58 (siri lepas)
ii- dalil kedua- manakala untuk siri ini bermula dengan ayat 63.
iii- dalil ketiga- ayat 68
iv- dalil keempat- ayat 71.
2. Kesemua ini adalah seruan dari Allah s.w.t agar manusia berfikir, memerhatikan dalil kebangkitan semula dengan melihat kepada kejadian di sekeliling mereka sendiri.
3. Dalil yang akan disebut dalam siri ini ialah bagaimana: biji mengeluarkan pokok dan air yang diminum dan api yang keluar dari pokok yang hijau.
4. Munasabah ayat: Setelah dibawa dalil yang pertama dalam ayat 58 iaitu kejadian manusia yang berasal dari air mani yang ditanam dalam rahim manusia.
i- untuk menunjukkan bahawa kebangkitan semula itu mudah saja bagi Allah s.w.t, lihatlah bagaimana Allah s.w.t bawa bandingan yang mudah kamu lihat dan jumpainya.
Allah s.w.t bawa ayat ini dengan dalil yang kedua dengan perbandingan yang mudah dilihat dan difahami. Iaitu pokok yang kering dapat hidup dan mengeluarkan anak pokok dari biji benihnya yang telah kering.
ii- apa munasabah berpindahnya dalil dari kejadian manusia { ู
َّุง ุชُู
َُْููู} dalam ayat 58 kepada dalil dengan tumbuhan { ู
َّุง ุชَุญْุฑُุซَُูู} pula dalam ayat ini; Apa persamaannya?
Jawapan: Terdapat persamaan yang jelas antara manusia { ู
َّุง ุชُู
َُْููู} & tumbuhan { ู
َّุง ุชَุญْุฑُุซَُูู}.
Kita dan tumbuhan tumbuh keluar dari bumi sebagai firman Allah s.w.t ini:
{"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,} (Nuh 71:17)
*kita terjadi dari hasil pati yang berasal dari bumi, walaupun telah diolah menjadi air mani, makanan dan minuman!
iii- biasanya makhluk manusia akan tengok dan dapat melihat perkembangan tumbuhan ini. Maka ini menjadi dalil & tanda besar bahawa Allah s.w.t mampu untuk mencipta dan menghidupkan balik manusia.
Allah s.w.t menyeru mereka untuk melihat perkembangan dan tumbesaran pokok yang mereka tanam.
a- sebagaimana pokok perlu dicampak benihnya, iaitu ditanam ditempatnya barulah tumbuh anaknya.
b- begitu juga manusia, perlu ditanam benihnya dulu iaitu air mani yang diletakkan pada tempatnya, iaitu rahim perempuan. Barulah akan terjadi janin kemudian anak yang membesar.
*Kerana itulah perempuan disebut sebagai “ladang’ dalam satu firman Allah s.w.t.
*Inilah tiga kaitan atau munasabah antara { ู
َّุง ุชُู
َُْููู} & { ู
َّุง ุชَุญْุฑُุซَُูู}.
ุฃَุนُูุฐُ ุจِุงََِّููู ุงูุณَّู
ِูุนِ ุงْูุนَِููู
ِ ู
ِْู ุงูุดَّْูุทَุงِู ุงูุฑَّุฌِูู
ِ
Tafsir ayat
---------
1. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ค๐ (๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ฉ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ซ๐๐๐ ๐ข๐ฅ?) ๐๐ข๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฅ๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ญ๐๐ง๐๐ฆ?}
a) Ini adalah dalil yang kedua Allah s.w.t mahu sentap puak kafir supaya celik mata buka telinga, supaya mereka berfikir.
b) Puak kafir ditanya apakah mereka tidak lihat kepada pokok-pokok yang mereka tanam?
c) Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah s.w.t pecahkan biji-biji benih lalu keluarkan anak pokoknya?
d) Firman Allah s.w.t tentang kejadian pokok-pokok ini:
i- {Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah.
Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?} (Al-An'aam 6:95)
ii- {(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
Dan taman-taman yang menghijau subur,
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -
Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.} ('Abasa 80: 24-32)
2. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐ค๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฆ๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฆ๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐?}
1. Sekali lagi Allah s.w.t ulang pertanyaan untuk memberi hujjah yang semakin mantap & kemas!
2. Apakah kamu yang menumbuhkan pokok-pokok itu atau Kami, Tuhan yang menumbuhkannya???
3. Munasabah ayat: Puak kafir tidak mendakwa bahawa mereka yang menumbuhkan benih-benih itu, mereka akui bahawa Allah s.w.t yang menumbuhkan benih-benih itu!
Tetapi mereka tidak akui kepada kebangkitan semula, tidak percaya bahawa Allah dapat menghidupkan orang yang mati. Yakni mereka percaya sekerat, tidak penuh!
Maka Allah s.w.t bawa pertanyaan ini sebagai hujjah ke atas mereka.
3. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฅ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ค๐๐ก๐๐ง๐๐๐ค๐ข, ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐ญ๐๐ง๐ญ๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐ค๐๐ง ๐ฃ๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ญ๐๐ง๐๐ฆ๐๐ง ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ค๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ก๐๐ง๐๐ฎ๐ซ (๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐๐ก), ๐ฆ๐๐ค๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ค๐๐๐๐๐๐ง ๐ก๐๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐๐ฌ๐๐ฅ,}
1. Setelah jawapan ini Allah nyatakan lagi; Jika Allah mahu Dia boleh jadikan pokok itu menjadi kering lalu hancur. Lalu kamu tidak akan mendapat manfaat dari pokok-pokok itu.
2. Maka barulah kamu tahu dan menyesal, kerana tidak lagi akan mendapat hasil darinya!
3. Kata ulama' maksud perkataan (ุชََََُّููููู): Mereka mengeluarkan ucapan penyesalan yang menunjukkan mereka sedih & dukacita atas apa yang berlalu!
4. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {(๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ญ๐): "๐๐๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐๐ซ๐ฎ๐ ๐ข๐๐ง.}
1. Iaitu mereka berkata: Sesungguhnya kamu telah ditimpa kerugian.
5. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {"๐๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ก๐๐ฆ๐ฉ๐ (๐๐๐ซ๐ข ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฅ)."}
1. Iaitu menyesal akibat pokok yang mereka tanam menjadi kering, tidak tumbuh membesar dan mengeluarkan hasil sebagaimana yang dikehendaki!
2. Maka kehampaan dan kecewalah mereka!
6. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฅ๐๐ข๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐ข๐ญ๐ฎ, ๐ญ๐ข๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฅ๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐ข๐ซ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐ฆ?}
a) Kemudian Allah s.w.t pergi pula kepada dalil yang berikutnya, boleh Allah s.w.t menghidupkan balik dan kuasa Alllah s.w.t itu besar.
b) Iaitu berpindahnya dalil dari penciptaan tanaman kepada penciptaan air dan minuman! Ini kerana pokok-pokok itu juga manusia tidak akan dapat hidup tanpa adanya air!
c) Firman Allah s.w.t:
{Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?} (Al-Anbiyaa' 21:30)
6. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐ค๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฐ๐๐ง (๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐ก๐ฎ๐ฃ๐๐ง), ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐?}
a) Allah tanya lagi dengan perlian untuk menguatkan dalil: Air hujan yang turun dari langit apakah kamu wahai manusia atau Tuhan yang menurunkannya?
7. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฅ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ค๐๐ก๐๐ง๐๐๐ค๐ข, ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐ค๐๐ง ๐ฃ๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ง, ๐ฆ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ.}
a) Allah katakan juga jika Dia mahu boleh saja Dia jadikan air itu masin! Maka dimanakah akan kamu cari air yang tawar dan sedap untuk diminum?
b) Maka hendaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyediakan air yang bersih, jernih dan tawar untuk kegunaan kamu!
8. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐, ๐ญ๐ข๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฅ๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐ฉ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ค๐๐ง (๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ ๐๐ฌ๐๐ค)?}
a) Ini adalah dalil yang keempat mengikut turutan dari awal.
b) Tidak kamu lihat bagaimana kamu menyalakan api dengan menggesek kayu (ูฑَّูุชِู ุชُูุฑَُูู) daripada pokok.
c) Munasabah ayat: Allah s.w.t berpindah kepada perkara yang ketiga. Iaitu alat untuk memproses makanan dan minuman, iaitu API.
d) Pokok atau kayu itu pula sebagai alat untuk mengeluarkan api itu. Ini secara asal atau tradisionalnya. Kemudian berpindah kepada alat-alat lain.
e) Ahli tafsir kata pokok yang mengeluarkan api ini bukan semua jenis pokok. Pokok ini ada bahan api di dalam, ada jenis yang khas dan tertentu yang dikenali oleh orang zamn dahulu & mereka yang pakar.
f) Allah s.w.t bawa semua dalil ini untuk manusia berfikir kepada kebangkitan semula!
8. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐ค๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฆ๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐ฉ๐จ๐ค๐จ๐ค ๐ค๐๐ฒ๐ฎ๐ง๐ฒ๐, ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฆ๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐?}
a) Sekali lagi Allah s.w.t tanya: Kamukah yang menumbuhkan pokok kayu itu atau Kami, Tuhan yang menumbuhkannya? Semuanya adalah kejadian dari kuasa Allah s.w.t!
b) Firman Allah s.w.t:
{"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".} (Yaa Siin 36:80)
9. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ข ๐ฃ๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ฉ๐ข (๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข ๐ค๐๐ฒ๐ฎ ๐๐๐ฌ๐๐ก) ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ง (๐๐๐ ๐ข ๐จ๐ซ๐๐ง๐ -๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐ฅ๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ค๐๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง ๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐๐ญ) ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ง๐๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ข ๐ค๐๐ฌ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐จ๐ซ๐๐ง๐ -๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฎ๐ฌ๐๐๐ข๐ซ.}
a) Allah s.w.t yang menjadikan kayu yang basah itu dapat mengeluarkan api!
b) Ini adalah sebagai satu peringatan kepada mereka yang lalai, yang tidak percaya dan mendustakan kebenaran tentang Akhirat & bangkit semula.
c) Api juga untuk memberi kesenangan kepada para musafir juga. Banyak sekali kegunaan api ini untuk orang musafir zaman dahulu.
d) Hadis- daripada Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Api dunia yang kamu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api nereka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulllah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Ia lebih panas 69 kali.” [HR Muslim].
10. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐๐ง - (๐ฐ๐๐ก๐๐ข ๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐ฅ๐๐ข) - ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฌ๐๐ข๐ก๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข ๐ง๐๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐ก๐๐ง๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฌ๐๐ซ (๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ ๐๐ค๐๐ง ๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐๐ญ-๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐๐ญ๐๐ฒ๐ ๐ข๐ญ๐ฎ).}
a) Allah s.w.t tutup episod ini dengan arahan untuk bertasbih ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข ๐ง๐๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐ก๐๐ง๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฌ๐๐ซ. Iaitu mensucikan-Nya daripada segala sekutu, kekurangan, kelemahan, keaiban dan kesalahan.
b) Semua ini ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข menunjukkan bahawa kamu ๐๐๐ซ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ ๐๐ค๐๐ง ๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐๐ญ-๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐๐ญ๐๐ฒ๐ ๐ข๐ญ๐ฎ: kejadian manusia, makanan, minuman dan api yang digunakan untuk memprosesnya.
๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ & ๐
๐๐๐๐๐ก
---------------
1. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ค๐ (๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ฉ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ซ๐๐๐ ๐ข๐ฅ?) ๐๐ข๐๐๐ค๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐๐ฅ๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ญ๐๐ง๐๐ฆ?}- ayat ini menjadi kewajipan kepada setiap manusia untuk buka mata telinga, lapangkan dada untuk meneliti & memerhati kepada dalil-dalil keagungan keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t.
Ini supaya manusia akan beriman dan percaya kepada janji-janji Allah s.w.t. dengan segala nikmat yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita.
Nikmat yang telah disebut ini ialah: nikmat kejadian manusia, nikmat makanan. minuman & api.
Ayat ini juga menunjukkan dalil kepada harus dan digalakkan untuk kita bercucuk tanam. Allah s.w.t mengungkit nikmat yang diberi supaya kita berfikir.
2. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐ค๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฆ๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฆ๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐?}- timbul persoalan di dalam ayat ini dikatakan Allah s.w.t itu (ูฑูุฒَّٰุฑِุนَُูู), iaitu yang menanam & menumbuhkan pokok.
Dalam ayat lain Allah s.w.t kata:
{(bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya (ُูุนْุฌِุจُ ูฑูุฒُّุฑَّุงุนَ).} (Al-Fat-h 48:29)
Maka persoalannya:
i- Kami (Tuhan) yang menanam pokok atau petani yang menanam pokok; nisbah kepada petani yang tanam pokok.
Jawapan:
Telah sabit dalam kitab tafsir bahawa bercucuk tanam (ุญุฑุซ) menabur benih, pada awalnya itu bersambung dengan menanam (ุฒุฑุน) menumbuhkan pokok iaitu pekerjaan petani pada akhirnya. Boleh saja disebut yang mana dulu tetapi dari segi seninya dalam bercucuk tanam, begitulah susunan yang sepatutnya.
ii- maka kenapa Allah s.w.t kata mengagumkan penanam (ُูุนْุฌِุจُ ูฑูุฒُّุฑَّุงุนَ) bukan mengagumkan (ุญุฑุงุซ)?
Jawapan:
Kerana orang yang menabur benih, pada peringkat awal (ุญุฑุซ) masih belum tahu samada pokok itu akan hidup atau membesar, akan mengeluarkan buah atau tidak.
Tetapi pada masa fasa yang akhir (ุฒุฑุน) pokok itu sudah tumbuh, dia sudah tahu dan lihat hasilnya, sudah keluar buah maka ia akan mengagumkan petani.
#Kerana itulah isteri itu dikatakan sebagai ladang/kebun (datangilah kebun tanaman kamu- َูุฃْุชُูุง۟ ุญَุฑْุซَُูู
ْ) iaitu seperti tempat menanam fasa awal. Masih belum tahu akan berhasil atau tidak, baru nak semai benih. Kalau ada rezeki akan terhasillah janin dan akan lahirlah bayinya.
Kita boleh kata Allah s.w.t menanam pokok tetapi kita tidak kata Allah s.w.t itu sebagai penanam pokok (ุงูุฒุงุฑุน).
Allah s.w.t yang Maha Berkuasa dan sifat-Nya menumbuhkan apa saja yang dikehendaki-Nya.
3. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐ค๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฐ๐๐ง (๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐ก๐ฎ๐ฃ๐๐ง), ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐?} sehingga kepada ayat tentang nikmat yang berikutnya – ayat ini menjadi dalil bahawa Allah s.w.t berkuasa atas segala perkara. Allah kata jika Dia mahu boleh dijadikan air itu masin, tetapi Allah s.w.t tidak melakukannya.
*Hanya air laut saja yang dijadikan masin untuk menyimpan ikan-ikan dan pelbagai hidupan, laut juga besar dan tidak mengalir, jauh dari kehidupan manusia, juga untuk memproses & mengitar semula bangkai-bangkai serta segala bahan buangan yang mengalir masuk dari sungai ke dalamnya.
**Air sungai pula berada dalam lingkungan kehidupan kita, mengalir di celah kampung dan bandar, maka ia menjadi sumber utama kegunaan manusia, sebagai minuman dan basuhan, pastilah kena jernih dan air tawar. Ia juga mengalir dan bergerak maka proses pembersihan berlaku dengan sendiri, tidak perlu kepada air masin.
Maha Suci & Kaya Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
i- {Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu.} (As-Sajdah 32:13)
ii- {Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.} (Al-Baqarah 2:253).
4. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฅ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐ค๐๐ก๐๐ง๐๐๐ค๐ข, ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐ค๐๐ง ๐ฃ๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ง, ๐ฆ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ.}- yakni kerana Allah s.w.t tidak jadikan air itu masin, maka hendaklah kamu bersyukur!
Timbul persoalan di kalangan ulama':
Kenapa dalam ayat tentang tanaman sebelum ini kenapa Allah s.w.t tidak sebut {๐๐๐ ๐๐๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฎ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ.}- tetapi dalam ayat tentang air ini Allah s.w.t suruh bersyukur?
Jawapannya, ini kerana:
i- Allah sebut; kamu minum kamu syukur. Manakala dalam tanaman tidak disebut kamu tanam kemudian kamu memakannya maka tidak disebut supaya kamu bersyukur.
Maka ia sesuailah dengan ayatnya kamu minum { ุชَุดْุฑَุจَُูู} maka kamu bersyukurlah { ุชَุดُْูุฑَُูู}.
Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w: "Allah sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (HR. Muslim)
ii- sebab kedua: dalam bab makanan atau tanaman; kamu tanam, kamu yang usaha buat itu maka kerana itu tidak disebut bersyukur. Kerana hujan itu Allah s.w.t yang turunkan, bukan kerana hasil usaha kamu, semata-mata nikmat Allah s.w.t maka wajarlah kita disuruh bersyukur!
iii- dikatakan nikmat makan tidak berhenti setakat makan sahaja. Biasanya selepas makan kita kena minum air. Maka selepas lengkap disebut nikmat makan & minum, maka disuruh bersyukur. Bukan kata selepas makan tak perlu bersyukur, tetapi selepas lengkap nikmat maka kita pun bersyukur atas semuanya.
5. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฃ๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ฉ๐ข (๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข ๐ค๐๐ฒ๐ฎ ๐๐๐ฌ๐๐ก) ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ง}- ayat ini kata api datang dari pokok. Ayat dalam surah Ya Sin kata bahkan ia datang dari pokok hijau, bukan hanya pokok yang biasa.
Ayat ini menjadi dalil bahawa sebab-sebab saja tidak memberi kesan dengan sebab tabiatnya semata-mata, tidak betul pandangan sebegini.
Ini kerana:
i- ada juga pokok yang tidak mengeluarkan api.
ii- ada juga api yang tidak panas seperti api yang membakar Nabi Ibrahim a.s.
Kita mengatakan semua benda itu berlaku dengan sebab, tetapi kita tidak boleh berpegang dengan sebab semata-mata. Kita kena sandarkan; ini menjadi sebab tetapi yang memberi segalanya dengan izin Allah s.w.t
Kata ulama' tadabbur: Api ini antara nikmat yang besar yang Allah s.w.t berikan kepada kita kerana banyak sekali kegunaannya.
Juga apabila kita lihat api dunia jangan lupa kepada api di akhirat kelak yang 70 kali ganda panasanya!!!!!
6. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐ฅ๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐๐ง - (๐ฐ๐๐ก๐๐ข ๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐ฅ๐๐ข) - ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฌ๐๐ข๐ก๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข ๐ง๐๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐ก๐๐ง๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฌ๐๐ซ (๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ ๐๐ค๐๐ง ๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐๐ญ-๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐๐ญ๐๐ฒ๐ ๐ข๐ญ๐ฎ).}- dari ayat ini kita lihat kepada perkataan {bismi- dengan nama - ุจِูฑุณْู
ِ}. Perkataan bismi ini dieja dengan dua cara yang berbeza dalam al-Quran iaitu sama ada ditulis huruf alif (ุจِูฑุณْู
ِ) atau tidak (ุจِุณْู
ِ).
A- Dalam ayat ini ditulis huruf alif, terdapat 3 ayat lain yang ditulis begini dalam al-Quran: (ุจِูฑุณْู
ِ)
i- Surah al-Waqiah: ayat 74 & 96.
ii- Surah al-Haaqqah: ayat 52.
iii- Surah al-‘Alaq: ayat 1.
Penjelasan ulama' tentang ini:
i- ayat yang mensucikan (bertasbih) Allah s.w.t ditulis alif biasanya.
ii- menunjukkan hubungan kita dengan Allah s.w.t yang begitu rapat dan berterusan.
iii- penggunaannya tidak kerap atau tidak banyak kali sebagaimana (ุจِุณْู
ِ ูฑَِّููู ูฑูุฑَّุญْู
َِٰูู ูฑูุฑَّุญِูู
ِ) yang kita baca setiap pekerjaan.
B- Manakala yang tidak ditulis huruf alifnya (ุจِุณْู
ِ) terdapat dalam beberapa ayat ini;
a- ayat pertama bagi surah al-Fatihah atau permulaannya: (ุจِุณْู
ِ ูฑَِّููู ูฑูุฑَّุญْู
َِٰูู ูฑูุฑَّุญِูู
ِ).
b- Surah Hud: ayat 41
c- Surah an-Namli: ayat 30
Kenapa dalam tiga ayat ini tiada alif (ุจِุณْู
ِ)?
Jawapan:
i- kerana ia diawal surah bagi al-Fatihah.
ii- bertujuan untuk memberi keselamatan & segera menerima kebaikan (tunduknya Kerajaan Saba’ selepas menerima surat dari Nabi Sulaiman).
iii- menjauhi bahaya (dalam ayat itu selamat dari gelombang lautan).
iv- manakala sebab bagi lain-lain tempat ialah: kerana kerap pengunaannya seperti dalam Bismillah pada awal setiap surah sebagai permulaan surah: (ุจِุณْู
ِ ูฑَِّููู ูฑูุฑَّุญْู
َِٰูู ูฑูุฑَّุญِูู
ِ).
Serta sebagai bacaan kita bagi memulakan setiap pekerjaan kerana Allah s.w.t.
Bagi para asatizah untuk bacaan lanjut boleh lihat sebuah kitab yang cantik ini:
“ุนููุงู ุงูุฏููู ู
ู ู
ุฑุณูู
ุฎุท ุงูุชูุฒูู”
Susunan:
ุฃุจู ุงูุนุจุงุณ ุฃุญู
ุฏ ุจู ู
ุญู
ุฏ ุจู ุนุซู
ุงู ุงูุฃุฒุฏู ุงูู
ุนุฑูู ุจุงุจู ุงูุจูุงุก ุงูู
ุฑุงูุดู
๐๐ฒ๐ถ๐๐๐ถ๐ฝ๐ ๐ถ’๐๐ถ๐.๐
✅️8.







