Sunday, June 5, 2011

Masjid Beijing

Masjid Beijing

          Jalan-jalan cuti sekolah. Perjalanan paling jauh.... ke Rantau Panjang. Singgah kejap ke Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang yang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing.
Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai
Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, sekitar 2 Km dari Pekan R.Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.
Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
         Tempat memang strategik untuk solat sebelum atau selepas shopping dan selesa..







 keletihan...

No comments:

Post a Comment