Wednesday, August 15, 2018

5 HUBUNGAN YG WAJIB MUHASABAH SETIAP HARI

5 HUBUNGAN YANG WAJIB MUHASABAH SETIAP HARI UNTUK BERJAYA DUNIA AKHIRAT.

Setiap manusia mengimpikan KEJAYAAN dalam HIDUP.

Untuk mencapai KEJAYAAN DUNIA & AKHIRAT, kita hendaklah sentiasa menjaga 5 HUBUNGAN ini

1) HUBUNGAN dengan ALLAH

-Menjaga HUBUNGAN dengan Allah ialah sentiasa mengingati ALLAH dalam diri.

2) HUBUNGAN dengan RASULULLAH SAW

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina MUHAMMAD

-Banyakkan berselawat kepada NABI SAW. Dan sentiasa menambahkan SUNNAH NABI SAW dalam kehidupan.

Yang KETIGA : HUBUNGAN dengan IBU BAPA & ADIK BERADIK

-Sentiasa mengeratkan Silaturrahim dengan pelbagai cara dan keadaan.

4) HUBUNGAN dengan SUAMI ISTERI

-Banyakkan berkomunikasi diantara satu sama lain. Sentiasa memaafkan jika berlaku salah faham & sebagainya.
.
Yang TERAKHIR, HUBUNGAN dengan DIRI KITA SENDIRI

-Sentiasa bertanya kepada DIRI SENDIRI, adakah perkara yang kita buat sekarang ianya bermanfaat untuk DIRI, KELUARGA & UMAT NABI SAW.

Setiap hari, kita hendaklah bermuhasabah,

Apakah TAHAP hubungan kita dengan KELIMA-LIMA PERKARA tadi.

Jika skala 1-10, adakah masih ditahap KOSONG atau SATU atau macam mana?

Apabila kita sentiasa bersama dengan Al Quran, KELIMA-LIMA PERKARA ini akan menjadikan kita sentiasa meningkatkan TAHAP HUBUNGAN kita itu tadi.
.
.
Berusahalah untuk sentiasa menjadikan Al Quran benda UTAMA dalam HIDUP kita.
.
.
Persoalannya, macam mana nak bina SUASANA AL QURAN??
.
First sekali, mulakan dengan membina SUASANA Al QURAN dalam rumah kita.
.
Apabila SUASANA AL QURAN dapat dibina di dalam RUMAH, maka SUASANA AL QURAN ini akan menjadikan kita sentiasa bersama AL QURAN walaupun di mana kita berada.
Macam mana nak bina SUASANA AL QURAN dalam RUMAH??
Tetapkan MASA bersama AL QURAN untuk KELUARGA.

Kredit to AlMukhlisin.