Friday, May 29, 2020

GEARING DALAM SAHAM

Gearing ni penting nak tahu kalau anda trade saham warrant.
ada saham warrant yang naik laju ikut mak mcm leapord
Ada juga yang perlahan mcm siput babi
Ikut hukum fizik gigi gearing (lihat gambar),

Kesimpulannya...
semakin banyak gigi gearing, semakin slow la dia akan berputar.
Semakin sedikit gigi gearing, semakin laju la dia putar, 😊😊

Nota kaki
The best gearing below 3.0
The greater gearing below 1.0

Credit to : Shah Syazwan

Formula pengiraan Gearing
= (Mother Share Price/ Current Price Warrant) x 100%
Bahasa mudahnya = jumlah leverage kewangan yg ditawarkan oleh sesuatu warrant. Nilai gearing yg selamat adalah yg hampir dgn nilai
 1 - 3
@
Gearing below 3
Premium below 30
Klu gearing negatif lagi anak soleh

Friday, April 3, 2020

RANCANG RAMADHAN 2020

CARA BINA TAKWA SEBELUM RAMADHAN

1. Bina suasana dalam hati - berazam untuk melakukan dengan lebih banyak tilawah alquran, melakukan ibadah & solat sunat dan melakukan infaq.

2. Persiapan fizikal - contoh; kemas rumah, tempat sembahyang, basuh sejadah  & kain sembahyang.

3. Menghidupkan masjid  @ rumah (PKP) - azan & iqamah di rumah, jemaah bersama keluarga.

4. Tetapkan target :

  APA YANG KITA TULIS, ITU YANG AKAN KITA BUAT.

Misi upgrade diri : 

✔ Perbetul solat dan hadirkan khusyuk
✔ Mulakan dengan memperbanyak baca Quran dan cuba memahami bacaannya
✔ Bersedekah
✔ Berzikir bertahmid memuji Allah
✔ Melazimi taubat dan solat-solat sunat.                            
✔ Bersilaratulrahim

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19



1ST PKP
2ND PKP - 1-14 APRIL 2020

Monday, March 23, 2020

DOA NABI AYUB

BAGAIMANA CARA NABI AYYUB BERDOA KETIKA DIUJI DENGAN SAKIT YANG TERUK ?



Nabi Ayyub diuji kesabaran dan keimannya kepada Allah.

Termaktub dalam Al-Quran, 
surah Sad ayat 44 : "Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)."

Nabi Ayyub AS sentiasa bersabar. Beliau sentiasa berzikir kepada Allah di waktu malam, siang, pagi dan petang hari.

Setelah beberapa lama timbul persoalan dari isteri Nabi Ayyub " Wahai Ayyub, sekiranya engkau berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kelapangan bagimu."
.
MasyaAllah, alangkah indahnya jawapan Nabi Ayyub

"Aku telah menjalani hidup dengan sihat selama tujuh puluh tahun. Sangat sedikit sekali bagi Allah bila aku bersabar untuk menghadapi ujian ini selama tujuh puluh tahun"
Tidak lama selepas dinasihati oleh saudaranya, maka Nabi Ayyub menadah tangan dengan berkata " Ya Allah sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
.
Allah rakamkan doa ini di dalam Al-Quran surah Al-Anbiya' ayat : 83 / ﴾٨٣﴿
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Bagaimana cara Nabi berdepan dengan ujian?
1. Bersyukur dengan ujian yang menimpa.
2. Semakin rasa diuji, semakin bertambah mengingati Allah
3. Malu untuk mengadu masalah dengan Allah kerana telah menerima nikmat yang tak terhingga.
4. Sangat menjaga adab dalam berdoa.
5. Meminta Rahmat kasih sayang Allah kerana yakinnya rahmat Allah mengatasi segalanya.

* SENTIASA BERSYUKUR APA YANG DAH ADA SEKARANG INI. SENTIASA BERDOA DIBERI RAHMAT ALLAH. SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN AMAL SALEH.

TADABBUR AL KAHFI - DOA

PELINDUNG DARI FITNAH DAJJAL
.
Kenapa baca surah Al-Kahfi boleh terselamat dari fitnah Dajjal?
.
Sabda Nabi Muhammad saw :
.
"Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal Surah Al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. "
( HR. Muslim )
.
Jom kita lihat satu potongan sahaja dari sepuluh ayat ini. Kita ambil ayat ke-10 / ﴾١٠ ﴿
.
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
.
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
.
Rupanya dalam satu ayat ini, jika diperhatikan, ada satu doa yang sangat hebat.
Point-point penting dalam doa itu ialah :
.
1. Rahmat Allah
- Kita nak masuk syurga syaratnya mesti ada rahmat Allah. Nak dapatkan rahmat Allah mesti beramal soleh.
.
2. Perkataan " وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا "
" dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan ini "
- Kata هيئ bermaksud mudahkanlah ( يسّر ). Kata هيّئ adalah isim fi'il yang membawa maksud perintah ( tetapi di dalam ayat ini bermaksud doa seorang hamba kepada tuhannya).

* BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH SUPAYA MENDAPAT RAHMAT ALLAH.. RAHMAT ALLAH MENGATASI SEGALANYA