Pakai baju warna apa hari ini? Untuk kita yang suka memakai baju yang berwarna warni, sebenarnya warna mempunyai peranan dalam menyembuh dan memulihkan tenaga dalaman kita. Cubalah mengikuti tips ini dalam memilih warna pakaian kita setiap hari. Saya dah cuba.. Kira okay la.. Sebab tak yah pening2 fikir nak pakai baju yang mana satu. Jom kita pakat cuba... Terasa kelainannya...
1. Hari Isnin : Pakailah pakaian berasaskan warna putih untuk kesucian rohani, kesejahteraan minda dan ketenangan jiwa.
2. Hari Selasa : Pakaian yang berwarna merah jambu atau ungu untuk membangkit rasa kasih sayang, dan tumpuan.
3. Hari Rabu : Cubalah pakaian yang berwarna biru untuk memulihkan atau mengeratkan perhubungan serta komunikasi. Kalau nak buat presentation sesuai sangat.
4. Hari Khamis : Pakaian yang berwarna kuning atau oren, untuk melapang dan melegakan fikiran serta memberi semangat dan tenaga dalaman.
5. Hari Jumaat : Penghulu Hari, pakailah pakaian yang berwarna hijau, untuk keseimbangan dan kesegaran minda. Hijau juga melambangkan keIslaman.
6. Hari Sabtu : Pakaian yang berwarna merah ataupun merah hati, untuk keberanian, tuah dan kemewahan.
7. Hari Ahad : Hitam itu menawan. Pakaian warna hitam untuk hari Ahad, untuk istirehat dan gabungan.