Tuesday, January 3, 2023

62. TADABBUR SURAH AL JUMUAH AYAT 1-11 (TAMAT)

 Surah Al-Jumu'ah - سورة الجمعة


 𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡, 𝐃𝐢𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐦𝐦𝐢 & 𝐋𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐦𝐛𝐚-𝐍𝐲𝐚.
𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 05 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃, 29/12/2022 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 
𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙅𝙪𝙢𝙪'𝙖𝙝 (01) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [01-04] 
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://fb.watch/hIyLMynJw7/
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡 Surah:
1. Semoga Allah s.w.t qabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.

2. Surah Al-Jumu'ah adalah surah ke-62 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas Surah As-Saff, dalam juz ke 28, mengandungi 11 ayat. Termasuk dalam kumpulan surah Mufassal (المفصل), iaitu surah yang pendek, iaitu sedikit ayatnya.

3. Sepakat para ulama’ (ijma’ ulama’) mengatakan surah ini Madaniiyyah, yakni turun di Madinah selepas hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
Nama Surah:
1. Dinamakan surah ini sebagai:
i- Surah Al-Jumu'ah - سورة الجمعة. yang bermakna Hari Jumaat kerana pada ayat ke-9, Allah s.w.t menyebut perkataan ini {الجمعة} dan memerintahkan umat Islam agar bersegera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan segala kerja, jual beli dan segala urusan yang lain.
Iaitu untuk pergi ke masjid mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat yang termaklum.

2. Setelah selesai mengerjakan solat Jumaat mereka digalakkan untuk meneruskan usaha mencari rezeki sambil mengingati Allah s.w.t banyak-banyak dalam segala keadaan.

2. Masyhur ia dengan nama Surah Al-Jumu'ah - سورة الجمعة.
Sebagaimanan yang dikenali dan terdapat dalam beberapa hadis.

3. Hadis- dari Ibnu ‘Abbas r.anhuma:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِي صَلَاةِ الْجُمُعَةِ سُورَةَ الْجُمُعَةِ وَالْمُنَافِقِينَ. رواه مسلم (879)
"Bahawa Rasulullah s.a.w telah membaca surat al-Jumu’ah dan al-Munafiqun pada solat Jumaat”. (HR. Muslim 879)
𝗜𝗻𝘁𝗶𝘀𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮:
1. Allah s.w.t menerangkan limpah kurnia-Nya yang merupakan sebesar-besar nikmat dan sebesar-besar rahmah – yang diberikan kepada bangsa Arab secara khusus dan bangsa-bangsa yang lain secara umum sehingga mereka menjadi umat Islam, iaitu dengan mengutuskan Rasul-Nya: Nabi Muhammad s.a.w.
Untuk memimpin mereka ke jalan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Maka sudah sewajibnya mereka bersyukur akan nikmat dan rahmatNya itu.

2. Mengenai penolakan kaum Yahudi terhadap Islam, Allah Ta’ala menegaskan:
“(Nabi Muhammad s.a.w yang diutuskan kepada umat manusia seluruhnya itu telah pun diterangkan sifat-sifatnya di dalam kitab Taurat, tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya.

3. Maka bandingan orang-orang Yahudi yang dipertanggungkan dan ditugaskan mengetahui dan melaksanakan hukum kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul berkotak-kotak kitab-kitab besar (sedang ia tidak tahu kandungannya).
Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah!) Allah tidak memberi hidayah pertunjuk kepada kaum yang zalim!”
𝕶𝖊𝖑𝖊𝖇𝖎𝖍𝖆𝖓 𝖘𝖚𝖗𝖆𝖍:
1. Sebagaimana hadis Ibnu Abbas di atas menunjukkan sunat untuk kita membacanya pada rakaat pertama dalam solat Jumaat.

2. Hadis dari Nu’man bin Basyir R.A yang ditanya selain surah al-Jumu'ah, surah apa lagi yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w semasa solat Jumu'ah.
Jawabnya:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ، وَفِي الْجُمُعَةِ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى، وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ
Maksudnya: “Adapun Rasulullah S.A.W membaca (di dalam solat) pada hari Jumaat dan hari Raya “سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى” dan “وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ.” [Riwayat Muslim (878)]

3. Hadis- dari Abu Hurairah r.a: Kami berada bersama dengan Rasulullah s.a.w apabila surah al-Jumu’ah diturunkan Allah s.w.t. [HR Bukhari & Muslim].

🎁
𝕸𝖆𝖖𝖆𝖘𝖎𝖉/𝕺𝖇𝖏𝖊𝖐𝖙𝖎𝖋 𝕾𝖚𝖗𝖆𝖍:
1. Antara objektif besar surah ini ialah Allah s.w.t sebut tentang kebaikan yang Dia pilih untuk umat Nabi Muhammad s.a.w ini. Antaranya ialah solat Jumaat serta menjelaskan sebahagian hukumnya. Iaitu apabila azan Jumaat tidak boleh melakukan sebarang jual-beli dan urusan perniagaan.

𝐈𝐬𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡:
1. Pujian kepada Allah dan menyebut beberapa nikmat-nikmat Allah s.w.t yang jelas dan kita boleh nampak.
Antara nikmat-Nya yang paling besar ialah Allah mengutus rasul untuk membimbing mendidik umatnya al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w serta kepada tauhid kepada Allah s.w.t.

2. Mencela kaum yahudi yang ada Kitab tetapi tidak beramal. Kitab itu akan menjadi hujjah ke atas mereka.
Mereka menyangka mereka adalah wali pilihan Allah tetapi ajaibnya mereka tidak mahu ikut arahan dan perintah Allah s.w.t!

3. Menyeru orang mukmin supaya menjaga solat Jumaat dan amaran dari meninggalkannya!
Serta mencela mana-mana kaum yang meninggalkannya.

🔥
𝐌𝐮𝐧𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 Surah Al-Jumu'ah - سورة الجمعة 𝓭𝓮𝓷𝓰𝓪𝓷 Surah As-Saff 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚;
Hubung-kait surah ini dengan Surah As-Saff:
1. Dalam Surah As-Saff Allah s.w.t meyebut keadaan Musa a.s dan kaumnya serta bagaimana mereka menyakitinya.
ii- Dalam surah ini Allah s.w.t sebut tentang hal Rasulullah s.a.w dan kelebihan umatnya yang mulia; berbeza dengan umat Musa yang degil & keras kepala.
2. Dalam surah as-Saff- Nabi Isa telah memberi khabar gembira tentang kedatangan Rasul yang selepasnya yang bernama Ahmad.

ii- Kemudian dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan siapakah Ahmad, rasul yang disebut oleh Isa a.s. Inilah orangnya seorang rasul yang dihantar kepada kaum yang tidak tidak membaca & menulis.

3. Allah s.w.t khatamkan surah Saff dengan arahan supaya berjihad serta Allah s.w.t namakannya sebagai satu tijarah (perniagaan).
ii- dalam surah ini Allah s.w.t akhiri dengan solat Jumaat. Tinggalkan dunia mari menuju ke akhirat.

4. Dalam surah yang lepas Allah s.w.t ajar supaya buat saf peperangan yang mantap dan tersusun cantik supaya nampak kesatuan umat di mata musuh.

ii- dalam surah ini pula diajar cara membuat saf dalam solat Jumaat dan solat Jemaah yang cantik dan tersusun, juga supaya nampak kesatuan ummah dan kekuatan umat Islam itu apabila mereka mengadakan solat dengan teratur dan tersusun.
Terutama dalam solat Jumaat dan solat Jemaah yang dihadiri oleh ramai muslimin!
*****
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 (𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦), 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢, 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚.} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟏)

1. Ini adalah salah satu surah yang dimulakan dengan tasbih. Allah s.w.t bertasbih bersihkan diri-Nya, zat-Nya yang Maha Mulia dari segala kekurangan dan kelemahan.

2. Kemudian Allah s.w.t perkenalkan sifat-Nya yang:
i- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦 (ٱلْمَلِكِ), yakni pemilik Alam ini.
ii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 (ٱلْقُدُّوسِ), dari segala bentuk kekurangan.
*Sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w, bertasbih 3x setiap kali selepas solat sunat witir:
سُبْحَانَ الـمَلِكِ القُدُّوسِ
Maksudnya: “Maha Suci (Allah) Yang Maha Menguasai Lagi Maha Suci.”[HR Abu Daud]
Elok kita bacanya setiap malam setiap kali selepas solat witir.

iii- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 (ٱلْعَزِيزِ),- Allah maha berkuasan dan gagah untuk melaksanakan segala kehendak-Nya.
iv- 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚 (ٱلْأَرْضِ ٱلْمَلِكِ ٱلْقُدُّوسِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ), - semua yang Allah s.w.t buat cantik dan sempurna, kita tidak boleh pertikaikannya! Semua yang Allah cipta ada hikmah disebaliknya.
Cubalah memahami dan menjiwainya bukan mencari sebab untuk pertikaikannya.

4. Tasbih ada dua jenis:
i- semua makhluk bertasbih kepada Allah secara umumnya yang kafir atau mukmin.
(لسان الحال)
ii- tasbih khas iaitu dari makhluk yang beriman dari kalangan manusia & jin kepada Allah s.w.t. (لسان المقال) yang kafir tidak, ini tasbih khas.

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐫𝐚𝐛) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐦𝐦𝐢𝐲𝐲𝐢𝐧, 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 (𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐬.𝐚.𝐰) 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐞𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚), 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐤𝐭𝐢𝐪𝐚𝐝 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐭), 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧) 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 (𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦-𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤). 𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 (𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚.} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟐)

1. Kemudian Allah s.w.t perkenalkan Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang (ٱلْأُمِّيِّـۧنَ) iaitu yang tidak membaca dan menulis.

2. Bukan bodoh, tetapi memang masyarakat Arab Quraisy pada masa itu budayanya tidak membaca dan menulis, hanya segelintir sahaja yang boleh.
Jadi ia bukan sesuatu kekurangan dan yang pelik. Mereka berdagang dan kaya-raya.

3. Rasulullah s.a.w membesar dalam masyarakat ini. Lalu kelebihan dan hikmah sifat ini terserlah selepas Baginda diutuskan menjadi seorang Rasul.

4. Dapat difahami hikmah dari Rasulullah s.a.w tidak membaca dan menulis;
i- orang tidak boleh membuat tuduhan bahawa Rasulullah s.a.w mereka-reka sendiri ajaran dan dakwahnya.

ii- Ajarannya adalah sesuatu yang boleh diterima oleh akal & sesuai dengan fitrah tabi’in manusia yang salimah (sejahtera).

iii- Maklumat dan faktanya pelik, tentang dari awal dunia, selepas dunia ini serta dari sudut sains yang terbukti kebenarannnya.

5. Nak kata teori Baginda tidak membaca, nak kata ambil dari umat lain- Baginda tidak mengembara keluar dari Tanah Arab. Maka ini menunjukkan satu mukjizat yang datang dari Allah s.w.t!

6. Allah juga nyatakan tugas Rasulullah s.a.w:
i- membacakan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada Baginda kepada kaum Quraisy. Ayat yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t!

ii- membersihkan mereka daripada iktikad, ajaran jahiliyyah yang sesat & syirik kepada tauhid kepada Allah s.w.t semata.
*jangan nisbahkan zaman lalu kita kepada sifat atau zaman jahiliyyah yang gelap.

iii- mengajar kepada mereka Kitab al-Quran.

iv- serta mengajarkan hikmah; iaitu pengetahuan yang mendalam tentang hukum-hukum Syara’.

Ada juga ulama' kata maksud hikmah ini Sunnah Nabi s.a.w.

*Yakni kerja Nabi ajar al-Quran & ajar Sunnah- keduanya berkembar tidak dapat dipisahkan.

7. Inilah teknik ilmu pendidikan yang kita kena belajar dan amalkan dalam mentarbiyah dan mendidik jiwa anak-anak, para pelajar dan khayalak masyarakat yang mahu didakwah.

8. Kemudian Allah s.w.t mengungkit bahawa 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚!

9. Dalam ayat ini dan ayat berikutnya Allah s.w.t menyebut limpah kurnia-Nya yang merupakan nikmat yang diberi kepada bangsa Arab secara khusus dan seluruh umat manusia lain secara umumnya; sehingga mereka menjadi umat Islam dengan mengutuskan Rasul-Nya nabi Muhammad s.a.w.
Untuk memimpin mereka ke jalan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Maka sudah sewajibnya mereka bersyukur akan nikmat dan rahmat-Nya itu.

10. Yakni mereka sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w adalah bangsa yang sesat dan terumbang-ambing tanpa agama yang benar!

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 (𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚) 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 (𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚; 𝐝𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚.} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟑)

1. Allah s.w.t mengutuskan Rasulullah s.a.w dengan satu risalah yang berkekalan dan tidak mati hanya dengan wafatnya Rasulullah s.a.w.

2. Tugas Rasulullah s.a.w berdakwah dan menyampaikan risalah ajarannya kepada kaumnya dan seluruh umat manusia yang selepasnya sehingga ke hari Kiamat.

3. Kita tetap menjadi pengikut dan umat Rasulullah s.a.w walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Baginda s.a.w.
Ayat ini mengatakan Rasulullah diutuskan kepada kaumnya yang telah ada dan kepada manusia yang belum ada lagi ketika itu, yakni manusia yang akan datang pada masa depan.

4. Ayat ini mengatakan secara jelas bahawa umat terdahulu dan umat yang terkemudian selepasnya, semua akan menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w!
Alhamdulillah kita termasuk ke dalam golongan ini juga.

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a- mereka duduk bersama Rasulullah s.a.w apabila turun ayat ini: {Dan 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 (𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚;}- lalu sahabat bertanya siapakah mereka itu?
Tiga kali sahabat bertanya barulah Rasulullah s.a.w sambil menepuk bahu Salman al-Farisi yang sedang berada di sebelahnya:
مِن هذا وَقَومِه , والذي نفسي بيده لَوْ أنَّ الدّينَ تَعَلَّقَ بالثُّرَيَّا لَنالَتْهُ رِجالٌ من أهْل فارِس
“Yang berasal dari orang ini dan kaumnya. Demi zat yang jiwaku ada di dalam genggamannya, jika agama itu bergantung pada salah satu bintang Thurayya, maka akan di dapatkan oleh orang-orang dari Persia”. [HR Bukhari & Muslim].

5. Kata Ibnu Asyur rhm.: Maksudnya kata-kata Rasulullah dalam hadis ini ialah untuk menyatakan apa yang disebut dalam al-Quran bahawa pada masa akan datang pun akan ada orang yang bukan Arab (a’jam) yang ikut Rasulullah s.a.w yang akan memperjuangkan Islam dengan ikhlas.
Bukan khas kepada puak Salman sahaja tetapi seluruh umat manusia secara umumnya.

6. Allah tutup ayat ini dengan mengulang sekali bahawa Dia adalah 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡:
i- 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚,
ii- 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚
Maka kamu jangan ragu dan pertikaikan hukum-hakam Allah s.w.t!

*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {(𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐬.𝐚.𝐰, 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚) 𝐢𝐭𝐮 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭) 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫.} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟒)

1. Kenabian & kerasulan adalah rahmat Allah 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚.
Allah s.w.t memberi jawatan dan melantik para nabi dan rasul dari kalangan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

2. Sesungguhnya 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫. Terlalu banyak dan tidak terhitung nikmat-Nya.
 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡}- timbul perbahasan dari sudut bahasa pula kenapa dikatakan { يُسَبِّحُ لِلَّهِ }- bertasbih bagi Allah, bukan { يُسَبِّحُ الِلَّهِ} bertasbih kepada Allah terus?
Jawapan:
Kata ulama' kedua ayat atau lafaz ini boleh digunakan dalam bahasa Arab.
Seperti kita mmeuji seseorang atau memuji bagi dia.
ii- sama seperti persoalan kenapa digunakan perkataan (-ما ma-apa) untuk benda yang tidak berakal bukan (من - man-siapa)- makhluk berakal.
Jawapan:
Kerana yang bertasbih itu bukan manusia & jin sahaja, tetapi semua makhluk yang ada di langit & bumi.
Jadi digunakan perkataan ma (apa) yang lebih umum dan merangkumi semuanya, kita walaupun manusia masih tetap satu benda!

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡}- timbul perbahasan dari sudut bahasa pula kenapa:
i- bagi bumi digunakan perkataan perkataan mufrad (singular) { ٱلْأَرْض}-
ii- manakala bagi langit digunakan perkataan jamak (plural)لسَّمَـٰوَٰتِ}
Jawapan:
i- ini kerana dalam al-Quran biasanya bila sebut bumi akan digunakakan perkataan mufrad (singular) kerana lafaz jamaknya (plural) adalah berat sebutannya iaitu (الأراض).

ii- manakala langit disebut dengan lafaz jamak kerana ia ringan sebutannya dan untuk menunjukkan langit itu luas dan banyak lapisnya.
Kecuali apabila mahu ditunjukkan arah disebut dengan lafaz mufrad langit (السماء) sahaja.
*Inilah keindahan gaya bahasa dan rahsis penggunaan lafaz al-Quran.

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐫𝐚𝐛) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐦𝐦𝐢𝐲𝐲𝐢𝐧, 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 (𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐬.𝐚.𝐰) 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢.}- timbul persoalan kenapa hantar rasul yang tidak membaca? Apa peliknya?
Jawapan:
i- Untuk menunjukkan fakta yang sama dalam Taurat dan Injil yang telah menyebut akan datang lahir Nabi yang sifatnya adalah ummiyy.

ii- untuk menunjukkan persaaman dengan umatnya pada masa itu. Umat tidak membaca Nabi da pun tidak membaca & menulis juga.

iii- untuk menafikan tuduhan puak kafir bahawa Rasulullah s.a.w telah membaca dan mengkaji kitab-kitab lama seperti Taurat lalu bawa teori mereka-cipta ajarannya sendiri dengan melakukan rujukan dengan bacaannya!

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang bijak lagi tetapi kerana Allah mahu menjaganya dari dituduh ahli teori dan pereka ajaran.
Rasulullah dan masyarakatnya bukan bodoh kerana itu adalah tidak sesuai untuk menterjemahakan ummiyy ini sebagai buta huruf!

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 (𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚.}- ini menunjukkan manusia itu sebelum kebangkitan nabi Muhammad s.a.w mereka berada dalam ksesatan.
Sesat dengan syirik dan pegangan perjalanan hidupnya. Mereka tiada kitab dan panduan sebelum ini.
Manakala puak yahudi dan Nasrani walaupun ada kitab, mereka telah selewengkannya dan reka-reka ibadat yang tiada.

Umat Muhammad s.a.w yang ada al-Quran & Hadis ini kena ingat bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam hadisnya:
Aku telah tinggalkan kamu di atas (landasan) yang putih bersih, malamnya (terang) seperti siang, tidak akan tergelincir daripadanya kecuali orang yang celaka”. [HR Ibnu Majah dan Imam Ahmad].

Maka sesiapa yang lari dari landasan ini dia akan sesat.
Tetapi malangnya agama ini telah berjerubu kerana dimasuki dari ajaran yang dibawa oleh puak yang masuk Islam kemudiannya.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 (𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚) 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 (𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚}– ayat ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.

Baginda sebut benda yang akan berlaku.
Akan masuk Islam dan berjuang untuknya orang yang bukan Arab (’ajam) dengan ramai sekali.

Tetapi malangnya ada juga sebahagian mereka yang bawa sekali ke dalam Islam ajaran-ajaran karut dan sesat dari agama lama mereka.
Telah bercampur gaul dan akhirnya sebati dalam amalan dan adab sebahagian orang Islam. Ditempelkan ajaran lama mereka dalam Syari’ Islam.

𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {(𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐬.𝐚.𝐰, 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚) 𝐢𝐭𝐮 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭) 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫.}- ini adalah khas untuk umat Nabi Muhammad s.a.w- diberikan limpah kurnia sebagai nikmat yang banyak oleh Allah s.w.t!

𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.

𝐁𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐇𝐢𝐦𝐚𝐫, 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚' 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 & 𝐌𝐚𝐭𝐢 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.
💎


♥
 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙖𝙩 06 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 30/12/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙅𝙪𝙢𝙪'𝙖𝙝 (02) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [05-08] 
♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://fb.watch/hLtqocz4MS/

🌷
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini Allah s.w.t membuat bandingan golongan ahlul-kitab yang ada kitab tetapi tidak beramal dengan ilmu yang ada dalam kitabnya dengan bandingan yang amat buruk iaitu seperti himar yang memikul kitab atas belakangnya tanpa mendapat apa-apa manfaat.

2. Allah s.w.t juga minta Rasulullah s.a.w mencabar ulama’ yahudi jika benar apa yang mereka dakwa maka mintalah agar mereka dimatikan! Baru tahu apa yang akan berlaku dan di mana kesudahan perjalanan hidupmu!

3. Kemudian Allah nyatakan mati adalah sesuatu yang pasti. Mati akan datang menemui kita bila-bila & di mana saja kita berada walaupun kita lari dan tidak suka kepadanya.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {(𝐒𝐢𝐟𝐚𝐭-𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐓𝐚𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚) 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦) 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐓𝐚𝐮𝐫𝐚𝐭, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐢𝐭𝐮, 𝐬𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐝𝐚𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐮𝐥 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐥𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛-𝐤𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 (𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚). 𝐁𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐝𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦.} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟓)

1. Sifat-sifat Rasulullah s.a.w sebagai rasul akhir zaman telah diterangkan dalam kitab Tuarat & Injil, tetapi kerana hasad mereka menolaknya walaupun mereka tahu!

2. Orang yang ada kitab & maklumat tetapi seleweng apakah hukumnya?

3. Maka bandingan orang yahudi yang beri taklif dan ditugaskan mengamalkan apa yang ada dalam kitab Allah itu dan mereka tidak menyempurnakan tanggung-jawab & tugas itu adalah sama seperti keldai yang memikul kotak-kotak yang besar sedangkan mereka tidak mengetahui kandungannya.

4. Munasabah ayat: kaum yahudi ini disifatkan sedemikian buruknya kerana mereka masih berdegil menolak kebenaran tentang Rasulullah s.a.w walaupun telah jelas di dalam kitab Taurat mereka.

ii- maka bagaimana pula bandingan dengan umat Islam hidup hari ini yang hanya memakai nama Islam tetapi tidak mengambil ajaran Islam.
Khususnya mereka yang membaca dan belajar al-Quran tetapi tidak beramal dengan perintah, larangan & hukum-hakamnya?
*Maka bandingan keldai ini terpakai juga untuk kita orang Islam bukan hanya orang yahudi.

5. Allah s.w.t mengungkit kepada kita bahawa Dia mengutuskan kepada kita seorang Nabi al-Ummiyy yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dengan wahyu dari Allah s.w.t. Ilmunya yang Allah s.w.t beri dari awal kejadian makhluk ini sehingga ke Akhirat kelak. Rasulullah s.a.w dapat maklumat kemudian sampaikan kepada kita umatnya.

6. Antara ilmu yang telah disampaikan kepada umat terdahulu ialah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.
Orang tahu yang tidak buat lebih dahsyat dari orang yang tidak buat kerana tidak tahu.
Salah juga kerana jahil dan tidak mahu belajar tetapi orang yang tahu tidak buat kerana dia lawan dan menolaknya.

7. Kerana itulah Allah s.w.t membuat bandingan yang amat buruk itu, seperti keldai yang memikul kitab tanpa mengetahui isi kandungannya. Inilah seburuk bandingan kepada kaum mendustakan ayat-ayat al-Quran!

8. Ayat ini walaupun pada awalnya diturunkan kepada kaum yahudi tetapi ia terpakai untuk semua umat manusia secara umumnya.

9. Orang yang zalim Allah s.w.t tidak akan buka pintu hatinya untuk menerima kebenaran. Orang yang kufur dengan ayat Allah, orang yang mendustakan Rasulullah s.a.w, yang menentang kebenaran; Allah akan tutup pintu hatinya daripada menerima kebenaran.

10. Ini yang kita bimbang hari ini, dalam kategori manakah kita berada?
Apakah dalam kategori orang yang zalim kepada diri sendiri dengan melakukan maksiat & perkara mungkar kepada Allah? Wal ‘iyazu billah.

11. Allah jelaskan lagi tentang hal ini dalam firman-Nya:
{Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.} (A-li'Imraan 3:86)

12. Kita orang beriman janganlah buat maksiat dan perkara mungkar barulah kita akan mendapat bimbingan dan kasih-sayang Allah s.w.t.

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢, 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐮𝐦𝐚𝐭-𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐢𝐭𝐚-𝐜𝐢𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐢 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐮𝐠𝐚), 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫!"} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟔)

1. Ayat ini masih lagi serangan terhadap yahudi yang mengaku bahawa mereka adalah umat terpilih yang dikasihi Allah melebihi umat manusia lain.

2. Lalu Allah perintahkan Rasulullah s.a.w supaya mencabar mereka; jika benar kamu ini umat yang disayangi Allah, yang terpilih maka 𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚lah 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐮𝐠𝐚 jika benar sebagaimana dakwaan kamu!

3. Munasabah ayat: Rasulullah s.a.w diperintahkan berkata demikianlah kepada orang yahudi kerana mereka selalu mendakwa:
i- mereka sahajalah yang akan memperolehi kebahagian di Akhirat.
ii- tidak akan masuk syurga kecuali orang yahudi.
iii- mereka adalah anak-anak Allah yang dikasihi!

4. Maka dalam ayat ini Allah perintahkan Rasulullah s.a.w pergi kepada mereka yang beragama yahudi ini dan mencabar mereka untuk minta mati dari Allah.

5. Kata ulama' tafsir kenapa mereka dicabar untuk mati?
Ini kerana mereka orang yang sangat loba, tamakkan kehidupan dan kemewahan!
Mereka tidak akan sanggup dan berani untuk mati! Maka kita cabar dengan yang berlawan dengan kehendak dia itu!

6. Firman Allah s.w.t tentang ini juga:
{Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik.
Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.} (Al-Baqarah 2:96)

7. Hanya orang yang beriman dan yakin dengan janji Allah sanggup untuk mati seperti para syuhada’ fi-sabilillah. Kita yang beriman biasa inipun tidak bersedia untuk mati! Apatah mereka itu, seolah menunggu buah yang tidak akan gugur!

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐃𝐚𝐧 (𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮) 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐢𝐭𝐚-𝐜𝐢𝐭𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚-𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐝𝐨𝐬𝐚-𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧; 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐢𝐭𝐮.} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟕)

1. Dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan sebab kenapa orang yahudi tidak akan berani untuk mati.

2. Iaitu kerana dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan seperti:
i- kufur dan mendustakan Rasul yang diutuskan Allah.
ii- mereka selewengkan ayat-ayat Taurat
iii- mereka buat maksiat dan mungkar.

3. Seperti kita juga yang tidak pernah bersedia untuk mati, kerana:
i- kita tahu setakat mana amal yang kita dan ada & apa yang kita buat dari kesalahan.
ii- kerana itu kita kena banyakkan ingat kepada mati agar lembut hati dan tumpukan kepada bekalan untuk akhirat.

4. Firman Allah s.w.t:
{Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.} (Al-Baqarah 2: 94-95)

5. Di akhir ayat Allah s.w.t mengatakan bahawa Allah mengetahui dan mempunyai ilmu yang sempurna dan lengkap terhadap orang yang menzalimi dirinya sendiri! Maka Allah akan membalas semuanya tanpa tercicir.

6. Zalim yang besar sekali ialah syirik terhadap kepada Allah s.w.t kemudian zalim dengan melakukan maksiat kepada Alllah s.w.t!
Mereka menzalimi diri mereka kerana akan dimasukkan ke dalam neraka dan mendapat siksa yang tidak terperi dahsyatnya!

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- 𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐮𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮; 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐡𝐚𝐢𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐧𝐲𝐚)".} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟖)

1. Allah perintahkan Rasulullah berkata lagi kepada kaum yahudi itu: Bahawa mati yang kamu nak lari darinya itu akan tetap datang menjemputmu!

2. Ayat ini menceritakan tentang mukjizat Rasulullah s.a.w bahawa setiap manusia akan mati, nak atau tidak!

3. Kata ulama' tafsir Al-Wahidi rhm.: Orang yahudi tahu mereka telah merosakkan kehidupan Akhirat mereka dengan dunia mereka. Mereka tafsirkan Taurat ikut nafsu, selewengkan ajarannya, apabila jumpa Rasulullah s.a.w mendustakan kebenarannya; maka mereka benci dan takutkan mati!

4. Maka Allah arahkan Rasulullah s.a.w agar peringatkan mereka bahawa mati yang mereka tidak mahu dan takuti itu sedang menunggu di depan mereka- tidak akan dapat lari darinya!

5. Firman Allah s.w.t:
i- {Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?} (An-Nisaa' 4:78)

ii- {Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).} (Al-'Ankabuut 29:57)

6. Dalam ayat ini pula Allah nyatakan bahawa kepada-Nya jualah kamu akan kembali, Allah yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang zahir.

7. Kemudian Allah akan 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐧𝐲𝐚 dengan setimpal dan penuh keadilan.

🎀
 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {B𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦) 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐓𝐚𝐮𝐫𝐚𝐭, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐢𝐭𝐮, 𝐬𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐝𝐚𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐮𝐥 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐥𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛-𝐤𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 (𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚).}-

kata ulama' tadabbur dalam ayat ini Allah s.w.t beri peringatan juga kepada kita umat Muhammad yang diberi kitab al-Quran ini agar:

i- beriman dengannya.

ii- tadabbur perhatikan maknanya, apa yang Allah nak kita faham dan ambil pengajaran darinya.

iii- kita beramal dengannya. Yang Allah perintah buat, yang Allah larang tinggalkannya.

iv- ajak orang kepada al-Quran.
Jika kita ambil satu atau sebahagiannya sahaja, kita bacanya saja tanpa tadabbur dan kefahaman, tidak beramal dengan isi kandungannya, tidak menjadikannya dustur perundangan maka Allah buat bandingan orang begini adalah seperti keldai yang memikul kitab yang berat tanpa mendapat manfaat dan mengetahui maknanya!

Allah tegur bahawa al-Quran bukan turun untuk dibaca sahaja, bahakn untuk dijadikan amalan dan panduan hidup kita.

Kata al-Hasan al-Basri rhm.: Allah turunkan al-Quran untuk diamalkan. Ada orang yang menjadikan membaca itu saja sebagai amalan, tetapi tidak menjadikan al-Quran itu sebagai dustur gaya hidup kita.

Kata ulama' lagi: Wahai manusia yang ada akal jangan kamu meniru perangai haiwan iaitu seperti keldai tadi!
Maka kita kena belajar dan amalkan semuanya.

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {B𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦) 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐓𝐚𝐮𝐫𝐚𝐭, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐢𝐭𝐮, 𝐬𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐝𝐚𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐮𝐥 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐥𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛-𝐤𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 (𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚).}- timbul persoalan apakah hikmah Allah s.w.t menggunakan himar (keldai) sebagai bandingannya bukan haiwan lain?
Sedangkan ia hanya kecil berbanding dengan haiwan pengangkutan lain seperti unta atau gajah?

Jawapan:
Kata ulama':
i- Allah telah mencipta kuda, keldai dan baghal (kacukan kuda & keldai) sebagai tunggangan, pengangkutan & perhiasan.
Kuda biasanya khas untuk tunggangan dan perhiasan.
Manakala keldai adalah khas untuk membawa barang walaupun ia kecil tapi kuat sekali!
Maka Allah sebut himar kerana ia adalah pemikul barang.

ii- sebab kedua lebih berat- Allah buat bandingan ini kerana nak nyatakan kebodohan. Kerana himar ini adalah haiwan yang terkenal dengan kebodohan dan kedunguan kerana itu himar adalah antara haiwan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam.

iii- kerana himar ini adalah haiwan yang mudah diurus, dengar kata, tak perlu penjaga dewasa, kanak-kanak pun boleh kawal dan jaganya.

iv- mudah untuk kita angkat barang kerana dia ikut saja. Maknanya jika tokoh ulama' ada ilmu dan makrifat tetapi dia mudah ikut orang, mudah digoreng dengan auta maka cukuplah dengan himar sebagai bandingannya.

Firman Allah s.w.t:
{"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".} (Luqman 31:19)

Nak dengar suara himar sila ke:

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- { ; 𝐝𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡), 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦.}- ayat ini sebagai amaran daripada berlaku zalim. Bahawa sesiapa yang zalim Allah s.w.t tidak akan beri hidayah kepadanya. Samada zalim kepada diri sendiri dengan kufur & syirik atau kufur kepada orang lain sama sahaja.
Manakala orang yang beriman, berlaku adil dan tidak zalim akan mendapat hidaya petunjuk dari Allah s.w.t.

Kata ulama' tadabbur: Sesiapa yang tadabbur al-Quran kerana ingin mencari petunjuk dari al-Quran, Allah s.w.t akan tunjuk dan nyatakan jalan yang benar kepadanya.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐘𝐚𝐡𝐮𝐝𝐢, 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐮𝐦𝐚𝐭-𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐢𝐭𝐚-𝐜𝐢𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐢 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐮𝐠𝐚), 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫!"}- kata ulama' tadabbur dalam ayat ini menyatakan benda yang akan berlaku, maka ia adalah satu mukjizat. iaitu bahawa orang yahudi tidak akan berani minta mati!

Allah s.w.t tidak akan letakkan dalam hati mereka rasa untuk minta mati. Maka cabarlah sekuat manapun mereka tidak akan lakukannya.

ii- Timbul pula persoalan; bolehkah minta mati?
Jawapan:
a- kata ulama' tidak boleh minta kerana tidak tahan menghadapi ujian, seperti sakit, dtangkap, kena hukum dan lain-lain.

b- kata Ibnu Rajab rhm.: Untuk minta mati ada beberapa kategori;
i-kerana mudharat atas dunia seperti ujian tadi, ditangkap atau bankrupt dan lain-lain – tidak boleh! Kena sabar dan hadapilah ujian itu.

ii- fitnah atas agama, jika kita hidup mungkin murtad terkeluar dari Islam dan seumpamanya, dibolehkam minta mati dari menjadi begitu!

iii- minta mati kerana kelebihan seperti puak sahabat yang dambakan mati syahid dalam jihad, dibolehkan.

*Minta mati saja-saja kerana kecewa bercinta, gagal peperiksaan dan lain-lain adalah satu kebodohan!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- 𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐮𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮;}- ulama' buat perbincangan kenapa Allah s.w.t guna perkataan bahawa maut yang kamu mahu lari darinya itu {𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮;}- { فَإِنَّهُۥ مُلَـٰقِيكُمْ} – iaitu datang berdepan dengan kamu sehingga kamu tidak akan dapat melarikan diri darinya dari mana arah sekalipun.

Begitulah halus dan mendalamnya ayat atau perkataan yang Allah s.w.t gunakan dalam al-Quran! Ia begitu indah, yang perlu kita tadabbur dan ambil peringatan!

🎀
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.

𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭, 𝐋𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐂𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 & 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐈𝐥𝐦𝐮.
💎


♥
 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 07 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 31/12/2022 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙅𝙪𝙢𝙪'𝙖𝙝 (03) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [09-11] 
♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://fb.watch/hLbs23L7eE/

🌷
𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Dalam siri ini arahan Allah agar segera menunaikan solat Jumaat dan segera di sini bukan bererti berlari pergi dengan gopoh, tetapi pergi awal ke masjid.

2. Kemudian selepas solat harus sambung untuk mencari rezeki dan melakukan urusan yang diingini.

3. Larangan meninggalkan majlis ilmu lebih-lebih lagi ketika Rasulullah s.a.w sedang berkhutbah.

4. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t cela puak yahudi yang takutkan mati kerana cinta & tamakkan dunia. Sehingga Allah suruh Rasulullah s.a.w mencabar mereka untuk mati jika mereka benar.

ii- dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan kepada umat Islam, bahawa tidak salah untuk kita berniaga berjual beli mencari rezeki atas dunia ini, cuma apabila tiba watu solat kena berhentilah untuk tunaikan solat dulu.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐫𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐧𝐠) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 (𝐤𝐞 𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭) 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐥-𝐛𝐞𝐥𝐢 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐢𝐭𝐮); 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 (𝐡𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚),} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟗)

1. Allah menyeru kepada orang beriman yang mukallaf iaitu kaum lelaki yang cukup syarat untuk menunaikan solat Jumaat- sihat & aqil-baligh.
*Orang uzur, Musafir, hamba, wanita & kanak-kanak tidak wajib tetapi jika mereka solat juga boleh dan diterima.

2. Apabila mendengar azan dilaungkan semua wajib berhenti segala urusan jual beli dan apa saja pekerjaan untuk bersegera ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

3. Pada zaman Rasulullah s.a.w azan Jumaat hanya sekali. Kemudian pada zaman Khalifah Usman bin Affan r.a; beliau melihat manusia mulai lagha dan leka dalam urusan mereka lalu dia perintahkan agar dilaungkan azan yang pertama di pasar Madinah agar orang ramai sedar awal dan segera bersiap sedia.

4. Kata Ibnu Atiyah rhm.: Maksudnya bersegera ke masjid (فَٱسْعَوْا۟) di sini bukan bermakna berlari dan gopoh tetapi pergi awal dan berjalan tenang.

5. Hadis Rasulullah s.a.w: jangan gopoh ke masjid.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila kamu mendengar seruan azan maka berjalanlah dengan tenang dan jangan terburu-buru. Apa pun bahagian solat berjemaaah yang kamu dapat, maka ikutilah dan bahagian solat yang tertinggal, maka lengkapilah.” [HR Al-Bukhari dan Muslim)

6. Hadis- Daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Kita adalah umat yang terakhir (lahir ke dunia) dan umat yang terdahulu (menikmati kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat walaupun mereka (umat terdahulu) diberikan kitab (syariat samawi) sebelum kita.

“Hari Jumaat ialah hari difardhukan atas mereka (untuk mendampingkan diri kepada Allah) tetapi mereka telah mempertikaikannya.
Lalu Allah memberi petunjuk kepada kita sedangkan mereka menerima hari-hari berikutnya iaitu Yahudi pada hari Sabtu dan Nasrani pula pada hari Ahad.” [HR al-Bukhari (836) dan Muslim (855)].

7. Kenapa hari Jumaat dinamakan Jumaat?
i- Kata Imam al-Baghawi: Kerana Allah s.w.t mengumpulkan penciptaan Adam pada hari Jumaat.

ii- ada juga yang kata kerana orang berkumpul setiap minggu untuk menunaikan solat Jemaah di masjid maka ia di namakan Jumaat.

iii- dikatakan orang yang pertama menamakan hari Jumaat ialah Ka’ab bin Lu’ay.

8. Hadis- Nabi S.A.W bersabda:
مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الخَامِسَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتِ المَلاَئِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta,
sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu,
dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,
dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,
dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur
dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”. [HR al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]
*Paling lewat pergi solat jumaat janganlah sampai imam naik mimbar!

9. Hadis- Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk pergi ke masjid atau Allah akan cop atas hati mereka lalu mereka akan jadi orang yang lalai. [HR Muslim].

10. Y𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚.

11. Orang yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari besar mingguan mereka, maka Allah Taala dengan ayat ini menetapkan hari Jumaat sebagai hari besar mingguan bagi umat Muhammad serta memerintahkan umat Islam mengadakan satu solat khas yang menandakan kebesaran hari Jumaat, sebagai menggantikan solat zohor.

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐦𝐢 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠), 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤-𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 (𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧), 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 (𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭).} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟏𝟎)

1. Kemudian selepas selesai solat bolehlah kamu kembali 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 dan buat apa yang kamu ingini.
*Ayat ini menunjukkan keharusan (إباحة) bukan satu kewajiban untuk keluar bekerja atau berniaga selepas solat Jumaat.

2. Sebahagian ulama' mengatakan adalah elok dan disukai untuk kita buat kerja selepas solat Jumaat- iaitu bukan kerja dunia tetapi kerja kebajikan seperti: ziarahi orang sakit, ziarahi sanak-saudara atau kawan-kawan, atau mencari ilmu.

3. Kemudian jangan lupa untuk sentiasa mengingati Allah s.w.t dalam semua keadaan; yakni kita kena seimbang dalam menunaikan tugasan dunia & akhirat 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤ita 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭.

🌺
*𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐭𝐢𝐛𝐚) 𝐚𝐭𝐚𝐮 (𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫) 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐡𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐮𝐫𝐚𝐢 (𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 (𝐝𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐦𝐢𝐦𝐛𝐚𝐫 - 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐡𝐮𝐭𝐛𝐚𝐡). 𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝:" 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚 - 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮; 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢.} (𝐀𝐥-𝐉𝐮𝐦𝐮'𝐚𝐡 𝟔𝟐:𝟏𝟏)

1. Munasabah ayat: Ada sebahagian sahabat yang keluar dari masjid meninggalkan Rasulullah s.a.w sedang berkhutbah apabila mendengar paluan gendang yang menandakan ketibaan barang dagangan dari Syam.
*Perbuatan mereka yang terlanjur itu telah ditegur oleh Allah s.w.t agar mengutamakan ibadat daripada hal duniawi.

2. Sabab nuzul ayat: Dari Jabir bin Abdulla r.a:
Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sedang berkhutbah sambil berdiri atas minbar datanglah kafilah yang membawa dagangan dari Syam. Orang-orang yang sedang mendengar khutbah keluar menjemput rombongan kafilah itu sehingga tinggal hanya 12 orang sahaja yang duduk mendengar khutbah Nabi. Maka ayat ini (Surah al Jumu'ah: 62: 11) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut. Ayat ini turun sebagai penjelasan bahawa apa yang ada di sisi Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang ada pada perniagaan. [HR Bukhari & Muslim]

3. Allah cela perbuatan sebhagian dari mereka ini, jangan takut tidak akan lari rezeki kamu. Rezeki ditangan Allah Dia-LAh sebaik Pemberinya.

4. Diakhir ayat ini Allah s.w.t peringatkan kepada kita bahawa: 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐥𝐚 - 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚n 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮; 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤-𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢.

🎀
 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐫𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐧𝐠) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 (𝐤𝐞 𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡..}- dinamakan hari Jumaat, diambil dari perkataan (الجمع) yakni berkumpul.

Ini kerana pada hari Jumaat umat Islam berkumpul setiap minggu di masjid-masjid yang besar untuk menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah peringatan.

Hari Jumaat adalah:
i- hari keenam Allah mencipat langit & bumi
ii- hari dicipta Nabi Adam a.s
iii- hari Adam dimasukkan ke dalam syurga & dikeluarkan dari syurga.
iv- hari berlaku Kiamat nanti.
v- hari mustajab doa sebagaimana dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Kita katakan alhamdulillah Allah s.w.t anugerahkan kepada kita hari Jumaat maka kita ambil yang terbaik darinya!

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐫𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐧𝐠) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 (𝐤𝐞 𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡..}- ayat ini ditujukan kepada lelaki mukallaf yang cukup syarat bahawa mereka wajib menunaikan solat Jumaat.

*Manakala yang tidak wajib seperti wanita dan kanak-kanak tetap sah solat Jumaat jika pergi ke masjid.

ii- ia juga menjadi dalil bahawa tidak wajib berhenti urusan selagi sebelum seruan azan dilaungkan.
Maka disyari’atkan seruan azan pada hari Jumaat.

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐦𝐢 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠),}- apabila selesai solat bertebaranlah atas muka bumi ini.
Ulama' kata ia arahan yang menunjukkan keharusan, samada keluar untuk menyambung semula pekerjaan masing-masing, atau melakukan perkara kebajikan seperti menziarahi sanak saudara atau orang sakit, menghadri majlis ilmu dan lain-lain.

Tetapi ingat dalam masa yang sama jangan lupa berzikir kepada Allah, jangan fikir selesai solat Jumaat kita tidak perlu lagi mengingati Allah. Kita kena sentiasa berzikir mengingati Allah s.w.t setiap masa kerana itulah yang akan menjadi penggerak kepada hati kita.

Sebagaimana kata ulama':
Zikir kepada hati, umpama air kepada ikan;
Ikan tidak akan dapat hidup tanpa air, begitu juga hati tidak akan dapat hidup tanpa zikir kepada Allah.

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐦𝐢 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠), 𝐝𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐚𝐣𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡,– ulama' tadabbur kata ini menunjukkan bahawa usaha tidak menafikan tawakkal.

Wajib berusaha dan bekerja untuk mencari rezeki dan mencapai sesuatu yang kita ingini, tawakkal pula dalam hati kita bergantung kepada Allah s.w.t!

Ini kerana Allah s.w.t telah buat setiap benda itu ada sebabnya! Tawakkal dengan hati, berusaha dengan tangan, kita kena ada dua-dua!

Satu perbuatan dan fahaman yang salah jika hanya bertawakkal tanpa usaha, sedangkan Rasulullah s.a.w pakai baju besi apabila keluar berperang sebagai satu usaha keselamatan.

ii- ini juga menunjukkan dalil bahawa khutbah Jumaat adalah sebelum solat bukan selepasnya. Tetapi khutbah hari Raya selepas solat.

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐭𝐢𝐛𝐚) 𝐚𝐭𝐚𝐮 (𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫) 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐡𝐢𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐮𝐫𝐚𝐢 (𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 (𝐝𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐦𝐢𝐦𝐛𝐚𝐫 - 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐡𝐮𝐭𝐛𝐚𝐡).}- ayat ini menunjukkan:
i- wajibnya hadir solat Jumaat.
ii- dan sebelum solat ada dua khutbah.
iii- khatib kena berdiri ketika menyampaikan khutbah kecuali uzur.

Perniagaan (تِجَـٰرَةً) adalah satu yang baik dan diharuskan, digalakkan dalam Islam tetapi ia akan menjadi sesuatu yang dicela apabila mementingkan perniagaan daripada ibadat seperti solat dan lain-lain.

Jangan runsing dan takut untuk menutup dulu kedai dan bisnis apabila masuk waktu solat, ingatlah rezeki mlik Allah, Dia yang memberi dan menjaga rezeki kamu!

Pihak berkuasa perlu membuat satu peraturan bahawa semua kedai dan premis perniagaan hendaklah ditutup pada waktu solat Jumaat. Ia juga sebagai satu uslub dakwah untuk menjadikan semua orang bersegera ke masjid apabila azan.

Tentang cara & syarat solat Jumaat boleh lihat Kuliah AAM dalam Kitab al-Mu’tamad arau Fiqh Manhaji, iaitu bab feqah.

Alhamdulillah tamatlah kita surah al-Jumu'ah ini. Semoga mendapat manfaat dan kebaikan Insya' Allah.

🎀
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.
🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵, 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 07 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙡 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1444𝙃 = 31/12/2022

- TAMAT-